Wednesday, December 31, 2014

❤️ Wordless Wednesday : Sabahan Troll ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Kalau cuti korang g mana?Haa..post by Sabahan Troll.kihkih


Saya bukan orang Sabah tapi saya suka Sabahan Troll. Haha

Tuesday, December 30, 2014

❤️Counting Days & Hashtag ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,


2014 hampir melabuhkan tirai nya. Semoga 2015 yang bakal menjelang membuka lembaran baru buat kita semua dan semoga semuanya lebih baik dar semalam. Sentiasa mendoakan yang terbaik buat mangsa-mangsa banjir dan juga ahli keluarga pesawat Air Asia yang hilang. Semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan.

#Pray4PantaiTimur
#Pray4AirAsia

Bagi yang rajin update kat Ig selfie korang tu sila lah guna akal dan fikir panjang sebelum pakai sesuatu hashtag(#). Jangan lah menunjukkan kebodohan kepada dunia, hentam keromo ikut sukahati makbapak korang dan membuatkan orang lain yang prihatin meluat,menyampah dan inggar bak kata orang sarawak dgn selfie korang yg tgh happy,tersenyum gembira,gambar makanan,gambar produk memutihkan muka dsbg dgn caption #Pray4PantaiTimur #Pray4AirAsia. Please!

Nota hati : Ingat nak buat short entry. Ter-bebel la pulak.Haha. Ok, tak sabar nk tunggu tahun baru.



Wednesday, December 24, 2014

❤️ Wordless Wednesday : Pray For Pantai Timur ❤️

Assalammualaikum dan selamat petang,

sumber gambar : facebook

Semoga Allah melindungi saudara di sana. Amin

#Pray4PantaiTimur
#Pray4MangsaBanjir

Thursday, December 18, 2014

❤️ Sabah Part 4 : Pulau Sapi & Pulau Manukan ❤️

Assalammualaikum dan selamat petang!

Nak update satu entry punyalah payah kan. Adui. Selalu rindu nak blogging tapi penyakit M bermaharajalela. Destinasi terakhir sebelum balik dan shopping!

Sebenarnya plan asal bukanlah ke Pulau, tapi ke Mari-Mari Cultural Village dan ke Lok Kawi. Memandangkan kami sampai dalam pukul 12 sesi dah habis kalau nak masuk gak kena tunggu pukul 2 ptg. Takkan nak buang masa 2 jam kan?So kami tukar plan ke Pulau, sebelum tu singgah kat air terjun sebab ternampak dalam waze ada air terjun dekat-dekat situ.hehe


Bersantai sambil makan amplang free. Haha. Menyinggah tangkap gambar pastu jom ke Pulau. Redah je lah g Pulau pakai jeans. Haha


Masa nk beli cari package sesuai banyak gila agent panggil supaya beli kat dorg. Niesa pun pening and at last pilih kaunter no 10 Island Hoping sbb dapat murah and abg yg guide kita org sportingg gila!


Macam biasa kita selfie dlu~ syokk lah abg tu dikelilingi gadis-gadis sarawak :P


Soalan pertama abg baju oren tu tanya "korg nak perjalanan 15minit ke 30minit". Kami biar dia decide, dia cakap bagi kami rasa yang 15minit punya. arrggghhh!terbang dan rasa macam ni boat ke hapeee..hahaha. Syiokk + cuakk dengan gelombang-gelombang yang menghentak. -_-"


Tadaaa!dah sampai Pulau Sapi!dan SubhanaAllah serious!cantik yang gila amat. dah gila amat-amat pulak kan. Warna air laut dia menangis rasa nak mandi tapi tak de bawak baju persalinan. Nak snorkling dan main air pun tak dapat! :(


Memandangkan banyak masa yang perlu dihabiskan. Abg tu suggest buat parasailing tanpa basah. Ok, tu je yang boleh main tak basah. Utk double RM160 dan yang memang teruja sangat nak naik niesa ngan ex roomate niesa je. Kawan-kawan yang lain semua tak nak. Sesi membodek dapat le RM140 utk 2 org.excited gila!


Masa naik ni memang menjerit sebab gayattt asyik panggil makkk..makkk..makkk.. Haha. Abg tu sengih je.ok fine. pakai jeans pon boleyy.Bila sampai atas rasa macam tak nak turun sebab syiokkk! dengan angin nya. Rasa nak tidur pun ada. 15 minit je kat atas tu. Sekejap giloss.tsk.tsk. T_T

Seterusnya ke Pulau Manukan. Sampai sini kita orang blurr. Sebab tak tahu nak buat apa. HAHA. Girls2 yang lain macam biasa sibuk dengan photoshot sendiri. Tapi berbanding dengan Pulau Sapi niesa lebih suka duduk Pulau Sapi lama-lama.


Airnya tak secantik kat Pulau Sapi. Ouh ya, masa ni memang panas gila sebab pukul 3.hehe.


Lompatan yang tak menjadi.hahaha. (gambar kurang berkualiti)

Dan tamatlah perjalanan kami kat 2 pulau ni walaupun separuh hari je dannn yang palingg sadisssss..


Balik hujan!!!dan basah! =_=" tak nak basah sangat kannn. Ambik kau!boat yang kami guna masa balik takde bumbung hujan plak lebat sikit sakit ok muka. Sabarrr je lahh.

Sampai disini, tapi yang pastinya saya akan kembali lagi ke sini.hehe

Nota hati : Lepas ni nak blogwalking pulak. Sorry tak berkesempatan nak balas jejak-jejak tapak kaki korang semua.Salam rindu!xoxo!









Thursday, December 11, 2014

❤️ Sabah Part 3 : Upside Down House ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Kembali ke alam maya. Sebelum ni rasa nak stop daripada blogging pulak. Tapi fikir punya fikir bia lah on off macam ni kan. Sekurang-kurang kot-kot sok lusa bosan tak tahu nak buat apa boleh sambung aktiviti ni.

Seperti yang diceritakan sebelum-sebelum ni. Tak habis-habis lagi pasal Sabah.

Destinasi seterusnya, Rumah terbalik, Sabah. Kalau tak silap mengikut penerangan staff kat situ, Rumah Terbalik ni adalah antara 5 yang ada di dunia. Tiket masuk RM10, student/budak bawah 12thn RM5 sahajo. Masa niesa dan kawan-kawan sampai memang panjang jugak lah Q. Mula-mula masuk dia akan bagi peluang kat kita utk ambik gambar di sekitar rumah.


Macam biasa kita selfie dulu.


Sayangnya, masuk dalam rumah tu tak dibenarkan ambik gambar. Niesa mula-mula masuk terus rasa macam tak balance. Mungkin sebab kedudukan semua benda dalam keadaan terbalik. Nasib baik tak tumbang uolss. Haha. Pening sejap masuk rumah terbalik. Memang sangat-sangat unik lah. Korang patut singgah sini kalau melawat Sabah.

Next, hari terakhir niesa kat Sabah. Ouh, haruslah borong amplang,kuih cincin dan segala jenis makanan masin termasuklah ikan masin,sotong masin dan ikan bilis. Masa ni jugak lah pagi-pagi lagi dah jejak pasar filipin dan pasar ikan masin. Walaupun pasar filipin tak bukak lagi.hahaha. Korang patut pergi memalam sikit. 


Masa ni tengah nak borong amplang. Amplang paling sedap amplang sotong, amplang ketam n lain-lain tu niesa tak berapa minat pulak. Menyesal pulak beli sikit utk diri sendiri. Kalau rajin tawar menawar boleh lah dapat murah. Dapat pulak kawan yang pandai berkata-kata beli makanan masin siap dapat free dan dapat murah. Abang tu kena puji terus bagi murah kihkihkih.

Eh, rasa macam dah panjang sangat nak cerita kisah ke pulau. Nampak tak kemalasan disitu?Tunggu next entrylah.okbai!xoxo ^_-







Wednesday, November 19, 2014

❤️ Up and Down ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

(Tak tahu tajuk entry sesuai ke tak)
Entry ke Sabah dah lama draft kan tapi xsiap sepenuhnya. Lately macam agak serabut sikit. Tidur tak cukup. Niesa pulak tak biasa tidur lewat. 1st day tidur pukul 11.30pm ,2nd day 2.30am and malam tadi 4.00am. Tak tahu lah kenapa dengan mata ni, otak pulak tak berhenti berfikir. Entah apa yang difikir niesa sendiri tak tahu. Pagi-pagi tengok pc pun kosong je. Kepala berat gila. Ni kalau hantuk kat dinding mesti sedap. T_T Nak buat kerja pun tak tahu nak mula dari mana. hais. Niesa dok ulang lagu ni brapa kali tah hari ni dari pukul 9 lebih tadi.

Tiada duka yang abadi - Opick



Suka dengar bait-bait lirik dia. Serious, semangat, mood berterbangan hari ni. Lost. Maaf entry membosankan. Totally lost.




Tuesday, November 11, 2014

❤️ Sabah Day 2 Part 2 : Desa Dairy Farm, Kundasang ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Kembali bersiaran. Alhamdulillah beransur pulih, luka-luka pun beransur kering. Tetiba kan cakap pasal luka dipendekkan cerita hari selasa lepas2 terlibat dalam kemalangan kecil. T_T Alhamdulillah tak teruk cuma luka-luka je tapi sakit jugak lah.ehe.

Cerita bersambung about my trip to Sabah. Tempat yang harus korang pergi Desa Dairy Farm, Kundasang! Kalau nak feeling ala2 kat New Zealand, haaa..harus jejak kaki kat sini. Niesa cadangkan korang datang pepagi. Mesti seronok gila aih!Niesa hari tu sampai kundasang tengah hari tu pun sebab kereta rosak and jalan tutup kan.huhu.


Pintu masuk sementara nak bayar tiker kita selfie dulu. RM4/person kalau tak silap. Lupa pulak dah. Masa ni memang panas lah nasib baik ada angin dia yang sejuk-sejuk.




Alang-alang dah jejak kaki kat sini jgn lupa cuba aiskrim dan susu segar dia tau!memandangkan susu coklat dah habis masa tu niesa beli aiskrim je. RM5/mangkuk kecik tu. tsk.tsk. Sedap!


View dia sangat-sangat cantik. Kita orang tak sempat nak ke kandang lembu tu sebab hari dah mula hujan. Time berselfie ni pun dah mula hujan renyai-renyai. Memandangkan break kereta kita org bermasalah jadi  terpaksa balik awal sebab risau hujan lebat. (tapi masa balik memang hujan lebat gila + kabus jalan pun tak nampak.)

Destinasi kedua yang kami singgah semestinya Rumah Terbalik! next entry ya. xoxo!







Saturday, November 01, 2014

❤️ Sabah Day 2 Part 1 ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hari ni nak sambung pengalaman bercuti ke Sabah. Entry pertama boleh baca SINI. Hari kedua kami dah plan nak ke kundasang. Perjalanan dalam 2 jam 30 minit dari bandar KK tu pun berpandukan Waze. Kelua dari hotel dalam pkul 6.30 pagi macam tu tapi singgah dekat 1 tempat tu dekat area market untuk ambik gambar and bfast memandangkan perjalanan agak jauh.


Perjalanan pun bermula dengan lancar tapi tetiba ada roadblock pulak. Semua nervous, yelah tetiba kena tahan ngan trafic naik avanza 9 org. Nasib baik, abg polis tu berhati mula lepas kita orang buat muka comel siap pesan supaya hati-hati memandu.heee.

Perjalanan betul-betul mencabar sebab kena naik bukit jalan pusing-pusing. Kereta pun macam semput-semput je nak naik. Haha. Tapi panorama perjalanan tu SubhanaAllah!cantik sangat!dengan udara segar sejuk. Memang teruja nak sampai.


Sedikit pemandangan otw to kundasang. Tak sempat nak snap gambar air terjun yang cantik gila sebab betul2 terkesima tgk keindahan alam.

Tapi sedikit malang sebab tetiba kereta ada masalah. Break disc kereta tu hangus!omg!bahaya gila no wonder ada bunyi yg agak pelik makin kuat dan kuat dan nasib baik lah jalan ke kundasang di tutup sementara sebab dorang ada event Pesta Kubis kalau tak silap. Actually kita org xtau pun tetiba sampai jalan tutup dekat pekan kundasang. 


Dah tukar break disc tapi emergency break tak berfungsi, mekanik tu kata benda tu dah makan besi. Kita org pun tawakal je lah, Alhamdulillah selamat sampai dan balik walaupun masa balik hampir langgar avanza jugak sebab break tak cengkam sangat + hujan + kabus tak nampak. fuh!fuh!


Sekitar suasana program tu. Masa ni ada Climb button kot kalau tak silap tanya orang2 yg kat tepi jalan tu. Kami pun join berdiri bawah panas terik kononnya nak tengok siapa yg datang. Tapi tak hadoo.

Dekat sejam lebih jugak lah pusing-pusing situ sebelum jalan dibuka semula. Ok next entry, tungggguuu. Pengalaman di Desa Dairy Farm. 


Sampai disini!Selamat berhujung minggu semua!xoxo








Thursday, October 30, 2014

❤️ Nasi Kerabu punya pasal ❤️

Assalammualaikum dan selamat petang!

eh, eh, eh. Rajin pulak kan nak update alang-alang idea mencurah-curah diladang gandum. Entry ke Sabah akan bersambung selepas entry special ni. wuhuuu! Last weekend yang mengenyangkan. Alhamdulillah and special thanks to Sally memenuhi tekak yang nak makan nasi kerabu ni. Finally!diberi peluang untuk berkumpul semula dgn family yg keduabelas ratus niesa. eh?hihi. First time jumpa masa Mini Gathering Flora Kafe bulan May tahun ni. Walaupun tak semua yg dapat dtg tapi sokay janji boleh jumpa yg lain.


Makan tak ingat dunia. Macaroni tu utk org yg xmkn nasi kerabu. Rugiiilahhh kan. omg! memang sedap 2x tambah ok balik siap tapau. kau hadoo. 1st time makan solok lado bak kata Qila.hehe. Mula-mula ingat pedas sebab cili kan, dah la niesa ni tak tahan pedas confirm berapi dan bepeluh-peluh muka. Tapi bila dah gaul dan makan sangat sedap!tak pedas pun. Cuma termakan cili padi dari budu tu je. =_="


dah la mkn free kan, dpt plak door gift. isy!mmg rugi lah yg xdtg tu.... Antara yg memeriahkan majlis Kak Nurie, Asha Hana, Nad, Qila , Bella dan Aisya!


Bz selfie secara berjemaah sampai xsempat nak menyembang sgt. Datang plak kejap mmg tak sempatlah nk lepak lelama. Nak tunggu Nad siapkan proposal idea sally holiday 3 hari 2 mlm pulak lah. Good idea kan?hihihi


Masa ni niesa tak sempat pun nk berkenalan dgn Kak Lieya Von Jay nih. Sempat laga2 pipi je. Takpe, mayb next gathering kan?oucch!nampaknya kena turun KL lg. hahaha. next year, next year.


Keberangkatan jemaah yg terakhir sebab sibuk mengisi last trip untuk perut.hehe. Thanks to bella & Nad sebab sudi menjemput niesa.

Sekian!hakak2 yg rajin tu next time kalau buat makan2 jgn lupa jemput niesa tau!tau!tau!hikhik.xoxo







Thursday, October 23, 2014

❤️ Sabah yg Ohsemmmm!! ❤️

Assalammualaikum dan selamat petang!

Hari yg indah sebab hujan + Zzzz. Tetiba rajin nak update kan sebab nak menghabiskan masa menunggu nak balik kerja. Malam ni Kuala Lumpur!!im coming!

Last week merupakan minggu yang sangat oseemmm sebab bercuti ke Sabah!woohooo! Memang excited gila dan seronok gila walaupun ada pengalaman yang mencemaskan. 1st time jejak kaki ke Sabah, bergerak dari Bintulu - Kuching - KK. Actually ada je flight direct tapi saja kan mengada nak menyusahkan diri sendiri nak gerak sekali ngan kawan-kawan dari Kuching. Huhu.

Kami ~ (9 org semuanya )

Kami menginap kt Switz Paradise Hotel, Kompleks Asia City. ( Saya cadangkan jangan menginap kat sini bagi sesiapa yang ada menyewa kereta)

Menginap kat hotel ni merupakan pilihan yg salah. uhuk. Silap sebab tak cari betul2. Kemudahan yang sangat tak memuaskan, tempat parking pun bayar RM1/hour. Dan yang paling sakit hati takda sediakan iron!punyaaaalah stresss!Bilik pun kecik je haih.

Flight dari Kuching ke KK pukul 1.45 pm dan kami sampai dalam pkul 3.30pm kot lupaa lah. Memandangkan kami ramai, jadi kami sewa Avanza RM160/day. Memang dah macam ikan sadin dalam tu. Nasib baik abg yg bagi sewa kereta tu sudi hantar luggage kta org pg hotel sbb dalam avanza dah tak muat.kihkih.

Malam tu, tempat pertama yang kami terjah Tanjung Lipat, sebab nak cari seafood. Cari jalan guna Waze je dan alhamdulillah jumpa!omg!siapa yang datang sabah memang rugi tak makan seafood. Murahhhh gilaaa! Total makanan kami RM160 utk 9 orang menu 600g udang, 500g sotong, 1kg kerang, 500g ketam, tomyam seafood, satay 20cucuk, sayur baby kailan dan termasuk air dan nasi putih. Mmg worth gila! Tapi xde lah dia bagi ngam2 500g tu kan, ada lebih2 gak lah. Tu pun tak habis sebab kenyang gilaa! Memang semua gila lah.hihi


Tempat pun cantik, romantik2 gitu. Makan sambil dihiburkan bunyi deruan ombak. Ya Allah!serius seronok sangat makan kat situ. Memang terbaiklah! Ouh ya, terasa lambat masa bejalan dekat sabah sebab cepat je gelap. Pukul 9 dah rasa macam pukul 10 lebih. Lepas makan2 singgah 1borneo jap nak cari tudung kononnya yang xperlukan iron.uhuk. 

Next entry nak cerita 2nd day kat sabah. Kundasang mariiii! Malam ni flight ke KL pula, hari sabtu ada date dengan family2 blogger sebab hari tu request Nasi Kerabu special air tangan Sally.hehe. Seronokknyaa makan freee! I love u sally! :P xoxo

Saturday, September 27, 2014

❤️ Entry Pendek : Keywords ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,


Niesa sekarang ni memang malas sangat aih nak update entry. Tak da modal salah satu sebab tapi sebab utama malas lah kot.haha. Setiap bulan keyword ni mesti ada. Tapi pasal pesta layang-layang tu first time. Ok, sekarang memang tengah pesta layang-layang 24.10.2014 - 28.10.2014. Ouh ya, esok last day dan niesa tak jejak pun kaki ke sana lagi. Jadi aturacaranya niesa memang takde lah kan. hihi. Nah niesa belanja gambar pesta layang-layang. Sumber gambar : Kawan facebook niesa.ehe




Lagi satu, sebelum ni niesa ada cakap yang Bintulu tak ada Big Apple, tapi sekarang dah ada!ahaha. Dekat chicken hartz, tapi chicken hartz tu dah tak ada so ganti dengan Big Apple. Area maybank medan. Kalau ada yang google kata mana tu cari je dekat ngan guardian,tak jumpa jugak dari maybank lurus memang jumpa lah!

Sabahan troll memang selalu orang carik, nah nah facebook Sabahan Troll.kihkih.

Selamat berhujung minggu dan salam rindu!xoxo

Wednesday, September 10, 2014

❤️ Wordless Wednesday ❤️


Assalammualaikum dan selamat pagi,


Tak tahu apa yang niesa fikir sekarang. Haha. Doakan perjalanan pergi dan balik niesa ye. ^_^


I AM Blogger .Hehe







Monday, September 08, 2014

❤️ Aku Islam ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Sekarang mood untuk bersiaran memang ke laut. Otak kosong. Sekarang ni pun tak sihat sebab demam rindu. ouch!jiwa dan raga sakit. Tajuk entry pun susah nak fikir apatah lagi isinya kan. Tak tahu nak share apa cuma hati sedikit terkesan dengan satu page dekat facebook yang sangat-sangat memberi motivasi especially kepada orang-orang macam niesa yang berjiwa rapuh ni. Niesa rasa memang ramai yang dah tahu page Aku Islam ni. Antara ayat yang niesa baca beribu kali. (ok, ribu kali tu tipu)



Hati ni sentiasa menangis dan tertanya-tanya kenapa Allah uji niesa macam ni, kenapa Allah turunkan niesa dengan macam-macam dugaan yang niesa sendiri tak mampu nak tanggung sorang-sorang. (tiba-tiba rasa nak lempang diri sendiri sebab fikir macam tu kan)



Semoga sinar kebahagian akan niesa rasai nanti. Cepat atau lambat. InshaAllah janji Allah itu pasti. 

To my silent reader : Ehem..ehem..niesa akan tunggu detik tu tiba. InshaAllah ❤️

Saturday, August 30, 2014

❤️ Ouhhh!no!cuti! ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Memandangkan dah lama menyepi dalam dunia blog ni, bila nak menaip je terus blank. Nak taip apa ha?2,3 jam depan pc masih kering idea jugak. Tajuk entry pun dah berapa kali tukar dah ni. kihkih. Memandangkan gaji x masuk lagi cuti yg sedikit panjang ni akan dihabiskan kat umah je lah. =_=". Baru je nak berfoya-foya kat shopping mall.aha! Ouch!lupa kena siap assignment my boss.


like seriously, boss niesa dah la ambik master pastu dia suruh niesa tolong buat loan amortization schedule, cash flow and profit and loss. Dia kata 'senang' sebab dah ada debit credit. Dah tolak cara baik pun still suruh niesa cuba buat.gosh!once dapat hard copy dia punya assignment terus tenung macam muka kat bawah. kihkih.


Rasa macam nak pitam tengok assignment tu. 2 tahun dah tinggalkan alam belajar ni. Nak refresh balik ni la agak payah.tsk.tsk. T_T.  wish me luck je lah! sebelum terlambat 

sumber : SINI

Sudah merdekakah minda kita?tepuk dada tanya iman..

Salam sayang.xoxo!



Tuesday, August 19, 2014

❤️ Kembali ke Alam Nyata ❤️

Assalammualaikum dan selamat petang,

Bersawang jugak blog ni akhirnya. Lama gila rasanya niesa menyepikan diri kan. Masih belum terlambat untuk niesa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua. Tajuk entry bukan main kan?sejak dua menjak dan bermenjak menjak ni semangat berblogging ni memang jauh terbang melayang entah kemana. Hampir-hampir hilang dimamah usia.ecewah! Bukan setakat semangat nak blogging, segala semangat hilang berterbangan di awang-awangan. Nampak tak ayat disitu? =_="

Dalam masa lebih kurang sebulan lebih ++ macam-macam perkara datang melanda. Dugaan, kebahgiaan, kesedihan dan macam-macam lagi lah. Resepi kehidupan la katakan, kalau tak mungkin kita ni kurang menghargai makna kehidupan yang Allah bagi.

Buat masa ni mungkin niesa akan slow-slow carik balik semangat yang dah hilang tu dan slow-slow lah berkunjung ke rumah sahabat sekalian. Salam sayang dan salam rindu dari niesa.xoxo!

#Pray4Gaza

Nota Hati : Thank you Pha Is and Azwa untuk kad raya yang dah sampai before raya lagi. Kihkih. Baru nak ucap sekarang lak tu. Thank you again! 

Thursday, July 10, 2014

❤️ Please, Pray 4 Gaza ❤️

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Seperti yang kita semua tahu bumi Gaza diserang lagi. Niesa tak mampu nak luahkan apa yang niesa rasa sebab terlalu sebak mengenang nasib saudara kita di sana. Mengenang nasib anak-anak kecil yang tak berdosa dibunuh dengan kejam. Allahu! Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.


Tak dapat dibayangkan situasi ketika ini. 


Banyak saluran sumbangan yang boleh kita bantu. Kalau tak mampu sumbang RM1k, sumbanglah RM100, kalau tak mampu jugak sumbanglah RM10 dan kalau tak mampu jugak sumbanglah RM1 pun dah kira Alhamdulillah. Bayangkan 100 orang sumbang RM1 = RM100, Kalau 1000 orang? dan kalaulah RM1 pun tak mampu juga, sumbanglah 1 doa, memohon agar saudara kita mendapat kemenangan.




mampu tak korang tengok tanpa ada apa-apa perasaan?tak mampu kan?buatlah sesuatu


Kita tak mampu pergi sana tolong angkat senjata tapi kita mampu angkat tangan berdoa kepada Allah agar saudara kita diberi kemenangan.



#Pray4Gaza