Thursday, December 11, 2014

❤️ Sabah Part 3 : Upside Down House ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Kembali ke alam maya. Sebelum ni rasa nak stop daripada blogging pulak. Tapi fikir punya fikir bia lah on off macam ni kan. Sekurang-kurang kot-kot sok lusa bosan tak tahu nak buat apa boleh sambung aktiviti ni.

Seperti yang diceritakan sebelum-sebelum ni. Tak habis-habis lagi pasal Sabah.

Destinasi seterusnya, Rumah terbalik, Sabah. Kalau tak silap mengikut penerangan staff kat situ, Rumah Terbalik ni adalah antara 5 yang ada di dunia. Tiket masuk RM10, student/budak bawah 12thn RM5 sahajo. Masa niesa dan kawan-kawan sampai memang panjang jugak lah Q. Mula-mula masuk dia akan bagi peluang kat kita utk ambik gambar di sekitar rumah.


Macam biasa kita selfie dulu.


Sayangnya, masuk dalam rumah tu tak dibenarkan ambik gambar. Niesa mula-mula masuk terus rasa macam tak balance. Mungkin sebab kedudukan semua benda dalam keadaan terbalik. Nasib baik tak tumbang uolss. Haha. Pening sejap masuk rumah terbalik. Memang sangat-sangat unik lah. Korang patut singgah sini kalau melawat Sabah.

Next, hari terakhir niesa kat Sabah. Ouh, haruslah borong amplang,kuih cincin dan segala jenis makanan masin termasuklah ikan masin,sotong masin dan ikan bilis. Masa ni jugak lah pagi-pagi lagi dah jejak pasar filipin dan pasar ikan masin. Walaupun pasar filipin tak bukak lagi.hahaha. Korang patut pergi memalam sikit. 


Masa ni tengah nak borong amplang. Amplang paling sedap amplang sotong, amplang ketam n lain-lain tu niesa tak berapa minat pulak. Menyesal pulak beli sikit utk diri sendiri. Kalau rajin tawar menawar boleh lah dapat murah. Dapat pulak kawan yang pandai berkata-kata beli makanan masin siap dapat free dan dapat murah. Abang tu kena puji terus bagi murah kihkihkih.

Eh, rasa macam dah panjang sangat nak cerita kisah ke pulau. Nampak tak kemalasan disitu?Tunggu next entrylah.okbai!xoxo ^_-







13 comments:

  1. tak pernah sampai lagu rumah terbalik tuu :(

    ReplyDelete
  2. Teringin nak pergi Sabah , Niesa sponsor please. Ekekekeke. :P

    ReplyDelete
  3. seronoknya rumah terbalikk!..kmk ng suka benda unik2 cmya..

    ReplyDelete
  4. Wahh.. unik rumah tu... bestnya... :)

    ReplyDelete
  5. Bestnya..bila boleh pergi..huarghhh :(

    ReplyDelete
  6. teringin nk masuk dlm rumah terbalik ni tpi x penah pegi sabah lagi T^T

    ReplyDelete
  7. Kak niesa eipp jgn nak stop blogging eh.
    Dush dush!
    hehehehe.
    Im happi to see u back here hehe

    Nnt qila pun nak try pening gak ah dtg situ wiwiwi

    ReplyDelete
  8. Suka baca kisah bloger g bercuti sana-sini macam Cik Niesa. Memang sedap amplang. Saya pernah makan...Heheeee

    ReplyDelete
  9. Amplang memang wajib borong dear. Bikin kudap2 depan tv. hehe

    ReplyDelete
  10. Teringin nak pergi rumah terbalik.
    Kat melaka dah ada da, tp still tak dapat pergi sebab dah pindah johor, sobs!

    ReplyDelete
  11. salam .hee sonoknye gi upside down house sabah bahh ;p

    ReplyDelete