Wednesday, February 19, 2014

❤ Pahit Manis mini Reunion DAT ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Saban hari masa untuk menghadap blog macam dah berkurang je. Sekarang ni dah jarang-jarang nak blogwalking, nak balas kunjungan pun ambik masa untuk balas balik semua kunjungan, nak update entry pun rasanya macam seminggu 2 kali je. Memandangkan sekarang tengah sibuk menguruskan bisnes online jadi kekangan masa sangat-sangat. Minggu ni pun sedikit busy di tambah lagi dengan batuk dan flu selepas balik dari kuching minggu lepas. Minggu lepas 15hb niesa kan ke Kuching ada program dengan kawan-kawan. Sabtu flight niesa pagi dan ahad dah balik flight petang. Masa yang sangat-sangat singkat tu yang buat niesa penat sangat-sangat tapi dalam masa yang sama seronok sangat-sangat dapat jumpa classmate.

Dalam masa 2 hari tu macam-macam jadi tau kat niesa. Nak kesian, kelakar pulak bila ingat. Kita mulakan dengan yang pahit dulu. Tak banyak mana pun yang pahitnya sebab benda diluar jangka, yang pertamanya malam sabtu tu niesa tergelincir dalam toilet. Gedeebukkkk!mak ai, sakit gila kot pinggang sampai hari ni. Yang kedua nya pengalaman pertama bila hampir-hampir nak kena tinggal kapal terbang. Sampai dah awal dah pukul 1.30 petang, flight pukul 5.25 petang tapi! Niesa dengan confident ingat flight niesa pukul 5.40 petang. Masa panggilan terakhir, niesa tak jumpa plak gate untuk pesawat, dalam hati memang berdoa jangan la kena tinggal. Apa lagi, memang niesa lari 100m la nak cari gate dan sampai-sampai je memang dah tak ada orang. Dengan kesemputannya niesa masuk flight, cari seat dan duduk nak ambik nafas. Penat gilaaaa! Masih tak puas hati belek tiket flight dan confirm niesa yang silap. Hehe.

Dan yang sangat-sangat manisnya bila dapat berkumpul dengan kawan yang macam-macam pattern perangai. Dengan riuh nya lagi, padahal tak ramai pun.

Mula-mula memang ramai yang confirm datang, tapi bila dah program malas la nak cakap. Semua cancel last minute. Nasib baik la niesa jauh terbang dari Bintulu. Malam tu kita orang makan steamboat sampai penuh perut tak larat nak makan dah. Murah je dekat area matang ni RM20/person termasuk air.

Next program kita orang nak pergi Serikin iaitu sempadan Malaysia Indonesia. Sesiapa yang datang Kuching memang tak sah kalau tak jejak kaki kat sana. Tapi tak de lah best mana pun. Haha. Ni kat rumah kawan niesa bahagian Bau, Sarawak. (Cara sebutnya pulak macam ni, BAUK)

Sesiapa nak datang sini kena bawak payung sebab cuaca kat sini sangat-sangat la panas walaupun baru pukul 10 pagi. Tempat ni lebih kurang macam pasar malam, dulu kat sini barang dia tersangatlah murah lagi murah kalau kita pandai tawar menawar. Tapi sekarang macam harga dia takde lah murah sangat sebab mungkin dorang dah tau ramai orang akan datang sini. Tak sempat nak ambik gambar suasana kat sini sebab orang ramai gila + panas. Orang semenanjung yang datang sini kebanyakkan akan beli telekung, kain batik dan tikar kot. Telekung dorang cakap murah yang bersulam-sulam cantik tu.

Panjang tau laluan kedai-kedai ni. Kalau nak patah balik 2 kali memang tak lah sebab niesa memang tak larat.

Sambil jalan-jalan tu niesa beli la biskut ni. Mula-mula ingat gula-gula tapi bukan, ni biskut. Sedap la jugak. 300g RM10 (~_~)

Sebelum balik singgah tasik ni tangkap gambar. Hehe.

Rasa macam tak puas lak spent time dengan kawan-kawan. Masing-masing dah berubah, yang kurus jadi gemuk dan yang gemuk dah jadi slim gitu. Kawan niesa jumpa-jumpa je kat airport terus jerit "eh!niesa dah besar!" Memang la besar, dulu muka budak hingusan lagi. Haha. Sampai lecturer kita orang komen gambar kenapa muka semua orang dan berubah. Hahaha. Sangat lah merindui zaman belajar yang happening, yang penuh gilang gemilang tuh. Terlampau banyak kenangan dekat kuching, pahit manis dan buat niesa menangis masa touch down je kat airport kuching. "Ratu air mata" ! Gelaran yang sangat sinonim kawan-kawan niesa bagi. Betul-betul rindddduuuu nak kembali ke zaman tu. Kalau la boleh beli balik zaman tu, niesa sanggup pecahkan duit tabung niesa untuk beli balik zaman tu...rinddduuu yg amat!

nota hati : maaf le kalau banyak typo. Hehe. Nak balas kunjungan sikit-sikit.xoxo









22 comments:

  1. kalau dah jumpa kawan2 mmg seronoklah kan? mesti macam2 cerita keluar... :D biskut tu nampak sedap pulak sebab warna warni... hehehe

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat jumpa kawan2..nasib baiklah sempat naik flight..kalau tak niesa kena tinggal..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya! Teringin nak pergi Sarawak.

    ReplyDelete
  4. Hahah glad you didn't missed the flight, kalau tak tak dapat lah reunion xD
    Sounds like you been having a ncie time.

    ReplyDelete
  5. auwchh. kesian akak jatuh dlm bilik air T_T. lain kali take care kak niesa. btw, comel je biskut warna warni n ecah tringin naik belon gi sarawak . =)

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum...niesa,

    wahh.. pertama sekali mselim3 tgk biskut berwarna-warni.. kat semenanjung xder ..

    mselim3

    ReplyDelete
  7. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  8. bestnya reunion dengan kawan2 balik :) seriously pukul 10.00 dah panas. waaa.. :OO

    ReplyDelete
  9. selain masa kanak2, masa belajar adalah yg paling best bagi akak. masa tu la kita bentuk diri kann..hihi. mmg banyak kenangan..

    p/s:serikin dah tak semurah dulu ye...last akak pegi tahun 2007..4 tahun sudahh.. billa la berkesempatan datang lagi..

    ReplyDelete
  10. akak dapat rasai keseronokan niesa tu..best nye jumpa kawan2 lama kan..

    ReplyDelete
  11. seronok plak tengok gambar2 kat sarawak nie..rasa cam nak gi bercuti kat sana plak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. bestnyer pegi serikin ! wajib pegi sana kalau ke Kuching sebab kat sana barang best2 utk shoping..tapi betullah, mmg panas ! CN kalau ke serikin, mesti singgah Matang utk pegi waterfall ke sana, jln yang sama jer ;)

    ReplyDelete
  13. Bestnya niesa jumpa kawan2 lama... mesti seronok gila kan.... banyak cerita & aktiviti.. tu yg naik belon ke Kuching...hehe

    ReplyDelete
  14. walaweii niesa comey2 noh orang sarawak. sweet gitew macam biskut yg colorful tu..
    samalah dear cuaca kat selatan masih tahap panas jugak...

    ReplyDelete
  15. Seronoknya dpt jumpa kwn2 mcm tu.. pasti bnyk kenangan lama yg keluar.. pasti juga tak kering gusi mengingatkannya... tahniah & semoga ceria.. :)

    ReplyDelete
  16. saya pun baru last jmpakawan2..wat renioun kat pennag... dkat je la p.. x yah naik flight :P best..jmpa kawan2 la.. tapi slalu jadi mcm nila..rancang2 pnya rancang last..mesti ramai yg cancel..

    ReplyDelete
  17. wow bestnya reunion gitu.. sweet je kan bila lama x jumpa.. kak pun nnti ada jg reunion tp satu kelas sekolah dulu jumlahnya 43 org..haha...malu lh plak...

    ReplyDelete
  18. wahhh bestnye kak jalan2 gan kawan :) kawan wan lost contact dahh :(

    ReplyDelete
  19. seronokkan niesa jmpe kwn2 lame smla

    ReplyDelete
  20. best kalau dapat buat reunion.. saya tiap2 tahun masa minggu raya ada buat..

    ReplyDelete
  21. eh kak niesa makin kurus n kecik!!!
    Hihihihi <33333
    u r so pwetty love u hiks :D bestnyaaa mini reunion hm bila lah nk jupo ni hehehhhehe

    ReplyDelete
  22. Seronok bila dapat bertemu dengan kawan-kawan. Moga ikatan persahabatan kalian berkekalan.

    ReplyDelete