Wednesday, December 31, 2014

❤️ Wordless Wednesday : Sabahan Troll ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Kalau cuti korang g mana?Haa..post by Sabahan Troll.kihkih


Saya bukan orang Sabah tapi saya suka Sabahan Troll. Haha

Tuesday, December 30, 2014

❤️Counting Days & Hashtag ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,


2014 hampir melabuhkan tirai nya. Semoga 2015 yang bakal menjelang membuka lembaran baru buat kita semua dan semoga semuanya lebih baik dar semalam. Sentiasa mendoakan yang terbaik buat mangsa-mangsa banjir dan juga ahli keluarga pesawat Air Asia yang hilang. Semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan.

#Pray4PantaiTimur
#Pray4AirAsia

Bagi yang rajin update kat Ig selfie korang tu sila lah guna akal dan fikir panjang sebelum pakai sesuatu hashtag(#). Jangan lah menunjukkan kebodohan kepada dunia, hentam keromo ikut sukahati makbapak korang dan membuatkan orang lain yang prihatin meluat,menyampah dan inggar bak kata orang sarawak dgn selfie korang yg tgh happy,tersenyum gembira,gambar makanan,gambar produk memutihkan muka dsbg dgn caption #Pray4PantaiTimur #Pray4AirAsia. Please!

Nota hati : Ingat nak buat short entry. Ter-bebel la pulak.Haha. Ok, tak sabar nk tunggu tahun baru.



Wednesday, December 24, 2014

❤️ Wordless Wednesday : Pray For Pantai Timur ❤️

Assalammualaikum dan selamat petang,

sumber gambar : facebook

Semoga Allah melindungi saudara di sana. Amin

#Pray4PantaiTimur
#Pray4MangsaBanjir

Thursday, December 18, 2014

❤️ Sabah Part 4 : Pulau Sapi & Pulau Manukan ❤️

Assalammualaikum dan selamat petang!

Nak update satu entry punyalah payah kan. Adui. Selalu rindu nak blogging tapi penyakit M bermaharajalela. Destinasi terakhir sebelum balik dan shopping!

Sebenarnya plan asal bukanlah ke Pulau, tapi ke Mari-Mari Cultural Village dan ke Lok Kawi. Memandangkan kami sampai dalam pukul 12 sesi dah habis kalau nak masuk gak kena tunggu pukul 2 ptg. Takkan nak buang masa 2 jam kan?So kami tukar plan ke Pulau, sebelum tu singgah kat air terjun sebab ternampak dalam waze ada air terjun dekat-dekat situ.hehe


Bersantai sambil makan amplang free. Haha. Menyinggah tangkap gambar pastu jom ke Pulau. Redah je lah g Pulau pakai jeans. Haha


Masa nk beli cari package sesuai banyak gila agent panggil supaya beli kat dorg. Niesa pun pening and at last pilih kaunter no 10 Island Hoping sbb dapat murah and abg yg guide kita org sportingg gila!


Macam biasa kita selfie dlu~ syokk lah abg tu dikelilingi gadis-gadis sarawak :P


Soalan pertama abg baju oren tu tanya "korg nak perjalanan 15minit ke 30minit". Kami biar dia decide, dia cakap bagi kami rasa yang 15minit punya. arrggghhh!terbang dan rasa macam ni boat ke hapeee..hahaha. Syiokk + cuakk dengan gelombang-gelombang yang menghentak. -_-"


Tadaaa!dah sampai Pulau Sapi!dan SubhanaAllah serious!cantik yang gila amat. dah gila amat-amat pulak kan. Warna air laut dia menangis rasa nak mandi tapi tak de bawak baju persalinan. Nak snorkling dan main air pun tak dapat! :(


Memandangkan banyak masa yang perlu dihabiskan. Abg tu suggest buat parasailing tanpa basah. Ok, tu je yang boleh main tak basah. Utk double RM160 dan yang memang teruja sangat nak naik niesa ngan ex roomate niesa je. Kawan-kawan yang lain semua tak nak. Sesi membodek dapat le RM140 utk 2 org.excited gila!


Masa naik ni memang menjerit sebab gayattt asyik panggil makkk..makkk..makkk.. Haha. Abg tu sengih je.ok fine. pakai jeans pon boleyy.Bila sampai atas rasa macam tak nak turun sebab syiokkk! dengan angin nya. Rasa nak tidur pun ada. 15 minit je kat atas tu. Sekejap giloss.tsk.tsk. T_T

Seterusnya ke Pulau Manukan. Sampai sini kita orang blurr. Sebab tak tahu nak buat apa. HAHA. Girls2 yang lain macam biasa sibuk dengan photoshot sendiri. Tapi berbanding dengan Pulau Sapi niesa lebih suka duduk Pulau Sapi lama-lama.


Airnya tak secantik kat Pulau Sapi. Ouh ya, masa ni memang panas gila sebab pukul 3.hehe.


Lompatan yang tak menjadi.hahaha. (gambar kurang berkualiti)

Dan tamatlah perjalanan kami kat 2 pulau ni walaupun separuh hari je dannn yang palingg sadisssss..


Balik hujan!!!dan basah! =_=" tak nak basah sangat kannn. Ambik kau!boat yang kami guna masa balik takde bumbung hujan plak lebat sikit sakit ok muka. Sabarrr je lahh.

Sampai disini, tapi yang pastinya saya akan kembali lagi ke sini.hehe

Nota hati : Lepas ni nak blogwalking pulak. Sorry tak berkesempatan nak balas jejak-jejak tapak kaki korang semua.Salam rindu!xoxo!









Thursday, December 11, 2014

❤️ Sabah Part 3 : Upside Down House ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Kembali ke alam maya. Sebelum ni rasa nak stop daripada blogging pulak. Tapi fikir punya fikir bia lah on off macam ni kan. Sekurang-kurang kot-kot sok lusa bosan tak tahu nak buat apa boleh sambung aktiviti ni.

Seperti yang diceritakan sebelum-sebelum ni. Tak habis-habis lagi pasal Sabah.

Destinasi seterusnya, Rumah terbalik, Sabah. Kalau tak silap mengikut penerangan staff kat situ, Rumah Terbalik ni adalah antara 5 yang ada di dunia. Tiket masuk RM10, student/budak bawah 12thn RM5 sahajo. Masa niesa dan kawan-kawan sampai memang panjang jugak lah Q. Mula-mula masuk dia akan bagi peluang kat kita utk ambik gambar di sekitar rumah.


Macam biasa kita selfie dulu.


Sayangnya, masuk dalam rumah tu tak dibenarkan ambik gambar. Niesa mula-mula masuk terus rasa macam tak balance. Mungkin sebab kedudukan semua benda dalam keadaan terbalik. Nasib baik tak tumbang uolss. Haha. Pening sejap masuk rumah terbalik. Memang sangat-sangat unik lah. Korang patut singgah sini kalau melawat Sabah.

Next, hari terakhir niesa kat Sabah. Ouh, haruslah borong amplang,kuih cincin dan segala jenis makanan masin termasuklah ikan masin,sotong masin dan ikan bilis. Masa ni jugak lah pagi-pagi lagi dah jejak pasar filipin dan pasar ikan masin. Walaupun pasar filipin tak bukak lagi.hahaha. Korang patut pergi memalam sikit. 


Masa ni tengah nak borong amplang. Amplang paling sedap amplang sotong, amplang ketam n lain-lain tu niesa tak berapa minat pulak. Menyesal pulak beli sikit utk diri sendiri. Kalau rajin tawar menawar boleh lah dapat murah. Dapat pulak kawan yang pandai berkata-kata beli makanan masin siap dapat free dan dapat murah. Abang tu kena puji terus bagi murah kihkihkih.

Eh, rasa macam dah panjang sangat nak cerita kisah ke pulau. Nampak tak kemalasan disitu?Tunggu next entrylah.okbai!xoxo ^_-