Thursday, January 30, 2014

❤ Selamat bercuti pendek! ❤


Assalammualaikum dan selamat pagi!

Pagi yang cerah! Sejak boss balik Singapore beberapa hari lepas kerja semakin berkurangan. Hari ni siap goyang kaki lagi. Whahaha. Tapi pagi-pagi dah aaacummm!aaacuumm!Ekrs, ni virus-virus yang disebarkan oleh kawan-kawan sekerja la ni. Hari tu manager niesa berjangkit dgn Front Office sekarang niesa pulak dah terkena virus flu ni. Stress gila asyik bersin pastu hidung dah merah macam badut Mcdonald. Kalau berlarutan ni nak mintak mc la. Bukan selalu dapat cuti lama-lama ni memandangkan esok dah cuti raya cina.


Merah menyala tanglung kat luar. Petang nanti dorang nak bakar mercun yang berpapan-papan tu. 


Memandangkan esok Tahun baru cina, hari ni niesa pakai la merah. Siap pakai jeans lagi. Mentang-mentang bos takdak.hahaha. Bukan selalu kan?heee~

Esok cuti pendek ke cuti panjang ke apa-apa pun selamat bercuti dan selamat berhujung minggu. Manfaatkan masa rehat anda dengan aktiviti yang berfaedah. ecewah. Lagi 15hari niesa nak terbang ke Kuching. Yippi!tak sabar!


Happy Chinese new year! walaupun niesa mata sepet macam cina tapi niesa takde darah campur cina ye kawan-kawan. Haha. Mungkin nenek-nenek moyang niesa kot. Niesa pun tak tau la dari mana datang muka ala-ala cina ni. Selalu jugak la orang cina cakap cina dengan niesa. Wo pu che tau ooo. haha.okbai!xoxo
Xin Nian Kuai Le




Wednesday, January 29, 2014

❤ GRAND OPENING GIVEAWAY ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,


click banner kalau nak join. ^_^

❤ 1st Mini Giveaway By Ainim Rashihah ❤

Buat pertama kalinya, blog ini menganjurkan giveaway sempena menghargai para pengikut dan juga pembaca blog Ainim Rashihah. Sebagai salah satu usaha untuk menghargai sokongan kalian semua, Ainim nak adakan giveaway pertama blog ini.


Semua orang boleh sertai giveaway ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:

1. Follow blog Ainim Rashihah, Add To Circle Google+ Ainimsuju, Follow Twitter Ainimsuju dan Like Fanpage Blog Ainim Rashihah
2. Buat satu entri bertajuk 1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen ini.
5. Tarikh tamat giveaway ini ialah pada 30 Januari 2014.

Pemenang akan diumum pada 6 Februari 2014 dan pemilihan pemenang adalah melalui random.org

❤ Wordless Wednesday ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Malam tadi dapat email dari Nanalee dan tak sangka dapat header free!yeay!thanks sis nana sudi bagi header yang simple and cantik. Alang-alang dah berabad tak pernah tukar header so pakai la header yang nana bagi ni.weeee~


Mun datang Bintulu roger-roger jak. Hehe. ilysm!


Monday, January 27, 2014

❤ Aku, blog dan kehidupan ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Tajuk entry ada tak ciri-ciri ala-ala tajuk novel? Hahaha. Niesa tak tau nak letak tajuk apa dan alang-alang tajuk tu yang keluar kat kepala otak ni letak je la. Terlalu banyak nak diceritakan. Jadi, sebelum korang muntah hijau sila tekan butang pangkah kat atas.haha.

Hari ni niesa cuba edit blog nak tukar background blog. Selepas minta nasihat daripada dua gadis comel Invisible note dan juga cik adik Qila kita. 1st trial, omg! Tak menjadi. Kali kedua, tak menjadi! Kali ketiga kirim salam je la dah tutup dah pun. Hukhuk. Nanti la akan diusahakan lagi. Nak blogwalking mana yang sempat.

Hari ni niesa dah call yayasan sarawak. Ingat tak entry pasal hutang? Tak ingat click sini. Encik tu tak ada lagi. Pastu niesa tanya la perempuan yang jawab tu dia cakap segala keputusan encik J tu yang buat dan dia suruh niesa tunggu je surat dari dorang. Niesa tanya la berapa lama nak tunggu dia cakap kena tunggu jugak la. Aii, entah berapa lama nak tunggu niesa pun tak tau. 

Tadi baca entry qila pasal Lesen L, baru teringat pasal Lesen L niesa gak. Dah call dan berita gembira Lesen L dah keluar so next week dah boleh start g belaja driving. Ouh ya, nama cikgu yang akan mengaja niesa nanti cikgu Mcdonald. Tiba-tiba rasa nak g makan mcd lak. =_="

Hari ni jugak mula terpengaruh dengan pakwe si Qila, kalau korang selalu jenguk blog dia mesti korang tau siapa pakwe dia. Hahaha. Niesa download dari ep 1. Harap2 tak jatuh cinta kat abam jebat. Nanti timbul pulak cinta 3 segi. (Makwe abam jebat jgn marah nanti kena jual..hikhik) :P


Hari ni jugak pagi-pagi boss buat niesa jeles. Hari sabtu lepas dia ada ajak g dinner. Borneo apa tah yang model-model gitu. Niesa malas nak pergi sebab tak nak ah g berdua ngan boss nanti timbul fitnah dan macam-macam lagi. Pagi-pagi sampai ofis dia bagi niesa poster yang ada signature Mr.Arrogant.

(Dalam hati rugi pulak tak pergi kalau tak dapat gak jumpa kekasih hati. Eh? Terperasan pulak.) haha. Dapat poster pun jadi lah kan? Pastu akak cleaner tanya siapa tu adik? Boypren ka? Niesa terus jawab ya! Kau! Hahaha... Nasib baik dorang tak muntah hijau.

Last cerita, hari sabtu niesa dapat call ada company offer kerja. Niesa pun pergi je la interview tu saja-saja nak cari pengalaman. Sekali betul-betul dapat! Tak pasal-pasal pening sorang-sorang. Haha. Padan muka. Lepas interview petang tu terus call tolak tawaran. Madam tu cakap kalau ubah fikiran call dia. Hihi. Aptb. Banyak pulak cerita hari ni kan? Terima kasih sudi baca sampai habis. Okbai!xoxo





Saturday, January 25, 2014

❤ Hutang oh hutang ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Siapa hari ni bekerja sila jerit yeay! Haha. Dan siapa kat sini tak ada hutang jerit hooreyyy! Hutang oh hutang. Semua orang memang tak kan lari daripada berhutang. Niesa pulak habis-habis belajar je dah berhutang dengan Yayasan Sarawak. Nasib baik masa belajar dapat pinjaman yayasan sarawak dan bukan PTPTN jadi tak de la banyak sangat hutang kan. Sekarang ni niesa tengah risau, resah, gelisah dan macam-macam ada. Nak marah pun ada jugak nih. Sebab?sebab? Dah lebih sebulan tunggu jadual dan keputusan dari pihak yayasan tarikh dan jumlah untuk niesa bayar balik hutang tu secara ansuran bulanan. Sebenarnya sebelum ni tak terfikir pun pasal hutang(alasan tak nak bayar) tapi ayah niesa hari-hari tanya bila nak bayar yayasan? Dah call yayasan ke belum? Mula-mula niesa bagi alasan tak dapat surat lagi kononnya tunggu surat baru bayar. Kihkih. Tapi bila fikir balik pasal hutang takut jugak. Nanti rezeki tak berkat macam mana?

Sumber gambar pokcik Google. Walaupun ni petikan surat khabar tahun 2012 tapi apa yang nak ditekankan kat sini ialah

Tanggungjawab kita untuk bayar balik hutang-hutang tu.

Dijadikan cerita dalam bulan 12 niesa call pihak yayasan sarawak nak tanya macam mana nak bayar balik pinjaman.

Niesa : hello, saya nak tanya macam mana nak bayar balik pinjaman?
Staff (perempuan) : dah hantar transkrip dan sijil tamat?
Niesa : Belum lagi.
Staff (perempaun) : ok awak hantar transkrip dan sijil baru kita akan proses.
Niesa : ok 

( letak gagang phone. Alamak! Lupa nak tanya boleh tak faks kan aja. Niesa decide nak call next day)

Niesa : hello, saya nak tanya pasal bayaran balik pinjaman ( tanya soalan yang sama sebab yang jawab lelaki)
Staff (lelaki) : ok. Awak tamat belajar bila? Ambik bidang apa? Dekat mana?Pointer brapa? Sebab pihak yayasan ada insentif akademik untuk pelajar yang dapat pointer 3.5 keatas akan dapat diskaun 70% dan pointer 3.0 - 3.5 akan dapat 50% diskaun. Tapi awak kena buat surat mohon...blablablabla..

( lelaki tu explain kat niesa dari A sampai Z ok. Cara-cara buat surat pun dia bagi tau! Sampaikan niesa nak letak gagang fon pun explanation dia tak habis-habis lagi. Dalam hati kenapa perempuan semalam tak ada bagi tau pasal insentif ni kalau niesa tak call sekali lagi mesti niesa tak tau dan terpaksa bayar full.)

Staff(lelaki) : nanti kalau dah siap awak emailkan je pergi saya ok.
Niesa : ok encik! Terima kasih banyak2! 

Syukur sangat-sangat sebab niesa dapat bayar separuh je daripada pinjaman niesa. Alhamdulillah. Pinjaman belajar niesa tak sampai pun 10k jadi sekarang ni hutang niesa yang perlu dibayar kurang daripada 5k. Seronok tak seronok tak? Tapi yang tak seronok sampai sekarang tak dapat jawapan lagi. Encik yang proses bayaran balik niesa pun tak call niesa back lagi. Dah call dalam 3,4 kali jugak la tapi orang lain yang jawab. Nak tanya orang lain lak dorang tak tau sebab niesa emailkan dekat encik tu. So next week la niesa akan call balik.

Niesa saja nak cerita kisah ni sebab belum bayar pun hutang lagi kan? Niat dah ada Allah dah mudahkan dan kurangkan beban untuk niesa. Bersyukur sangat-sangat. Jadi jangan la pandang rendah pada hutang ni walaupun memang membebankan. 

Keutamaan Orang yang Terbebas dari Hutang

Dari Tsauban, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ فَارَقَ الرُّوحُ الْجَسَدَ وَهُوَ بَرِىءٌ مِنْ ثَلاَثٍ دَخَلَ الْجَنَّةَ مِنَ الْكِبْرِ وَالْغُلُولِ وَالدَّيْنِ
“Barangsiapa yang ruhnya terpisah dari jasadnya dan dia terbebas dari tiga hal: [1] sombong, [2] ghulul (khianat), dan [3] hutang, maka dia akan masuk surga.” (HR. Ibnu Majah no. 2412. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih). Ibnu Majah membawakan hadits ini pada Bab “Peringatan keras mengenai hutang.”

Orang yang Berniat Tidak Mau Melunasi Hutang Akan Dihukumi Sebagai Pencuri

Dari Shuhaib Al Khoir, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَيُّمَا رَجُلٍ يَدَيَّنُ دَيْنًا وَهُوَ مُجْمِعٌ أَنْ لاَ يُوَفِّيَهُ إِيَّاهُ لَقِىَ اللَّهَ سَارِقًا
“Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.” (HR. Ibnu Majah no. 2410. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan shohih)

Al Munawi mengatakan, “Orang seperti ini akan dikumpulkan bersama golongan pencuri dan akan diberi balasan sebagaimana mereka.” (Faidul Qodir, 3/181)

sumber : sini

Semoga kita dikurangkan beban untuk membayar segala hutang. Mohonlah pertolongan dari Allah. InShaAllah, Allah akan tolong kita. Happy Weekend kesayangan semua dan selamat bekerja.okbai!xoxo


Friday, January 24, 2014

❤ People nowadays ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Tajuk entry omputeh gitu. Haha. Petang ni niesa ok tak bertukar pun jadi hulk kaler pink. aha! Petang ni matahari dah keluar, yeay! Harap-harap leh la keringkan baju yang belambak kat umah. Uhuk. Ok, nak cita pasal lain la cuba tengok gambar. 

Sumber gambar Facebook.

Betul tak? Betul tak? Sila angguk kepala kalau betul. Kesian kan lelaki-lelaki diluar sana. Inilah realiti sekarang kan? Dalam family niesa kesian kat abang niesa, nak kawen pun perlu buat loan. Punya lah susah nak kawen. Pihak perempuan pun tak membantu langsung, cuba la berfikiran jauh sikit kan? Berhutang semata-mata untuk kawen. Hemm. Sedih T_T nasib baik ayah niesa dah cakap awal-awal nanti kalau niesa nak kawen tak payah nak susah kan pihak lelaki. Bertuah kan bakal suami niesa nanti. *blushing!* (perasan lebih.ihik! ) oklah, nak balik dah. Yeay! Esok kerja.okbai!




Thursday, January 23, 2014

❤ Omaiiiii Gucci! Stresssss ❤

Assalammualaikum dan selamat petang!

Hari ni tak sempat nak blogwalking habis, niesa singgah mana yang sempat je tadi. Banyak pulak kerja start semalam sebab staff dah mula check in. Stress sebab niesa back up office dan front office buat kerja lembab gilaaa!! Niesa pulak terpaksa masuk campur. Semua kelam kabut, dah cakap banyak kali pun tetap gak buat benda yang sama! Betul-betul buat sakit otak! Fuh!fuh! Sabar niesa, sabar. Tiba-tiba entry membuak-buak melepaskan kemarahan. Niesa ni diam-diam banyak isi tau! Haha..mula- mula memang la sabar tapi bila tahap kesabaran di uji haa..memang meletup la. Nak cakap lebih-lebih kang niesa ni muda lagi dari dorang. Nanti x pasal-pasal kena cakap kuang ajaq! 

Rasa macam nak telan je pen biru tu!haisss!nasib baik tak bertukar jadi hulk kaler pink. hikhik.
Lepas ni nak carik cokelat supaya cool down. Stock dah habis dalam laci. okbai!nanti niesa sambung blogwalking ok?xoxo!

Wednesday, January 22, 2014

❤ Wordless Wednesday ❤

Assalammualaikum dan selama pagi,

Berkaitan dengan kejadian bot karam di Sarawak baru-baru ni. Arwah merupakan nenek(panggilan org srwk) kepada blogger Nanalee. Alfatihah utk arwah dan takziah utk keluarga arwah. Semoga perkongsian ini menjadi pedoman buat kita semua.


Monday, January 20, 2014

❤ Kenangan Lalu Mengusik Jiwa ❤

Assalammualaikum dan selamat malam,

Eh,eh, hari ni terlebih rajin pulak ye nak update entry. Haha. Bercakap pasal entry sebelum ni nak tukar nama blog mayb tak jadi kot sebab tadi google apa kesan kalau tukar url blog. Macam banyak la pulak kesannya. So mungkin akan kekalkan nama blog niesa sekarang. Entry kali nak cerita kisah lama. Kira throwback la kan. Niesa godek-godek fb tengok gambar lama dalam album niesa dan baca komen. Boleh gelak sorang-sorang,senyum sorang-sorang bila baca komen. Ada yang buat hati berbunga-bunga bila baca komen orang yang minat kat kita. Hahahaha(perasan ada peminat). Dan ada 1 album Karnival Keusahawanan Politeknik 2011, tapi bukan dari fb niesa la ye. Album tu dari fb boleh dikatakan kawan la sebab kenal masa karnival tu. Bila bukak satu-satu gambar dan niesa terjumpa seseorang. Dalam kepala kenapa macam pernah tengok eh mamat ni. Bila cuba ingat balik macam muka blogger Sobri. Tapi niesa takut lak silap orang.


Cuba tengok mamat yang duduk tu. Macam sobri x? Kalau la tu awak sobri, keciknya dunia!haha
Ni gambar kenang-kenangan masa join karnival keusahawan tu. Niesa wakil Politeknik Kuching untuk Catur Bistari. Kita orang budak-budak PSP ni kenal pun sebab booth dorang berhadapan booth kita orang je.


Kebanyakkan gambar kat booth niesa dapat dari budak PSP nama Are Heim. Banyak jugak la kot gambar niesa dekat budak tu sebab budak tu suka main mata ngan niesa!haha. Ampun kalau tu kawan sobri. Tapi memang tak tenteram kalau lepak kat booth sebab dia suka sangat tengok niesa. Last-last b4 dia balik penang siap mintak no fon. Dengan niat nak tambah kawan niesa bagi je la kan. Hehe. 


Ni gambar curi!entah bila camera man tu tangkap tiba-tiba ada plak gambar ni kat fb dengan mata sepet yang entah apa-apa. Masa ni tengah cakap ngan someone, tak ingat plak siapa. Malu ok bila orang asyik dok tengok kita je.(Blushing!)


Dan lagi!tengok la betapa buruknya muka innocent yang entah bila mamat tu tangkap gambar. Haha. Time ni niesa sem 5 rasanya. Sebelah booth Politeknik Kuching ada booth Politeknik Kota Bahru. Seronok tau time ni, kenal macam-macam orang. Masa ni kita orang terpaksa tumpang bas Politeknik apa tah dari terengganu sebab kita orang takde transport kebetulan tempat tinggal kita orang area yang sama walaupun PKS diberi kelebihan tak duduk kat dorm. Kihkih. Terpaksa la buat muka tembok pg cakap kat budak2 poli tu kata nanti balik kita orang nak tumpang. Kesian.


Ha, nie dia budak PSP yang duduk depan booth kita orang. Dia orang je la kot yang selalu tegur kita orang. Yang rajin menyemak kat booth kita orang, kita orang budak-budak Sarawak pun rajin gak nak menjenguk booth dorang ni. Eh, Sobri lagi..is that u??hahaha.. Kalau tu betul la Sobri, maksudnya kita dah pernah kenal la sebelum ni kan?sungguh tidak disangka-sangka..hihi. Ouh ya, last but not least


Nie la mamat yang suka main-main mata tu. Bhahah!Memenuhi permintaan nak tangkap gambar berdua. Gila burok muka zaman belajar!di akui zaman belajar niesa memang tak pernah nak berhias pakai makeup bagai. Cuma time dah ke alam bekerja ni selalu kena tegur boss sebab muka pucat dan mula jaga muka supaya cantik kau!siapa yang tak nak cantik?hahaha. Kelakar bila tengok muka niesa yang entah apa-apa. Semua kenangan tu memang tak kan niesa lupakan. Rindunya nak belajar balik!!! :( 




❤ Nak tukar blog ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Niat di hati ni dah lama terbuku. Niesa dah lama nak tuka nama pena blog ni atas sebab-sebab tertentu. Hihi. Saja nak buat pembaharuan dalam blog. Header mayb coming soon sebab dapat idea dari kak Atien. Nama pena yang digunakan sejak tahun 2009 "Niesa Lovecrew" tu niesa nak tuka. Tapi tak ada idea lagi. Nak tuka bukan sebab tak suka tapi entah la rasa macam tak sesuai je. Nama "Niesa Lovecrew" ni pun keluar dari idea budak yang tak berapa nak matang dulu.hehe. Dapat nama "Niesa Lovecrew" ni masa zaman PLKN sebab masa kelas niesa suka sangat lukis bentuk love. Hampir setiap buku ada bentuk love. Masa kawan suruh buat blog tu yang terkeluar la nama blog sekarang dan pengaruh serba sedikit dari blogger Bro Razzi a.k.a Brother Love. Kihkih. Dulu suka tanya pasal cintan cintun dengan bro love ni, siap balas-balas email ok. Tapi tu dulluuuuu.

Sekarang ni dalam kepala otak cuma ada satu nama yang nak diguna. Tengah menari-nari dah ni ha. Memandangkan niesa ni sangat obsessed dengan warna Merah Jambu/Pink/Kalas(dlm bahasa sarawak), niesa ingat nak guna "Niesa si Merah Jambu". Rasa macam nak tergelak pun ada nih. Kalau kawan-kawan niesa tau maunya dorang muntah hijau sebab dah paham sangat perangai niesa yang sangat gilakan warna pink ni. Bila bab tanya pendapat tentang warna, niesalah orang yang akan dorang elakkan dulu sebab dah tau jawapan.hehe. Kesayanganku semua, kalian semua ada idea tak untuk niesa?ke niesa perlu kekalkan nama blog sekarang?any idea?sharing is loving!xoxo!

nota hati : ouh ya, hujan tak berenti lagi la. Entah bila la nak berhenti kan. Dah 2 hari dah hujan tak berhenti.

❤ Hujan tanpa henti sejak semalam ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hari ni matahari belum lagi keluar jadi bumi Bintulu masih lagi basah. Hujan turun sejak semalam lagi walaupun kejap renyai-renyai kejap lebat tapi tetap tak berhenti. Pagi tadi pun dah macam ribut dekat jalan penuh dengan dahan-dahan yang patah. Kalau hujan berterusan kemungkinan akan banjir lagi. Semoga kami dijauhi dari segala musibah. Pagi tadi amaran kategori ketiga telah pun dikeluarkan. Harap-harap petang ni berhentilah hujan kan. Doakan ya kawan-kawan.



Nota hati : tiba-tiba kena ulser nak makan pun susah. Oucch!pedihh gilaaa..

Friday, January 17, 2014

❤ Suka suki melepak di ofis ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Orang sibuk berpusu-pusu nak balik tapi niesa terpaksa melepak kat ofis sebab hujan! Dah hari ni tak pakai sweater pulak. Kepala ni dah la berat, nak redah je hujan takut tambah berat lak kepala.adoi! Kesian nya penunggang motosikal macam niesa. Nak tunggu lesen kereta, lesen L tak keluar-keluar lagi sebab dorang kata system kat JPJ ada problem. Eii! Bila la nak start belajar kalau lesen L tak xkeluar lagi...sabaaa je la. Hari ni membebel sorang-sorang le dalam ofis ni. Nasib baik boss tak ada kalau tak, dia mesti suka tengok muka blurr niesa. Mana tak blurr, panggil nama niesa pastu cakap cina. Kadang-kadang panggil nama niesa pastu tak jadi cakap. Niesa ni dah mata sepet bila boss panggil mula la buat muka blurr dan membesarkan mata yang sepet. Tak tahu la apa penyakit boss niesa tu. Bila dia masuk je ofis niesa akan jadi kelam kabut dan serabut. Nasib baik esok sabtu keja half day. Aduhaiii...bila la niesa nak balik ni. =_="

                     Selfie!sempat lagi tu!haha!abaikan mata yg sebelah sepet.okbai!




Thursday, January 16, 2014

❤ CPUV lagi! Alhamdulillah! ❤

Assalammualaikum dan selamat petang!

Petang-petang macam ni tiba- tiba tangan gatal nak check nuffnang. Ouh!Ouh! Ada CPUV masuk lagi. Yeay! Alhamdulillah! Thank you nuffnang! CPUV kedua untuk tahun 2014 ni daripada Caltex Journey Card


Terima kasih tidak terhingga juga kepada sahabat kesayangan semua yang tak jemu-jemu menabung untuk niesa. Thank you so much! Bagi sesiapa yang ada menabung untuk niesa tu jangan lupa inform tau. Niesa akan menabung balik untuk anda semua. Sharing is loving!xoxo

❤ Nampak sangat menipu ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Sebenarnya niesa dah lama nak buat entry pasal ni. Tapi asyik tangguh dan tangguh je. Al-kisah sejak bila niesa tak ingat tapi yang pasti niesa memang kerap dapat email kononya daripada RHB bank suruh update profile, no phone dan macam-macam lagi la. Email yang niesa dapat beberapa hari lepas


Dah berapa banyak kali dah suruh niesa update. Eiii! Nampak sangat menipunya, niesa mana ada akaun RHB Bank la! Haisss! Sekarang ni memang banyak kan kes curik duit melalui akaun ni. Minggu lepas pun niesa ada shopping on9 kiranya transfer duit ada lam dalam 2 kali. Lepas tengah hari tu Maybank call buat pengesahan. Dorang dah remind siap-siap kalau ada dapat email suruh update profile or apa-apa yang berkaitan jangan percaya sebab dorang tak pernah buat macam tu. Jadi beringat sebelum terkena. Next entry niesa akan share video untuk kenal pasti website ori dan website tipu tapi khas utk pengguna Maybank2U. Mungkin ada yang dah tengok tapi tak kisah la, nak share jugak. Hihi.okbai!xoxo

Wednesday, January 15, 2014

❤ Wordless Wednesday ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Kaum wanita sahaja yang memahami. Haha.


Tuesday, January 14, 2014

❤ Selamat Hari Kelahiran Idolaku ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Di hari yang penuh bermakna ini, niesa pun nak mengambil kesempatan mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1435H buat seluruh umat Islam. Selawat ke atas junjungan Rasul. 










Monday, January 13, 2014

❤ Rasa macam nak bertukar jadi hulk kaler pink!! ❤

Assalammualaikum dan selamat malam,

Malam ni mata segar bugar sebab tak dapat tidur. Tadi keluar g beli barang jap pastu g makan ngan kawan. Masa otw balik, tiba-tiba rasa tak sedap hati. Dari jauh niesa ternampak kelibat seseorang yang sangat dikenali kat kedai makan. Nafas mula turun naik dan suruh my fren pusing balik kedai makan tu dan!! Hati mula panas melihat muka someone yang betul-betul buat niesa rasa macam nak marah!nak menangis!dan rasa macam nak jerit!menggeletar satu badan bila tengok muka dia tu. Dalam hati ada macam-macam suara yang menghasut dan suara untuk menenangkan diri sendiri. 
ALLAH,ALLAH,ALLAH. Semoga diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan hati yang muncul kembali. Semoga sentiasa diberi ketabahan untuk menghadapi ketentuan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Mengetahui.

Mula-mula nak blogwalking, tapi hati masih bercelaru. Otak entah kemana melayang-layang. :( :( :(
InShaAllah esok niesa jenguk kesayangan semua. Doakan niesa ya.. :(

Saturday, January 11, 2014

❤ Setelah sekian lama ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Kesinambungan kisah mengidam donut yang tak sudah. Haha. Ouh ya, antara tanda-tanda PMS mesti nafsu makan membuak-buak kan?and yesss!niesa dah habis kan 1,2,3 & 4 aiskrim dalam masa setengah jam ok! Masa beli aiskrim semalam mula-mula nak beli 1 je. Tapi nafsu nak makan yang tu jugak,yang tu dan yang tu sekali beli 4 jenis aiskrim! ~_~


eh, bukan nak cerita pasal aiskrim. Tapi nak cerita pasal donut Big Apple and finally!!!niesa dapat jugak makan donut yang di import dari Kuching. Bahahaha. Thank you my dear bestfriend sebab sudi belikan niesa donut ni kebetulan dia balik bercuti, semester break. Jadi, semalam lepak makan-makan kejap dengan kawan-kawan. Gelak sakan sampai meleleh air mata pastu niesa cerita pasal my boss bagi Big punya Apple. Haha. Tak pasal-pasal kena gelak. demm.


GF niesa cakap nasib baik masih ada nampak bentuk donut tu. Hihi. Alhamdulillah rezeki yang ditunggu-tunggu. ❤ ❤ ❤

Girlsss!!! Ni rumah kawan jugak malam-malam jadi kedai makan. Memang ramai orang datang sini sebab sup kawah dia mmg perrrggh!terbaik!jemput singgah Sup Kawah kalau datang Bintulu.hihi. oklah. Saja nak kongsi kisah mengidam yang tak sudah ni. hehe. Okbai!xoxo





Friday, January 10, 2014

❤ CPUV pertama January 2014 ❤

Assalammualaikum dan selamat malam,

Entry pendek utk malam ni. Entry ni auto publish sebab niesa nak tidur awal sikit malam ni. Tiba-tiba badan dan hidung rasa macam panas. Tanda-tanda nak demamkah? Harapnya tidak lah sebab banyak lagi kerja tak settle. Hari ni check nuffnang, dan Alhamdulillah dapat satu CPUV dari Taylor's Phase 2. Maksudnya ni CPUV pertama untuk bulan January dan tahun 2014. Terima kasih nuffnang!


❤ Perkongsian Jumaat : Zikir ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Entry pendek nak kongsi beberapa zikir yang kita boleh amalkan setiap hari. Selamat beramal kesayangan.








Sumber gambar : Google

Semoga bermanfaat!(^_^)










Wednesday, January 08, 2014

❤ Multitasking ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Entry ni ada lah beberapa hari dah duduk dalam draft. Hari isnin nak update entry tapi tak sihat tiba-tiba keracunan makanan. Satu hari dari tengah malam sampai ke tengah hari keluar masuk toilet, dah la kerja belambak. Mula-mula nak ambik MC sebelah petang kalau masih tak larat. Tapi lepas telan pil sakit perut Alhamdulillah sakit yang memulas-mulas tu dah berkurangan. Jadi boleh la meneruskan kerja yang belambak tadi. Oh, baru mukkadimah yang ni baru isi.Kihkih. Berdasarkan tajuk entry beberapa hari ni niesa terpaksa buat macam-macam jenis kerja. Haha.

Jadi housekeeping sudah, hari isnin lepas niesa jadi arkitek pulak melukis floor plan yang diperlukan dan dalam masa yang sama boss niesa perlukan list expenditures dan costing untuk company tu. Kerja niesa memang buat bahagian-bahagian akaun je, tapi memandangkan orang yang boss suruh buat floor plan tu asyik kata tak reti nak buat yang menjadi mangsanya ialah niesa. Last week niesa dah ala-ala anak tarzan, minggu ni pulak dah ala-ala cartoon pergi jumpa boss,carik fail, duduk buat kerja, pergi kaunter pulak. Adoi. Kalau dah dengar boss panggil nama "niesa" adalah tu yang dia nak cakap. Oh ya, floor plan tu niesa buat guna microsoft word je sebab guna benda tu je niesa pandai. Tu pun berdasarkan imaginasi setiap level yang niesa tengok. Sebelum ni dah request dengan arkitek firm yang buat plan tu tapi banyak songeh lak. Jadi boss decide buat sendiri, maksud sendiri disini ialah dengan mengarahkan perkerjanya yang membuat plan tu. Dah berpinar-pinar mata menghadap pc dari pagi sampai petang. Manager niesa pulak asyik tanya dah siap?dah siap?dah siap?eii!memang menguji tahap kesabaran betul. Bukannya buat 1 level je, buat 3 level. Akhirnya, siap jugak la 2 benda yang urgent tu semalam. Tapi hari ni ada cabaran lain yang mendatang. 

Terpaksa buat 2 benda ni dalam 1 masa sampai pengsan. =_="

Sedap je menaip. Panjang pulak luahan hati hari ni macam tak kena dengan tajuk. Hehe. Oklah sampai disini nanti niesa sambung blogwalking, biasalah kekangan masa ni.okbai!xoxo

Tuesday, January 07, 2014

❤ Segmen Blogger's Birthday by Invisible Me ❤

Assalammualaikum dan selamat malam,

Malam ni nak join segmen yang di anjurkan oleh blog Invisible Me. Syarat yang sangat mudah!Jom join.. 


click banner utk join. :)

Tarikh niesa dilahirkan ialah 29 Jun 1991. Kalau nak taip apa yang niesa mahu memang banyak tapi yang paling penting cukup la kawan-kawan doakan niesa supaya niesa kuat dan sentiasa berubah ke arah yang lebih baik. (^_^)



Sunday, January 05, 2014

❤ Mun Masih Mudak ❤

Assalammualaikum dan selamat malam,

Malam ni tiba-tiba rasa nak kongsi lagu lama orang-orang sarawak yang memberi maksud yang tersendiri. Tajuk lagu seperti tajuk entry - Mun Masih Mudak(Kalau masih muda) dan penyanyinya ialah Safar Ghafar. Ni lagu paberet mak niesa tau!hihi. Jom layan! Niesa ada sertakan lirik sekali..video kat bawah ni versi baru sebab yang tu je video yang sesuai. Video satu lagi sangat tidak sesuai untuk ditonton. Kihkih. Kalau korang nak dengar versi asal carik je kat youtube tajuk lagu Mun Masih mudak.selamat mendengar!




Mun Masih Mudak - Safar Ghafar

Mun masih mudak semua  urang suka (kalau masih muda semua orang suka)
Tubuh gik terit didiat mata (Badan masih ketat dilihat mata)
Dak urang dara ya dirindok daknya (Orang-orang dara tu di seronok mereka)
Macam dak lanyek dengan dak bunga (Seperti  lebah dengan bunga)
Dak urang dara sik nyedar dirik ( Orang-orang dara tak menyedarkan diri)
Mun orang laki mujinya kacak (Kalau orang lelaki memujinya cantik)
Mun pegi siya-siya nya ngekot juak (Kalau pergi mana-mana dia ikut juga)
Sampey molah sik senunoh (Sampai buat tak senonoh)
Nya diam ajak (Dia diam sahaja)
ooorangg dara! (oooorangg dara)
Ingatlah kitak semua ( Ingatlah awak semua)
Jangan ngekot hati mudak ( Jangan ikut hati muda)
Mun kenak pujuk kitak diam ajak ( Kalau kena pujuk awak diam sahaja)
Sik 'tak tauk perangey boyak ( Awak tak tahu perangai buaya)
Mun dapat hal kitak ditinggal giya ajak ( Kalau dapat hal awak ditinggal begitu sahaja)
Sik nya ngakuk molah kitak macam ya ( Dia tak kan mengaku buat awak macam tu)

Maaf kalau ada penggunaan bahasa melayu sarawak yang salah. Almaklum lah niesa bukan melayu jadi ada jugak la bahasa orang melayu sarawak yang niesa kurang paham. Biasalah bahasa orang-orang lama. Hehe. Lagu ni popular pada tahun 70an dan 80an rasanya. Lebih kurang macam lagu "Kalau berpacaran" tu jugak la mesej yang cuba di sampaikan. Ingat ya urang daraa oii..haha.okbai!xoxo

❤ Kekeringan Idea ❤

Assalammualaikum dan selamat tengah malam,

Selamat tengah malam?ada jugak ye macam tu. Haha. Actually, niesa tak ada idea nak update entry sebab tu masa dihabiskan untuk blogwalking je. 2,3 hari ni memang agak blank otak ni tak berfungsi lak. Kalau idea tiba-tiba ada, penyakit M plak melanda. Nak cakap banyak kerja kat ofis boleh la tahan sebab next week sibuk nak buat pendaftara warga Petronas yang nak masuk hotel tu. Hari jumaat tu pun berpeluh-peluh jadi housekeeping sekejap membantu apa yang patut. Dengan berbaju kurung, lari sana,lari sini, jerit sana jerit sini dah macam anak tarzan la pulak. Sebab tu la niesa paling tak suka buat kerja last minute ni. Dalam masa 1 jam kemas kan dalam 10 bilik pasang cadar,sleep mate, blanket apa semua. Mula pukul 2 petang sebab pihak MLNG(company oil & gas) nak buat inspection pukul 3. Memang ketibasss la derrr. Hahaha. Jadi minggu depan boleh la niesa cuci mata. Kihkihkih (sekadar bergurau kerana niesa ni merupakan gadis yang sangat-sangat PEMALU*muntah*) Inilah terjadinya bila kekurangan idea di tengah malam.

Sebelum niesa meroyan lagi, niesa nak masuk tidur dulu dan sangat-sangat amazing sebab mata boleh bertahan di waktu sebegini. Niesa jenis orang yang tak biasa tidur lewat-lewat dan esok dengan penuh keyakinan mengundang sakit kepala. Niesa perlu tidur 8 jam tak boleh kurang dari 8 jam kalau tak memang la akan kepeningan sepanjang hari. Sangat repect orang yang mampu betahan sampai 2,3 pagi nih. hehe. Oklah kesayangan semua. Selamat malam dan mimpi yang indah-indah ok.xoxo

Thursday, January 02, 2014

❤ Kisah mengidam yang tak sudah ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Entry ni auto publish, dah draftkan malam tadi. Kisah yang dah basi. Tapi nak juga cerita kat sini. Hihi. Entry tahun lepas niesa pernah mention mengidam nak makan donut big apple. Masa cuti krismas hari tu boss niesa balik Miri. Memandangkan Miri tempat yang paling dekat dengan Bintulu yang ada Big Apple, masa boss call terus pesan kat dia dalam phone "Boss nanti balik beli big apple ya!" ikut suka hati je pesan kat boss kan?Haha. Dengan senang hati dan penuh harapan yang boss akan bawak balik big apple. Yesss!memang boss bawak balik big apple tetapi! bukan donut dari Big Apple tapi betul-betul "big apple" atau apple yang besar!

Nah kauu!nak sangat makan big apple!Haha

Boss cakap "hari tu kamu mau big apple kan?saya sudah beli kamu makan la..." niesa terus gelak dan cakap "boss saya mahu donut dari Big Apple, bukan apple yang besar ini.." hahaha. Sabarr je lahh!masa boss call lupa nak cakap nak donut. Haha. 

Moral of the story : tak payah nak mengada mengidam-mengidam nih!haha(moral yg xde kaitan)okbai!xoxo

Wednesday, January 01, 2014

❤ Segmen Azam Blog 2014 by HBP ❤

Assalammualaikum dan petang,

Entry pertama untuk Tahun 2014 ialah bersegmen! Hihi


click banner utk join! Segmen ni akan tamat pada 2 januari 2014 pukul 12 tengah hari.

i) Sebenarnya Tahun 2013 niesa tak de azam sebab awal-awal tahun dah di uji dengan sesuatu yang tak pernah diduga. Huhu. Tak nak ingat dah.

ii) Azam Tahun 2014 sangat banyak!niesa akan listkan mengikut keutamaan.
  1. Lulus ujian memandu dengan sekali cubaan. doakan niesa ya!
  2. Memperbaiki diri menjadi lebih baik iaitu dari segi pemakaian, pemikiran dan kelakuan. InShaAllah.
  3. Menjejakkan kaki ke bumi langkawi InShaAllah bulan 10 bersama jeng,jeng,jeng. Jom g ramai-ramai!
  4. Nak beli laptop baru sebab motherboard laptop dah rosak. *sigh* (sekarang ni pinjam laptop adik dan kena bayar sewa RM10. Pandai cari duit poket budak-budak ni. =_=")
  5. Nak menambahkan lagi kawan di alam maya seramai yang boleh.
  6. Last but not least, bila dah ada lesen memandu maksudnya nak beli kereta lee. Target hujung tahun. Ouh yeahh!
So,setakat ni tu jelah azam niesa buat masa sekarang!ada banyak lagi sebenarnya. Tapi yang lain-lain tu biarlah niesa sahaja yang tahu. Hihi. Selamat Tahun Baru 2014 kesayangan semua!xoxo