Pagi yang cerah! Sejak boss balik Singapore beberapa hari lepas kerja semakin berkurangan. Hari ni siap goyang kaki lagi. Whahaha. Tapi pagi-pagi dah aaacummm!aaacuumm!Ekrs, ni virus-virus yang disebarkan oleh kawan-kawan sekerja la ni. Hari tu manager niesa berjangkit dgn Front Office sekarang niesa pulak dah terkena virus flu ni. Stress gila asyik bersin pastu hidung dah merah macam badut Mcdonald. Kalau berlarutan ni nak mintak mc la. Bukan selalu dapat cuti lama-lama ni memandangkan esok dah cuti raya cina.
Merah menyala tanglung kat luar. Petang nanti dorang nak bakar mercun yang berpapan-papan tu.
Memandangkan esok Tahun baru cina, hari ni niesa pakai la merah. Siap pakai jeans lagi. Mentang-mentang bos takdak.hahaha. Bukan selalu kan?heee~
Esok cuti pendek ke cuti panjang ke apa-apa pun selamat bercuti dan selamat berhujung minggu. Manfaatkan masa rehat anda dengan aktiviti yang berfaedah. ecewah. Lagi 15hari niesa nak terbang ke Kuching. Yippi!tak sabar!
Happy Chinese new year! walaupun niesa mata sepet macam cina tapi niesa takde darah campur cina ye kawan-kawan. Haha. Mungkin nenek-nenek moyang niesa kot. Niesa pun tak tau la dari mana datang muka ala-ala cina ni. Selalu jugak la orang cina cakap cina dengan niesa. Wo pu che tau ooo. haha.okbai!xoxo
Xin Nian Kuai Le