Monday, March 24, 2014

❤Monday Bluess? ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Hari ni xtahu nak update apa. Lemau gilaaaa. Minggu ni terpaksa bekorban demi "P". Hahaha. Minggu lepas cikgu bagi cadangan supaya niesa pergi belajar driving setiap pagi b4 pg kerja. Dia suggest sebab dia boleh sampai awal sebab kan cuti sekolah jadi dia tak perlu hantar anak dia g sekolah. Memandangkan dari rumah nak ke akademi memandu tu mengambil masa 30minit. Jadi niesa terpaksa gerak pukul 6 pagi (nasib baik mood ayah ok sebab sudi hantar anak dia pagi-pagi buta).

otw ke akademi tapi kat depan tu ada lori accident dan semua kereta tak boleh nak lalu terpaksa u-turn dan guna jalan lain yang lagi jauh! =_=" 

Rasa macam tak sabar sangat nak JPJ test lepas tu dapat lesen walaupun "P". Kalau dah dapat lesen boleh la pagi-pagi hujung minggu dimanfaatkan dengan lepak kedai makan Mee Kolok. Finally jumpa mee kolok sedap kat Bintulu (tapi bukak sabtu ahad jek). *telan airliur jelahh*

Semalam lepas habis belajar parking tunggu mak & ayah datang jemput. Lamaaa gila sebab dorang g terminal bas hantar adik. Tengah niesa syok-syok duduk kat bangku datang la kawan teman. pergghhh!dekat gila dia duduk. Nervous kot niesa dah la semua bateri henfon mati!Niesa siap nyanyi lagu Hafiz dan Rossa sampai habis tak gak berganjak. stresss.

Ni la kawan niesa tu. Hahaha. Masa bateri fon hidup lagi dia rilek je duduk depan niesa tu. Niesa duduk sambil bersila sebab takutttt kot! Fon habis bateri dia duduk sebelah tapi kat bawah la. ~_~

Petua supaya anjing tak kacau : Kita jangan takut sebab anjing boleh rasa tau kita takut ke x. Kalau dia datang nak kacau pura-pura ambik batu mesti dia lari. Kalau tak jalan jugak, jangan tunggu lagi sila bukak langkah seribu korang. HAHAHA. (sebab tu niesa menyanyi untuk hilangkan rasa takut, kawan ni rilek je dok ngadap niesa mentang-mentang suara sedap.hehe)

Malam ni nak tidur awal sok sebelum subuh mesti dah siap sebab nak bfast dulu. Pagi tadi krokk krookk je perut sebab lapar.hehe.okbai!xoxo


18 comments:

  1. semoga niesa berjaya mendapat lesen P.. akak pernah anjing datang dekat masa pergi tapak projek sangkar di sabah.. akak perasan bila rasa ada something sentuh seluar, masa tu tengah leka ambil gambar.. terjerit juga sebab terkejut, nasib baik tuan dia cepat-cepat datang halau..

    ReplyDelete
  2. Yes kena selalu practice baru hilang panik and lebih rileks.

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya Niesa.... cabaran betul ye nak dapat cik "P" tu... anjing pulak buat spoil... hehehe siap kena nyanyi ye... kalau akak dah berdiri atas kerusi tu niesa hahhaha :P

    ReplyDelete
  4. Niesa sempat tak ambil batu..hehehe..

    ReplyDelete
  5. Hai, Niesa...
    Huhu, tu dia teman Niesa... Ingat sape tadi, rupanya mr dog... k nrl paling takutlah mr dog ni... pernah kena kejar dulu2... tapi mmg betul kata niesa kalau dia ikut kita... kita acah2 amik batu, kalau betul pun takpe, baling kat dia... memang dia akan pegi dari situ... lagi satu, buat2 tak tau / tak nampak je, padahal dalam hati ni takutnya x tau nak kata... dia pun mmg buat tak tau je ngan kita... ^__*

    ReplyDelete
  6. untunglahh suara sedapp. HAHA :P

    ReplyDelete
  7. tringat mase amk lesen dulu...mase tu pegnent 4 bulan...ketak perut tengok jpj y jage kat ujian naik bukit tu...misai die tebal semacam..seram betul akk....g.luck ye nisa....;)

    ReplyDelete
  8. sabar yer ,sikit jer lagi nanti dah lulus ,pergilah jalan-jalan

    ReplyDelete
  9. Good luck for your driving license. Saya sampai sekarang takde driving license. Rasa macam tak nak ambil. Hehe.

    ReplyDelete
  10. Salam Isnin Niesa... salam ceria selalu.. :)

    ReplyDelete
  11. haha....wan lesen moto pon takda lagi tp selamber je merempit >_<

    ReplyDelete
  12. hihihi yeap. sebab dia boleh bau hormon takut kita lah kak niesa hikhikhik xD
    tak silap qila lah hehehehe. Kak niesaaaaaaaa miss you <3 hehe.
    Nanti drive ke gombak tau tau :p hahahah

    ReplyDelete
  13. ala saya tau niesa leh wat p.. jgan nourves..tambah masa beljar..ikut apa yg cikgu tu ckap...
    kacang je pun.. he..he..
    inti n didi x5

    ReplyDelete
  14. Dia dgar sis nyanyi sedap sangat mnanye dia nak berganjak . Hehe . Pyka kalau anjing dpan mata awal lagi pyka dah lari . Tkot pnye pasal .

    ReplyDelete
  15. ika pula dalam proses belajar drive manual dengan encik tunang..haha..lepas tu baru p amik lesen settlekan test bagai semua tu....heeeee :D

    errrr, ika takut anjing...n tak suka anjing sebab ada sejarah pahit dengan anjing miahahahha

    ReplyDelete
  16. kmk ingatkan pusak ya tek kak. asuk paduhal. haha mentang2 suara kacak nak. alu duduk sia lamak2. balat geram nya nak nyambung lagu ya. tapi sik pandei hahahaha

    ReplyDelete
  17. salam. hahahha..memang kalau hari isnin semuanya bluess..:D

    ReplyDelete