Thursday, May 15, 2014

❤ Kuala Lumpur part 1 ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Baru hari ni berkesempatan nak update cerita masa cuti hari tu. Tu pun draftkan sikit-sikit dulu.Beberapa minggu lepas kan bercuti + shopping ke KL sorang-sorang. Tak sia-sia kenal kawan blog, boleh gak temankan niesa sepanjang kat sana. Thanks Bella Luna!sayang awak ketat-ketat!kesian dia penat tolong niesa angkat barang. Hukhuk.

1st day, flight niesa tiba-tiba awal 20 minit. Jadi menapak la niesa kat LCCT tu tunggu kawan jemput. Dekat sejam jugak la tunggu kat situ sorang-sorang sambil tu cuci mata tengok kiri, tengok kanan orang lalu lalang. Masa tu dah lapa gilaaaa sebab ingat nak makan dalam flight tapi tak pun sebab tak sangka kawan datang jemput lambat. 12.30 kawan sampai jalan punya jalan nak g cari kedai makan pukul 2.30 baru sampai. Haha. Makan dekat Wangsa Maju, ali maju kot nama kedai mamak tu. Tapi niesa makan 2,3 suap je sebab mee goreng dia pedassss gila!(orang sarawak tak makan pedas. =_=") akibatnya kena gastrik. hmmm.


meet my bestfriend. Qusyairy nama dia. Dia kawan baik niesa masa dekat Politeknik dulu. Masa niesa duduk lama kt KL tahun 2011 rasanya, kami pernah mintak kerja sama-sama dekat CRS pastu manager kat situ kata kami adik beradik. Hahaha.

okey destinasi pertama lepas makan menuju ke Pusat Sains Negara. Kawan niesa yang duk KL tu pun tak pernah g jadi dengan bantuan GPS kta org cari Pusat Sains tu tapi!APTB!


Ni tiket nak masuk Pameran Science of Fear tu je. Dia ada banyak pameran. Semua tu kena bayar kalau nak masuk. Niesa g sana cuma nak g pameran science of fear tu je sebab tertarik dengan sinopsis dia.


Tapi bila masuk sangatlah mengecewakan hatiku ini. Hahaha. Boleh bagi 3 bintang je kot sebab tak menarik sangat lah. Masa masuk tu memang kena beratur sebab budak-budak sekolah ramai gila. So kami orang awam ada 6 orang. Niesa dan kawan niesa, lagi 4 orang xkenal. Niesa orang paling depan yang masuk jadi paling banyak kena kacau niesa la. Haih!Nak kata takut tu tak la sebab dah tau dah manusia yang kacau tiup-tiup(nasib baik xbau nafas dorg tu.bahaha), berdiri kat tepi sudut la dorang macam tak seram sangat. Cuma 1 part je yang buat niesa rasa nak terkeluar jantung. Nasib baik tak kena penampar ngan niesa. Korang bayangkan 1 lorong tu gelap yang amat, tiba-tiba ada lembaga hitam berdiri betul-betul depan korang!dekat ok. Apa lagi jerit la. Niesa betul-betul tak nampak sebab dia pakai selimut hitam. kuss semangat!

Masuk tu tak sampai pun 10 minit. Memang kejap sangat sebab ada 4 lorong. Lorong 1 dan 2 manusia yang kacau. Lorong 3 dan 4 tu alah,kotak-kotak la jatuh, pintu lemari terbukak sendiri la. Tak canggih betul.Haha. Biar dah keluar korang akan nampak banyak tv pastu setiap tv ada note.

"tekan butang ini selamat 3 saat,anda akan menakutkan kawan-kawan anda dengan membuatkan kotak tersebut jatuh". So, niesa tekan la butang tu kan. Cehh!macam tu je ingatlah menarik sangat. Bahahaha. Ada banyak gak la tv dan butang-butang tu semua rasanya ada dalam 10. 



Destinasi kedua niesa pulak Pameran Buku Antarabangsa. Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan jugak la jejak kaki kat situ walaupun sekejap. Sempat grab novel-novel yang memang dah ada dalam kepala hotak ni. Sangat puas hati sebab harga yang niesa dapat memang la lebih murah daripada harga kat sarawak kan?siap ada diskaun lagi. 


RM70 untuk 4 benda ni. Ria Qistina tu jumpa masa nak cari jalan kelua. Dalam tu pun boleh sesat kan?hahaha. Mata memang rambang ar tengok longgokkan novel RM10 dan Ria Qistina ni salah 1 novel RM10 tu. Hehe. Thanks la ye kepada pemandu pelancong yang membantu dan menemani masa tu dan thanks utk cookies yang nyumnyum!

Tunggu part 2 pulak ye kawan-kawan.xoxo!







37 comments:

  1. Makhaih Ria Qistina tu novel lama gila ok. Haha. Tapi cite die best ! Btw , welcome to KL. Akak sendiri tak penah pergi Pusat Sains tu. Kahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..masa zaman sekolah2 novel ni...niesa ada tp dh hilang..hukhuk..next time kak nurie kenaaa g!hahaha..

      Delete
  2. Pusat Sains Negara ni, even saya duk kat KL pun tak pernah sampai lagi. Segan lak bila Niesa yang jauh-jauh datang dari Sarawak pun dah pernah pegi. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sllnya mmg cm tu la kan..org dekat2 mana nk g..yg jauh2 ni je la rajin nk g..heeee

      Delete
    2. saya pun pnah p 2 kali..btw niesa bunyi mcm rugi je masuk pameran umah hantu tu..mcm x seram sangat

      Delete
    3. mmg rugi!sejujurnya..hahaha..xseram dan sgt sekejap..heee...

      Delete
  3. salam. ohh kawan..hehehhe ingatkan ehem ehem niesa hahaah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..hehe..kwn niesa..kwn baik.. ^^,

      Delete
  4. ehem ehem,, nape aritu tak kenalkan pun ngan kitorg eeehhhhh tetibe una ni hahahah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak yah aih..masa tu dia kije..xdpt cuti..hahaha..bella je kenal!heee

      Delete
  5. siapakah jejaka itu..woot woot.hahaha

    hope nanti kak niesa dtg kl.. ley jumpa ;(

    ReplyDelete
  6. ok akak tunggu part 2... hik hik hik...

    ReplyDelete
  7. ria qistina..penah baca tapi dah lupa..psal apa ek..
    best kan ada kawan jd peneman jalan2

    ReplyDelete
  8. alahai kawan ek?
    alohai tolong hantar ek..

    okey2 fham. tak apa2.
    asl adik jaga diri selalu..

    syg niesa selalu ni yg pesan ni..

    ReplyDelete
  9. Wah jejalan KL adik manis ye.. jaga diri baik2 tau.. :)

    ReplyDelete
  10. dulu masa mula2 study kat unimas, mmg kena kejutan budaya utk food sbb org srwk tak makan pedas, CN lak hantu pedas ! kalau beli makanan mesti kena tambah nk extra pedas ! hehehe

    ReplyDelete
  11. all of sudden teringat dulu pernah pergi PSN ni. hehehe,

    ReplyDelete
  12. wan pernah pergi psn sekali, masa darjah 6 je... ahahaha... time tu kiteorg dok renjas mesin2 yang ada ibarat budak2 kuno...hahaha

    ReplyDelete
  13. ria qistina...mcm pnah bace novel tu...tp x brape igt....sinopsis sikit pliss...hehehe
    niesa suke ramlee awang RAM ye...ct xbrape suke novel triller mcm tu...cinta2 ok..blh layan...hikhikhik

    ReplyDelete
  14. tudia.. jalan sakan dia.. hehehe

    ReplyDelete
  15. yaaaaaaaaaaa.... best eyhh kak =) serba jeles kmk tuk -_____- hahaha sambung cepat2 kak. xsabar nak baca......... =) harap2 boleh g wak 1 ari lak. amin =)

    ReplyDelete
  16. Saya pun tak pernah pergi Pusat Sains Negara tu kak Niesa

    ReplyDelete
  17. murah benor novel tu

    salam singgah dr http://afasz.blogspot.com

    follow sini, kalau sudi follow sy k
    tq

    ReplyDelete
  18. Boleh kata adik beradik... muka ada iras2 Niesa je...
    K, tunggu part 2 plak... :)

    ReplyDelete
  19. novel ramli awang murshid mmg best ! CN suka ;)

    ReplyDelete
  20. untunglaa dpt pegi pesta buku tu
    kak niesa comelnya

    ReplyDelete
  21. Selamat berjalan2 Niesa.. salam hujung minggu & semoga ceria selalu.. :)

    ReplyDelete
  22. wah seronoknya jalan-jalan kl. bula 1 hari tu dah pergi pusat sains negara.
    tumpang menabung nuff di sini

    ReplyDelete
  23. Ya Allah.. kak Niesa bestnya dapat pergi pameran buku tu.. kalau Yus pergi tu dah angkut semua buku gamaknyaaa.. menunggu part 2 pulak hehehe..

    ReplyDelete
  24. Lama dah x g Pusat Sains Negara.
    Bestnya ada kwn2 terutamanya kwn2 blogger yg blh membantu kita ms nk g bercuti.
    Selamat membaca novel Niesa...;)

    ReplyDelete
  25. amboiii... berjalan sakan kan Niesa... haha.. best nya..part pigi pesta buku tu yg buat kak Jeles yaa.... haha

    ReplyDelete
  26. wahh...lan pun dah lama tak pergi pusat sains negara tu..kalau lan guide niesa sesama laa kita garu kepala kat dalam tu..hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  27. untung lah ko kak niesa.
    haihhhh hihihihi <3333

    will be missing u kak niesa :D

    ReplyDelete