Friday, May 23, 2014

❤ Menunggang atau Memandu ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Memandangkan sekarang dan bulan May niesa tengah berkira-kira sama ada nak buat loan kereta ataupun teruskan naik je motosikal yang sedia ada. Kalau ikut niat tahun lepas Jun/July nak beli kereta. Tambah-tambah lagi sekarang Myvi XT warna pink pulak keluar. Niesa ni dah la pantang nampak pink, mula lah nak tergoda. 


Niesa ada gak la tanya pendapat orang, ada yang menggalakkan beli dan ada kawan niesa kata tak payah dulu. Kalau difikirkan balik memang ada kelebihan dan keburukkan. Tu yang tengah dilema sekarang nak beli ke tak.

Niesa ok je menunggang cuma ada keadaan yang buat niesa sakit sikit la. Bila hujan lebat dan bila hari panas terik. Niesa ni antibody memang tak kuat jadi selalu gak la sakit bila kena hujan, berpanas. Belum lagi disebabkan debu-debu dan pasir-pasir dari lori yang berterbangan.heee. Mana tak resdung ni tak sembuh-sembuh. Kalau difikirkan dari segi keselamatan pulak, menunggang ni risiko dia memang tinggi sikit. Tapi bagi niesa, musibah tak kira masa dan tempat kan?jadi niesa berlindung dengan Allah supaya dijauhkan dari segala perkara yang tak elok.

Memandu ni pulak niesa agak rimas sebab dah biasa merempit. Pastu bila memandu kena betul-betul focus sebab selalu lupa jalan. Haha. Untuk kos-kos lain pulak kos kereta lagi tinggi dari motosikal kan nanti susah la nak enjoy. Lain la kalau boss baik hati naikkan gaji niesa tahun ni.ekeke. Aduh..ni yang tak suka bila nak buat keputusan.

Pendapat korang?share please.

22 comments:

  1. Kalau saya, saya nak naik kereta.

    ReplyDelete
  2. satu elemen yang niesa kena consider beli kereta is maintenance nanti..dari segi monthly senang skit nak calculate sebab figure dia sama every month..tapi dari segi maintenance mcm repair, petrol, etc semua berbeza-beza tiap2 bulan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah 1 perkara yg buat niesa fikir panjang bnda tu semua la..tu yg pening ni..hukhuk..thanks lan.. :)

      Delete
  3. lupa plak..menabung polo kat sini..hehehe
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh ya..thanks utk itu jugak.. hahaha

      Delete
  4. salam. heee niese minta pink rupanya..^^

    p/s menabung olay :)

    ReplyDelete
  5. MyV tu Ok utk niesa.. kira sesuai lah utk pompuan...boleh kot niesa..cuba timbang tara semua, baru buat keputusan mo beli kereta apa... hehe

    ReplyDelete
  6. menunggang cepat dan pantas,tp bila hujan basah dan boleh ketar dibuatnya ...hahaha..

    ReplyDelete
  7. Saya pulak suka warna hijau. Semestinya pilihan Myvi XT Green Lime... Heheeee
    Tapi sementara pulus belum sesuai nk beli 4 roda, guna 2 roda dulu It's ok Niesa πŸš—πŸšπŸššπŸš•

    ReplyDelete
  8. akak memang drive since keje..takde lesen motor..takut bawak motor..
    kalo rasa nak amik kete besar amik le myvi tu..ok jek..

    ReplyDelete
  9. kalau amik kira keselamatan, better kereta la sebab motor memang sgt2 berisiko.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. myvi pink!!!myvi jimat minyak...ikt kepentingan,rasa2 nk ney yg niesa ptt utamakan dlu..gudluck!..ohya kmk nabung ctok skali babe..

    ReplyDelete
  11. Myvi is a good car for local brand. Niesa dah boleh la untuk beli kereta..saya, kalau perempuan saya prefer bawak kereta.. safety lebih sket.

    ReplyDelete
  12. Klu ada kemampuan & rezeki yg baik.. x salah buat loan kereta. Long term boleh guna juga.. :)

    ReplyDelete
  13. bagi saya, perempuan better berkereta.. heheh

    ReplyDelete
  14. mun kmk nang pilih kereta.. paling utama bapa kmk sik suruh kmk ambik lesen moto.. sebab nya sik suka kmk mbak moto. yalah takut pa2 jadi, anak pmpuan gik ya.. dan lg satu kmk tok nait moto pun takut. rasa sik secure. huhu

    ReplyDelete
  15. mcm saya still x mampu ..msih byak bajet lain perlu difikirkankreta no 2.. sbab lelki..nak date naik moto sudah ha..ha.. tapi sbab niesa prempuan btter beli kareta kalau bkemampuan :)

    ReplyDelete
  16. kalo aku, aku pilih memandu. keselamatan perlu diutamakan.

    ReplyDelete
  17. Teringin nak ada kereta sendiri. Kan senang kalau ada. Nak ke mana-mana pun senang. Kak Niesa banje Nad kereta satu! <3 Maseh

    ReplyDelete
  18. Myvi xt pink tuh aduhhhhh awesome abis

    ReplyDelete
  19. memandu sndiri jer, sekarang pun dah senang nk beli keta sendiri ;)

    ReplyDelete