Saturday, January 25, 2014

❤ Hutang oh hutang ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Siapa hari ni bekerja sila jerit yeay! Haha. Dan siapa kat sini tak ada hutang jerit hooreyyy! Hutang oh hutang. Semua orang memang tak kan lari daripada berhutang. Niesa pulak habis-habis belajar je dah berhutang dengan Yayasan Sarawak. Nasib baik masa belajar dapat pinjaman yayasan sarawak dan bukan PTPTN jadi tak de la banyak sangat hutang kan. Sekarang ni niesa tengah risau, resah, gelisah dan macam-macam ada. Nak marah pun ada jugak nih. Sebab?sebab? Dah lebih sebulan tunggu jadual dan keputusan dari pihak yayasan tarikh dan jumlah untuk niesa bayar balik hutang tu secara ansuran bulanan. Sebenarnya sebelum ni tak terfikir pun pasal hutang(alasan tak nak bayar) tapi ayah niesa hari-hari tanya bila nak bayar yayasan? Dah call yayasan ke belum? Mula-mula niesa bagi alasan tak dapat surat lagi kononnya tunggu surat baru bayar. Kihkih. Tapi bila fikir balik pasal hutang takut jugak. Nanti rezeki tak berkat macam mana?

Sumber gambar pokcik Google. Walaupun ni petikan surat khabar tahun 2012 tapi apa yang nak ditekankan kat sini ialah

Tanggungjawab kita untuk bayar balik hutang-hutang tu.

Dijadikan cerita dalam bulan 12 niesa call pihak yayasan sarawak nak tanya macam mana nak bayar balik pinjaman.

Niesa : hello, saya nak tanya macam mana nak bayar balik pinjaman?
Staff (perempuan) : dah hantar transkrip dan sijil tamat?
Niesa : Belum lagi.
Staff (perempaun) : ok awak hantar transkrip dan sijil baru kita akan proses.
Niesa : ok 

( letak gagang phone. Alamak! Lupa nak tanya boleh tak faks kan aja. Niesa decide nak call next day)

Niesa : hello, saya nak tanya pasal bayaran balik pinjaman ( tanya soalan yang sama sebab yang jawab lelaki)
Staff (lelaki) : ok. Awak tamat belajar bila? Ambik bidang apa? Dekat mana?Pointer brapa? Sebab pihak yayasan ada insentif akademik untuk pelajar yang dapat pointer 3.5 keatas akan dapat diskaun 70% dan pointer 3.0 - 3.5 akan dapat 50% diskaun. Tapi awak kena buat surat mohon...blablablabla..

( lelaki tu explain kat niesa dari A sampai Z ok. Cara-cara buat surat pun dia bagi tau! Sampaikan niesa nak letak gagang fon pun explanation dia tak habis-habis lagi. Dalam hati kenapa perempuan semalam tak ada bagi tau pasal insentif ni kalau niesa tak call sekali lagi mesti niesa tak tau dan terpaksa bayar full.)

Staff(lelaki) : nanti kalau dah siap awak emailkan je pergi saya ok.
Niesa : ok encik! Terima kasih banyak2! 

Syukur sangat-sangat sebab niesa dapat bayar separuh je daripada pinjaman niesa. Alhamdulillah. Pinjaman belajar niesa tak sampai pun 10k jadi sekarang ni hutang niesa yang perlu dibayar kurang daripada 5k. Seronok tak seronok tak? Tapi yang tak seronok sampai sekarang tak dapat jawapan lagi. Encik yang proses bayaran balik niesa pun tak call niesa back lagi. Dah call dalam 3,4 kali jugak la tapi orang lain yang jawab. Nak tanya orang lain lak dorang tak tau sebab niesa emailkan dekat encik tu. So next week la niesa akan call balik.

Niesa saja nak cerita kisah ni sebab belum bayar pun hutang lagi kan? Niat dah ada Allah dah mudahkan dan kurangkan beban untuk niesa. Bersyukur sangat-sangat. Jadi jangan la pandang rendah pada hutang ni walaupun memang membebankan. 

Keutamaan Orang yang Terbebas dari Hutang

Dari Tsauban, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ فَارَقَ الرُّوحُ الْجَسَدَ وَهُوَ بَرِىءٌ مِنْ ثَلاَثٍ دَخَلَ الْجَنَّةَ مِنَ الْكِبْرِ وَالْغُلُولِ وَالدَّيْنِ
“Barangsiapa yang ruhnya terpisah dari jasadnya dan dia terbebas dari tiga hal: [1] sombong, [2] ghulul (khianat), dan [3] hutang, maka dia akan masuk surga.” (HR. Ibnu Majah no. 2412. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih). Ibnu Majah membawakan hadits ini pada Bab “Peringatan keras mengenai hutang.”

Orang yang Berniat Tidak Mau Melunasi Hutang Akan Dihukumi Sebagai Pencuri

Dari Shuhaib Al Khoir, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَيُّمَا رَجُلٍ يَدَيَّنُ دَيْنًا وَهُوَ مُجْمِعٌ أَنْ لاَ يُوَفِّيَهُ إِيَّاهُ لَقِىَ اللَّهَ سَارِقًا
“Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.” (HR. Ibnu Majah no. 2410. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan shohih)

Al Munawi mengatakan, “Orang seperti ini akan dikumpulkan bersama golongan pencuri dan akan diberi balasan sebagaimana mereka.” (Faidul Qodir, 3/181)

sumber : sini

Semoga kita dikurangkan beban untuk membayar segala hutang. Mohonlah pertolongan dari Allah. InShaAllah, Allah akan tolong kita. Happy Weekend kesayangan semua dan selamat bekerja.okbai!xoxo


26 comments:

  1. mesti pointer baik ,, dapat discount 50% ye .. untungla.. hheee. slowly dear . insyallah =)

    ReplyDelete
  2. hai niesa..salam hujung minggu..
    akak jerit yeay ! niesa dengar tak sebab akak mmg tak keje :) but akak tak jerit hoorrey..sebab utang kete masih banyak hehe..:D

    hutang... yup... wajib dibayar..pening sekejap dok pikir hutang...:)

    ReplyDelete
  3. wow..pkongsian yg mnarik..teringat hutang ptptn tu.yg dbayar bsangkut..owh ptptn oh ptptn..

    ReplyDelete
  4. Subhanallah...

    sama2lah kita ingat mengingati hal2 begini...

    ReplyDelete
  5. aduhhh! niesa, klu cerita ttg hutang ni mmg ndak tenang hidup kan selagi ndak habis bayar... takut lah... ndak pasal2 sbb hutang amalan lain ndak diterima...nauzubillah! kira sikit jumlah hutang niesa tu..klu kak, belas ribu jgk hutang PTPTN tu.. blm lagi habis bayar...huhu

    ReplyDelete
  6. hooreeyy.... kak tkde hutang....hehe
    dik niesa..kena habiskn hutang dlu tau bru bole jerit hooreyy.... ^__^

    betul tu, hutang halang kita dari masuk syurga..:)

    ReplyDelete
  7. tu yang payah kalau berhutang tu.. fikir 2-3 kali kalau nak berhutang.

    lama tak menyinggah ke sini.hehehe

    ReplyDelete
  8. waaaa... hutang bayar hutanggg... manusia dengan hutang nak sik pat dipisah kak.. mun sik berutang.. sik bebarang kata org tua.. hahah :p

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah bestnya kak Niesa. Lebih kurang macam Yayasan Selangor lah ni. Doakan Nad dapat pointer tinggi juga tauv hihi :)

    ReplyDelete
  10. Dalam Al-Quran, ayat mengenai hutang merupakan ayat yang paling panjang, meskipun bukan berjela-jela. Ia merupakan ‘surat amaran’ dari Maha Pencipta untuk umat manusia. Ia dirakamkan menerusi surah Surah Al-Baqarah, ayat 282. Ayat-ayat ini sepatutnya menggetarkan hati dan jiwa.

    ReplyDelete
  11. wah..bestnya niesa dapat bayar separuh..yg sis ne pinjam PTPTN, memang mampos nak bayar balik..huhu

    ReplyDelete
  12. :)
    hm qila harap sangat boleh belajar successfully n bayar hutang umi n abah T_T
    thanks kka niesa <333

    ReplyDelete
  13. Ya Allah. Moga dapat balik hutang yg ada..

    ReplyDelete
  14. Sama2lah kita semua renungkan & menjadikannya sebagai peringatan dlm menjalani kehidupan.. in shaa Allah...

    ReplyDelete
  15. Akk jerit semalam akak kerja dan hari ini..yeaaa.. best kan..hihihi..hutang belajar memang dah tak ada..hoorey!!!tinggal hutang kereta dan rumah je..kalau difikirkan bilalah nak habiskan hutang ni..

    ReplyDelete
  16. ramai yg bkn main manis ayat2nya bila nak berhutang..time nak bayar..buat2 tak kenal kita pulak..

    ReplyDelete
  17. Hutang biarpun kecil nilainya mmg wajib bayar,sbb bole di tuntut di akhirat nanti,mati meninggalkan hutang memang menyiksakan di akhirat sbb tu biasa kalau ada org mati sblm jenazah fi kebumikn diorng akn ckp..mintak di halalkan jika si mati meninggalkan hutang.kalau lepas pun kat dunia je.tidak di akhirat.sekian.

    ReplyDelete
  18. wa kire result best la ni...kna byr half je...slow2 k bayar...

    ReplyDelete
  19. Walaupun hutang tuh nilai die kecil tetap kne byr...akak nih siap tlis dlm buku kot pinjam duit terlupa nak byr kan

    ReplyDelete
  20. Salah satu nikmat si pembayar hutang adalah diri dia akan tenang kerana telah kurang satu beban .

    Rajin-rajin doa supaya pemohonan diskaun tu dapat .

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah....kadang2 niesa camtu laa layanan orang...dia amik remeh...selamat niesa call semula...

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah..dapat bayar separuh.. tu la kan, nasib baik call lagi kali kedua, baru tahu .. kalau tak, kena bayar penuh la jawabnya..

    ReplyDelete
  23. zaman sekarang ini orang makin senang untuk berhutang sana sini tanpa mereka sedari betapa besarnya tanggungjawab melangsaikan hutang...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  24. syukurlah kak hutang tak sampai 10k.. bagus jugak dpt pinjaman dari yayasan dri ptptn kan.. sokong dgn beliau kak Niesa, takut jgk kta tak sempat nak bayar hutang ..kang kat kubo nanti kena seksa kawkaw..huhu

    ReplyDelete
  25. Berbelanjalah dgn berhemah agar tidak dibebani dgn hutang yg banyak.. in shaa Allah..

    ReplyDelete