Monday, January 27, 2014

❤ Aku, blog dan kehidupan ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Tajuk entry ada tak ciri-ciri ala-ala tajuk novel? Hahaha. Niesa tak tau nak letak tajuk apa dan alang-alang tajuk tu yang keluar kat kepala otak ni letak je la. Terlalu banyak nak diceritakan. Jadi, sebelum korang muntah hijau sila tekan butang pangkah kat atas.haha.

Hari ni niesa cuba edit blog nak tukar background blog. Selepas minta nasihat daripada dua gadis comel Invisible note dan juga cik adik Qila kita. 1st trial, omg! Tak menjadi. Kali kedua, tak menjadi! Kali ketiga kirim salam je la dah tutup dah pun. Hukhuk. Nanti la akan diusahakan lagi. Nak blogwalking mana yang sempat.

Hari ni niesa dah call yayasan sarawak. Ingat tak entry pasal hutang? Tak ingat click sini. Encik tu tak ada lagi. Pastu niesa tanya la perempuan yang jawab tu dia cakap segala keputusan encik J tu yang buat dan dia suruh niesa tunggu je surat dari dorang. Niesa tanya la berapa lama nak tunggu dia cakap kena tunggu jugak la. Aii, entah berapa lama nak tunggu niesa pun tak tau. 

Tadi baca entry qila pasal Lesen L, baru teringat pasal Lesen L niesa gak. Dah call dan berita gembira Lesen L dah keluar so next week dah boleh start g belaja driving. Ouh ya, nama cikgu yang akan mengaja niesa nanti cikgu Mcdonald. Tiba-tiba rasa nak g makan mcd lak. =_="

Hari ni jugak mula terpengaruh dengan pakwe si Qila, kalau korang selalu jenguk blog dia mesti korang tau siapa pakwe dia. Hahaha. Niesa download dari ep 1. Harap2 tak jatuh cinta kat abam jebat. Nanti timbul pulak cinta 3 segi. (Makwe abam jebat jgn marah nanti kena jual..hikhik) :P


Hari ni jugak pagi-pagi boss buat niesa jeles. Hari sabtu lepas dia ada ajak g dinner. Borneo apa tah yang model-model gitu. Niesa malas nak pergi sebab tak nak ah g berdua ngan boss nanti timbul fitnah dan macam-macam lagi. Pagi-pagi sampai ofis dia bagi niesa poster yang ada signature Mr.Arrogant.

(Dalam hati rugi pulak tak pergi kalau tak dapat gak jumpa kekasih hati. Eh? Terperasan pulak.) haha. Dapat poster pun jadi lah kan? Pastu akak cleaner tanya siapa tu adik? Boypren ka? Niesa terus jawab ya! Kau! Hahaha... Nasib baik dorang tak muntah hijau.

Last cerita, hari sabtu niesa dapat call ada company offer kerja. Niesa pun pergi je la interview tu saja-saja nak cari pengalaman. Sekali betul-betul dapat! Tak pasal-pasal pening sorang-sorang. Haha. Padan muka. Lepas interview petang tu terus call tolak tawaran. Madam tu cakap kalau ubah fikiran call dia. Hihi. Aptb. Banyak pulak cerita hari ni kan? Terima kasih sudi baca sampai habis. Okbai!xoxo





21 comments:

  1. Banyak betul citernya ye... Niesa pun suka mr arrogant... dlm byk2 cite, k nrl suka citer tu... lepas tu dah x layan akasia dah.... x tau skrg, citer apa yang best... Nampak cam citer Bukan Kerana Aku Tak Cinta tu cam best jer... kang kalau layan, memang kena layan sampai abih... hehe
    Selamat belajar memandu ye... ;D

    ReplyDelete
  2. hai niesa selamat petang..
    akak tak sempat pon nak muntah ijau...hehe
    teruskan berusaha..hingga berjaya..anything done later .. take care, good luck dear :)

    ReplyDelete
  3. hahaha...rugi..klu tidak boleh jumpa Mr Arrogant tu Niesa.. hihi..sik ada rezeki bah tu:)

    ReplyDelete
  4. Ni meluah sungguh nih..hihi.. akak singgah ye.. :)

    ReplyDelete
  5. alaaa. nak boy prengg niesa yg hots meletops tu. heheheeee. jahaat glerr

    ReplyDelete
  6. wah macam2 cerita..dapat offer kerja..bestnyer..

    ReplyDelete
  7. Hehe. Wahhh, bos kasi poster tu. Ehem ehem. :p

    ReplyDelete
  8. tahniah niesa..mudah ..dpt keja..rezeki..amin..rare plak nama cikgu yg ajar lesen kereta...im love it :)

    ReplyDelete
  9. salam kak Niesa..lama tak jenguk sini..hehe.. sye pun baru dpt lesen minggu lalu.. akk concentrate ekk masa ujian JPJ..kang tak pasal2 manyak duit terbang oww.. pelik pulak nama cegu akk tu..glemer sungguh >.<

    ReplyDelete
  10. U got new job? :OOO
    Wow pikir elok elok ye kak niesa <#33
    hehehee. Amboi arrogant nya pakwe :P Hahaha

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.. Jangan putus asa mencuba edait blog.......

    ReplyDelete
  12. salam singgah. tajuk yg sangat tepat untuk blogger. blog tu memang dah berkait rapat sangat lah dengan kehidupan. sehari tak berblog memang kehidupan rasa lain macam ;)

    Cantik Sihat Semulajadi www.cantiksihatsemulajadi.com

    ReplyDelete
  13. nak jugak signn mr arrogant tuhh ..

    ReplyDelete
  14. bukan kerana aku tak cinta tu, masa mula-mula tak minat.. bila dah tengok rasa minat pula.. hihihi.. lagipun ost cerita tu pun best!

    ReplyDelete
  15. wah!!tajuknya tak tahan..hihi..anyway, drive safely dear.. :)

    ReplyDelete
  16. wah... macam2 jadi kat niesa ni... hehehe sabar je la... Bukan Kerana Aku Tak Cinta tu... layan gak.. hehehe kalau tgk mesti tergelak/tersengih sorang2... hahahha

    ReplyDelete
  17. Akak bru beli novel tuh smlm niesa...hehehe...sbb akak jrg2 tgk tv...citer ariana rose pun de yg akak miss

    ReplyDelete