Saturday, August 30, 2014

❤️ Ouhhh!no!cuti! ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Memandangkan dah lama menyepi dalam dunia blog ni, bila nak menaip je terus blank. Nak taip apa ha?2,3 jam depan pc masih kering idea jugak. Tajuk entry pun dah berapa kali tukar dah ni. kihkih. Memandangkan gaji x masuk lagi cuti yg sedikit panjang ni akan dihabiskan kat umah je lah. =_=". Baru je nak berfoya-foya kat shopping mall.aha! Ouch!lupa kena siap assignment my boss.


like seriously, boss niesa dah la ambik master pastu dia suruh niesa tolong buat loan amortization schedule, cash flow and profit and loss. Dia kata 'senang' sebab dah ada debit credit. Dah tolak cara baik pun still suruh niesa cuba buat.gosh!once dapat hard copy dia punya assignment terus tenung macam muka kat bawah. kihkih.


Rasa macam nak pitam tengok assignment tu. 2 tahun dah tinggalkan alam belajar ni. Nak refresh balik ni la agak payah.tsk.tsk. T_T.  wish me luck je lah! sebelum terlambat 

sumber : SINI

Sudah merdekakah minda kita?tepuk dada tanya iman..

Salam sayang.xoxo!



Tuesday, August 19, 2014

❤️ Kembali ke Alam Nyata ❤️

Assalammualaikum dan selamat petang,

Bersawang jugak blog ni akhirnya. Lama gila rasanya niesa menyepikan diri kan. Masih belum terlambat untuk niesa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua. Tajuk entry bukan main kan?sejak dua menjak dan bermenjak menjak ni semangat berblogging ni memang jauh terbang melayang entah kemana. Hampir-hampir hilang dimamah usia.ecewah! Bukan setakat semangat nak blogging, segala semangat hilang berterbangan di awang-awangan. Nampak tak ayat disitu? =_="

Dalam masa lebih kurang sebulan lebih ++ macam-macam perkara datang melanda. Dugaan, kebahgiaan, kesedihan dan macam-macam lagi lah. Resepi kehidupan la katakan, kalau tak mungkin kita ni kurang menghargai makna kehidupan yang Allah bagi.

Buat masa ni mungkin niesa akan slow-slow carik balik semangat yang dah hilang tu dan slow-slow lah berkunjung ke rumah sahabat sekalian. Salam sayang dan salam rindu dari niesa.xoxo!

#Pray4Gaza

Nota Hati : Thank you Pha Is and Azwa untuk kad raya yang dah sampai before raya lagi. Kihkih. Baru nak ucap sekarang lak tu. Thank you again!