Monday, March 31, 2014

❤ Malaysia Tanah Tumpah Darahku #Pray4MH370 ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Entry pendek hari ni sebab takde idea nak update ape. Petang-petang ni takde keje sangat so habiskan masa tengok fb kejap. Terjumpa satu link dan tiba-tiba tergerak nak baca. Entry ni berkait rapat dengan masalah yang menimpa negara kita sekarang ni. Niesa baca sampai habis dan betul-betul terkesan dalam hati. Menitis air mata baca entry beliau. Kalau korang nak tahu isi entry tu baca sini.

by Fairuz Azmi : Dear Malaysian. CC : DS Najib Tun Razak #MH370

Mungkin ada yang dah baca dan mungkin ada yang belum. Inilah masanya semua rakyat Malaysia bersatu mempertahankan negara kita. Please Malaysian.Buka minda dan buka hati kita sebagai rakyat Malaysia.
Malaysia Tanah Tumpah Darahku. Saya sayang Malaysia.

 

Friday, March 28, 2014

❤ Counting my days ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Pejam celik pejam celik dah hari jumaat. Terasa cepat lak masa berlalu. Beberapa hari ni masih terbayang tragedi yang menimpa negara, ditambah lagi dengan berita pesawat Malindo Air yang terbakar tu. Nasib baik la tak ada kemalangan jiwa yang berlaku dan selamat mendarat. Tiba-tiba takut nak pergi mana-mana dan memandangkan bulan depan niesa akan bercuti. Rasa macam seram je. Semoga Allah melindungi perjalanan niesa nanti.

Entry kali ni tak ada apa sangat yang nak dikongsikan. Cuma niesa sedikit runsing sebab cuti raya tinggal 4 hari. Bahahaha. Padan muka tak check dulu berapa hari cuti tinggal. Tahun ni jadual macam pack pulak. So, terpaksalah korbankan cuti raya, dapat cuti 4 hari pun tak pe lah. Tu pun kalau 4 hari, kalau 3 hari je macam mana?ouhhh tidak!!beraya kat ofis la nampaknya tahun ni. Banyak benda yang niesa terlupa nak masukkan dalam jadual.

Bulan 4 Niesa perlu reserve 1 hari cuti utk JPJ test. Memandangkan test tu setiap hari khamis, tarikh tak tahu lagi.

Bulan 5 niesa apply cuti 5 hari 1/2(1/2 tu pun di ambik kira.hukhuk)
3 hari 1/2 utk ke KL, 2 hari untuk majlis abang niesa.

Bulan 10 niesa apply cuti 3 hari, yang tu nak pegi holiday tempat rahsia. haha. holiday tak ingat dunia.

Bulan 2 hari tu niesa dah ambik cuti setengah hari masa pergi kuching. Total cuti = 10 hari, Cuti yang diperuntukkan 12 hari je. Ambik tinggal 2 hari cuti. Macam mana tu?habissssssss laaaaa...

Setiap malam macam ni fikir cuti. Ekekeke.

Kenapa la tahun ni tak merancang betul-betul. hahaha. Nasib baik nanti nak pegi Miri boleh pergi hari ahad. So tak perlu ambik cuti. Gara-gara Big Apple la ni sanggup g Miri. Haisss.. Oklah korang, selamat berhujung minggu dan selamat bekerja bagi yang kerja esok. hehe.xoxo



Wednesday, March 26, 2014

❤ Thank you Nuffnang! ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Entry pendek, hari ni dapat CPUV lagi KFC Zinger Reloaded. Thank you nuffnang! b4 ni ada 7 on going tapi 2 dah credited so tinggal 5 tambah 1 ada lagi 6. Alhamdulillah rezeki bulan march. Thanks semua yang sudi click. Bagi yang tak pernah dapat CPUV boleh baca tips kat SINI.okbai!xoxo!

❤ Wordless Wednesday ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Rabu tanpa kata hari ni nak kongsi jumlah RM adat yang abang niesa perlu bayar. Huhu.


Mungkin tak berapa jelas. Niesa re-type balik ye kawan-kawan.

1. Mas Kahwin - RM420 (yang ni ikut adat kalau ikut yg wajib RM100++ kalau tak silap)

2. - Buka Kelambu              RM25.00
    - Buka Baju                     RM25.00
    - Pakai Mengambil          RM25.00
    - Makan Sama                RM25.00
    - LAN                            RM111.00

JUMLAH : RM211.00

3. - Emas bertitik                                 RM100.00
    - Pinggan Berligun/Meligun               RM50.00
    - Masserit                                        RM5.00
    - Keris                                             RM5.00
    - Barang Lama/Tembaga tutup         RM25.00

JUMLAH : RM185.00

***Untuk nombor 3 jika ada mana-mana di antaranya, simpan bersama dalam satu tempat dan ditutup dengan kain kesumba merah/kain warna merah.


Pstt : kalau ada yg korang tak paham jangan tanya ye sebab niesa pun tak paham adat-adat orang lama ni.hehehe. Kesian abang niesa banyak kena keluarkan belanja, belum termasuk wang hantaran lagi. Sabo je lah. =_="

Tuesday, March 25, 2014

❤ Pray for MH370 ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hari ni, mungkin semua dah tahu tentang berita sedih pesawat MH370 yang dah pun disahkan terhempas di launtan Hindi. Niesa agak ketinggalan sedikit sebab semalam tidur awal. Lepas isyak dah lowbat badan ni. Hukhuk


Alfatihah untuk semua mangsa beragama Islam dan takziah buat yang bukan beragama Islam. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala yang terjadi di langit dan di bumi. Semoga keluarga mangsa yang terlibat tabah mengharungi segala musibah yang datang. :'( 


Betapa dalamnya laut hindi tu. Ya Allah, tak boleh dibayangkan keadaan mereka. Tiba-tiba rasa seram nak naik flight bulan depan, walaupun hanya mengambil masa 2 jam Bintulu - Kuala Lumpur tragedi ni tetap terkesan. Apa-apa pun doakan yang terbaik buat semua penumpang dan juga crew pesawat MH370. Alfatihah.




Monday, March 24, 2014

❤Monday Bluess? ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Hari ni xtahu nak update apa. Lemau gilaaaa. Minggu ni terpaksa bekorban demi "P". Hahaha. Minggu lepas cikgu bagi cadangan supaya niesa pergi belajar driving setiap pagi b4 pg kerja. Dia suggest sebab dia boleh sampai awal sebab kan cuti sekolah jadi dia tak perlu hantar anak dia g sekolah. Memandangkan dari rumah nak ke akademi memandu tu mengambil masa 30minit. Jadi niesa terpaksa gerak pukul 6 pagi (nasib baik mood ayah ok sebab sudi hantar anak dia pagi-pagi buta).

otw ke akademi tapi kat depan tu ada lori accident dan semua kereta tak boleh nak lalu terpaksa u-turn dan guna jalan lain yang lagi jauh! =_=" 

Rasa macam tak sabar sangat nak JPJ test lepas tu dapat lesen walaupun "P". Kalau dah dapat lesen boleh la pagi-pagi hujung minggu dimanfaatkan dengan lepak kedai makan Mee Kolok. Finally jumpa mee kolok sedap kat Bintulu (tapi bukak sabtu ahad jek). *telan airliur jelahh*

Semalam lepas habis belajar parking tunggu mak & ayah datang jemput. Lamaaa gila sebab dorang g terminal bas hantar adik. Tengah niesa syok-syok duduk kat bangku datang la kawan teman. pergghhh!dekat gila dia duduk. Nervous kot niesa dah la semua bateri henfon mati!Niesa siap nyanyi lagu Hafiz dan Rossa sampai habis tak gak berganjak. stresss.

Ni la kawan niesa tu. Hahaha. Masa bateri fon hidup lagi dia rilek je duduk depan niesa tu. Niesa duduk sambil bersila sebab takutttt kot! Fon habis bateri dia duduk sebelah tapi kat bawah la. ~_~

Petua supaya anjing tak kacau : Kita jangan takut sebab anjing boleh rasa tau kita takut ke x. Kalau dia datang nak kacau pura-pura ambik batu mesti dia lari. Kalau tak jalan jugak, jangan tunggu lagi sila bukak langkah seribu korang. HAHAHA. (sebab tu niesa menyanyi untuk hilangkan rasa takut, kawan ni rilek je dok ngadap niesa mentang-mentang suara sedap.hehe)

Malam ni nak tidur awal sok sebelum subuh mesti dah siap sebab nak bfast dulu. Pagi tadi krokk krookk je perut sebab lapar.hehe.okbai!xoxo


Friday, March 21, 2014

❤ Throwback : Zaman Belajar ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Sebenarnya kan tiba-tiba malam tadi niesa rindu sangat nak kembali sebagai seorang fulltime student. Rindu nak join macam-macam aktiviti pihak KPTM anjurkan. Ouh ya, niesa ex student Diploma Akauntansi Politeknik Kuching. (sibuk je nak bagi tau kan? hiks). Dulu masa belajar memang sangat-sangat aktif dengan macam-macam aktiviti. Sebab tu kurus!hehe. Tapi sekarang ni, nak jalan dari car park nak ke shopping mall pun malas ok,mengah dan ada je yang dibebelkan. Haha. Serius rasa macam tak sihat, bukan tak sihat rasa macam tak da stamina dah. Dulu suruh g jogging ke, g jungle tracking ke memang tak de masalah lah. Sekarang ni, aduiii! Sesuai sangat dengan gelaran "pau strawberry" kawan niesa bagi tu. =_="

Final sem dekat poli niesa join sofbol club, tu pun gara-gara rindu sangat nak main sofbol. Aktif masa tingkatan 5 je. Bila terpilih join tournament rasa macam nak lompat-lompat sebut hoorey! 


Untuk team niesa masa tu mix sebab team niesa the only one banyak girl. Team lain semua lelaki dan orang tua yang memang terrerrr! Kita orang join "Kuching Open Softball Championship" haaa. kau hado?ekekek

Banyak gila pengalaman pahit manis masa training dan paling tak boleh lupa bila kena sebijik! Sakit yang amat bila kawan niesa batting niesa jaga base 3 bola kena betul-betul dekat bawah tulang rusuk melantun kena tangan. Memang dah rasa macam kena tumbok. Masa tu lari tak boleh nak gelak pun tak boleh ok. Balik asrama nak check sekali kau perut niesa biru siku niesa biru memang betul-betul sebijik bola melekat dekat badan. Rasa dah jadi geng dia ni lak 

V
V
V
V


Lebih kurang mcm dia ni punya power tapi niesa punya bukan bercahaya tapi lebam warna biru. Hahahaha.


Botol yang keras pun boleh kemek ok sebab kena bola tu apatah lagi badan niesa yang lembik ni. Botol ni masih niesa simpan untuk kenangan. (jgn tegur niesa pakai botol upin ipin.hahahah)


Tengok betapa hitam nya masa ni!dan nampak kurus je pipi tu. Hahaha. Rinduuu gila ngan dorang ni semua. T_T

Last but not least gambar yang paling niesa suka. Hehe.

Gambar ni terjadi sebab En.Azlan coach niesa yang pakai helmet tu tengah usik niesa pasal 1 benda..rahsialah kan.ekekeke..comel gambar ni. >_<

Sesungguhnya kenangan dan pengalaman tu semua tak dapat dibeli. Kalau la kita dapat beli balik zaman-zaman atau hari-hari indah kita, niesa nak je pecah duit tabung untuk beli semua tu. tsk tsk



terima kasih incik google.




Thursday, March 20, 2014

❤ CPUV mencurah diladang gandum! ❤

Assammualaikum dan selamat pagi!

Pagi yang indah sebab CPUV datang lagi!yeay! Masuk lagi 2 CPUV jadi total on going ada 7. Alhamdulillah! Alhamdulillah!Alhamdulillah! Nampaknya tangguh dulu la nak cash out. Weee. Thanks nuffnang! Thanks korang yang sudi click!lap u all so strong..ekekeke....xoxo!

Monday, March 17, 2014

❤ CPUV lagi dan sedikit tips ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Alhamdulillah dan again thanks nuffnang sebab bagi lagi CPUV kat niesa. Total CPUV on going ada 5. Tak sangka rezeki bulan ni bertambah-tambah.


Alang-alang niesa dah buat entry pasal CPUV jadi niesa nak bagi sikit tips untuk dapat CPUV. Niesa ni bukan la pandai sangat pasal CPUV segala ni. Tapi berdasarkan pengalaman niesa sebelum ni untuk dapatkan CPUV dan sekali gus menjawab soalan-soalan my kesayangan. Heee.


Tips 1 : Bagi yang tak pernah dapat CPUV.

Bagi blog yang tak pernah dapat cpuv, cuba hantar ticket ke nuffnang. Ticket ni salah satu cara untuk kita bertanya kepada pihak nuffnang. Tanya je lah apa-apa yang rasa sesuai dalam bahasa melayu pun boleh. Contoh soalan " kenapa blog saya tak terpilih untuk CPUV kempen?apakah ciri-ciri blog agar blog saya terpilih untuk kempen tersebut?" Haaa.. Tanyalah apa-apa yang korang nak tanya tak kisah la skema ke xskema ke.hikhik. Cara untuk hantar ticket ikut step kat bawah 





Untuk step 5 jangan lupa letak HIGH untuk Priority. Then submit ticket. Tujuan hantar ticket ni supaya pihak nuffnang tahu kewujudan blog korang. Sebelum ni niesa memang selalu sangat hantar ticket. Hihihi. Pihak nuffnang akan balas pertanyaan dan kalau ada rezeki InShaAllah ada cpuv masuk . Tapi jangan lupa pastikan kedudukan banner korang ditempat yang betul header, sidebar dan di antara entry. 

Tips ke2 : Bagi yang pernah dapat CPUV. Tak salah kalau merajin-rajinkan jari jemari anda yang cantik itu untuk hantar ticket kepada pihak nuffnang. Tapi kalau masih jugak tak masuk-masuk, niesa cadangkan ada untuk update survey. Cara mudah je. 


Tekan pada "manage my blogs", pastu akan keluar macam ni


Nanti akan ada keluar soalan-soalan yang perlu dijawab. Dan untuk soalan no.10 jangan lupa puji-puji sikit blog anda semua tu ye. Hehe. 

Tips ke3 : Untuk traffic blog ni niesa tak pasti sangat sebab traffic blog niesa ni tak de la banyak mana pun. Cuma jangan la biar blog korang sampai bersawang berhabuk segala kan. Kalau rajin update bagus lah. Kalau tak mampu pun seminggu sekali pun dah dikira ok. 

Tips terakhir dari niesa : Kalau korang nak orang rajin click iklan-iklan yang menari-nari kat blog korang semua, ringan-ringankan lah click kawan-kawan punya jugak. Paling penting niat kena betul gak sebab sesetengah orang kadang-kadang suka main tipu. hehe. #justsaying

Oklah. Tu je niesa mampu kongsi sebab niesa ni tak de lah sehebat blogger-blogger lain. Kalau ada yang tak faham boleh la tanya niesa or tanya blogger-blogger otai yang lain ya. Kalau ada kekurangan dan silap salah mohon di ampunkan hamba yang tidak bersalah ini.hehe.Harap tips-tips ni membantu my kesayangan semua.okbai!xoxo









❤ Membebel di Kedai Kasut ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Pagi-pagi dah xde mood sebab tak cukup tidur. Malam tadi niesa tak boleh tidur sampai pukul 430 pagi kot tak sedar terlelap pukul berapa yang pasti 4 lebih. Habis semua orang niesa kacau malam tadi termasuk lah Strider a.k.a Azlan.ekeke. Rasa mengantuk yang amat so pergi kerja atas moto rasa macam nak zzzz. Semalam plan hari ni nak buat entry pasal CPUV tapi otak macam tak berfungsi. Rasa macam nak balik tidur. Teringat entry sebelum ni, niesa buat keputusan untuk berhadapan dengan dia dan niesa dah sediakan peluru banyak gila! 20minit pertama jumpa niesa diam seribu bahasa lepas tu ambik kau!mulut memang tak berhenti la kan segala benda yang disimpan keluar. Dah takde dah rasa bersalah dan jadi terlampau jujur pulak.haha.  

Semalam dia cakap dia ada hutang dengan niesa. Entah bila berhutang niesa pun tak tahu pendekkan cerita pergi kedai kasut dia belikan wedges. Bukan potato wages ok. Niesa ni dah jarang-jarang nak pakai kasut yang tinggi-tinggi walaupun sedar diri ni pendek. Niesa peduli ape orang tengok ke orang dengar niesa membebel kat situ dan of course niesa tarik muka ok. Stressss. 


Pagi ni rasa macam nak mengamok. Hahaha. Niesa nak tidooooo!ouh ya, pagi-pagi kena pakai benda ni patut rasa tinggi semacam. Pagi-pagi niesa dah rasa macam nak bebel je semua orang termasuk manager. Dah lama niesa x membebel. 

Cantik kan baju hujan ni. Kalau mickey mouse tu xde dah lama niesa beli memandangkan niesa xde baju hujan. Hehe. Ok dah keluar tajuk.okbai!xoxo


Saturday, March 15, 2014

❤ Serba salah ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Mood ni bila dah rajin nak menaip, menaip je memanjang. Kesayangan semua dah lunch? niesa ni masih menapak kat ofis memandangkan pagi tadi masuk lambat, jadi balik kenalah lambat jugak ye dak?tak de kije pun kat ofis ni tu yang meluangkan masa menghadap blog. hehe. Perut ni dah lapar sesangat. 

Semalam dan hari ni ganguan emosi sangat-sangat. Almaklum lah bulan mengambang jadi emosi tak stabil. Dah la malam tadi rindukan seseorang pastu tiba-tiba tengah hari ni orang yang dirindui  whatsapp tanya khabar pastu ajak jumpa. why oh why. =_=" Dah lebih 3 bulan tak jumpa dan memang tak nak pun jumpa dah. Hati ni masih ada parut luka yang ditinggalkan. Macam-macam dah alasan yang niesa bagi tapi still. haiss. Niesa tak tahu lah nak jumpa or nak bagi alasan lagi. Niesa pun tak tahu sampai bila niesa nak lari daripada dia. Semalam semangat bukan main "keep looking forward" konon. Alih-alih hari ni? tak paham betul dengan diri sendiri. 

Gambar tak ada kaitan dengan entry. Hehe. Sumber : Book of Qoute

Lagi beberapa minit nak balik. Balik ni nak tidur dan silent phone supaya tak dengar mesej masuk. Hihi. Mampu ke tak mampu. okbai!xoxo




Friday, March 14, 2014

❤ Lagi!Thank you Nuffnang ❤

Assalammualaikum dan selamat petang!

Hari ni Alhamdulillah CPUV lagi!Nuffnang ni saja tau. Saja nak suruh orang update tiap-tiap hari tu yang saja bagi CPUV banyak-banyak.Hehe. Kena aktif balik ni memandangkan bertambah lagi CPUV jadi ada 4 CPUV yang tengah on going. Alhamdulillah!Alhamdulillah!Alhamdulillah! Thank you Nuffnang!Thank you kawan-kawan yang sudi click. xoxo! *hugs!*
(maaf semua ayat ada tanda "!" terlampau excited) heeee...


#Pray4MH370


Wednesday, March 12, 2014

❤ Wordless Wednesday : Throwback ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,





Banyak benda sebenarnya nak update. Tapi nak tunggu masa yang sesuai je lah.hihi. Rabu tanpa kata. xoxo
#Pray4MH370



Saturday, March 08, 2014

❤ Thank you Nuffnang ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Entry pendek walaupun dah jarang update nuffnang masih sudi nak bagi CPUV sampai 2 sekali dapat. Thank you nuffnang!Thanks semua yang sudi click juga.xoxo




Thursday, March 06, 2014

❤ Dunia Blogging ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Kesayanganku apa khabar?semakin hari dah semakin kekangan masa untuk menghadap blog ni. Sedikit sibuk dengan instashop. Weekend pula sibuk tolong ayah renovate rumah sebab abang niesa nak nk kawen dah bulan 5. Memandangkan ayah niesa ramai anak perempuan, jadi anak perempuan dia ni lah yang membantu dia. Tolong yang ringan-ringan je la, angkat kayu, hulur paku,tukul dan sebagainya. Dah kira membantu la tu kan?heee~ abang niesa pulak sibuk siapkan bilik dia sendiri. Rinduuu nya nak menghadap blog ni, rinduu nya nak blogwalking. Tapi, masa tak mengizinkan. Niesa cuma sempat singgah blog mana yang sempat je. Sekarang ni lebih focus kepada instashop. Sekarang selalu tak cukup tidur sebab customer selalu whatsapp tengah malam pukul 11 malam ke atas. Masa mula-mula dulu selalu je hilang banyak customer sebab bila reply pepagi dorang xde reply balik dah. hukhuk. T_T

Jadi, niesa akan stop blogging buat sementara waktu tak tahu la sampai bila. Tapi niesa akan singgah jugak blog kawan-kawan sekalian. Komen dan menabung tu harus walaupun dah tak sekerap sebelum ni. hehe. Im gonna miss u alllll...xoxo

Bagi sesiapa yang suka shopping online tu jemput la singgah instashop niesa ye. Boleh bagi best price punya lah. hee.. Take care and love u all. T_T

Dear miss Aqilah goodluck untuk result spm yang bakal tiba tu. Kalau dapat semua A jgn lupa belanja kak niesa bulan 5 nanti.hikhik. (^_^) ❤❤❤

Jemput singgah @weowncloset.