Wednesday, November 19, 2014

❤️ Up and Down ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

(Tak tahu tajuk entry sesuai ke tak)
Entry ke Sabah dah lama draft kan tapi xsiap sepenuhnya. Lately macam agak serabut sikit. Tidur tak cukup. Niesa pulak tak biasa tidur lewat. 1st day tidur pukul 11.30pm ,2nd day 2.30am and malam tadi 4.00am. Tak tahu lah kenapa dengan mata ni, otak pulak tak berhenti berfikir. Entah apa yang difikir niesa sendiri tak tahu. Pagi-pagi tengok pc pun kosong je. Kepala berat gila. Ni kalau hantuk kat dinding mesti sedap. T_T Nak buat kerja pun tak tahu nak mula dari mana. hais. Niesa dok ulang lagu ni brapa kali tah hari ni dari pukul 9 lebih tadi.

Tiada duka yang abadi - Opick



Suka dengar bait-bait lirik dia. Serious, semangat, mood berterbangan hari ni. Lost. Maaf entry membosankan. Totally lost.




Tuesday, November 11, 2014

❤️ Sabah Day 2 Part 2 : Desa Dairy Farm, Kundasang ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Kembali bersiaran. Alhamdulillah beransur pulih, luka-luka pun beransur kering. Tetiba kan cakap pasal luka dipendekkan cerita hari selasa lepas2 terlibat dalam kemalangan kecil. T_T Alhamdulillah tak teruk cuma luka-luka je tapi sakit jugak lah.ehe.

Cerita bersambung about my trip to Sabah. Tempat yang harus korang pergi Desa Dairy Farm, Kundasang! Kalau nak feeling ala2 kat New Zealand, haaa..harus jejak kaki kat sini. Niesa cadangkan korang datang pepagi. Mesti seronok gila aih!Niesa hari tu sampai kundasang tengah hari tu pun sebab kereta rosak and jalan tutup kan.huhu.


Pintu masuk sementara nak bayar tiker kita selfie dulu. RM4/person kalau tak silap. Lupa pulak dah. Masa ni memang panas lah nasib baik ada angin dia yang sejuk-sejuk.




Alang-alang dah jejak kaki kat sini jgn lupa cuba aiskrim dan susu segar dia tau!memandangkan susu coklat dah habis masa tu niesa beli aiskrim je. RM5/mangkuk kecik tu. tsk.tsk. Sedap!


View dia sangat-sangat cantik. Kita orang tak sempat nak ke kandang lembu tu sebab hari dah mula hujan. Time berselfie ni pun dah mula hujan renyai-renyai. Memandangkan break kereta kita org bermasalah jadi  terpaksa balik awal sebab risau hujan lebat. (tapi masa balik memang hujan lebat gila + kabus jalan pun tak nampak.)

Destinasi kedua yang kami singgah semestinya Rumah Terbalik! next entry ya. xoxo!







Saturday, November 01, 2014

❤️ Sabah Day 2 Part 1 ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hari ni nak sambung pengalaman bercuti ke Sabah. Entry pertama boleh baca SINI. Hari kedua kami dah plan nak ke kundasang. Perjalanan dalam 2 jam 30 minit dari bandar KK tu pun berpandukan Waze. Kelua dari hotel dalam pkul 6.30 pagi macam tu tapi singgah dekat 1 tempat tu dekat area market untuk ambik gambar and bfast memandangkan perjalanan agak jauh.


Perjalanan pun bermula dengan lancar tapi tetiba ada roadblock pulak. Semua nervous, yelah tetiba kena tahan ngan trafic naik avanza 9 org. Nasib baik, abg polis tu berhati mula lepas kita orang buat muka comel siap pesan supaya hati-hati memandu.heee.

Perjalanan betul-betul mencabar sebab kena naik bukit jalan pusing-pusing. Kereta pun macam semput-semput je nak naik. Haha. Tapi panorama perjalanan tu SubhanaAllah!cantik sangat!dengan udara segar sejuk. Memang teruja nak sampai.


Sedikit pemandangan otw to kundasang. Tak sempat nak snap gambar air terjun yang cantik gila sebab betul2 terkesima tgk keindahan alam.

Tapi sedikit malang sebab tetiba kereta ada masalah. Break disc kereta tu hangus!omg!bahaya gila no wonder ada bunyi yg agak pelik makin kuat dan kuat dan nasib baik lah jalan ke kundasang di tutup sementara sebab dorang ada event Pesta Kubis kalau tak silap. Actually kita org xtau pun tetiba sampai jalan tutup dekat pekan kundasang. 


Dah tukar break disc tapi emergency break tak berfungsi, mekanik tu kata benda tu dah makan besi. Kita org pun tawakal je lah, Alhamdulillah selamat sampai dan balik walaupun masa balik hampir langgar avanza jugak sebab break tak cengkam sangat + hujan + kabus tak nampak. fuh!fuh!


Sekitar suasana program tu. Masa ni ada Climb button kot kalau tak silap tanya orang2 yg kat tepi jalan tu. Kami pun join berdiri bawah panas terik kononnya nak tengok siapa yg datang. Tapi tak hadoo.

Dekat sejam lebih jugak lah pusing-pusing situ sebelum jalan dibuka semula. Ok next entry, tungggguuu. Pengalaman di Desa Dairy Farm. 


Sampai disini!Selamat berhujung minggu semua!xoxo