Sunday, June 29, 2014

❤️ Today! ❤️

Assalammualaikum dan selamat malam!


Sumber gambar : SINI


Tuesday, June 24, 2014

❤️ Jalan-Jalan cari makan part 1 ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi

Siapa suka makan angkat jari!!siapa tak suka makan kan?jadi hari ni nak kongsi beberapa tempat yang boleh korang terjah kalau jejak kaki ke Kuching Sarawak!

Pilihan pertama Teh Tarik Cafe dekat Jambatan Satok . Kalau korang breakfast kat situ kena bersabar sebab orang ramaiiiii gila. Jadi makanan pun kena tunggu turn ye. Kat situ ada banyak stall makanan, korang datang pilih apa je yang korang nak. Untuk hari tu pilihan utama niesa semestinya mee kolok dan mee jawa special.yummy!

Menu pertama masuk perut mee jawa. Dekat semenanjung rasanya panggil mee ni mee bandung/mee kari kot. Memang terbaikkk! Dan utk menu kedua niesa mee kolok yang superb! Tak payah nak buat muka terkejut kalau niesa makan 2 mangkuk mee ye. Abang yang hantar mee kolok tu pun buat muka tak percaya. Tolong percaya niesa memang macam gitu.ehe.

Yang ni pulak mee pok. Bukan mee "pork" ye. Hahaha. Rasa dia sama macam mee kolok cuma mee je lain. Korang nampak kan bentuk mee dia. Mee ni niesa tak sempat lagi rasa, tak berkesempatan nak rasa. Mee ni kawan niesa yang makan. Dia cakap sedap!

Selepas breakfast tengah hari tu kami tak lunch, petang sikit pergi cari dessert. Tempat yang menjadi pilihan kami My Sugar Bakes, Bayang estate jalan Alwi. Kedai ni sangattttt comel dan sesuai utk lepak-lepak santai. Menu petang tu pulak

Red velvet, blueberry cake(niesa punya), carrot cake dan chocolate cake. Cake dia sangat sedap! Bagi peminat SR tu boleh kot cuba cake kat sini. Cuma carrot cake je niesa tak berapa suka.ehe. 

Kami pilih Lemon Ginger Mint. Rasa mint yang kuat dan rasa halia tu boleh la tahan. Sangat sedap dan boleh refill 1 teapot ni..ehe.

Masa ni kami ambik package D.I.Y tea set (4 jenis cake, 1 fruit tart, ham sandwhich) = RM66.40 dan free buah anggur dan green apple. Dekat gambar niesa tu buahnya sudah lesap di makan.haha

Lepas ni niesa sambung pasal makanan kat next entry. Banyak sangat gambar nanti ada yang muntah hijau.oklah.xoxo. ^_^









Monday, June 23, 2014

❤ Frens 4 Life ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hari yang indah sebab document semua dah siap hantar untuk di audit. Jadi hari ni tinggal nak menepis segala incoming call tanya pasal hutang. Kihkih. (SME bank sangat lah cekap buat kerja sebab setengah tahun dah berlalu company punya loan tak keluar lagi. GOODJOB SMe)

Abaikan mukadimah entry yang sentiasa tak betul. Biar gambar berbicara.


Finally! Selepas 6 tahun semua membawa haluan masing-masing kami berkesempatan berkumpul lagi.   Sahabat yang sentiasa ada dikala suka dan duka, sedih dan kecewa, bahagia dan gembira. 😘😘😘


From 13 to 23. Tamat spm 2 orang pindah ku Kuching. Selepas banyak kali plan tak menjadi bila nak berkumpul je mesti salah seorang tak dapat datang dan kali ni Alhamdulillah Thank you Allah sebab bagi peluang untuk kami berkumpul lagi. 😭😭😭 

Dari atas Marianne Jeluie, Nur Qamariah Khan dan bawah Siti Nor Raddziah.

"Memories last forever, never do they die. True friends stay together, never say goodbye"
Nota hati : Next entry jalan-jalan cari makan!weee.. ^_^





Friday, June 20, 2014

❤ LIFE ❤







Wednesday, June 18, 2014

❤ Kaunter Aduan Pekerja ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Tetiba petang-petang cam gini stress pulak kan. Lagi setengah jam nak balik kepala ni memang dah berat sangat. Tengah sibuk buat kerja ada je yang datang mengganggu nak advance gaji la, nak mintak cuti la. Macam la niesa ni boss. Explain panjang-panjang pun tak faham-faham. Kalau datang setakat nak bagi tau masalah tu tak apa jugak. Niesa boleh sampaikan semua tu pegi boss, tapi kalau dah bercerita dari a-z masalah dorang niesa nak jawab apa lagi. Hari-hari benda yang sama. Bukan niesa tak nak dengar masalah-masalah dorang tu tapi kadang-kadang niesa pun ada masalah jugak. Dah la kepala berat dengan masalah sendiri + lagi dengan masalah-masalah personal dan masalah pekerja-pekerja ni pulak. Mau gila jadinya. Lepas tu dorang ni semua jenis nak niesa yang mengadu semua masalah dorang pegi boss, apa dorang ingat niesa ni anak boss?P.A boss?Belum lagi sampai call niesa banyak kali. eiii!sakit pulak hati ni.

Tetiba rasa nak menangis pulak. Dari tadi menyabarkan diri sebab puasa. Kalau tak memang dah sembur sorang-sorang. Nasib baik ada blog yang sudi dan setia mendengar luahan hati niesa ni.sob.sob.sob T_T

Tuesday, June 17, 2014

❤ Keywords ❤


Assalammualaikum dan selamat petang,

Keywords utk minggu lepas. Sabahan troll tetap menjadi pilihan carian. Selalu jugak keyword sabahan troll ni keluar kat blog niesa. Popular jugak Sabahan Troll ni. Di akui, Sabahan Troll mmg sangat kelakar walaupun ada sesetengah bahasa yang niesa tak paham.

hehe. Demam bola. Sumber : Sabahan Troll

Satu lagi keyword yang menarik perhatian niesa, internet percuma celcom. Ni mungkin untuk pengguna blackberry je kot. Sebab niesa ada gak tengok orang tweet yang dorang punya BIS(Blackberry Internet Service) untuk celcom lama gila dah free termasuk la celcom niesa. Dulu 2,3 bulan je free pastu kena renew. Tapi sekarang macam dah berbulan-bulan niesa tak pernah renew bis. Top up supaya sim tak dimatikan je. Sekarang ni memang jarang bermesej la kan, paling-paling pun whatsapp je. Pengguna yang lain ada tak dapat internet free dari celcom mcm niesa?

Nota hati : thanks utk kata-kata dekat entry lepas. Baca SINI. Di kala hati dilanda badai, kata-kata dari kawan-kawan sebagai kekuatan. Ayat novel dah kelua!okbai!haha.xoxo


Sunday, June 15, 2014

❤ Be Strong ❤






❤ Be Strong Niesa :') ❤



Saturday, June 14, 2014

❤ Kisah Sabtu ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Siapa yang tengok Bola Sepanyol lwn Belanda pagi tadi?ouh yes, niesa salah seorang penyokong tak tegar Spain. Malangnya Spain kalah teruk kena belasah 5-1. kuikuikui. Sila cuba lagi next game. Esok ready utk England pulak nasib baik pukul 6 pagi. Bola punya pasal me mengantuk kat ofis. Macam biasa boss takdak.

Hari ni agak blank sebab tak cukup tidur. Terjadilah 1 kisah yang buat niesa terfikir.

"Kenapa boss pasang smoke detector dekat pantry?"

al-kisah, mengantuk-mengantuk macam ni, mula la rasa nak bancuh milo. Maaf niesa bukan penggemar kopi mahupun nescafe. Tengah syok-syok tunggu air masak guna heater je pon tetiba fire alarm berbunyi kuat gilaaaaa! terkezuttt makk! Air niesa dah mendidih dan keluar asap-asap tu mungkin sebab terlampau banyak air dan menyebabkan fire alarm tu berbunyi. Nervous ok dengar bunyi kuat pepagi buta. Kang ada yang meletup tak ke haru.


Tu yang tetiba terfikir apa fungsi smoke detector ni kat pantry. Kalau fire detector takpe ar gak. Ni baru asap masak air, agak-agak kalau niesa goreng telur mahu bergegar satu bangunan hotel ni.hahaha. Aptb.okbai!xoxo!


Thursday, June 12, 2014

❤ Rindu untuk bersukan ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Kerja tak settle sibuk nak update blog. Kihkih. Boss tak ada so kita enjooyyyyyy!Niesa masih pening fikir pasal audit sebab boss tak ada. Banyak supporting document dekat dia yang mana tah dia campak b4 niesa masuk kerja dulu. Esok dia balik nak remind untuk kali ke brapa tah. Nasib la kau BOSS, kalau takk.

Ouh ya, sekarang World Cup 2014 dah mula korang sokong team mana?tapi ni bola sepak, niesa tetiba rindu nak main hoki pulak. Tak ada kaitan langsung.hehe. Tadi nampak orang post kat facebook

Gudluck untuk pasukan Malaysia mlm ni. Sumber SINI

Dulu niesa memang bercita-cita nak jadi pemain hoki bertaraf antarabangsa. Kononnya la kan. Tapi tu lah, masa form 1 main wakil Bahagian Bintulu terus injured ibu jari retak. Lepas tu ayah tak bagi main hoki dah. Tapi anak degil macam niesa ni mana nak dengar kan?so main jugak sampai form 3. Kesan jari retak tu niesa tak boleh nak bengkok sgt ibu jari sebab sakit sampai sekarang tak boleh. Nak menulis pun ibu jari lurus je.

Teringat masa mula-mula dulu game kat kuching, coach kata kalau kalah kena denda buat push ups 100x depan bilik hotel. Kau!memang kami perempuan kalah!

Sampai menggeletar tangan buat push ups. Nasib baik yang tolong kira tu "baik" ngan niesa. Tak sampai pun 100x. kihkih. 

Entah bila la kan dapat merasa sukan-sukan macam tu lagi. Sekarang umo baru duaplohtiga nak bersukannya kusss semangat. Nak berjalan 100m, naik tangga tingkat 4 pun dah mengah cam mana tu? I miss the old days so much.. :( 

#throwback geng2 futsal. 

Dah 2 tahun tak pernah bersukan. Kalau berjogging dalam 2 tahun ni boleh kira berapa kali. Dulu mintak kawan aja berenang. Sekali bukan nye mengaja kena bahan ada la sebab dia kata niesa berenang klaka. Setiap kali bukak cerita tu mesti ketawa sampai menangis. Saba jelah. Tak de kawan yang agak rajin nak bersukan.hmmm.hmmm.okbai!







Tuesday, June 10, 2014

❤ Wordless ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Tengah mencari semangat yang hilang. Jadi idea tak de lagi.Kihkih.



hehehe.okbai!xoxo.

Nota Hati : Akan memulakan sesi blogwalking pula. 

Tuesday, June 03, 2014

❤ The Liebster Award by Cik Fifie ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Last day cuti hari ni. Wuaaaaa!xpuasnyaaa. Blog pun bercuti, mood blogging tak payah cakap la.Haha. Sebelum terlambat, niesa nak jawab soalan-soalan dari Cik Fifie dulu ye.

1. Lagu yang menggambarkan perasaan anda sekarang.
Salahkah - Rossa dan Hafiz

2. Cerita yang menggambarkan kehidupan anda sekarang.
Entah la Cik Fifie oii..haha. kena kaji dulu cerita apa sesuai. XD

3. 5 menda/perkara yang sangat-sangat penting dalam hidup anda.
Banyak aih perkara penting dalam hidup ni. Kalau nak list 5 je memang tak cukup.haha

4. 5 menda/perkara yang boleh buat anda rasa bahagia sangat.
 1. Bila mak ayah niesa happy sangat-sangat tu la yg buat niesa bahagia sangat.
 2. Bila semua family niesa happy sangat-sangat tu la yang buat niesa bahagia sangat.
 3. Bila orang yang niesa sayang buat sesuatu diluar jangkaan walaupun dengan sekadar 3 patah perkataan. :P
4 dan 5 tu nanti niesa fikir lagi ye.hehe

5. 5 menda/perkara yang buat anda lost or hilang tumpuan/focus dalam hidup.
Perkara yang boleh buat hilang tumpuan ni tak menentu. Mungkin antaranya terlampau banyak sangat yang difikirkan dan juga putus cinta. :P

6. 5 cara anda mengatasi masalah hilang focus dlm hidup.
5 cara utk mengatasi ye?makan,makan,makan,makan,makan dan makan. Hahahaha

7. 5 cara anda mengatasi masalah kurang keyakinan pada diri sendiri.
Masalah kurang keyakinan ni memang dari dulu lagi tak leh nak atasi. Niesa sendiri tak tahu la macam mana nak mengatasi masalah ni. Memang selalu je kurang keyakinan diri.hehe

8. Pernah jatuh cinta?bila?bagaimana?
Tipu la kata tak pernah kan?Pernah la jugak kali terakhir tahun lepas.hmm. bagaimana?cinta tu hadir dalam macam-macam cara yang kita sendiri tak sedar. Bila kita tolak perasaan tu, semakin tu la dia datang dekat dan terus tertanam dalam jiwa. ecewah!hahaha.

9. 5 ciri-ciri pasangan pilihan hati anda?
Niesa cuma nak pasangan yang boleh bimbing niesa dan yang boleh terima kelemahan/kekurangan dalam diri niesa sebenarnya. Kalau jawapan novel kesetiaan dan kejujuran tu penting. Tapi memang penting pun. Hahaha.

10. Apa pendapat anda tentang blog Cik Fifie?
Secara jujurnya, blog cik fifie ok cuma perlu susun lagi kot yang dekat bawah tu dan buang la apa yang tak penting sebab kadang-kadang bagi niesa serabut kalau tengok. :)

11. Pada pendapat anda, apa yg perlu ditambah baik dalam blog Cik Fifie ni?
Untuk penambah baikkan tu rasanya semua dah ok kot. Untuk tips, niesa ni tak reti sangat, mungkin kena rajin blogwalking. Utk nuffnang pulak, selalunya org akan tinggal pesan kata dia "isi tabung" kalau kita rajin "isi tabung" utk org tu jugak begitulah sebaliknya. kira mcm win win situation la kan. Sy click tabung awk,awk click tabung sy.

Ok done jawab!Rindu korang semua!xoxo!okbai!