Saturday, May 09, 2015

❤ Counting days ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Sejak bermenjak ni mood blogging memang dah semakin tipis. Dalam sakit sana sakit sini, Alhamdulillah terima berita baik. Lagi 3 hari sebelum menghabiskan sisa-sisa perkhidmatan kat tempat kerja ni. Syukur sangat-sangat. New job, new place and InshaAllah new life. Rehat sehari je sebelum melapor diri kat tempat baru.


Maaf lah tak sempat nak balas komen kawan-kawan semua. Memang rindu nk bloggin tapi.. Doakan niesa ye. Kak Nuriesya Good luck to you!hehe. 

Tuesday, April 21, 2015

❤ Ujian 2015 ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

sumber gambar : SINI

Sesungguhnya Allah yang Maha berkuasa di langit dan dibumi. Kalau sakit ini sebagai ujian. Terima kasih kepada yang menghantar. Dengan izin Allah ubatnya ada. 

Sukar untuk menggambarkan perasaan niesa saat dan ketika ini. Semoga Allah bagi kekuatan dan ketabahan.

Monday, April 13, 2015

❤ Demam & Ear Infection ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Dah lebih kurang seminggu niesa demam. Alhamdulillah hari ni dah kebah sikit tapi penyakit lain pulak datang. Disebabkan kahak yg banyak niesa terkena ear infection. Semalam langsung tak leh tidur buat tekanan darah niesa naik ke 139. huhu. Tak boleh nak tidur sebab telinga memang sakit sangat-sangat. Dah lah sakit, berdengung pulak, dah macam orang pekak. Hari tu masa g klinik doctor tak ada check apa-apa cuma tanya sakit apa. Ubat antibiotik pun tak bagi. Nasib baik ada klinik baru, servis pun ok. Sekararang ni kena mengadap lah ubat-ubat yang belambak tu. Nanti dah sembuh sepenuhnya niesa kembali blogging.xoxo

Saturday, March 28, 2015

❤ Keywords ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hari ni saja je check keywords dekat nuffnang. Dalam banyak-banyak keywords satu tu paling erks...


menu masak pansuh anjing??? Hahaha. adoiii. Macam manalah keyword tu boleh sesat dekat blog niesa plak.

Selamat berhujung minggu!xoxo

Friday, March 27, 2015

❤ Angan-angan atau? ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Bila dah ada kerajinan nak update blog ni idea pulak kekeringan. Dari tadi duduk termenung. Niesa sebenarnya berangan nak bukak cafe dekat tempat niesa ni. Angan-angan ni dah lama tau. Buat macam mini library or book cafe gitu. Then, last month my friend berjaya bukak book cafe dekat rumah dia. Kawan-kawan yg ada friend dgn niesa kat fb mesti tau pasal ni. Sebab niesa bersungguh-sungguh nak mempromosikan cafe kawan niesa ni. Excited kot.hehe


Semua desserts yang dia buat memang sedap. Memang setiap malam niesa g rumah dia utk tlg apa yang patut. Happy bila tgk kawan berjaya. Minggu lepas pun kita orang berhempas pulas baking sebab ada bukak booth dekat satu event Pertandingan Muay Thai Piala TYT Sarawak. Alhamdulillah memang dapat sambutan. Penat tu memang tak payah cakap lah sebab siang niesa kerja malam pulak tolong dia jual. 

Dari situ semangat untuk ada cafe sendiri mula disuntik. Cuma nak fikir concept lain. Tapi menu memang more to desserts lah. Memandangkan Bintulu pun semakin membangun. Shopping mall, rumah-rumah kedai pun semakin banyak. Jadi why not mencuba kan? manalah tahu angan-angan niesa dulu tu nanti jadi kenyataan. Sekarang ni tengah usaha untuk saving dan belajar buat desserts tu semua. Kawan niesa pun dah mula siapkan Business Plan. Cuma sekarang tengah perah otak nak buat concept apa. Kawan-kawan ada idea? Sharing is caring. :P


Dah lama x bubuh gambar sendiri dalam blog. :P Housekeeping selalu cakap mata niesa macam mata tidur. Macam mana tu?bila kata sepet dia cakap bukan pulak. Hahaha. Mata tidur pun boleyyyy.





Wednesday, March 25, 2015

❤ Wordless Wednesday : Crush ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,


kihkihkih.

Tak tahu nak update ape daaaa..xoxo

Monday, March 23, 2015

❤ Kau Tetap Dalam Anganku - Azie ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,



Ada kisah disebalik lagu ni. Hahaha Tetiba terlayan pulak petang ni kan. 

Saturday, March 14, 2015

❤ Crush ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Sabtu yang membosankan sebab kerja. Haha. Ngantuk gila sebab makan pil selsema pagi tadi. Terpaksa gak makan sebab pening ar asyik leleh-leleh je cecair hijau tu. Semalam tetiba demam mengejut. eh tipu. Haha. Demam kus-kus.

sibuk nak ada crush gak kan. kihkih.

Tetiba beberapa hari lepas dapat whatsapp drpd org yang niesa dah lama minat. Tapi masa dia sent whatsapp tu niesa off handphone. Pastu pukul 8 pagi baru on data. Cuma text "ehem2" je bukan hai,bukan salam,bukan hello. "EHEM2" ok. Tu yang tetiba demam ni. bahahaha. gila agaknya.

Ni lah contoh-contoh jenis orang meroyan tak ada kerja. Oklah, sebelum mata tertutup rapat adalah lebih afdhal niesa g jalan-jalan 1 opis.xoxo!

Friday, March 06, 2015

❤ Malam Kesenian dan Kebudayaan Vaie 2014 ❤

Assalammualaikum dan selamat petang!

Hari ni nak kongsi serba sedikit kebudayaan/kesenian yang ada kat tempat niesa yang niesa sendiri baru tau. hehe. Sebelum tu nak terangkan apa itu "Vaie". Vaie merupakan bahasa melanau Bintulu yang merujuk kepada Bintulu. Maksudnya Vaie = Bintulu. Dalam bahasa melanau Bintulu itu dipanggil Baie tapi sebutannya Vaie. Faham x?faham x?(itu ikut pengetahuan niesa la,ampun kalau ada jawapan yang salah)

Nama asal Bintulu ni diperolehi daripada bahasa melanau iaitu "Betoq Ulew" yang bermaksud Potong kepala. Sebab dulu-dulu masa zaman jajahan setiap kali ada lanun-lanun/penceroboh yang masuk akan dipotong kepalanya. Jadi, dari situ la datangnya nama Bintulu tu. Tu la serba sedikit tentang Bintulu.

Malam Kesenian dan Kebudayaan vaie ni disambut pada 24 Mei 2014 sempena apa niesa lupa laaa. Sorry!

Ni persembahan pembukaan. Pencak silat. Untuk yang ni niesa xnak kupas sangat sebab dah biasa kita dengar.

Haa!yang ni nama dia "Pu-et" atau nama lain berbayoh(Berbayoh bahasa melanau mukah). Kalau korang nak tahu, ni merupakan cara perubatan orang-orang dulu. Tapi yang ni syirik tau. Puet ni lebih kurang macam bomoh-bomoh tu sebab dorang guna jin/syaitan dan yang seangkatan dengannya. 

Tapi masa ni dorang tak de lah guna jin or apa kan. Tu cuba persembahan untuk tunjuk kepada anak-anak kecil budaya orang-orang dulu. Tapi memang meremang gak la bulu roma tengok. 

Dan adat yang niesa paling suka tengok ialah bermukun. Bermukun ni cara hiburan orang-orang dulu. Sangat famous bila ada nya kenduri-kenduri kawen. Masa ni lah korang akan nampak makcik-makcik, pakcik-pakcik berjoget sambil berbalas pantun. Kelakarrr gila. Tapi sekarang memang jarang dah orang buat, paling tak pun orang karaoke je sekarang. Rumah niesa masa majlis kawin kakak sampai kol 4 pagi kot dorang ni bergendang. Nenek-nenek dan atuk-atuk je rajin layan ni semua. 


***** Gambar tak de sebab corrupt! T_T ****

Setakat ni tu je yang mampu niesa kongsikan. Percaya atau tidak ini adalah draft entry tahun lepas punya!bahahaha. Nak panas enjin jap. xoxo!