Saturday, November 01, 2014

❤️ Sabah Day 2 Part 1 ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hari ni nak sambung pengalaman bercuti ke Sabah. Entry pertama boleh baca SINI. Hari kedua kami dah plan nak ke kundasang. Perjalanan dalam 2 jam 30 minit dari bandar KK tu pun berpandukan Waze. Kelua dari hotel dalam pkul 6.30 pagi macam tu tapi singgah dekat 1 tempat tu dekat area market untuk ambik gambar and bfast memandangkan perjalanan agak jauh.


Perjalanan pun bermula dengan lancar tapi tetiba ada roadblock pulak. Semua nervous, yelah tetiba kena tahan ngan trafic naik avanza 9 org. Nasib baik, abg polis tu berhati mula lepas kita orang buat muka comel siap pesan supaya hati-hati memandu.heee.

Perjalanan betul-betul mencabar sebab kena naik bukit jalan pusing-pusing. Kereta pun macam semput-semput je nak naik. Haha. Tapi panorama perjalanan tu SubhanaAllah!cantik sangat!dengan udara segar sejuk. Memang teruja nak sampai.


Sedikit pemandangan otw to kundasang. Tak sempat nak snap gambar air terjun yang cantik gila sebab betul2 terkesima tgk keindahan alam.

Tapi sedikit malang sebab tetiba kereta ada masalah. Break disc kereta tu hangus!omg!bahaya gila no wonder ada bunyi yg agak pelik makin kuat dan kuat dan nasib baik lah jalan ke kundasang di tutup sementara sebab dorang ada event Pesta Kubis kalau tak silap. Actually kita org xtau pun tetiba sampai jalan tutup dekat pekan kundasang. 


Dah tukar break disc tapi emergency break tak berfungsi, mekanik tu kata benda tu dah makan besi. Kita org pun tawakal je lah, Alhamdulillah selamat sampai dan balik walaupun masa balik hampir langgar avanza jugak sebab break tak cengkam sangat + hujan + kabus tak nampak. fuh!fuh!


Sekitar suasana program tu. Masa ni ada Climb button kot kalau tak silap tanya orang2 yg kat tepi jalan tu. Kami pun join berdiri bawah panas terik kononnya nak tengok siapa yg datang. Tapi tak hadoo.

Dekat sejam lebih jugak lah pusing-pusing situ sebelum jalan dibuka semula. Ok next entry, tungggguuu. Pengalaman di Desa Dairy Farm. 


Sampai disini!Selamat berhujung minggu semua!xoxo








15 comments:

  1. Jauh perjalanan, luas permandangan.. menarik.Cuma mmg bahaya klu brek tak cengkam tu. Alhamdulillah semuanya ok kan.. :)

    ReplyDelete
  2. hoi bahaya.. nasib baik sikda pa2..

    ingin kmk nak g sabah tok eh. padahal jiran jak pun sik penah sampe.

    ReplyDelete
  3. bestnye kundasang, tersangat lama teringin nak ke sini . sobss

    ReplyDelete
  4. waa...bestnya!!tgk pemandangan dalam pic tu rs tenang je..

    ReplyDelete
  5. Seronoknyer jalan2...cuci mata...cuci minda...
    Salam dari Bunda..dah lama tak singgah sini...

    ReplyDelete
  6. Bestnya. Teringin nak pergi kundasangggg...

    ReplyDelete
  7. Banyak jwak cabaran nak pergi cia. Huhu.

    ReplyDelete
  8. memang kalau ke ranau kereta kena power dan condition tip top...kalau tak..susah... 7 tahun akak turun naik Ranau dulu..he he

    ReplyDelete
  9. Bestnya pi Kundasang... aritu K Nurul x sempat nak pi Kundasang...
    Nasib selamat pergi dan balik dalam keadaan kereta yang bermasaalah... Jalan nak ke Kundasang tu memang mencabar kan... :)

    ReplyDelete
  10. cantiknya kundasanng!!...kmk suka nature2,udara bersih,pemandangan hijau2...

    ReplyDelete
  11. Ehem ehem sy nampak ada satu akak tu pakai pinafore omey gila wehjh

    ReplyDelete
  12. Oopss time ni ke yang kereta rosak tu? Hihi sabar eh kak Niesa. Takpe janji have fun kann<33

    ReplyDelete
  13. Air terjun yg dkat gunung tu ke niesa? mmg cantik kan. Tapi gunung ni pemalu sikit. Pandai hilang tiba2..hehehe...berkabus.

    ReplyDelete