Assalammualaikum dan selamat pagi,
Hai semua!terasa macam lama tak menjenguk blog. Minggu lepas merupakan minggu yang busy dan minggu yang sangat memenatkan. Penat sampai diserang flu balik, sungguh lemah anti body badan niesa ni. Sikit-sikit sakit. Haha. Kesian. Seperti yang dijanji kan nak update pasal Mukah. Niesa pun sebenarnya dah lama tak jejak kaki ke Mukah. Last pergi sana masa tahun 2003-2004 kot. Lupa la..Perjalanan dari Bintulu ke Mukah ambik masa selama 2 jam lebih macam tu la. Kalau dulu mungkin 3 jam lebih sebab kena naik feri sekarang ni dah ada jambatan. Tak banyak sangat perubahan yang niesa nampak. Kecuali jambatan!yang lain-lain tu kurang pasti kot.Hihi
Mukah merupakan salah 1 bahagian yang ada dalam Sarawak. Kalau bercakap pasal mukah, perayaan yang sangat popular ialah Pesta Kaul. Niesa pun memang dah lama tak pernah pergi Pesta kaul ni.
Demi menjawab soalan
Sobri.
click utk lebih besar
Kaul ni merupakan perayaan perayaan tradisi yang diiraikan oleh suku kaum melanau yang tinggal di sepanjang pantai Sarawak. Pada masa lalu, Kaul dilihat sebagai satu majlis keagamaan untuk menenangkan roh-roh laut, tanah, hutan dan ladang yang menjadikannya sebagai perayaan yang paling penting dalam tahun kaum Melanau Pagan. Ia adalah upacara penyucian dan kesyukuran serta salah satu restu untuk memperoleh kedamaian serta nasib yang baik dalam menjalani kehidupan seharian. Ia diadakan pada permulaan dalam kalender kaum Melanau pagan yang menandakan musim tengkujuh telah berlalu yang memberi kesan kepada kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan. Tahun lepas pesta kaul di adakan pada 24 - 28 April 2013. Tahun ni tak pasti pulak berapa hb sebab belum ada dalam kalender.

Ni la pantai Mukah tapi ni sebelah hujung. Di sepanjang pantai ni la Pesta kaul di adakan. Memang pelbagai aktiviti menarik di adakan dan aktiviti tu mungkin berubah-berubah mengikut pihak penganjur. Tapi kan salah satu permainan yang akan buat korang semua tertarik untuk tengok atau mungkin untuk join sekali ialah "tibau" tapi permainan ni bagi niesa macam bahaya. Pernah sekali niesa tengok sampai ada yang patah kaki. "Tibau" ni kalau tak silap niesa maksud nya buaian. Untuk lebih senang tengok gambar.


Ni buaian orang. Bermula dengan seorang, lepas tu diikuti dengan yang ke2, 3 sampai la tibau ni berhenti. Memang bahaya la bagi niesa sebab permainan ni sangat extreme dah la tanpa alat keselamatan.
Tu serba sedikit pasal pesta kaul. Niesa x kupas banyak sebab malas nak google. Hehe. Next, dari segi makanan pula macam yang niesa pernah cerita sebelum ni, Mukah juga sangat terkenal dengan kuih tebaloi, sagu dan yang paling menarik ulat molong/ ulat sagu. Untuk ulat bukan dekat Mukah je ada tau, dekat Sabah pun ada. Ada yang suka makan time ulat tu masih hidup dan ada yang suka ulat salai. Ouh ya, niesa tak pernah rasa pun ulat molong tu sebab geli. Haha.
Tadaaaa! Yang ni masih fresh, korang nak rasa? Hehe
Yang ni sagun.
Banyak lagi gambar tapi dekat phone pakcik, lupa nak mintak. Hukhuk. Untuk reka bentuk bangunan pula, kebanyakkan bumbung bangunan berbentuk terendak. Rasanya tempat lain pun panggil terendak kot? Yeke? Ampun kalau silap.
Ni masjid. Sila focus pada bumbung ye. Tak nampak sangat sebab dihalang oleh pokok-pokok.
Ni pula bangunan apa ea, lupa la. Tapi tempat TYT Taib Mahmud buat kerja. Sama jugak focus pada bumbung.
Masa ni perjalanan nak ke Politeknik untuk hantar adik niesa.
Tadaa! Dah sampai! Tu la serba sedikit pasal mukah yang niesa mampu kongsi. Maaf kalau ada banyak kekurangan. Lepas ni nak sambung blogwalking. Sedih sebab minggu ni xde CPC dari nuff masuk disebabkan minggu lepas blog di abaikan. T_T okbai!xoxo