Wednesday, July 09, 2014

❤️ Finally! Fuhhhh.. ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Ada tak yang rindu niesa kat sini?ehehe. perasan pulak kan. Niesa lah yang rindu korang semua! Akhirnya, mampu menarik lafas lega dan bernafas dengan tenang. kihkih. Minggu yang memeningkan dan menyeramkan. Banyak gilaaaaa nak story kat korang semua ni. Selepas ni nak blogwalking slow-slow. Rindu nyaaa nak jejak rumah kesayangan ku sekalian.

Topik panas hari ni pasal MIMPI! Mimpi yang buat hari-hari ni haru biru. Minggu lepas niesa mimpi dibelit ular. Mimpi sampai terjaga dan tak boleh tidur. Niesa dah fobia dengan ular, tangan adik niesa kena badan niesa pun boleh terkejut sebab ingat ular, selimut pun campak tepi sebab takut kot-kot ada ular sesat. Haha. Teringat Itah pernah buat entry pasal "Antara Fakta dan Auta" dan salah satu isi entry pasal mimpi ular. Tapi bukan mimpi dibelit ular. Semalaman niesa tak leh tidur pastu tetiba hati tergerak nak google maksud disebalik mimpi. HAHA

Sumber printscreen : Blog Tafsir Mimpi

Tiba-tiba seram sejuk, so niesa cuba fikir positif dengan anggap mimpi tu mainan tidur.(nak sedapkan hati la katakan). TAPI! Hati jadi tak keruan bila selepas beberapa hari ada seorang mamat ni, niesa tak kenal sangat pun tau, kenal macam tu macam tu je tetiba tanya

Mula-mula dia cakap nak tanya satu soalan yang menguji minda. Soalan dia berbunyi " Macam mana kalau ada lelaki melamar niesa?" apa ke pelik soalan. Mula-mula niesa gelak terbahak-bahak sebab anggap soalan tu sebagai gurauan je. Tetiba soalan tu berulang dan perlukan jawapan. Niesa speechless! dalam hati (mamat ni mimpi ke ngigau tetiba tanya soalan macam tu).

Kesimpulannya, niesa anggap mamat tu saja-saja bagi soalan menguji minda lah sangat tu dan mengganggap soalan tu tak ada kaitan dengan yang hidup dan mati. Bahahaha. (walaupun dalam hati takutttt yang amat.) okbai!sekian laporan untuk hari ni.hehe.

Nota hati : Korang ada tak mimpi pelik-pelik dan benda tu betul-betul jadi?Sharing is caring.xoxo

31 comments:

  1. Niesa, ada orang nak masuk meminang lah tu... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. uik kak..xla..xde calon lg ni..hahaha

      Delete
  2. Mimpi dibelit ular or dipatuk ular tu saya masih belum lagi ada la. Tapi kalau mimpi terpijak ular tu selalu sangat. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa maksudnya tu ek kalau terpijak ular?hehe

      Delete
  3. mimpi mainan tidur.. tak basuh kaki eh sebelum tidur. hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..mula2 ingat mainan tidur..tp kalau dikaitkan dgn apa yg jd lepas tu mcm x je..hahaha..dh basuh ok..doa pn dh baca.. :P

      Delete
  4. Niesa nak kahwin ye..bila tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alohai kak...xdenye nak kawen..xde calon lagi laa..

      Delete
  5. yg betul2 jadi masa zaman kecik2 dulu..mimpi pergi tandas nak kencing..tapi betul2 kencing atas tilam..hahaha..by the way..penah la jugak mimpi kena patuk ngan ular..tapi takdelah pulak putera raja datang nak meminang..haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu bkn dh mcm ngigau ke?ehehe..dulu masa kecik mmg sll gak mimpi cm tu..putera raja mana yg awk tunggu tu?ekeke...

      Delete
  6. dah terhidu bau-bau nasi minyak di situ..... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..doakan ye kak semoga niesa bertemu jodoh..ewah.. :P

      Delete
  7. salam. eh eh..siapa mamat tu? entah+ dia berkenan nak jadikan niesa isteri dia kut hehhhe apapun semoga bertemu jodoh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..xkenal sgt la itah..hahaha..amin..amin.. ;)

      Delete
  8. bukan kalau kena patuk ular, kena sihir ke niesa? hurm...doa byk2. minx dijauhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..ada gak baca..tp org ckp kalau berkaitan ngan ular bnda baik..nk ckp iblis..sekarang bln puasa mana ada iblis..ehehe.. InShaAllah..semoga dijauhkan dari bnda yg x elok..

      Delete
  9. Hari tu mimpi pasal family. Tak ingat sangat mimpi apa, tapi sampai menangis la. Menangis dalam mimpi and in real life T____T

    ReplyDelete
  10. Salam Ramadhan Niesa... kak merindui mu...hahaha..
    amboi mimpi ular2 ni sllu ttg jodoh tau.. na..na..na.. betul lah tu ada org nak melamar.. fiki2 kan sis.. haha

    ReplyDelete
  11. semuanya terletak pada Allah. kalau dah takdir kak niesa dah sampai jodoh, sampailah. jangan lupa jemput kamiorang jugak hehehe..

    ReplyDelete
  12. miss u too kak niesa... hahahah... wan kalau mimpi bila bangun je trus lupa... erkkkk... memang pendek ingatan betul... hahaha

    ReplyDelete
  13. Wahh... semoga lancar segalanya ye... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  14. akak dulu masa anak dara selalu mimpi kena kejar ular..patuk pernah jugak kot..hihi

    ReplyDelete
  15. wahhh...patut laa menghilan kat blog dan wasap semua...rupanya sedang merancang masa hadapan..hahaha...anyway lan jarang dapat mimpi nie..tatau kenapa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. Yeayyy so dah boleh tarik nafas lega la sekarang ni kan? Ehhe. Nad tak pernah pulak mimpi apape yg berkaitan dgn ular

    ReplyDelete
  17. eh niesa lama x nampak berblogging..
    ke sob yg jrg wat blogwaiking :p

    ReplyDelete
  18. Haaa. Dah sampai jodoh jangan lupa kongsi, story mory. Hehe

    ReplyDelete
  19. ayye takutnyaaa kak niesa pls take care n may allah grant u a great husband hehhee <333

    ReplyDelete
  20. hehehe jgn percaya sangat pada mimpi... apa pun moga semuanya baik2 saja... dah kalau mmg dah sampai jodohnya... alhamdulillah... hehehe

    ReplyDelete
  21. dah bau nasik minyak ni.. heheh..

    ReplyDelete
  22. kalau dia serius bertanya, mcm mana? haaa.... bau nasi minyak jugak ler tak lama lagi. hehehe...

    ReplyDelete