Thursday, July 10, 2014

❤️ Please, Pray 4 Gaza ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Seperti yang kita semua tahu bumi Gaza diserang lagi. Niesa tak mampu nak luahkan apa yang niesa rasa sebab terlalu sebak mengenang nasib saudara kita di sana. Mengenang nasib anak-anak kecil yang tak berdosa dibunuh dengan kejam. Allahu! Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.


Tak dapat dibayangkan situasi ketika ini. 


Banyak saluran sumbangan yang boleh kita bantu. Kalau tak mampu sumbang RM1k, sumbanglah RM100, kalau tak mampu jugak sumbanglah RM10 dan kalau tak mampu jugak sumbanglah RM1 pun dah kira Alhamdulillah. Bayangkan 100 orang sumbang RM1 = RM100, Kalau 1000 orang? dan kalaulah RM1 pun tak mampu juga, sumbanglah 1 doa, memohon agar saudara kita mendapat kemenangan.




mampu tak korang tengok tanpa ada apa-apa perasaan?tak mampu kan?buatlah sesuatu


Kita tak mampu pergi sana tolong angkat senjata tapi kita mampu angkat tangan berdoa kepada Allah agar saudara kita diberi kemenangan.



#Pray4Gaza


Wednesday, July 09, 2014

❤️ Finally! Fuhhhh.. ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Ada tak yang rindu niesa kat sini?ehehe. perasan pulak kan. Niesa lah yang rindu korang semua! Akhirnya, mampu menarik lafas lega dan bernafas dengan tenang. kihkih. Minggu yang memeningkan dan menyeramkan. Banyak gilaaaaa nak story kat korang semua ni. Selepas ni nak blogwalking slow-slow. Rindu nyaaa nak jejak rumah kesayangan ku sekalian.

Topik panas hari ni pasal MIMPI! Mimpi yang buat hari-hari ni haru biru. Minggu lepas niesa mimpi dibelit ular. Mimpi sampai terjaga dan tak boleh tidur. Niesa dah fobia dengan ular, tangan adik niesa kena badan niesa pun boleh terkejut sebab ingat ular, selimut pun campak tepi sebab takut kot-kot ada ular sesat. Haha. Teringat Itah pernah buat entry pasal "Antara Fakta dan Auta" dan salah satu isi entry pasal mimpi ular. Tapi bukan mimpi dibelit ular. Semalaman niesa tak leh tidur pastu tetiba hati tergerak nak google maksud disebalik mimpi. HAHA

Sumber printscreen : Blog Tafsir Mimpi

Tiba-tiba seram sejuk, so niesa cuba fikir positif dengan anggap mimpi tu mainan tidur.(nak sedapkan hati la katakan). TAPI! Hati jadi tak keruan bila selepas beberapa hari ada seorang mamat ni, niesa tak kenal sangat pun tau, kenal macam tu macam tu je tetiba tanya

Mula-mula dia cakap nak tanya satu soalan yang menguji minda. Soalan dia berbunyi " Macam mana kalau ada lelaki melamar niesa?" apa ke pelik soalan. Mula-mula niesa gelak terbahak-bahak sebab anggap soalan tu sebagai gurauan je. Tetiba soalan tu berulang dan perlukan jawapan. Niesa speechless! dalam hati (mamat ni mimpi ke ngigau tetiba tanya soalan macam tu).

Kesimpulannya, niesa anggap mamat tu saja-saja bagi soalan menguji minda lah sangat tu dan mengganggap soalan tu tak ada kaitan dengan yang hidup dan mati. Bahahaha. (walaupun dalam hati takutttt yang amat.) okbai!sekian laporan untuk hari ni.hehe.

Nota hati : Korang ada tak mimpi pelik-pelik dan benda tu betul-betul jadi?Sharing is caring.xoxo

Saturday, July 05, 2014

❤️ Kesibukan yang melampau ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Rindunya nak blogging. Sorry yang datang singgah tak sempat nak balas kunjungan. Sekarang ni memang sibuk yang amat. Ditambah lagi dengan kerja yang kita tak pernah buat tiba-tiba dapat arahan buat kerja tu. Rasa macam nak pitam pulak ngadap pc dari pagi sampai petang. Penuh ngan nombor,nombor,nombor sampai benci tengok nombor. Haha. Lagi teruk hari tu hilang focus tergesel kereta dengan tiang rumah. Habis kemek dan calar kereta ayah. T_T. Melayang duit RM550 untuk betulkan semua tu. Bulan yang..hmmm..

Bagi yang wish bday kat blog dan kat facebook, thank you korang! Tapi tahun ni tak celebrate pun sebab sibuk, penat dan takde mood aih!thank you to my mum sebab ttp beli kek utk niesa. Tetiba nangis. tsk.tsk. Bila nak dekat-dekat pms ni mula lah terlebih emosional kan. Nafsu makan tak payah cakap la tu dah semestinya. 

Nak cari nasiii kerabu,nasi kerabu,nasi kerabu!balik keje 430 mesti dah habis!So hari ni half day pukul 3 nak serang bazaar ramadhan!

Nanti bila ada kelapangan niesa balas kunjungan kesayangan ku sekalian k.xoxo.much love.