Monday, April 28, 2014

❤ Blog dan Tuan Blog BERCUTI ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Perasaan ketidaksabaran sangat-sangatlah membuak-buak. Haha. Nampaknya minggu ni, blog dan tuannya akan bercuti selama seminggu. Hooyeahh!lusa dah terbang pergi membawa diri ke bumi seberang laut china selatan.hamboi macam jauh kan?tak sabarnya nak jumpa budak-budak choomelll nanti. Tak sabar!tak sabar!

Semangat gila check in!hahaha. Padahal nak terbang lusa. Bahaha. Nampak tak ketidaksabaran disitu?

Doakan perjalanan niesa selamat sampai dan selamat balik ye kawan-kawan.Tiba-tiba hari ni kena serang flu + batuk. hukhuk. Time-time macam ni baru nak datang. Harap-harap sebelum pergi niesa sihat sebab nak enjoyyy.wuaaaaa! T_T 


Sokseksoksek dari pagi dengan hingus. Baik hati pulak manager hari ni tak on aircond. Kalau tak hari-hari gaduh sebab nak on aircond, bila dia kelua je niesa offkan sebab memang tak tahan sejukkk!hahaha

Mungkin tak sempat nak blogwalking sebab nak siapkan semua kerja sebelum cuti. Rindu semua orang nanti. Okbai!take care and love u!xoxo

Nah!selfie kejap,heeeee...(^_^)



Wednesday, April 23, 2014

❤ Wordless Wednesday ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Wordless wednesday la katakan. Bila student akaun berdiskusi pasal kerja. Apa yang penting kerjasama!ahaha. Niesa mintak tolong dorang macam mana nak buat transaksi akaun yang entah apa-apa. hukhuk. Kalau tak faham sila tanya.heee. 


Susahnya kerja dengan company yang baru mula dan tak ada staff. Kesian orang baru macam niesa kepeningan sebab tak reti walaupun dah pernah belajar. Tapi masa belajar memang BASIC, apa yang dibelajar tak ada kena mengena hampir 94%. Kalau setakat debit credit tu memang sama la. HAHA
okbai!

Nota Hati : Tak sabar tunggu next week!!!!!







Monday, April 21, 2014

❤ Entry merapu ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Belum habis lagi nak blogwalking semua orang, hupdate entry dulu lah. Walaupun tak ada idea jadi niesa merapu je lah kali ni. Hujung minggu lepas, niesa pujuk mak supaya culik adik niesa punya anak(maksudnya anak saudara la kan?tiba2 kompius..hahaha) sebab dah rinduuuu gila dengan si kecik tu. Atuk dia asyik cakap dia dah berisi sangat, so sabtu tu g la ambik si kecik tu. Bila tengok muka memang gerammmm sebab comelll sangat! Seronok dia gi jalan-jalan, bila masuk dalam kereta nangis pulak. Budak-budak zaman sekarang tauu aje bila nak g jalan. =_="

Petang tu adik-adik semua main ngan dia, wat dia terkekek-kekek ketawa, pastu marah kat adik-adik malam nanti kalau dia meragam memang siap la!(ggrrr..buat muka garang dekat adik-adik). Malam semua orang dAh tidur dan korang tau budak ni meragam!kejap tidur pastu dia nangis, mata tutup pastu nangis pastu bila kendong diam. Habis 1 rumah niesa bawak pusing, cakap-cakap ngan dia. Bila dah mula lelap sikit-sikit tiba-tiba meragam lagi sampai la pukul 1 lebih pagi!(tak boleh dibayangkan bila ada anak sendiri nanti) hahaha.


Pukul12 malam mak bagi dia makan. =_=" (mata niesa dah macam tak boleh bukak je masa tu) pukul 1 lebih pagi baru la dia tidur tu pun bangun awal!pagi-pagi pukul 630 rasa macam ada orang tarik-tarik seluar niesa, punya la terkejut sampai terduduk. Pagi-pagi dah nangis nak kendong,padan muka niesa kan tak cukup tidur. Lepas niesa mandikan dia, niesa lak bersiap nak g kenduri kawen sepupu niesa. Semua orang ingat tu anak niesa, siap tanya "anak berapa bulan?" Senyum kambeng je la masa tu jawab soalan nenek-nenek.

Rupa sendiri pun dan macam mak-mak dah tu. =_="

Sekarang ni tangan dua-dua sakit or lebih sesuai kata lenguh kot. Yelah, jarang-jarang jaga budak. Ni betul-betul 2 hari jaga tau sampai tak lena tidur malamku. Lepas maghrib baru hantar dia balik, pukul 9 lebih niesa pengsan kepenatan. Baru sorang ok. Praktikal nak jadi "umi" ni kononnya!bahahaha.. astaghfirullahalazim
meroyan kejap.

mata dah sepet sama macam mak ngah dia ni. Nangis-nangis nak tidur, buai-buai dalam buaian tak gak tidur-tidur. Niesa siap berkaraoke lagi untuk si kecik ni.(suara tak sedap kot.HAHA) Last-last, main pulak kijenye.hai.. sabo je lah.

nota hati : Tadi tengah hari kedai makcik tak bukak, baru je nak beli aiskrim.. :( :(







Saturday, April 19, 2014

❤ Craving for ice cream! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Wuarrghhh!lapaa...lately tak tahu la kenapa ngan diri ni sangat gila kan aiskrim. Kalau boleh hari-hari niesa nak menyinggah kat kedai makcik tepi jalan tu beli aiskrim. Dah la bukan beli 1 ke 2 ke, kdg sampai 4! =_=" Bila keluar ngan siapa-siapa pun yang pastinya niesa akan makan aiskrim, sampaikan hari tu kena marah oleh someone sebab makan aiskrim banyak-banyak masa tengah batuk.

Tadi chat chat ngan si omey qila pun terus teringat dia pernah cerita pasal aiskrim baba. Tekak terus rasa nak cari aiskrim.wuaaaa!!kalau boleh hari-hari nak makan aiskrim. Kadang-kadang untuk mengelakkan niesa daripada singgah kedai makcik tu, niesa bawak moto lelaju bila lalu kedai tu supaya tak sempat singgah. hahaha. Teruk kan.haisss. Aiskrim wajib dibeli


semestinya drumstick


aiskrim potong ni niesa sll beli 2. Sumber gambar SINI.


haaa..yang ni pun aiskrim solero. nyum!nyum! pinjam gambar awak ye!tuan punya gmb sini. hehe

Agak-agak balik ni niesa menyinggah ke tak?mampu ke diri ni menahan godaan si aiskrim.ekeke.tunggguuuu.okbai!

Thursday, April 17, 2014

❤ Rezeki Blog Niesa Lovecrew ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Entry pendek lagi mungkin petang ni. Hihi. Tahun 2014 merupakan tahun yang sangat awesome!!harap-harap sampai hujung tahun la macam ni kan. Weeee~ Minggu lepas niesa dapat cash voucher dari Zalora RM100. Ingat tak niesa pernah cerita pasal zalora?hikhikhik. Minggu lepas kot, niesa pun dah lupa. Jadi dengan cash voucher tu niesa beli la 2 item yang murah-murah je. Semua barang tu dah sampai!walaupun asing-asing. hehe. Tadaa!



Jam tu baru je sampai office sebab tukang hantar tu kenal niesa.hehe. Sangat suka la service Zalora ni sebab mula-mula masa beli barang-barang ni, niesa punya order ada problem. Sampai dapat email order dah cancelled. Pastu niesa live chat la dengan agent dorang dan 1 hari settled! Memang terbaik punya service. Next time boleh la niesa shopping kat Zalora dengan duit sendiri. ekeke. Untuk barang ni niesa cuma bayar postage je RM10 sebab untuk voucher kan tak include postage. Rasa macam panjang pulak kan entry ni. Okbai!nnti ada masa niesa bw,sekarang macaaammmm.hmmm.okbai!hahaha

Tuesday, April 15, 2014

❤ Blogger - Mini GATHERING 2014 ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Semalam excited bukan main kan. Niesa janji ada entry special. So, jeng,jeng,jeng. Entry special ni adalah hasil copy paste dari blog the Glamorous Bella Luna!hihihi.

   

So, who's available on :
1st- May - 2014
LUNCH time together at 12.30 pm until 3.00 pm

Tempatnya memang sangat best dan meletops. kebambom gitu.
Pernah dengar 'Flora Kafe' tak?
Scha & Awal pernah buat event kat situ.
Then cerita Ariana Rose juga buat pegambaran di situ.
Kerlassss tak kak jah?? hahaha

Aku memang excited tengok bunga-bungaan, bagai dalam taman bunga.
Decoration yang sangat mewah.
Tapi harga makanan mereka pada aku murah. Tak semahal hotel.

Eh, kenapa we olls nak buat mini gathering?
kan seronok kalau dapat join then berkumpul ramai-ramai.
secara santai dan kenal mengenali kawan-kawan blogger yang korang selalu komen.
More better jumpa face to face and borak lama-lama sampai lebam.

Tak adalah isu blogger itu sombong or tak mesra alam.
Mestilah korang havoc & the best kan?
lagipun tempat yang we olls pilih sesuai dan selesa sangat lepak-lepak.

 

seriously!niesa dah google tempat ni rasa macam nak pengsan tengok tempat lawa gilaaa!!kalau rasa dah tergoda dengan pelawaan Bella tu, terasa nak join we olls.

Boleh inbox Bella atau tingalkan URL blog untuk Bella kejar korang.
hahaa. yang betul-betul free & berminat ajela.

Setakat ini, yang dah confirm nak pergi dalam 5 Orang.(Rasa macam dah confirm 7 org. hihi)
Tiada limit dan had. Kalau nak jangan segan-segan komen kat entry ni/wasap niesa or bella ok?

 Organizer event ni haruslah yang empunya entry iaitu Bella Luna!hehe. Ada mastermind yang lain.

Kalau nak tahu location boleh google ataupun tengok map kat bawah ni.
Dekat aje dengan KLCC rupanya. So, siapa rajin lepak Ampang. Moh kita lepaking together !


Surprises & Excited :
Mell a.k.a Manager Flora Kafe akan bagi discount to us ! blogger's
Then maybe ada some surprise yang pihak Flora Kafe sediakan untuk kita.
Kenapa aku invited blogger pergi sana.
Mana tahu korang dapat job review makanan kat sana.
So, sila hadir-hadirkan diri anda jika kelapangan.

Sebarang pertanyaan boleh terus inbox /PM / komen dekat Facebook Bella ok? 
(Nak tanya niesa pun boleh jugak, hihi)  

FLORA CAFE (AMPWALK)
Ground Floor,The AmpWalk 218, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Always open
Phone: 03-2161 8010 / 03-2181 0986 (mel)
Email: florakafe@gmail.com
Website: http://floraetc.blogspot.com/

"Sesiapa yang nak join tu confirm kan kita orang before 
 27 APRIL 2014 yeee"

Nota Hati : Terbang jauh dari sarawak, ingatkan nak gather biasa-biasa je, tak sangka boleh jadi event macam ni lak. Special thanks to Bella, Qila dan Ecah! terharu lak. tsk.tsk T_T




Monday, April 14, 2014

❤ Entry Kemalasan ❤

Assalammualaikum dan selamat petang!

Hari isnin yang lemau!malassssnyaa hari ni. Isnin,selasa dan Rabu terpaksa berkorban masa tidur sebab kena bangun pukul 5 pagi. Minggu depan 24hb JPJ Test lepas tu cikgu memandu niesa khamis ni tak ada dia pergi kursus so terpaksa la pagi-pagi dah menapak kat akademi. Minggu ni last week utk driving class. yeay! Ouh ya, thanks nuffnang bagi CPUV lagi. Sebelum ni tinggal 3 je on going. Hehe.


Entry pendek sebab malaaassssssss. Aduh! Tunggu next entry ye, special punya. hikhik.okbai!xoxo

Friday, April 11, 2014

❤ Perkongsian Jumaat : Rezeki ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,




Salam jumaat dan selamat berhujung minggu.

Thursday, April 10, 2014

❤ Counting days ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Tinggal 20 hari lagi untuk niesa pergi membawa diri!hahaha. Serius tak sabar nak cuti walaupun hanya 4 hari. Niesa dah siap buat jadual lak tu supaya masa yang ada tak disia-siakan begitu sahaja. Tak kisah la penat sebab niesa pergi bukan untuk berehat dan goyang kaki kat hotel. Nanti bukan datang nak beli barang je, nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa lagi, nak memenuhi tekak ni nak makan benda-benda yang tak da kat sarawak pun dah 1 hal dan yang paling penting nak jumpa geng2 blogger yang niesa tak pernah jumpa, maksudnya first date!weeee... yang dah confirm semesti nya Qila dan Bella!ahaks. Qila nak bawak ecah nanti, niesa pun nak tanya kak nurul kot-kot dia nak join sekali dan juga nad! amboi!memang ramai lee yang niesa nak jumpa. Sesiapa yang free tu nak join sekali jomm la!lagi ramai kan lagi meriah. Bukan senang tau nak jumpa orang sarawak yang datang dari jauh ni.ekekeke.(perasan sekejap)

Pening juga fikir mana nak pergi, hari tu banyak je dalam otak tapi bila nak list out kan satu2 rasa macam.. eh, hilang kot semua list dalam otak. Tapi yang dah disenaraikan tu mmg wajib pergi. Baru list-list program belum lagi list-list barang. Barang-barang sendiri punya, barang orang pesan, barang kawen abang niesa dan 1 benda yang tak pernah tak beli ialah borong roti gardenia. Roti tu nanti boleh beli kat airport masa balik jadi tak ada masalah.



hahaha.Siap buat list program. Ada beberapa lagi tempat kosong kena fikir nak pergi mana pastu nak makan apa. Makan-makan takkk sabarr!

(entry pasal zalora tu sebenarnya entry sponser, hehe. Alhamdulillah rezeki blog dapat la jugak cash voucher. Nanti niesa update niesa beli apa kat zalora dengan voucher tu.)

Okbai!xoxo!

Tuesday, April 08, 2014

❤ Accessories yang COMEL dan GLAMOUR! ❤

Assalammualaikum dan selamat petang!

Hari yang indah sebab hari ni niesa masuk kerja tengah hari. Ngahaha. Semakin hari semakin buruk perangai, apaa nak jadi. aptb! Hari ni ada special entry untuk korang untuk dikongsi bersama-sama. Sharing is caring!Niesa nak cerita pasal..............

AKSESORI atau ACCESSORIES!


Aksesori atau accessories adalah ibarat pelengkap kepada penampilan seseorang. Betul tak?betul tak? Ianya menambahkan elemen yang menarik untuk dipadankan dengan persalinan yang dikenakan, baik lelaki mahupun wanita. Bagi wanita, aksesori dan beg adalah sangat penting untuk melengkapkan penampilan, sama ada mahu bermain dengan aksesori berwarna terang dipadankan dengan dress atau 'smarten up' dengan handbeg yang stylish. Tapi kan, bag wanita dan aksesori sering kali dijadikan perkara terakhir untuk difikirkan dalam menggayakan sesuatu persalinan. Macam niesa sendiri la jugak, selalu pasal aksesori dan handbeg ni memang hentam keromo je. Kadang-kadang bila pergi sesuatu majlis, last sekali baru pening nak fikir pasal handbeg atau aksesori yang sesuai. =_="

Selalunya kalau rancang nak pergi pantai dan berkelah bersama keluarga atau kawan-kawan, pernah tak kawan-kawan pening fikir nak pakai apa?style macam mana?tak payah susah-susah pakai je skirt labuh bersama blouse dan kalau nak lebih stylish gayakan dengan sepasang cermin mata hitam. Tu pun dah cukup untuk tampak lebih stylish!hehe. Tak payah pening-pening dah kan?Siapa kata tak boleh bergaya walaupun masa tengah beriadah tepi pantai? Bolehhhh jeeeee........

                 


Wanita moden masa kini yang mengutamakan gaya serta fesyen mesti lebih tahu menilai keperluan aksesori kan. Kalau nak dibandingkan dengan niesa ni, bila bab-bab fesyen. Aduhhh. Jadi, ini menjawab kepada persoalan mengapa pasaran pembuatan aksesori adalah antara yang paling penting di dalam industri fesyen. Pembuatan barang kecil dan ringkas ini memberi impak yang cukup hebat dalam pemasaran sesuatu trend atau stail. Sedangkan pereka-pereka fesyen terkenal di seluruh dunia turut bersungguh-sungguh menghasilkan koleksi aksesori sendiri untuk dipadankan dengan koleksi dress, blouse, peplum top malah baju kurung moden dan juga jubah untuk pakaian muslimah.


Selain daripada itu, aksesori amat penting untuk dipakai ketika majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan dan majlis makan malam. Di Zalora , salah satu online shopping Malaysia yang sangat-sangat terkenal sekarang ni anda boleh dapatkan koleksi aksesori wanita dan lelaki yang cukup meluas terdiri daripada jenama-jenama terkenal antarabangsa dan tempatan. Dah la dorang menawarkan panghantaran dan pemulangan percuma buat pelanggan! yang pernah shopping dengan Zalora mesti tahu kan? Bagi yang tak pernah lagi shopping dengan Zalora boleh la rasa pengalaman membeli belah online yang teerrrbaikkkk!rebut peluang untuk dapatkan pelbagai tawaran menarik setiap hari!Belum cuba belum tahu tau!jommm shopping!weeee.xoxo!


Monday, April 07, 2014

❤ Rahsia Kekal Cantik ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Hari ni niesa nak share produk yang niesa pakai. Dulu-dulu pernah gak share pasal cantik-cantik ni, rasa macam dah lama tak pernah share pasal kecantikkan. Okey,mula-mula semestinya niesa nak share pasal shaklee la kan. Sekarang ni Shaklee memang tengah meletup-letup kan dan diakui memang berkesan sebab niesa sendiri memang mengamalkan vitamin dari Shaklee. Rasanya banyak jugak kawan-kawan blogger yang pernah update pasal shaklee ni. Cuma niesa je yang terlambat sebab tak dak idea.


Untuk set kecantikkan ada 3 jenis vitamin :

VITAMIN C

❤ Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada ancaman udara dan sebagainya.
❤ Meransang pembentukkan dan peningkatan produksi kolagen kulit yang akan menjaga kekenyalan, kelenturun serta kehalusan kulit
❤ Mencerahkan kulit

VITAMIN B COMPLEX

❤ Sebagai pelembap
❤ Melambatkan tanda penuaan
❤ Mengubati jerawat
❤ Mencegah pigmentasi

VITAMIN E

❤ Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
❤ Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
❤ Menjaga kelembapan kulit
❤ Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Kombinasi Vitamin E,B Complex dan Vitamin C menghasilkan :

❤ Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
❤ Mencegah penuaan
❤ Menjadikan kulit lebih kenyal
❤ Mencerahkan kulit
❤ Menjaga kulit dari sinar UV
❤ Mengurangkan parut jerawat
❤ Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
❤ Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
❤ Menjadikan wajah lebih berseri

Untuk kulit berminyak tidak digalakkan mengambil VITAMIN E, muka niesa jenis yang berminyak dan niesa cuma ambik Vita C dan B-Complex. Sebelum makan shaklee, bila dekat-dekat nak period je jerawat mesti besar gedabak keluar, stress tengok jerawat ok dan sebelum ni pun niesa jenis bukan yang suka menjaga muka bila kulit kena panas selalu tak ambik kisah dan memang kulit muka hitam. Alhamdulillah dah masuk 4 bulan amalkan makan vitamin dari shaklee. Sekarang senang sikit hati sebab bila period jerawat keluar halusssss je ,parut jerawat sikit-sikit dah semakin hilang, muka pun dah semakin cerah (kulit niesa mmg jenis putih biasa-biasa ja..tapi bila bab muka terus failed, tak cerah pun sebelum ni)

Lagi satu niesa ni paling malas dan paling tak suka minum air suam dan Alhamdulillah dah berjaya memaksa diri untuk menelan sekurang-kurangnya 1 botol air untuk 1 hari.


Selain niesa ambik vitamin, niesa guna bedak arab. Bedak arab ni bagus sebab muka jadi licin dan shining-shining gitu. Jimat pun jimat ok sebab guna sikit je muka dah berseri-seri. Niesa punya dah guna dari bulan 7  last year sampai sekarang tak habis lagi(ok dah nak habis tinggal sikit je). Kat Malaysia ada je jual RM40-RM60 tapi niesa selalu kirim kat sepupu niesa kat Abu Dhabi dapat RM20 je.ehehe. Sekarang dalam stock ada 2 pcs lagi sebab expired date tahun 2016.

Pinjam gambar ye kak. sumber SINI

Bedak Arab ni 3 in 1.Sejak pakai bedak arab ni niesa memang tak de guna krim muka dah, siang-siang memang akan pakai bedak arab malam-malam pulak tak pakai apa-apa produk.

Tapi sekarang pakai bedak sejuk beli dari Kak Mimi. Kak mimi cakap bagus untuk rawat resdung, jadi niesa cuba. Malam-malam muka wanggiii jeee. ihik. Nanti niesa bagi tau hasil guna bedak sejuk tu sebab baru guna seminggu. Kalau korang nak boleh la jenguk blog kak mimi ye. Corat Coret Pink Ummi

Untuk pencuci muka pula niesa guna Garnier. Sebelum ni guna oxy, memang dah lama gila pakai oxy sebab sesuai ngan muka. Tapi bila usia dah semakin meningkat terus cuba produk lain. Masa remaja-remaja boleh la guna oxy.uhuk.


Sebelum ni niesa guna Garnier Light Complete memandangkan niesa sangatlah sakit hati kalau nampak "jerawat" jadi niesa tukar Pure Active. Alhamdulillah memang mengurangkan. Muka niesa ni bukan jenis yang berjerawat sangat. Cuma tinggal parut-parut jewarat yang masa zaman tak jaga muka dan jerawat akan muncul bila tak cukup tidur, masa period dan bila makan coklat banyak-banyak. Hahaha. Sangat lah sakit hati.

Maaf la panjang pulak entry kali ni. Almaklumlah boss outstation bosan pulak tak de keje. Excited nak jumpa budak tomey dan miss gojez hujung bulan ni!yeay!ada orang siap dah pening-pening fikir nak pakai baju apa. kan qila kan?hahaha :P

Ada sebarang pertanyaan pasal produk di atas?
Shaklee : boleh whatsapp niesa +60 19-829 4245 (Bintulu shaklee distributor- senang nak COD)
Bedak sejuk : Boleh tanya kak mimi
Garnier Pure Active & Bedak Arab : Boleh google

HAHAHAHAH.okbai!xoxo



❤ Grand Opening Giveaway by HaneulAfiqah ❤

Assalammualaikum dan selamat petang!

Hari ni tergerak nak join GA by Ika. Niesa jarang join GA sebab jarang bertuah dalam 21 GA yang niesa join kemungkinan bertuah tu mayb 1 GA je kot. ekekeke. Dengan lafaz,

BismillahirRahmanirRahim

Click banner utk join

jum join semua!semoga terus success ye ika. ^_^

Thursday, April 03, 2014

❤ LOST ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Tajuk bukan main lagi kan?ahahaha. Minggu ni tiba-tiba lost. Tiba-tiba otak ni macam tak boleh menjana input-input yang diterima. Bila nak buat kerja tiba-tiba blank, nak buat apa ni eh. Bila nak blogging tiba-tiba tak tahu nak mula dari mana,nak update apa, nak blogwalking blog siapa dulu dan nak komen apa benda. Baca entry pun terpaksa 2,3 kali untuk paham walaupun entry tu simple. hahaha. why oh why. Hanya mampu termenung je buat masa ni. Banyak lagi blog kawan-kawan yang niesa tak sempat nak singgah/balas. 

#Selfie (macam kurussss jee..hahaha)

Nak cari semangat yang hilang ni dulu.okbai!xoxo!



Wednesday, April 02, 2014

❤ Wordless Wednesday ❤

Assalammualaikum,

Thanks nuffnang!tak perasan lak ada CPUV masuk. Salam rabu. ^_^