Saturday, May 24, 2014

❤ Camping ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Niesa kan tetiba rindu sangat zaman umur bawah 20an. Zaman skema yang fikir nak enjoy je. Rindu nak balik sekolah bukan sebab rindu nak belajar tapi rindu nak jumpa kawan-kawan, rindu nak join macam-macam aktiviti. Paling niesa rindu ialah bercamping. Masa sekolah niesa aktif PBSM, selalu jugak la join camping belakang hutang sekolah tuh. Bila masuk Politeknik, macam blurr nak masuk kelab/persatuan apa. Tetiba kena pilih jadi Exco kelab perdagangan. Jadi sepanjang belajar kat sana memang aktif benda tu je la kecuali last sem niesa join softbol. Masa jadi exco tu, ada gak la kursus(tu macam biasalah kan) tapi tak best sebab bukan tidur dalam khemah. Kami kursus kat kem bina diri, apatah nama kem tu. Lupa pulak dah. Setiap kali masuk kem, orang yang selalu nangis mesti niesa. Sebab tu dapat gelaran "congek". Congek tu maksudnya kuat nangis.

Bila dah habis belajar, ada gak bagi cadangan kat kawan-kawan nak bercamping. Tapi semua krik.krik.krik. macam tak berminat je. Why oh why!kenapa la niesa sorang je yang minat benda-benda macam tu. Kaki picnic tu niesa, kaki melawat muzium tu niesa jugak!hahaha. Dulu pernah 1st date kat muzium, ko hade?dating kat muzium negeri, memang terbaik la kan.

Tapi serius tau!niesa teringin sangat nak bercamping. Malam-malam berkumpul reramai buat bbq,pastu dengar orang nyanyi sambil main gitar. Wuaaa...mesti sangat best!entah bila la angan-angan niesa tu jadi kenyataan. (ni serba sedikit pengaruh novel =_=")

sumber gambar SINI

Sesiapa blogger yang rajin g bercamping tu sekali sekala ajak la niesa sekali k. Mungkin niesa perlu cari bakal suami yang rajin beriadah. hahaha. Nak becamping tu ramai-ramai baru syok kan?takkan la nak bercamping seorang diri. Tu memang sadiss tu. aha!okbai!

Nota hati : tetiba meroyan nak bercamping.

22 comments:

  1. Kalau kt sini kuat menangis / suka menangis dipanggil gembing Niesa. Adakah Niesa gembing? Heheeeee

    ReplyDelete
  2. kita pun suka champing tapi tak de geng =='

    ReplyDelete
  3. wan last time camping masa tahun 6... hahaha... kita org kat area pendalaman jadi kiteorg memang redah hutan la kan... hahahaha

    ReplyDelete
  4. camping sememangnya sesuatu benda yang menyeronokan..especially kalau buat dengan kaki2 camping..hehehe...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. aku dlu x minat camping. tp lepas gi camping ari tuh, jadi best lak. tp itu la. bagi aku, camping ni best bila kita gi ngan member2 sekepala je. kalo x, mgkn jd x best.

    ReplyDelete
  6. Dulu zaman sekolah, rajin jugak join persatuan belia pergi camping ni. Sekarang ni camping kat dalam rumah aje la dengan anak-anak. Camping style susun-susun kusyen buat igloo. Haha

    ReplyDelete
  7. Sama la angan2 kita ni niesa.hehe..tapi xdak geng nk g je ni..sbb suma dah berduet..huhu..mesti best kan..cmping dgn kengkwn ni..hehe

    ReplyDelete
  8. Tetiba rasa macam nak pergi camping pulak! Last camping 5 atau 6 tahun lepas kot dengan kawan-kawan sekolah. Berkumpul ramai-ramai pastue bercerita sampai pagi. Besttt! :D

    Belajar perkataan baru, congek. Biasa orang cakap "cengeng".

    ReplyDelete
  9. Saya tak suka camping. Tabik sangat dekat orang yang suka camping ni.

    ReplyDelete
  10. jom2. cney kita mok g camping tok? hehe

    ReplyDelete
  11. cari la bakal suami yg suka camping. baru romantik camping berdua-duan dalam hutan masa hobeymoon.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Saya sgt suka camping.. zaman sekolah dulu mmg tak missed camping2 ni. Tapi lepas abis sekolah smpailah sekarang, tak de camping2 dah.. :D

    ReplyDelete
  13. saya kurang gemar bercamping..kalo aktiviti lasak ok je cuma tak tido la

    ReplyDelete
  14. hmm.
    kak niesa,
    wanna know a secret?
    qila tak pernah gi camping TT_TT

    ReplyDelete
  15. nak camping dgn kak niesa pls hikhik

    ReplyDelete
  16. kita satu kapal la niesa... akak suka aktiviti outdoor..nak2 hiking.. lama dah buat.. tunggu lah hani besar sikit.. heheh..

    ReplyDelete
  17. Camping dgn kwn kwn best kan..akak dlu de jugak camping ngan belia 4B Telok Kemang

    ReplyDelete
  18. aha, lama giler tak bercamping, last masa dekat u.. huhu

    ReplyDelete
  19. salam. heee sy rajin ikut camping dulu time sekolah :)

    ReplyDelete
  20. akak pasang camping depan rumah je..hehehe..

    ReplyDelete
  21. Kak pun suka camping..ahhaha...rindu mo tidur dalam khemah ramai2..haha

    ReplyDelete