Friday, March 06, 2015

❤ Malam Kesenian dan Kebudayaan Vaie 2014 ❤

Assalammualaikum dan selamat petang!

Hari ni nak kongsi serba sedikit kebudayaan/kesenian yang ada kat tempat niesa yang niesa sendiri baru tau. hehe. Sebelum tu nak terangkan apa itu "Vaie". Vaie merupakan bahasa melanau Bintulu yang merujuk kepada Bintulu. Maksudnya Vaie = Bintulu. Dalam bahasa melanau Bintulu itu dipanggil Baie tapi sebutannya Vaie. Faham x?faham x?(itu ikut pengetahuan niesa la,ampun kalau ada jawapan yang salah)

Nama asal Bintulu ni diperolehi daripada bahasa melanau iaitu "Betoq Ulew" yang bermaksud Potong kepala. Sebab dulu-dulu masa zaman jajahan setiap kali ada lanun-lanun/penceroboh yang masuk akan dipotong kepalanya. Jadi, dari situ la datangnya nama Bintulu tu. Tu la serba sedikit tentang Bintulu.

Malam Kesenian dan Kebudayaan vaie ni disambut pada 24 Mei 2014 sempena apa niesa lupa laaa. Sorry!

Ni persembahan pembukaan. Pencak silat. Untuk yang ni niesa xnak kupas sangat sebab dah biasa kita dengar.

Haa!yang ni nama dia "Pu-et" atau nama lain berbayoh(Berbayoh bahasa melanau mukah). Kalau korang nak tahu, ni merupakan cara perubatan orang-orang dulu. Tapi yang ni syirik tau. Puet ni lebih kurang macam bomoh-bomoh tu sebab dorang guna jin/syaitan dan yang seangkatan dengannya. 

Tapi masa ni dorang tak de lah guna jin or apa kan. Tu cuba persembahan untuk tunjuk kepada anak-anak kecil budaya orang-orang dulu. Tapi memang meremang gak la bulu roma tengok. 

Dan adat yang niesa paling suka tengok ialah bermukun. Bermukun ni cara hiburan orang-orang dulu. Sangat famous bila ada nya kenduri-kenduri kawen. Masa ni lah korang akan nampak makcik-makcik, pakcik-pakcik berjoget sambil berbalas pantun. Kelakarrr gila. Tapi sekarang memang jarang dah orang buat, paling tak pun orang karaoke je sekarang. Rumah niesa masa majlis kawin kakak sampai kol 4 pagi kot dorang ni bergendang. Nenek-nenek dan atuk-atuk je rajin layan ni semua. 


***** Gambar tak de sebab corrupt! T_T ****

Setakat ni tu je yang mampu niesa kongsikan. Percaya atau tidak ini adalah draft entry tahun lepas punya!bahahaha. Nak panas enjin jap. xoxo!










13 comments:

  1. Woii ! Dah nak dekat setahun kotttt. Hahahaha.

    ReplyDelete
  2. kiranya kebudayaan masyarakat malanau jelah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk ckp melanau je xlah kot sbb bermukun org melayu srwk pn ada gak..cuma kdg2 nama panggilan tu lain2...

      Delete
  3. Puet tu memang diorang tutup dengan kain ye niesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak..ada guna kain hitam n ada gak org guna kain batik...

      Delete
  4. mcm kmk penah baca pasal tok tp sik ingat eh. blog ktk ka? ka blog org lain owh? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kmk bok jak post pasal tok aisya..sethn kemudian..hahah...mayb ada org lain post kali..

      Delete
  5. fuhhhh ganas betul maksud bintulu tu ; potong kepala tsk tsk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..ehehe..org srwk kan mmg terkenal dgn perkataan "head hunter"hikhik

      Delete
  6. hoi hoi...camtu sekali maknanya!

    panaskan enjin lepas tu hilang sebulan -___-''

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebulan sekali kenalah panaskan enjin sally..jap g hilang sethn cm ne..ehehehe

      Delete