Tuesday, June 24, 2014

❤️ Jalan-Jalan cari makan part 1 ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi

Siapa suka makan angkat jari!!siapa tak suka makan kan?jadi hari ni nak kongsi beberapa tempat yang boleh korang terjah kalau jejak kaki ke Kuching Sarawak!

Pilihan pertama Teh Tarik Cafe dekat Jambatan Satok . Kalau korang breakfast kat situ kena bersabar sebab orang ramaiiiii gila. Jadi makanan pun kena tunggu turn ye. Kat situ ada banyak stall makanan, korang datang pilih apa je yang korang nak. Untuk hari tu pilihan utama niesa semestinya mee kolok dan mee jawa special.yummy!

Menu pertama masuk perut mee jawa. Dekat semenanjung rasanya panggil mee ni mee bandung/mee kari kot. Memang terbaikkk! Dan utk menu kedua niesa mee kolok yang superb! Tak payah nak buat muka terkejut kalau niesa makan 2 mangkuk mee ye. Abang yang hantar mee kolok tu pun buat muka tak percaya. Tolong percaya niesa memang macam gitu.ehe.

Yang ni pulak mee pok. Bukan mee "pork" ye. Hahaha. Rasa dia sama macam mee kolok cuma mee je lain. Korang nampak kan bentuk mee dia. Mee ni niesa tak sempat lagi rasa, tak berkesempatan nak rasa. Mee ni kawan niesa yang makan. Dia cakap sedap!

Selepas breakfast tengah hari tu kami tak lunch, petang sikit pergi cari dessert. Tempat yang menjadi pilihan kami My Sugar Bakes, Bayang estate jalan Alwi. Kedai ni sangattttt comel dan sesuai utk lepak-lepak santai. Menu petang tu pulak

Red velvet, blueberry cake(niesa punya), carrot cake dan chocolate cake. Cake dia sangat sedap! Bagi peminat SR tu boleh kot cuba cake kat sini. Cuma carrot cake je niesa tak berapa suka.ehe. 

Kami pilih Lemon Ginger Mint. Rasa mint yang kuat dan rasa halia tu boleh la tahan. Sangat sedap dan boleh refill 1 teapot ni..ehe.

Masa ni kami ambik package D.I.Y tea set (4 jenis cake, 1 fruit tart, ham sandwhich) = RM66.40 dan free buah anggur dan green apple. Dekat gambar niesa tu buahnya sudah lesap di makan.haha

Lepas ni niesa sambung pasal makanan kat next entry. Banyak sangat gambar nanti ada yang muntah hijau.oklah.xoxo. ^_^









30 comments:

  1. teringin nak try mee kolok tu...tp x dapek la nak ke sarawak sana...agak agak kat JB ada x jual yer?

    ReplyDelete
  2. Wah, Niesa... part2 makan ni yang best... tengok mee tu, rasa nak je... kalau kat sini, mee jawa, mee bandung dan mee kari adalah 3 jenis yang berbeza... haa, mee kolok dan mee pok tu yang x pernah rasa... kat sini x pernah jumpa lagi... :)

    ReplyDelete
  3. cantiknye kedai tu..kek memang sedap

    ReplyDelete
  4. macam ingat je tempat ni. orang2 gomen dari simpang tiga selalu pegi sini sarapan pagi..termasuk akak la tu..hihi

    ReplyDelete
  5. salam. wahhh sedapnya diorg makan..terliur tengok haha :D mintak la sikit niesa :P

    ReplyDelete
  6. aigoooo... meleleh tengok pic kek no 4... huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. bkan setakat angkat jari kaki tangan ..smua lah boleh angkat..wah good review niesa.. terasa kesedpan tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. menabung broom.. dgn promte contents

      Delete
  8. Cakap pasal mee kolok....baru2 ni anak bunda pergi Serawak..dia ada beli mee kering mee kolok tu...

    Balek rumah dia masak sendiri supnya dan tambah bahan2 lain...lepas juga tekak bunda yang dah lama tak makan mee kolok ni...

    ReplyDelete
  9. perghhh....!!! pernah dengar kesedapan dia. tp xpenah lak rasa.. huhuh

    ReplyDelete
  10. Terbaik makanan dia. Kedai dia ada menu kek jugak ek selain dari makanan macam mee & etc. Kira macam kat Secret Recipe la yer.

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum...niesa,

    kuat makan jugak niesa nie...heheh 2 pinggan yer. Terperanjat mselim3...

    mselim3

    ReplyDelete
  12. pernah makan mee kolok....tapi tak pernah makan yang original kat sarawak..huhuhu

    ReplyDelete
  13. wah yus angkat jari ni.
    sedapnya tengok semua mee tu, yang kek lagilah rasa nak maka je laptop ni.
    comellah kedai my sugar bakes tu :DD

    ReplyDelete
  14. Wahh serera tengok kek2 tu... best.. :)

    ReplyDelete
  15. Ya Allah, semua nampak sedap! :D

    ReplyDelete
  16. errr tetibe plak aku rasa lapar.,

    ReplyDelete
  17. Amboiii ! Makanan diaaaaa. Okaylah nak pergi Kuching. Bye. :P

    ReplyDelete
  18. amboi dik niesa kita ni kuat makan ye...org kecik je..hehee.. tp memang sedap la menu2 niesa tu..nk je akk ke sana nk join sama..lapor dh ni..hihii

    ReplyDelete
  19. salam dear..i tag u here :)

    http://ramaramapendek.blogspot.com/2014/06/first-mini-giveaway-topup-by-mrsyatie.html

    ReplyDelete
  20. wahhh..macam best jer port makan nie..hehehe..klu datang sarawak nanti boleh laa mintak niesa tlg tunjukkan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  21. wuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu nyaman semua mua. haha =P kek paling menarik nafsu anak tekak ini. T_T haha

    ReplyDelete
  22. huhu..sronok jln2 cari mkn ni tapi xpcaya niesa mkn 2 mangkuk..

    ReplyDelete
  23. warhhhh mee jawa!!..pebret kmkk!!!dapnya semua..rindu makanan sarawak :(

    ReplyDelete
  24. WAH KAK NIESA.
    NAK POSE NI JUGAK LAH DIA GI JALE JALE CARI MAKAE PULAK ;P
    HIHIHI.

    ReplyDelete
  25. sedapnye niesa...kalo akak bkn dua kali tmbh tp bkali kali..hahaha

    ReplyDelete
  26. niesaaaa.. dah la faveret kmk mee jawa yaaaa.. sine mok cari mee jawa kat ctok? sobs. penah jumpa kat old town jak tapi mok yg sebijik yg ada di swak nun. T_T

    ReplyDelete
  27. niesa~ kmk lompernah sampey dekat sugar bakes ya..ooo hope kmk dpt ke sia kelak ehh. macam best jak sia aie.

    ReplyDelete