Monday, February 17, 2014

❤ Mukah, Sarawak ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hai semua!terasa macam lama tak menjenguk blog. Minggu lepas merupakan minggu yang busy dan minggu yang sangat memenatkan. Penat sampai diserang flu balik, sungguh lemah anti body badan niesa ni. Sikit-sikit sakit. Haha. Kesian. Seperti yang dijanji kan nak update pasal Mukah. Niesa pun sebenarnya dah lama tak jejak kaki ke Mukah. Last pergi sana masa tahun 2003-2004 kot. Lupa la..Perjalanan dari Bintulu ke Mukah ambik masa selama 2 jam lebih macam tu la. Kalau dulu mungkin 3 jam lebih sebab kena naik feri sekarang ni dah ada jambatan. Tak banyak sangat perubahan yang niesa nampak. Kecuali jambatan!yang lain-lain tu kurang pasti kot.Hihi


Mukah merupakan salah 1 bahagian yang ada dalam Sarawak. Kalau bercakap pasal mukah, perayaan yang sangat popular ialah Pesta Kaul. Niesa pun memang dah lama tak pernah pergi Pesta kaul ni.

Demi menjawab soalan Sobri.

click utk lebih besar

Kaul ni merupakan perayaan perayaan tradisi yang diiraikan oleh suku kaum melanau yang tinggal di sepanjang pantai Sarawak. Pada masa lalu, Kaul dilihat sebagai satu majlis keagamaan untuk menenangkan roh-roh laut, tanah, hutan dan ladang yang menjadikannya sebagai perayaan yang paling penting dalam tahun kaum Melanau Pagan. Ia adalah upacara penyucian dan kesyukuran serta salah satu restu untuk memperoleh kedamaian serta nasib yang baik dalam menjalani kehidupan seharian. Ia diadakan pada permulaan dalam kalender kaum Melanau pagan yang menandakan musim tengkujuh telah berlalu yang memberi kesan kepada kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan. Tahun lepas pesta kaul di adakan pada 24 - 28 April 2013. Tahun ni tak pasti pulak berapa hb sebab belum ada dalam kalender.


Ni la pantai Mukah tapi ni sebelah hujung. Di sepanjang pantai ni la Pesta kaul di adakan. Memang pelbagai aktiviti menarik di adakan dan aktiviti tu mungkin berubah-berubah mengikut pihak penganjur. Tapi kan salah satu permainan yang akan buat korang semua tertarik untuk tengok atau mungkin untuk join sekali ialah "tibau" tapi permainan ni bagi niesa macam bahaya. Pernah sekali niesa tengok sampai ada yang patah kaki. "Tibau" ni kalau tak silap niesa maksud nya buaian. Untuk lebih senang tengok gambar.



Ni buaian orang. Bermula dengan seorang, lepas tu diikuti dengan yang ke2, 3 sampai la tibau ni berhenti. Memang bahaya la bagi niesa sebab permainan ni sangat extreme dah la tanpa alat keselamatan.

Tu serba sedikit pasal pesta kaul. Niesa x kupas banyak sebab malas nak google. Hehe. Next, dari segi makanan pula macam yang niesa pernah cerita sebelum ni, Mukah juga sangat terkenal dengan kuih tebaloi, sagu dan yang paling menarik ulat molong/ ulat sagu. Untuk ulat bukan dekat Mukah je ada tau, dekat Sabah pun ada. Ada yang suka makan time ulat tu masih hidup dan ada yang suka ulat salai. Ouh ya, niesa tak pernah rasa pun ulat molong tu sebab geli. Haha.



Tadaaaa! Yang ni masih fresh, korang nak rasa? Hehe

Yang ni sagun. 

Banyak lagi gambar tapi dekat phone pakcik, lupa nak mintak. Hukhuk. Untuk reka bentuk bangunan pula, kebanyakkan bumbung bangunan berbentuk terendak. Rasanya tempat lain pun panggil terendak kot? Yeke? Ampun kalau silap.


Ni masjid. Sila focus pada bumbung ye. Tak nampak sangat sebab dihalang oleh pokok-pokok.


Ni pula bangunan apa ea, lupa la. Tapi tempat TYT Taib Mahmud buat kerja. Sama jugak focus pada bumbung. 


Masa ni perjalanan nak ke Politeknik untuk hantar adik niesa.


Tadaa! Dah sampai! Tu la serba sedikit pasal mukah yang niesa mampu kongsi. Maaf kalau ada banyak kekurangan. Lepas ni nak sambung blogwalking. Sedih sebab minggu ni xde CPC dari nuff masuk disebabkan minggu lepas blog di abaikan. T_T okbai!xoxo












30 comments:

  1. Hold on.. Ulat sagu???!!
    Is that where sagu yg serbuk putih tu came from?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No lah razi..ulat tu tinggal dalam pokok sagu that y panggil ulat sagu. Serbuk putih them process from the pokok...not from the ulat..hehe

      Delete
  2. woahhh TIBAU tu mcm bahaya kan niesa. sbb xde tali safety ke ape ke.
    kalo jatuh mmg patah2 la hehe

    err ulat sagu.. besor2 betol hehe

    ReplyDelete
  3. yus tahu pasal festival ni dari cikgu sejarah dulu.. hehe.. :D

    ReplyDelete
  4. Akak pun rasa geli juga kalau nak makan ulat tu Niesa... :)

    ReplyDelete
  5. Ulat sagu... huhu pengsan! kalau saya mmg tak mkn la... plus saya bukan jenis yg suka menrasa benda baru.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. kmk suka polimukah.hahaha.. tempat pertemuan dengan encik tunang :)

    ReplyDelete
  7. whooaa. .kamek pun blaja rah politeknik mukah juak. . :)

    ReplyDelete
  8. bahaya juga permainan ' Tibau ' tu ye niesa..dah nama tradisi permainan melanau..kenalah buat juga dorang kan !

    ulat sagu ni boleh dimakan !..kalau akak lah niesa..mmg tak sangup pon ! hehe

    ReplyDelete
  9. prnh dgr ulat ni...ui sggup ke nk telan...hehehehe

    ReplyDelete
  10. prnh dgr ulat ni...ui sggup ke nk telan...hehehehe

    ReplyDelete
  11. oo..itu rupanya pesta kaul. masa duk sarawak akak tak pernah pulak dengar.. maybe sbb akak duk sebelah kch.. tq for sharing niesa..bumbung terendak membuatkan akak teringat kem terendak (takdekaitan..nama je sama.. :)

    ReplyDelete
  12. ulat??
    macam2 perubahan ye sekarang..

    ReplyDelete
  13. good info..kmk bru tau info pesta kaul tok ..haha..nma jak ada kg d srawak.haha..ulat mulongg..gebu2...

    ReplyDelete
  14. Tapi qilah click T_T jahatnya nuff ugh!!
    Takpe takpe, heheeh <3333
    wahhhhhh
    such an interesting lah kak niesa!!
    Qila dah ah taktahu pape hhehehe <333
    thanks cerita serba sedikit hiks :D

    Kalau qila naik buai tu confirm putus hahahahahhaah :DDDD

    ReplyDelete
  15. suka tgk gamar2 di sana....eee....mcm nk kesana jew..
    tp ulat...? ulat tu...macam2 ada sana ya niesa..akak yg tk tau jadi tahu..hehe..

    ReplyDelete
  16. Memang nampak bahayalah game tibau ni..

    ReplyDelete
  17. ingat nak try gak tibau tu tapi kalau takde alat keselamatan macam cuak laa plak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  18. Tq niesa..akak tringin nk ke srawak tp belum pernah sampai lagi..insyaAllah one day

    ReplyDelete
  19. pernah tengok dokumentari pasal pesta kaul ni.. macam best ja main buaian tu.. hehehe

    ReplyDelete
  20. ntah bile la akak dpt dtg sarawak nih...ermmm

    ReplyDelete
  21. ulat sagu..teringin plak rasa dihati ini nak makan.. baru man vs wild :)
    apa psamaan setiap bumbung tu niesa :)

    ReplyDelete
  22. euww..ulat sagu tuh...tapi kan, kawan CN ckp sedap sebab dia pernah makan..CN? tak berani nk try, lain la kalau org dh goreng rangup2 n CN tak tahu benda tu ulat sagu, maybe boleh mkn kot..hahahaha!

    ReplyDelete
  23. Cantik juga Mukah ni kan niesa... ndak sempat pegi masa duk Kucing dulu...
    ulat sagu?? rasa nya ndak mau cuba...haha

    ReplyDelete
  24. Tak pernah lagi berpeluang menjejakan kaki ke Mukah ni.. best lah.. thanks sharing ye Niesa.. :)

    ReplyDelete
  25. Tak pernah sampai lagi di sini. Nampak macam menarik je permainan tu.

    ReplyDelete
  26. wah,nice entry... ^^ dapat maklumat baru hari ni,hehe :D tq kak niesa!

    ReplyDelete