Monday, April 07, 2014

❤ Rahsia Kekal Cantik ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Hari ni niesa nak share produk yang niesa pakai. Dulu-dulu pernah gak share pasal cantik-cantik ni, rasa macam dah lama tak pernah share pasal kecantikkan. Okey,mula-mula semestinya niesa nak share pasal shaklee la kan. Sekarang ni Shaklee memang tengah meletup-letup kan dan diakui memang berkesan sebab niesa sendiri memang mengamalkan vitamin dari Shaklee. Rasanya banyak jugak kawan-kawan blogger yang pernah update pasal shaklee ni. Cuma niesa je yang terlambat sebab tak dak idea.


Untuk set kecantikkan ada 3 jenis vitamin :

VITAMIN C

❤ Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada ancaman udara dan sebagainya.
❤ Meransang pembentukkan dan peningkatan produksi kolagen kulit yang akan menjaga kekenyalan, kelenturun serta kehalusan kulit
❤ Mencerahkan kulit

VITAMIN B COMPLEX

❤ Sebagai pelembap
❤ Melambatkan tanda penuaan
❤ Mengubati jerawat
❤ Mencegah pigmentasi

VITAMIN E

❤ Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
❤ Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
❤ Menjaga kelembapan kulit
❤ Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Kombinasi Vitamin E,B Complex dan Vitamin C menghasilkan :

❤ Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
❤ Mencegah penuaan
❤ Menjadikan kulit lebih kenyal
❤ Mencerahkan kulit
❤ Menjaga kulit dari sinar UV
❤ Mengurangkan parut jerawat
❤ Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
❤ Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
❤ Menjadikan wajah lebih berseri

Untuk kulit berminyak tidak digalakkan mengambil VITAMIN E, muka niesa jenis yang berminyak dan niesa cuma ambik Vita C dan B-Complex. Sebelum makan shaklee, bila dekat-dekat nak period je jerawat mesti besar gedabak keluar, stress tengok jerawat ok dan sebelum ni pun niesa jenis bukan yang suka menjaga muka bila kulit kena panas selalu tak ambik kisah dan memang kulit muka hitam. Alhamdulillah dah masuk 4 bulan amalkan makan vitamin dari shaklee. Sekarang senang sikit hati sebab bila period jerawat keluar halusssss je ,parut jerawat sikit-sikit dah semakin hilang, muka pun dah semakin cerah (kulit niesa mmg jenis putih biasa-biasa ja..tapi bila bab muka terus failed, tak cerah pun sebelum ni)

Lagi satu niesa ni paling malas dan paling tak suka minum air suam dan Alhamdulillah dah berjaya memaksa diri untuk menelan sekurang-kurangnya 1 botol air untuk 1 hari.


Selain niesa ambik vitamin, niesa guna bedak arab. Bedak arab ni bagus sebab muka jadi licin dan shining-shining gitu. Jimat pun jimat ok sebab guna sikit je muka dah berseri-seri. Niesa punya dah guna dari bulan 7  last year sampai sekarang tak habis lagi(ok dah nak habis tinggal sikit je). Kat Malaysia ada je jual RM40-RM60 tapi niesa selalu kirim kat sepupu niesa kat Abu Dhabi dapat RM20 je.ehehe. Sekarang dalam stock ada 2 pcs lagi sebab expired date tahun 2016.

Pinjam gambar ye kak. sumber SINI

Bedak Arab ni 3 in 1.Sejak pakai bedak arab ni niesa memang tak de guna krim muka dah, siang-siang memang akan pakai bedak arab malam-malam pulak tak pakai apa-apa produk.

Tapi sekarang pakai bedak sejuk beli dari Kak Mimi. Kak mimi cakap bagus untuk rawat resdung, jadi niesa cuba. Malam-malam muka wanggiii jeee. ihik. Nanti niesa bagi tau hasil guna bedak sejuk tu sebab baru guna seminggu. Kalau korang nak boleh la jenguk blog kak mimi ye. Corat Coret Pink Ummi

Untuk pencuci muka pula niesa guna Garnier. Sebelum ni guna oxy, memang dah lama gila pakai oxy sebab sesuai ngan muka. Tapi bila usia dah semakin meningkat terus cuba produk lain. Masa remaja-remaja boleh la guna oxy.uhuk.


Sebelum ni niesa guna Garnier Light Complete memandangkan niesa sangatlah sakit hati kalau nampak "jerawat" jadi niesa tukar Pure Active. Alhamdulillah memang mengurangkan. Muka niesa ni bukan jenis yang berjerawat sangat. Cuma tinggal parut-parut jewarat yang masa zaman tak jaga muka dan jerawat akan muncul bila tak cukup tidur, masa period dan bila makan coklat banyak-banyak. Hahaha. Sangat lah sakit hati.

Maaf la panjang pulak entry kali ni. Almaklumlah boss outstation bosan pulak tak de keje. Excited nak jumpa budak tomey dan miss gojez hujung bulan ni!yeay!ada orang siap dah pening-pening fikir nak pakai baju apa. kan qila kan?hahaha :P

Ada sebarang pertanyaan pasal produk di atas?
Shaklee : boleh whatsapp niesa +60 19-829 4245 (Bintulu shaklee distributor- senang nak COD)
Bedak sejuk : Boleh tanya kak mimi
Garnier Pure Active & Bedak Arab : Boleh google

HAHAHAHAH.okbai!xoxo



13 comments:

  1. Akak pun makan suplement shaklee..hehehe..

    ReplyDelete
  2. eh kak niesa jual shakleeee jugak keee eeee qila nakkk sesangat tapi hold dulu lah hihi. Nak suruh umi makan hewhew <3

    eh eh. Saya tak tomey pun lah wak hahahahaha.
    Kan kan :P hihi eh kak niesa qila pun selalu curi bedak arab umi hahaha.
    Wah garnier piwitttt hihihi. Eh kak niesa, kalau shaklee yg boleh kurus tu apa pulak eh? hihi XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. set kurus byk dear!ada mcm2 pilihan..nk ambik omega + esp + herbalax ke or ada lg la yg lain..ehehehe

      tomeyyy la awk tu...baguss kan pakai bedak arab..ehehe

      Delete
  3. Shaklee ni macam tetiba je naik tahun ni. Kagum saya tengok

    ReplyDelete
  4. warhhh sama..shaklee n garnier ya..hehe..shaklee de best!

    ReplyDelete
  5. wah banyaknya produk niesa pakai untuk maintain cantik..untunglah org yg pakai pun cantik.. chinese look.. putih gebu mcm adira..ewah.. klik libres

    ReplyDelete
  6. hahahaa. bella pening nak pakai baju ape ni. ok ke pakai garnier tu? huhuh. bella dah bengang nak cari produk sesuai.lastly kena amix supliment

    ReplyDelete
  7. baru tahu kulit berminyak xdigalakkan ambik vitamin E. tapi vitamin E untuk cepat ilang parut.kan

    ReplyDelete
  8. wahhh.. patut makin berseri2 adik ku ini.. ropanya banyak juga produk yg niesa guna... moga makin maintain ye sis... hihi

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum...niesa,

    rajin gak jaga kesihatan dan penampilan.... orait.

    mselim3

    ReplyDelete
  10. Nad pun malas minum air kosong T_T Serious ah kak Niesa dgn Qila gonna meet up this weekend?! :o

    ReplyDelete
  11. nk cantik punya pasal, banyak produk pakai.. hehehe

    ReplyDelete