Assalammualaikum dan selamat petang!
Nak update satu entry punyalah payah kan. Adui. Selalu rindu nak blogging tapi penyakit M bermaharajalela. Destinasi terakhir sebelum balik dan shopping!
Sebenarnya plan asal bukanlah ke Pulau, tapi ke Mari-Mari Cultural Village dan ke Lok Kawi. Memandangkan kami sampai dalam pukul 12 sesi dah habis kalau nak masuk gak kena tunggu pukul 2 ptg. Takkan nak buang masa 2 jam kan?So kami tukar plan ke Pulau, sebelum tu singgah kat air terjun sebab ternampak dalam waze ada air terjun dekat-dekat situ.hehe
Bersantai sambil makan amplang free. Haha. Menyinggah tangkap gambar pastu jom ke Pulau. Redah je lah g Pulau pakai jeans. Haha
Masa nk beli cari package sesuai banyak gila agent panggil supaya beli kat dorg. Niesa pun pening and at last pilih kaunter no 10 Island Hoping sbb dapat murah and abg yg guide kita org sportingg gila!
Macam biasa kita selfie dlu~ syokk lah abg tu dikelilingi gadis-gadis sarawak :P
Soalan pertama abg baju oren tu tanya "korg nak perjalanan 15minit ke 30minit". Kami biar dia decide, dia cakap bagi kami rasa yang 15minit punya. arrggghhh!terbang dan rasa macam ni boat ke hapeee..hahaha. Syiokk + cuakk dengan gelombang-gelombang yang menghentak. -_-"
Tadaaa!dah sampai Pulau Sapi!dan SubhanaAllah serious!cantik yang gila amat. dah gila amat-amat pulak kan. Warna air laut dia menangis rasa nak mandi tapi tak de bawak baju persalinan. Nak snorkling dan main air pun tak dapat! :(
Memandangkan banyak masa yang perlu dihabiskan. Abg tu suggest buat parasailing tanpa basah. Ok, tu je yang boleh main tak basah. Utk double RM160 dan yang memang teruja sangat nak naik niesa ngan ex roomate niesa je. Kawan-kawan yang lain semua tak nak. Sesi membodek dapat le RM140 utk 2 org.excited gila!
Masa naik ni memang menjerit sebab gayattt asyik panggil makkk..makkk..makkk.. Haha. Abg tu sengih je.ok fine. pakai jeans pon boleyy.Bila sampai atas rasa macam tak nak turun sebab syiokkk! dengan angin nya. Rasa nak tidur pun ada. 15 minit je kat atas tu. Sekejap giloss.tsk.tsk. T_T
Seterusnya ke Pulau Manukan. Sampai sini kita orang blurr. Sebab tak tahu nak buat apa. HAHA. Girls2 yang lain macam biasa sibuk dengan photoshot sendiri. Tapi berbanding dengan Pulau Sapi niesa lebih suka duduk Pulau Sapi lama-lama.
Airnya tak secantik kat Pulau Sapi. Ouh ya, masa ni memang panas gila sebab pukul 3.hehe.
Lompatan yang tak menjadi.hahaha. (gambar kurang berkualiti)
Dan tamatlah perjalanan kami kat 2 pulau ni walaupun separuh hari je dannn yang palingg sadisssss..
Balik hujan!!!dan basah! =_=" tak nak basah sangat kannn. Ambik kau!boat yang kami guna masa balik takde bumbung hujan plak lebat sikit sakit ok muka. Sabarrr je lahh.
Sampai disini, tapi yang pastinya saya akan kembali lagi ke sini.hehe
Nota hati : Lepas ni nak blogwalking pulak. Sorry tak berkesempatan nak balas jejak-jejak tapak kaki korang semua.Salam rindu!xoxo!