Friday, May 30, 2014

❤ Pray 4 Adik Izz Rizzqi ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Entry ni niesa copy paste daripada Kak Nurie. Harap kawan-kawan semua sudi baca sampai habis dan sama-sama bantu tak kira dari segi apa sekali pun. Bantuan duit,doa pun dah kira Alhamdulillah. Sayu sangat tengok gambar baby ni disebalik senyuman terselit kedukaan. Baby ni menghidap penyakit jantung belubang. Allahu. Bayi sebesar ni di uji dengan dugaan yang besar.



Petikan dibawah ini diambil di status facebook Ika sendiri.

Salam Jumaat..

Ahad, 18 Mei 2014, 12.30am. 
Kami bawa izz ke hospital lagi. Batuk izz makin teruk sejak hari jumaat. Nafas kencang. Kahak pun banyak. Tidur pun sekejap2. Kesian abang.. Doc kata abang kena jangkitan paru paru. Kesian abang kena xray ambil darah lagi. Yang entah ke berapa kali nya ambil darah. Oksigen abang turun naik tak stabil. Masa tidur saja ok bila abang bangun batuk2 bacaan tak menentu. Kesian ibu tengok abang batuk2. Ibu tau perit kan sayang. Menyusu pun dah semakin kurang. 5-10 minit saja tiap 3 jam sekali. Abang lemah sebab abang batuk banyak kahak. Abang menangis je bila nurse datang kat abang nak bagi ubat. Ibu tau abang marahkan asyik kene kacau je tidur. 

Isnin, 19 Mei 2014
Batuk abang makin teruk. Abang kena pakai pum mcm orang asma tu. Kena pakai satu benda tu tekap kat muka abang untuk bagi gas tu. Kuat abang menangis. Nurse suruh ibu yang buat tapi ibu tak sanggup. Abang kena sedut kahak pun ibu tak sanggup nak tengok tube masuk dalam mulut abang. Ibu tau sakit kan..

Selasa,20 Mei 2014, 12.00pm
Abang kena pindah masuk ke wad PiCU. Jantung abang lemah. Bacaan semua turun naik. Menyusu pun dah semakin kurang. Abang kena menyusu melalui tube. ALLAH luluh hati ibu bila wayar berselirat satu badan abang. Ibu dah tak dapat nak dukung2 abang lagi lepas tu. Doc bagi oksigen yang lagi kuat untuk bantu abang.

Rabu, 21 Mei 2014
Abang terbaring je atas katil. Ibu tak boleh nak dukung2. Cuma boleh usap2 tepuk saja. Abang genggam jari ibu ayah. Kami rindu sangat nak dukung peluk abang.

Khamis, 22 Mei 2014, 4.00pm
Doc bagitahu ibu satu lagi berita buruk. Ada salur darah abang ke badan yang sempit. ALLAH.. ibu rasa nak ambil je abang peluk abang kuat2. Doc bagitahu lagi ada risiko untuk alami kegagalan jantung. Ibu rasa nak pitam waktu tu. Terkedu sorang2. Macam2 ubat doc bagi untuk bantu kawal jantung abang yang lemah. Jangan risau ye sayang. Ibu ayah pun akan bantu abang dengan doa kami. Ibu terpaksa bagi abang susu campur sekarang. Susu ibu semakin kurang. Mungkin ibu kurang rehat dan penat. Tapi ibu akan cuba juga bagi susu ibu supaya antibodi abang kuat untuk lawan sakit.

Jumaat, 23 Mei 2014, 10.00am
Pagi tadi ibu dapat dukung abang  ada nurse baik hati tengok abang nangis2 dia pun bagi ibu nak dukung abang. Rindunya ibu pada abang. Dah 2 hari ibu tak dapat dukung abang. Dah 3 malam juga kita tak dapat tidur sama. Ibu ayah rindu sangat. Tengahari tadi ibu tengok oksigen abang nurse buka sekejap untuk tengok sama ada dah stabil atau tak. Lega sikit ibu rasa bila oksigen buka sekejap. Batuk abang pun dah kurang. Isnin nanti kita akan jumpa doktor pakar jantung di ijn. Doctor akan cek abang dgn lagi teliti. Harapan ibu ayah kalau boleh tak nak abang dibedah. Tapi kalau dah itu yang terbaik untuk abang kami redha. Tentang kos perubatan dan pembedahan ibu ayah akan usaha minta bantuan mana yang mampu. Kita di uji bersebab sayang.. InsyaAllah ibu yakin Allah dah rancangkan sesuatu untuk kita. Kita minta orang doa kan abang ya. Bertahan ya..

Maaf tak bagitahu saudara2 yg sekarang izz ada di ward PICU. Kami cuma tak nak merisaukan kalian.. doakan izz ya semua.. 
_________________________________________________________________________________

Semalam , aku terbaca update mengenai Izz dekat facebook Ika. Difahamkan doktor berjaya mengesan lagi 3 masalah pada Izz dan ini menyebabkan Izz memerlukan pembedahan dengan kadar yang segera.


"I'm on my way back to Hospital Seremban with ambulans. Izz dikesan ada 3 masalah dan mmg perlu dibedah dgn segera. Masih tak dpt tarikh yg confirm lg utk operation tapi maybe by next week. Nanti eka akan share tentang penyakit Izz.Tentang kos pembedahan pun belum pasti lg berapa. Ayah Izz tgh berbincang lg dgn diorg..i'm speechless..........xtau nak kata apa. doa kan je la anak eka selamat, sihat.."
_________________________________________________________________________________

Latest news yang aku dengar adalah Izz memerlukan RM 50000 sebagai kos pembedahan pada minggu hadapan. Jumlah yang sangat sangat besar untuk sesiapa sahaja. Oleh itu , aku mohon jasa baik kalian yang terbaca akan entry ini sama sama dapat membantu meringankan beban keluarga adik Izz. Dan dibawah ini adalah status yang dipetik daripada Facebook Rina Ellisa. 

"Assalammualaikum wbt,


Sebulan selepas Izz di lahirkan, Doctor dapat kesan ada jantung berlubang pada Izz. Ya Allah.. Tuhan menduga anak kecil ini. Tuhan menduga keluarga kami. Kehadiran Izz dalam keluarga menjadi penguat kasih sayang antara kami. Izz terlalu kecik untuk tanggung sakit ni. Kalau ada kuasa, biarlah sakit Izz pindah kat maklong. Tak sanggup maklong tengok gambar-gambar Izz, video Izz yang ibu share dengan maklong. 

Izz menangis la selagi boleh nak. Bukan kuasa Izz nak bercakap mengadu pada Ibu Ayah yang Izz tengah sakit sekarang ni. Kuatkan semangat Izz.. Maklong tahu Izz kuat sekuat maksud nama Izz, KEKUATAN.

Beberapa hari yang lalu, Doctor kesan saluran darah Izz sempit dan perlukan pembedahan dengan segera. Hari ni Izz dan Ibu naik ambulans dari Hospital Tunku Jaafar ke IJN untuk temujanji dengan Doctor pakar. Doctor telah pon memberitahu kemungkinan minggu hadapan pembedahan akan di lakukan. Cuma tarikh je belum dapat lagi. 

Sy dan keluarga memohon jasa baik kawan kawan memberi sokongan moral kepada adik sy Nur Atika semoga dia kuat dan sabar dengan ujian ini serta bantuan kewangan untuk meringankan kos pembedahan anak buah sy minggu hadapan. Kos pembedahan di anggarkan RM50k.. 

NUR ATIKA RUSDAN - 162375700644 (MAYBANK)

Tiada apa harapan kami sekeluarga selain mempercepatkan pembedahan dan melihat Izz Rizzqi sihat seperti anak-anak kecil yang lain.

Semoga dengan sokongan dan bantuan semua dapat meringankan dan memberi semangat untuk adik sy dan suami dia terus kuat di samping Izz Rizzqi..

Semoga tuhan membalas jasa baik semua mendoakan anak kecil yang tidak mengerti apa itu erti sakit dan dia hanya tahu senyum dan terus tersenyum menggembirakan hati ibu ayah dan keluarga kami..

Mohon sebarkan status ni.. Terima kasih semua..#prayforIzzRizqi"



Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian semua. Sama samalah kita doakan supaya adik Izz kembali sihat dan doakan semoga mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM 50000 itu untuk melakukan pembedahan tersebut. Amiinn.

Untuk maklumat lanjut boleh PM Ika & Rina sendiri. Facebook Nur Atika , Facebook Rina Ellisa. Dan kepada sesiapa yang ingin menyebarkan maklumat ini untuk diblogkan di blog masing masing sila email Kak Nurie nad301189@gmail. Dia akan bagi semua maklumat yang diperlukan inshaAllah.

Doakan yang terbaik untuk adik Izz. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian semua. #Pray4IzzRizqi

Monday, May 26, 2014

❤ Sekitar Majlis Perkahwinan Abg Sulung ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Hari ni nak semadikan beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan abang sulung niesa. Baru berkesempatan nak update.

Gambar pelamin dan hantaran. Bertemakan biru. Eh, pengantin kat sebelah dia nk g gym. Lepas akad nikah pg gym ko haderrr?pastu mak marah call banyak kali suh balik.ekeke.

Majlis akad nikah.

Masa ni tetiba cincin tak muat.ekeke. 

Nenek-nenek niesa,mak niesa,adik bongsu, makcik dan kakak kat belakang. Niesa macam biasa bawak anak walaupun bukan anak sendiri. Haha. Kompang punya la bising dia boleh tidur. Habis je kompang dia bangun. eh. eh. Cikgu niesa tak percaya tu bukan anak niesa. Ouh, mesti rupa dah macam mak-mak.haha

Si kecik dah bangun sebab nak balik dah.

Di hari persandingan sebelum g jemput pengantin perempuan.

Adik beradik

Abang niesa fighter utk muay thai. Jadi xde persembahan silat ye, ni persembahan muay thai dari anak murid dia. Tengok tu ramai budak-budak baju hitam tu semua geng dia la tu.


Time ni memang tengah panas. Tak payah nak pakai payung sgt haih.haha.

Anak beranak dengan menantu baru. 

Sebenarnya ramai lagi yang tak ada dalam gambar sebab tak tahu la pergi mana. Penat jerit panggil semua orang. =_="

Adik beradik. Bongsu tak ada sebab mengamok tak suka bergambar. Kesian adik dan kakak niesa gambar terputus. Menyesal pulak suruh orang tu tolong tangkap gambar. 

Yang ni pulak entah button apa dia usik dekat camera dslr pakcik niesa tu sampai terlebih lighting pulak. =_=" Lagi 2 orang tu makcik niesa.

Maaf la ye mengganggu en.pengapit. Dorang tengah sibuk cakap pasal apa tah. Bahaha. Teringat zaman sekolah, budak-budak lelaki memang tak berani ganggu niesa sebab abang niesa gangster sekolah. Bila nampak niesa je mesti panggil niesa dengan panggilan "adik farid". Dulu skinhead, sekarang muay thai pulak. Abang yang garang tapi baik sebenarnya. Hehe.

Budak ni kan siang tidurrrr je keje. Malam mainnnn je keja. Pastu kalau nak tidur tak nak senyap-senyap. Kena pompangpompang baru nak tidur. Kalau bunyi krik.krik.krik memang tak nak lah tidur.

Selamat menjalani kehidupan bekeluarga, bahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.Amin

Nota Hati : Maaflah tak perasan terlampau banyak gambar. Haha. Harap tak muntah hijau.Okbai!








❤ GIVEAWAY "KE KOREA DAH KITA ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Monday blues!Tak sabar tunggu next week Public Holiday!yeay!jom join GA by Farae. Hadiah menarik!

Hadiah utk pemenang. Comel2! Klik gambar untuk join. ^^,


Saturday, May 24, 2014

❤ Camping ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Niesa kan tetiba rindu sangat zaman umur bawah 20an. Zaman skema yang fikir nak enjoy je. Rindu nak balik sekolah bukan sebab rindu nak belajar tapi rindu nak jumpa kawan-kawan, rindu nak join macam-macam aktiviti. Paling niesa rindu ialah bercamping. Masa sekolah niesa aktif PBSM, selalu jugak la join camping belakang hutang sekolah tuh. Bila masuk Politeknik, macam blurr nak masuk kelab/persatuan apa. Tetiba kena pilih jadi Exco kelab perdagangan. Jadi sepanjang belajar kat sana memang aktif benda tu je la kecuali last sem niesa join softbol. Masa jadi exco tu, ada gak la kursus(tu macam biasalah kan) tapi tak best sebab bukan tidur dalam khemah. Kami kursus kat kem bina diri, apatah nama kem tu. Lupa pulak dah. Setiap kali masuk kem, orang yang selalu nangis mesti niesa. Sebab tu dapat gelaran "congek". Congek tu maksudnya kuat nangis.

Bila dah habis belajar, ada gak bagi cadangan kat kawan-kawan nak bercamping. Tapi semua krik.krik.krik. macam tak berminat je. Why oh why!kenapa la niesa sorang je yang minat benda-benda macam tu. Kaki picnic tu niesa, kaki melawat muzium tu niesa jugak!hahaha. Dulu pernah 1st date kat muzium, ko hade?dating kat muzium negeri, memang terbaik la kan.

Tapi serius tau!niesa teringin sangat nak bercamping. Malam-malam berkumpul reramai buat bbq,pastu dengar orang nyanyi sambil main gitar. Wuaaa...mesti sangat best!entah bila la angan-angan niesa tu jadi kenyataan. (ni serba sedikit pengaruh novel =_=")

sumber gambar SINI

Sesiapa blogger yang rajin g bercamping tu sekali sekala ajak la niesa sekali k. Mungkin niesa perlu cari bakal suami yang rajin beriadah. hahaha. Nak becamping tu ramai-ramai baru syok kan?takkan la nak bercamping seorang diri. Tu memang sadiss tu. aha!okbai!

Nota hati : tetiba meroyan nak bercamping.

❤ CPUV ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Selamat bekerja bagi yang "bekerja" dan selamat beristirehat bagi yang cuti hari ni.hehe. Hari ni baru berkesempatan nak buat entry CPUV. Thanks nuffnang sebab masih bagi CPUV kt niesa. Untuk tips ringkas bagaimana nak dapat CPUV ni boleh baca sini.


Masih ada 7 yang on going. Alhamdulillah. Thanks yang sudi click tabung niesa. xoxo!

Friday, May 23, 2014

❤ Menunggang atau Memandu ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Memandangkan sekarang dan bulan May niesa tengah berkira-kira sama ada nak buat loan kereta ataupun teruskan naik je motosikal yang sedia ada. Kalau ikut niat tahun lepas Jun/July nak beli kereta. Tambah-tambah lagi sekarang Myvi XT warna pink pulak keluar. Niesa ni dah la pantang nampak pink, mula lah nak tergoda. 


Niesa ada gak la tanya pendapat orang, ada yang menggalakkan beli dan ada kawan niesa kata tak payah dulu. Kalau difikirkan balik memang ada kelebihan dan keburukkan. Tu yang tengah dilema sekarang nak beli ke tak.

Niesa ok je menunggang cuma ada keadaan yang buat niesa sakit sikit la. Bila hujan lebat dan bila hari panas terik. Niesa ni antibody memang tak kuat jadi selalu gak la sakit bila kena hujan, berpanas. Belum lagi disebabkan debu-debu dan pasir-pasir dari lori yang berterbangan.heee. Mana tak resdung ni tak sembuh-sembuh. Kalau difikirkan dari segi keselamatan pulak, menunggang ni risiko dia memang tinggi sikit. Tapi bagi niesa, musibah tak kira masa dan tempat kan?jadi niesa berlindung dengan Allah supaya dijauhkan dari segala perkara yang tak elok.

Memandu ni pulak niesa agak rimas sebab dah biasa merempit. Pastu bila memandu kena betul-betul focus sebab selalu lupa jalan. Haha. Untuk kos-kos lain pulak kos kereta lagi tinggi dari motosikal kan nanti susah la nak enjoy. Lain la kalau boss baik hati naikkan gaji niesa tahun ni.ekeke. Aduh..ni yang tak suka bila nak buat keputusan.

Pendapat korang?share please.

Thursday, May 22, 2014

❤ Kuala Lumpur part 3 ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Ini mungkin cerita terakhir niesa bercuti. Hehe. Selepas penat ke Taman Botani dan Japanese Village, niesa ke Colmar Tropicale. Kalau ikut address Bukit Tinggi kat Pahang sebab ada yang tanya niesa Bukit Tinggi ni ke Pahang ke. heee. Reka bentuk bangunan yang sangat cantik sebab bangunan-bangunan ni ala-ala dekat France. Niesa ada terbaca dekat signboard situ.ahaha. Sila jangan pening lalat tengok gambar yang banyak muka niesa je ok. XP







Berakhirlah perjalanan di Bukit Tinggi sebab penat dah. Misi sebelah malam nak borong roti gardinea sehingga ke Putrajaya. hahaha


Dekat putrajaya tak banyak sangat gambar sebab niesa dah penat sangat + ngantuk. Balik pukul 2am rasanya. Habis semua 7E kta org pergi. Mula-mula nak beli je kat airport tapi takut tak sempat nak packing.


RM100++ untuk ROTI GARDENIA SAHAJA. Satu luggage niesa dah penuh untuk roti ni je. =_=" 
Tu pun tak cukup ok untuk bagi kat sepupu sepapat. Dah la sepupu niesa kebanyakkan budak-budak lagi memang suka la dia orang dapat roti ni. Abang-abang yang kat 7E tu siap boleh agak niesa orang sarawak. Ada yang interview dari mana siap bagi tau dia dah pernah datang Bintulu dan tak kurang dengan muka abang-abang yang pelik tengok niesa beli roti banyak yang amat. hihi.

Tamatlah sudah entry percutian niesa. Yeay! Habis dah idea nak update apa pas ni. Sungguh tak kreatif. oklah.sampai disini.xoxo!











Wednesday, May 21, 2014

❤ Perasaan Bila jatuh cinta ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hari ni tetiba rasa nk join GA dari kak PB nih. Macam menarik. Hahaha.

Click banner utk join.

Soalan daripada kak PB

Bagaimana kamu tahu kamu sudah jatuh cinta?

Jawapan daripada niesa 

Sentiasa murah dengan senyuman. Time makan senyum,time tidur senyum, time mandi pun senyum. Belum lagi ber-sms pasti senyum sampai ke telinga. Pastu hati sentiasa musim bunga. Setiap benda yang dibuat pasti akan terbayang si dia. ecewah!hahaha.ayat novel sungguh!penuh bunga-bunga.okbai!

Tuesday, May 20, 2014

❤ Keywords ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Hari ni sesaja nak check blog keywords. Terjumpa beberapa keywords yang menarik minat niesa untuk kupas sedikit.


ni keyword minggu ni. Niesa pernah buat entry pasal Sabahan Troll ni. Baca sini. Walaupun niesa bukan orang Sabah. Tapi sangat suka baca troll sabah sebab loghat dorang. Nak cakap tak paham tu paham la sikit-sikit. heee. Antara troll yang kelakar, selalu jadi dalam hidup niesa. 


Tak paham sila tanya blogger sabah.hehe :P


Keywords minggu lepas. Niesa dah memang dah banyak kot cerita pasal makanan, permainan dan macam-macam pasal sarawak. Keywords tu semua buat niesa terfikir untuk memperkenalkan lagi macam-macam makanan sarawak yang niesa sendiri belum pernah makan. (Abaikan keywords kehidupan gadis comel..bahaha..tetiba)

Untuk pengetahuan, mee sapi tu sama je rasa dia dengan mee kolok. Beza dia cuma sup kot. Kalau mee kolok tak ada tulang sapi seperti dalam gmb. Tapi dari segi rasa memang dua2 perggh!superb.

Ni mee sapi. Kalau datang sarawak korang wajib cuba.

Entry ringkas petang ni sebab tengah pening nak buat account untuk audit. Haha. okbai!xoxo




❤ Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 ❤

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

❤ The Liebster Award by Itah ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hari tu Itah tag utk Liebster Award lagi. Memandangkan hari ni agak sakit hati nak buat kerja jadi niesa nak blogging je dulu. Boleh ke? Hati ni masih frust sampai nak tukar bidang kerja dah ni. Tak nak buat kerja akaun dah. T_T oklah, nak jawab soalan Itah.


  • Gambarkan diri anda dalam tiga perkataan.
  • Seorang yang sensitif.


  • Usia blog anda?
  • 4 tahun 6 bulan


  • Berapa kali kah anda pernah jatuh cinta?

  • Pernah rasa rindu dengan seseorang dan bagaimana anda menghadapinya?
  • Semestinya pernah. Niesa akan menangis sampai tertido. Sadisnya..hukhuk.


  • Apakah perkara yang paling anda suka buat? 
  • Menikmati keindahan alam.


  • Siapakah yang menjadi inspirasi anda dalam sesuatu perkara?
  • Emak.


  • Bagaimanakah anda menghadapi sesuatu yang mengecewakan anda?
  • Jawapan sama macam kat atas. Menangis.


  • Apakah perkara yang pernah terjadi yang anda tidak dapat lupakan sehingga kini?
  • Sangat banyak.


  • Jika diberi peluang, anda nak jadi apa?
  • Jadi wanita yang berkerjaya mungkin. hahaha


  • Jujur..blog Cik Itah lambat loading kah?
  • Secara jujurnya semuanya ok. Loading pun tak lambat.


  • Anda mengenali sy dengan nama itah. agak-agak anda boleh teka tidak nama sebenar sy,  Tekaan anda? p/s nama ayah tidak perlu.
  • Sebenarnya niesa pernah terbaca entry itah pasal url blog itah sebelum2 ni. Kalau tak silap itah ada mention huruf pertama nama itah L kan?tp xtau la nk teka nama apa..hehe



    ok done!siap jawab dah.hehe. okbai!xoxo

    Nota Hati : Semakin hari macam nak lari dari dunia sendiri. I just want to be alone.hmmmm.

    Monday, May 19, 2014

    ❤ Kuala Lumpur part 2 ❤

    Assalammualaikum dan selamat pagi,

    Kali ni taknak cerita hari kedua sbb hari kedua dah pernah cerita. Kalau tak tahu baca sini. Hari ketiga kat KL, pagi tu niesa jalan-jalan beli barang dulu memandangkan niesa stay dekat je dengan Jalan Tar. Sebelah petang destinasi yang buat niesa sedikit teruja. Haruslah Bukit Tinggi! Kawan niesa sebenarnya beria-ia ajak gi situ sebab dia suka tangkap gambar. Jadi Niesa la modelnya masa tu.ekeke.

    Masa sampai tu tengok macam sunyi gila. krik.krik.krik. Banyak bunyi cengkerik je. Hahaha. Pastu park kat bawah sebab nampak macam parking kat atas tutup. Penat gila nak naik tangga. Dah la jauh berjalan. Sekali nampak kereta lalu,haiss bolehhh pulak, ingatkan tak boleh.


    Ni baru tangga kedua, tangga pertama lupa nak tangkap gambar. Haha. Bersabar ye kawan-kawan tak sampai lagi. Kena jalan lagi!


    ok.ok pun belum sampai lagi ye kawan-kawan. Kena naik lagi sikit.


    Eh,eh, ni baru sampai cabang tak sampai tempat tu lagi. Haha. Ok,niesa nak ke Taman Botani terlebih dahulu. Jom jalannnn lagi.

    Dah sampai dalam taman!takde ape pun hutan je dan bunga sangat la sikit. Penat je jalan. Hahaha.

    Snap beberapa gambar pastu keluar. Next!

    Jom ke Japanese village pulak!



    Niesa suka Japanese Village ni. Suasana dia, reka bentuk rumah dia. Rugi tak cuba guna kimono hari tu. Rasa malas nk cuba sebab kena bayar RM20. hehe. So bergambar je la.






    Tak banyak sangat gambar la. Jadi niesa pilih mana yang bekenan je. Perjalanan ke Bukit Tinggi ni belum berakhir lagi. Tunggu part 3 pulak ye. Sekarang masih cari mood selepas penat bercuti. Haha. Ouh ya, sebelum terlupa tiket utk masuk ke sana RM12/person utk dewasa.


    Nota Hati : Zzzzzzzzz.