Monday, December 30, 2013

❤ Penutup 2013 ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Lama sungguh niesa menyepikan diri bukan?haha. Rindu sangat dengan blog!rindu sangat nak blogging! Penutup 2013 yang penuh dugaan. 29 Dec 2013 Bintulu buat pertama kalinya dalam sejarah dilanda banjir yang mungkin agak teruk. Pertama kali ok. Jadi, kami yang tak pernah mengalami ni semua memang agak gelabah bila tengok air naik dalam masa tak sampai pun 1 jam. MasyaAllah! Memang sangat-sangat menakutkan. Dalam hati mula terfikir, mesti mangsa-mangsa kat pantai timur sebelum ni rasa yang lebih teruk daripada apa yang kita orang rasa. Jom layan gambar!

Depan rumah niesa air dah paras betis. Rumah niesa sedikit tinggi jadi tak la seteruk rumah-rumah jiran.




Kawasan perumahan yang lain.


Pusat bandar

Ramai juga yang terkandas kat sini

Sumber semua gambar dari kawan-kawan niesa dan juga facebook. Alhamdulillah banjir ni tak berpanjangan untuk dekat bahagian Bintulu la. Untuk bahagian-bahagian lain masih ada yang banjir. Semoga ini yang pertama dan terakhir buat penduduk Bintulu. Pray for us. Sebagai penutup entry niesa nak share 1 troll oleh iban's troll juga niesa dapat dari FB. 


Translate :
Menua sarawak sebedau kena bah : bahagian sarawak sebelum kena banjir
Menua sarawak sepengudah kena bah : bahagian sarawak selepas kena banjir
Appo indaiii! Bakani menua sri aman nemu anyut ke kapit kin? : bapakk makkkk! Macam mana bahagian sri aman boleh hanyut ke kapit sana???

Hahahahahaha...korang faham tak? Kesilapan tv3 apabila salah melabelkan salah satu bahagian di sarawak. Kalau korang perhatikan peta kat atas dan bandingkan yang kat bawah. Hahaha. Sekadar gurauan!jangan plak yg makan hati "semua orang buat silap" tapi sebagai media yang menyampaikan maklumat dorang kena lah berhati-hati dan memastikan maklumat yang diberi tu betul. Selalu je ada silap bila melibatkan borneo ni. Hahaha. Sekadar luahan perasaan anak jati sarawak. Peace no war! Okbai!xoxo




Thursday, December 26, 2013

❤ Tergendala seketika ❤

Assalammualaikum dan selamat malam,

Entry pendek untuk malam ni. Nampaknya niesa tak dapat nak blogging untuk beberapa hari ni atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. Hukhuk. Kepada yang follow niesa, niesa akan follow balik nanti ya. Kepada yang blogwalking, niesa akan singgah jugak nanti ok? Thanks sebab masih ada yang sudi singgah blog niesa ni. Kunjungan akan dibalas bila dah selesai segala masalah. Hihi. Lagi satu yang tag niesa untuk join GA kalau sempat nanti InShaAllah niesa join. Thanks tag niesa! Bila dah kembali bersiaran niesa akan kembali menyemakkan diri ke blog sahabat yang tersayang semua. I'll be back.gudnite and sweet dreams!xoxo




Sunday, December 22, 2013

❤ Alhamdulillah, CPUV dari Inti ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Ramai jugak yang update pasal CPUV dari Inti kan. Niesa pun dapat!yeay!tu pu lepas Aqilah jerit kat cbox kata dia dapat CPUV. Niesa pun check niesa punya pulak kot-kot niesa pun dapat dan Alhamdulillah!niesa pun dapat. Maksudnya termasuk yang ini ada 6 lagi CPUV tengah on going. Harap-harap la on going lama sikit boleh la top up untuk beli laptop baru nanti. Haha. Awal gila berangan.


Taadaa!thanks nuffnang!oklah, selamat berhujung minggu semua.xoxo




Saturday, December 21, 2013

❤ Kursus Memandu ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Entry kali ni saja je nak cerita yang esok niesa ada kursus untuk ambik lesen memandu. Dah daftar bulan lepas dah tapi memandangkan kursus sebelum ni semuanya dah full terpaksa la niesa ambik tarikh 22hb iaitu esok. Sebelum ni rasa macam malas nak ambik lesen kereta ni, tapi memandangkan banyak faktor-faktor yang dititik beratkan. Ayah niesa pun dah bebel suh ambik lesen terpaksa la mendaftar. Jumlah bayaran yang niesa perlu bayar ialah RM1,165, tapi memandangkan niesa dah ada lesen motosikal jadi perlu bayar RM1,015 je. Agak-agak tempat korang lagi murah or lagi mahal kalau nak ambik lesen?


Harap-harapnya nanti bila JPJ test niesa boleh lulus sekali je, tak nak la gagal pastu kena ambik test lagi sekali. Adoi! ni pun dah mula nervous sebab tak tahu mampu ke x. Ni la punca bila kurang keyakinan diri. Haha. Lepas ni hujung minggu niesa akan padat dengan kelas memandu. Dah la sabtu kerja, balik kerja terus pergi akademi memandu untuk belajar driving. Tak sabar la pulak kan!Haha.okbai!nak g blogwalking jap.xoxo

❤ Fobia ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Apa itu fobia? Fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena. Fobia boleh dikatakan boleh menghalang kehidupan orang yang menghidapnya. Bagi sebahagian orang, perasaan takut seorang penghidap fobia sulit dimengerti. Itu sebabnya, penghidap tersebut sering dijadikan bualan oleh teman sekitarnya. Ada perbezaan di antara "bahasa" antara pengamat fobia dengan seorang pengidap fobia.

Klik SINI untuk baca dgn lebih lanjut.

Ada beberapa jenis fobia, antaranya :

1.  Antlophobia - takut akan banjir
2.  Felinophobia - takut akan kucing
3.  Hydrophobia - takut akan air
4.  Hyperphobia - takut akan ketinggian
5.  Ophidiophobia - takut akan ular
6.  Ranidaphobia - takut pada katak
7.  Venustraphobia - takut pada perempuan cantik
8.  Arachnophobia - takut pada labah-labah

Sebenarnya ada banyak lagi jenis-jenis fobia ni. Tapi niesa pilih yang biasa dan satu yg luar biasa. Tujuan niesa kongsi serba sedikit pasal fobia ni sebab niesa merupakan seorang Ophidiophobia. Maksud Ophidiophobia ni pula perasaan takut tidak normal kepada ular. Ketakutan kepada ular kadang-kala dianggap sebagai perkara umum kan? ia dipanggil Herpetohobia iaitu takut reptilia/amfibia. Ada perbezaan antara orang yang tidak suka ular atau takut kepada ular. Ophidiophobia bukan sahaja takut bila berjumpa berdepan-depan dengan ular tetapi juga takut jika terfikir atau terlihat di dalam televisyen atau di dalam gambar. Niesa sebenarnya baru tahu fobia ni ada macam-macam jenis. Tapi tahap fobia niesa pada ular memang sentiasa terbawa-bawa dalam otak. Tadi masa blogwalking ada 1 blog buat entry pasal ular masuk rumah. Automatik meremang bulu roma, lutut jadi lemah dan kaki mula naik atas kerusi. Itulah tindak balas niesa bila tengok ular. Baru gambar ok, belum lagi nampak depan-depan. Bila kaki letak bawah niesa terpijak wayar pc dan automatik otak fikir ular. Badan terus mengigil sebab takut. Tengok betapa fobianya niesa dengan ular. 

Perkara ni terjadi dalam diri niesa sebab ada banyak pengalaman pahit yang berkaitan dengan ular dan yang paling niesa takkan lupa ialah bila niesa hampir-hampir kena patuk dengan ular tedung. Ular tu memang betul-betul bediri depan niesa(maksud niesa keadaan ular tedung bila hendak mula menyembur bisa/memantuk) adalah dalam 60cm jarak ular tu dengan niesa. Masa tu budak lagi mungkin dalam lingkungan 7 atau 8 tahun. Nasib baik sempat menyelamatkan diri dengan jalan mengundur kebelakang. Jadi, sampai sekarang niesa memang tak boleh tengok ular. Memang fobia sangat-sangat sampai kaki akan rasa sakit. Kawan niesa pernah baling niesa dengan ular plastik tu dan hampir pengsan sebab memang terkejut bila dia letak dari belakang. Masa tu memang rasa macam nak pitam je. Huhu. Agak-agak kawan-kawan ada tak fobia macam dalam jenis-jenis yang kat atas tu?

❤ Sarah Body Food Giveaway ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hari ni terasa nak join GA plak.

 
(click banner utk join)

" Omega Guard Shaklee pilihan terbaik untuk semua. Jom dapatkan pada DISKAUN HEBAT di SarahBodyFood"

Friday, December 20, 2013

❤ Salam Jumaat ❤

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Entry bergambar sekadar untuk berkongsi. Semua yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datang dari kesilapan niesa sendiri. 









selamat berhujung minggu.xoxo

Thursday, December 19, 2013

❤ Hari yang memenatkan ❤

Assalammualaikum dan selamat malam,

Rasa malas nak update entry sebenarnya, tapi digagahkan juga. Hari ni hari yang sangat memenatkan bagi niesa. Mungkin tenaga dah berkurangan kot. Apa yang niesa buat hari ni, mula-mula buat kerja pastu rehat kejap blogwalking, sambung buat kerja pastu rehat blogwalking non-stop dua benda tu je niesa buat. Haha. Masuk pukul 430 petang niesa dah tutup fail sebab kepala dah mula berat dan dah mula rasa lesu. Tengah dok termenung tiba-tiba boleh terlelap. Dasyat! Hahaha. Nasib baik meja niesa depan skali jadi manager tak de lah perasan sebab dia kat belakang skali. Boleh pulak tertdo dalam keadaan duduk. Perut pulak mula ber-"jamming" sebab baru perasan yang niesa dah 3 hari dah x menjamah nasik. Sekarang dah macam orang berpuasa. Kalau niesa puasa kan bagus, dapat jugak pahala. Ni x, niesa cuma bfast dengan nestum je pepagi pastu tgh hari tak lunch, malam tak dinner. Lepas seminggu tak heran la kalau niesa kurus. Memang betul- betul hilang selera makan. Tapi hari ni tekak mengidam nak makan donut Big Apple. Sayang sekali kat Bintulu belum ada lagi Big Apple, jadi terpaksa la tunggu kawan-kawan yang duduk Miri tolong belikan. Harap- harap la kan dorang balik minggu ni. Rasa macam dah kehabisan idea je ni. Nak layan Running Man dulu la, esok niesa sambung blogwalking. Hehe. Good night and sweet dreams kawan-kawan.xoxo


Wednesday, December 18, 2013

❤ Kecik tapak tangan, laut China selatan saya tadahkan ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Baru hari ni berkesempatan nak update blog dan blogwalking. Semalam tiba-tiba kena serang migrain dan gastrik. Mungkin sebab tekanan perasaan niesa sampai hilang selera makan dan kepala mula berdenyut-denyut. Thanks kepada kawan-kawan yang sudi ambik berat pasal niesa. :'(

Tapi entry kali ni bukan nak cakap pasal tu. Hari tu ada baca komen kak azlealee.


Ya Allah kak! Kecik tapak tangan, laut china selatan ni niesa tadahkan tau! Kalau ada kawan-kawan yang nak datang sarawak tu boleh la carik niesa. Kalau nak datang tempat niesa ni Bintulu boleh aje. Niesa boleh bawak g Sibu dan juga Miri. Kalau nak ke Kuching pulak kena plan awal-awal la kan. Sebenarnya selama 3 tahun niesa kat kuching tak pernah lagi menjejak kaki ke Kampung Budaya. Mana la tau ada kawan-kawan yang nak bercuti ke kuching boleh la niesa join. Hihi. Bagi memudahkan kita berhubung boleh la add wechat niesa. Merah_jambu29. Niesa tak nak bagi fb sebab fb niesa susah nak search sbb dah disable search engine. Kalau yang ada fb tu nanti niesa add ye, boleh la bg nama fb kat niesa. :) Kalau ada kawan-kawan yang nak datang sarawak dan perlukan bantuan niesa, InShaAllah niesa tolong mana yang mampu ye. Lagi satu hari tu niesa ada post pasal tebaloi kan? Bagi yang nak rasa tebaloi tu boleh la emailkan nama dan alamat g email niesa ye. Nanti niesa belanja. Tapi niesa post berperingkat-peringkat la ye. InShaAllah rezeki niesa kita kongsi sama-sama. Tu je yang mampu dibelanja. Hihi. email niesa : niesalovecrew@gmail.com

Hari masih belum dalam mood. Tapi InShaAllah akan jejak semua blog kawan-kawan.xoxo


Monday, December 16, 2013

❤ End of my story ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Saat entry ni ditulis niesa dah rasa macam dunia ni gelap sementara. Rasa macam nak pengsan. Rasa macam hati ni ditusuk dengan pedang yang sangat-sangat tajam. Niesa dah tak mampu nk tahan air mata ni dari jatuh berderai. Dah tak peduli apa yang boss tanya. Niesa hanya mampu menangis. Menaip dengan tangan yang menggeletar dan air mata yang tak mahu berhenti.

Wahai Engkau Yang Telah Melumpuhkan Hatiku,
Tiada Yang Lebih Baik Daripada pilihan ALLAH,
Mungkin Kebaikkan Itu Bukan Pada Yang Terpilih,
Tapi Pada Jalan Yang Engkau Pilih,
SemOga Cinta Ini Bukanlah Sebuah Nasib.

❤ Jodoh Pasti Bertemu - Afgan ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Bila dengar lagu ni, niesa rasa sebak sgt-sgt. Lirik dia penuh makna. Sekarang ni hubungan niesa masih tergantung belum ada jawapan sama ada diteruskan atau setakat ni je. Biarlah masih-masing isthikarah. Restu keluarga sangat-sangat penting kalau dia bukan jodoh niesa, niesa akan cuba sedaya upaya redha dengan takdir Allah walaupun sakit dan perit untuk diterima. Kawan-kawan doakan yang terbaik buat niesa ya. 
:'( :'( 


Jodoh Pasti Betemu - Afgan

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu 
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu 
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Jika aku (jika aku) bukan jalanmu 
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu

(jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu




Sunday, December 15, 2013

❤ Minum petang dengan tebaloi ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Entry kali ni sekali lagi nak memperkenalkan makanan dari sarawak iaitu tebaloi. Tebaloi ni dulu merupakan makanan asli orang melanau dari bahagian Mukah dan Dalat di Sarawak. Tebaloi ni diperbuat dari tepung dan juga pohon sagu(dari pohon tu adalah beberapa proses sebelum menjadi tebaloi). Tebaloi ni lebih kurang mcm snek untuk minum-minum petang atau pagi. Mungkin ada kawan-kawan yang pernah cuba makan tebaloi ni sebab tebaloi ni juga popular dijadikan buah tangan dari sarawak selain kek lapis. 

Tebaloi ni sedikit hancur. Hihi 

Sumber gambar dari google bagi memudahkan kawan-kawan tengok bentuk tebaloi.

Ada x kawan-kawan yang pernah makan tebaloi ni? Bagi yang belum pernah kalau datang sarawak jangan lupa cuba tau. Okbai!xoxo

Nota jari : Tadi tgk sukan Sea Malaysia lwn Spore. Fiuhhh! Nasib baik Rozaimi menyelamatkan Malaysia pada baki 1 minit yg terakhir. Tak sabar nak tunggu next match! Auummmm! Go Malaysia!




Saturday, December 14, 2013

❤ Lunch dengan linut ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Kawan-kawan semua dah makan? Hari ni niesa nak kongsi makanan traditional sarawak. Tapi lebih sesuai dikatakan makanan orang borneo kot sebab makanan ni bukan hanya di sarawak je ada, kalau tak silap sabah pun ada. Cuma nama je lain-lain. Ada orang panggil linut, lemantak or ambuyat.  


Korang pernah makan or tengok benda ni? Kalau kat tempat niesa di panggil linut. Bentuk dia macam cecair gam yg berwarna putih pekat. Cara makan dia kena cicah ngan kuah sambal ikan bilis dan telan. Kalau kunyah sampai esok pun tak mampu terkunyah kot. Hihi.  

(Gambar dari google sbb entah mana pg gmb yg niesa post sebelum ni. Tiba-tiba hilang..huhu)

Ini la dia sebelum jadi yang kat atas tu, ni la tepung lemantak. Orang tua-tua cakap masa buat ni ada pantang. Kalau x benda ni tak menjadi. Masa buat mulut xleh nak membebel,xleh gaduh-gaduh itu ini. Kalau xmenjadi dia akan jadi cair dan susah nak makan. Tapi memang sedap la! Selalunya orang jarang makan dengan nasi. Orang akan makan linut dengan ikan-ikan ke dan sayur-sayur. Kalau yang tak pernah cuba tu next time boleh la cuba ye. Hehe. So, korang lunch apa td?

❤ Gelak pagi : Sabahan Troll ❤

Assalammualikum dan selamat pagi,

Agak-agak siapa yang bekerja mcm niesa hari ni?haha. Sementara nak menunggu masa untuk berambus jom layan Sabahan troll ni. Niesa suka tgk page dorg ni sebab kelakar walaupun ada jgak bahasa yg niesa x paham. Jom layan!





Kihkihkih. Ada yang xpaham ke? Kalau xpaham sila la tanya blogger2 sabah ni ye kak atie, tieka & Kak Ctfand




Friday, December 13, 2013

❤ Salam jumaaat ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,




Sumber gambar incik google.hihi

Semoga bermanfaat untuk kita. Penghulu segala hari, salam jumaat. Selamat berhujung minggu semua dan selamat bekerja.xoxo



Thursday, December 12, 2013

❤ Nasi Lalapan burung puyuh ❤


Assalammualaikum dan selamat petang! korang semua makan apa lunch tadi? niesa makan benda kat atas tu, Nasi Lalapan burung puyuh. Sebenarnya ni pertama kali niesa cuba sebab sebelum ni memang tak berminat nak makan lalapan. hihi. Tapi hari ni niesa tak bernasib baik sebab pergi kedai yang tak memuaskan. Harga makanan niesa ni nasi putih + burung puyuh + sambal-sambal tu = RM18. Dah la mahal, burung puyuh dia masin yang amat. Niesa rasa macam makan garam je sebab betul-betul masin. Memandangkan dah lapar sangat, niesa bedal je la. Kalau hari-hari makan boleh kena darah tinggi kot. ~_~

Niesa pilih kedai tu pun ada sebab. Sebabnyaaa....hahaha. Biarlah rahsia. Dulu kedai yang niesa pergi ni pernah gak masuk Jalan-jalan cari makan. Tadi nak cuba menu "Burung puyuh goreng bodo" tapi tak jadi lak. Nak cuba nasi lalapan dulu. hehe. Korang plak lunch apa tadi?

❤ Hujan lebat ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hujan oh hujan. Hari ni hujan lagi maksudnya niesa terpaksa la menapak kat office tak dapat balik. Dah berapa hari ni hujan turun waktu siang pulak. Kalau hari-hari niesa kena hujan nanti boleh demam balik. Semalam pun masa nak g kerja mintak ayah hantar dia cakap hujan gerimis je tu boleh lagi naik motor. Dengan rasa yang tidak rela hati ambik sweater dan terus berlalu pergi. Keluar je dari lorong rumah terus hujan lebat! sampai office niesa dah basah pastu kesejukkan sebab takde baju spare. Balik semalam pun dah pening-pening sebab cuaca tak menentu kan. Biasalah tu kalau dah musim. Kepada kawan-kawan semua berhati-hati ketika memandu dan menunggang ya. Nah!jom terjah blog Aefa sebab dia ada bagi tips memandu ketika hujan. (nampak tak kemalasan disitu untuk menaip?)hihi. okbai!xoxo

Tadi ada lelaki cina cakap "hujan kuat besar oww, dekat belakang sudah banjir. Pertama kali tengok." Maksudnya hujan kali ni agak teruk sedikit. Tapi tak seteruk mangsa-mangsa di pantai timur la ye.

Cinta hati di luar.

Tiba-tiba rasa nak join je snap share dari churpchurp. Haha. Follow my IG knisadahalan.








Wednesday, December 11, 2013

❤ Wordless Wednesday ❤

Assalammualaikum dan selamat malam,

                       

❤ 11.12.13 ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Mesti semua orang kecoh dengan tarikh hari ni kan? Tarikh yang cantik dan lepas ni takde tarikh2 macam ni. Sebenarnya tadi masa blogwalking ada satu nama blog ni rojak somtam. Tiba-tiba tekak niesa mengidam nak makan som tam. Kalau g kl x sah kalau tak g makan somtam kat jinjang. Niesa lupa nama kedai tu sebab kawan yang bawak g makan situ. Masa tu ngidam nak makan tom yam pastu dia terus suh cuba somtam. Memang sampai sekarang suka makan ada gak cari resepi tapi langsung tak berkesempatan nak buat a.k.a kemalasan. Hihi. 


Post gambar ni sebab niesa terliur sangat nak makan benda-benda cam ni. Haha. Bila dah start mengidam ni, selera nak makan tu membuak-buak kaum wanita mesti memahami sebab apa. Heee

Next year hujung bulan 4, niesa akan ke KL. Yeay! Tapi tak lama la 4 hari 3 malam je. Jadi kalau ada kawan-kawan yang ada disekitar tu boleh la kita jumpa-jumpa. Nak kenal lebih dekat la katekan. Hihi. Nanti boleh la roger-roger ye. (^_^)


Hari ni murah rezeki lak, akak housekeping bagi seplastik besa buah jambu batu. Oklah. Tu je setakat hari ni. Nak sambung blogwalking pulak.okbai!xoxo






Tuesday, December 10, 2013

❤ Al kisah petang tadi ❤

Assalammualaikum dan selamat malam,

Tajuk entry pun dah tahu kan niesa nak cerita apa? Kisah petang tadi beberapa jam sebelum balik. Petang tadi ada buat entry mood melayang-layang, dan petang tadi fikiran betul-betul melayang entah kemana. Mula hilang focus. Kisahnya....

1. Sebelum balik kerja, termenung seketika. Ntah apa dimenungkan niesa pun kurang pasti sambil tangan sedap je dok gulong-gulong kertas. Tiba-tiba kertas tu terkena kat muka ni. Adoi! Calar dan luka ok. ~_~

2. Masa balik kerja, dah keluar ofis naik moto before nak start moto lupa, charger tertinggal. Masuk office balik dengan penuh kesopanan dan keayuan. Dah kat dalam office sibuk tengok ada lagi tak barang tertinggal sampai lupa yang niesa tak tarik pun kunci moto tadi. Biar je kat moto kat luar office. Pandai x niesa? Nasib baik la orang-orang tak perasan. ~_~

3. Sampai umah bukak baju kerja sebab nak solat. Nak g toilet bubuh baju dalam bakul. Tiba-tiba mak jerit. "Niieesaaaaa! Kenapa letak baju dalam bakul sampah!" Terus terkejut. Eh, letak baju dalam bakul sampah ke tadi? Haah laaa.. ~_~

4. Dah masuk toilet nak ambik wudhuk, bukak paip. Tutup balik dan keluar sebab tak buang make up lagi. ~_~

Nampak tak hilang focus di situ? Hari ni asyik nak bermenung-menung je keje. Sampai semua benda tak kena. Tapi apa-apa pun niesa bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan-kawan blog yang banyak bagi nasihat dan bagi sokongan. Walaupun cuma kenal di laman sesawang ni dan belum pernah bersua dengan semua orang tapi rasa macam satu family. Niesa pun tak sanggup nak balas komen-komen dari kakak-kakak,adik-adik dan abang-abang semua sebab confirm akan meleleh air mata ni. Semoga ukhuwah yang kita bina di laman ini berkekalan. Sayang semuanya.xoxo.


❤ Mood terbang melayang ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Sejak beberapa hari ni mood melayang-layang entah kemana. Saat ini niesa mungkin di uji dengan dugaan yang tau tahu lah niesa mampu ke tak nak laluinya. Air mata ni pula tak berhenti nak menitis tak kira tempat dan masa. Ya Allah semoga Engkau memberi aku ketabahan dan kekuatan untuk melalui setiap dugaan.








Niesa cuma mampu meluahkan semuanya melalui air mata apa yang niesa rasa sekarang ni. La tahzan, innallah ma'ana.








Monday, December 09, 2013

❤ Japanese Film Festival 2013 ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Ni cerita hujung minggu, baru nak update hari ni. Hihi. Hari sabtu lepas niesa pergi satu festival di UPM kampus bintulu. Niesa berminat nak pergi sebab tengok tentative program macam best je. Niesa tau pasal festival ni pun sebab ada kawan yang ajak pergi.


Tajuk event pun "Japanese Film Festival" kan? Mesti la kebanyakkan aktiviti kat situ dipenuhkan dengan tayangan cerita-cerita pendek dari Jepun. Interesting jugak la. Tapi niesa lebih berminat nak join demo dari dorang.  Tapi sayang niesa sempat join Yukata trial fitting je, yang lain-lain tak sempat sebab orang ramai gila berebut-rebut nak masuk. Hihi. Yang tu pun niesa orang terakhir yang dibenarkan sebab dorang dah nak mula tayang filem. Kesian adik-adik yang berbaris lama kat belakang niesa.Tiba-tiba rasa macam "akak-akak" pulak. Hiks. Sempat la snap beberapa gambar tapi tu pun kawan yang tlg snap guna fon dia. Tak sempat nk keluar kamera sendiri sebab semua orang nak cepat. Sabar je laaa..




Ada bodyguard. Hihi.

Agak seronok jugak la event tu. Minah jepun tu pun cantik, comel je. Niesa ucap thank you automatik ikut gaya dorang jugak tunduk-tunduk. Kelakar pulak. Hahaha. Tak banyak gambar nak kongsi, tu je la setakat ni.heee.. Okbai!xoxo






Friday, December 06, 2013

❤ CPUV dari watsons ❤

Assalammualaikum dan selamat lagi.

Alhamdulillah! CPUV pertama untuk bulan dicember dari watsons. Thanks nuffnang!


Ada 3 campaign yang masih on going sekarang ni. Semoga kita sama-sama sentiasa dimurahkah rezeki ya. Okbai!xoxo

Thursday, December 05, 2013

❤ Pray for them ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Sebenarnya hati ni agak sedih bila lihat keadaan saudara-saudara di tanah semenanjung ditimpa musibah. Walaupun niesa orang sarawak, tetapi tetap jugak prihatin dengan saudara seagama disana. Bila tengok kawan-kawan update pasal banjir, tengok gambar-gambar keadaan kat sana rasa macam nak menangis. Entah macam mana kalau niesa di tempat mereka. Kemana pergi pemimpin - pemimpin negara? Perhimpunan umno atau nyawa rakyat yang lebih penting? Ya Allah, semoga mereka semua tabah menghadapi musibah yang mendatang. Sama-sama lah kita berdoa semoga mereka sentiasa dilindungi Allah dan semoga semuanya selamat. "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul" :( T.T


Jambatan runtuh di Kemaman

tak pasti kat mana.. :'( :'(

Semoga sentiasa tabah wahai saudara-saudaraku...


Sumber gambar : PanduanIslam.com



#PrayforPahangJohorTerengganu