Saturday, November 30, 2013

❤ Hello December! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hari ni hari terakhir untuk bulan november 2013. Lagi sebulan untuk ke tahun 2014. Wahhh! Sungguh pantas masa bergerak. Usia kita pun semakin meningkat kan? Zaman semakin hari semakin canggih. Tahun 2013 harga barang pun boleh tahan mahal entah macam mana la tahun 2020 nanti. Macam mana lah kehidupan generasi 2020 nanti. Adakah tahap kemiskinan meningkat ataupun kerajaan ada cara lain untuk mengatasi masalah ni. Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Sebenarnya niesa tak sabar nak tunggu 29 December ni. Bila bab nak tunggu hari ni terasa macam sangat lambat plak. Hari-hari dok kira hari tgk calendar. Hihi. Ada x yang tertanya-tanya ada apa 29 December tu?or ada yang dah tahu?


Tak sabarnya nak tunggu kepulangan "Pak Gad" weeee~~~ hahaha. (Sila muntah) hari-hari cakap kat dia, lamaaanyaa, lamanyaaaa. Asyik fikir lama memang la rasa lama. Pak Gad kata jangan kira hari sebab kalau kira hari, ada 29 hari. Cer kira bulan, ada 1 bulan je. Ayat menyedapkan hati sungguh. (~_~) 

Ni kes x ada idea nak update entry. Hihi. Selamat beristirehat semua.okbai!xoxo

Friday, November 29, 2013

❤ Mini GA KakNi Edisi Tupperware ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Hari ni tergerak jugak nak join giveaway. Hihi. Nampak Kak Atie yg join tadi, jadi nak join jugak la!

nak join klik banner

ok done!

❤ Sambungan entry semalam ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Salam jumaat semua! Mesti happy sebab hari ni dah hari jumaat kan?hehe. Entry ni merupakan entry kesinambungan entry niesa yg semalam. Betul ke penggunaan "kesinambungan" tu? Antam sajalah labu. Semalam kan ada update pasal CPUV nuffnang yg niesa dapat. Tak tau baca sini. Ada sahabat blogger yang bertanya. Apa itu CPUV?


Niesa sebenarnya tak tau sangat nak explain macam mana. Niesa cuba explain ikut pengetahuan niesa la ye. Kalau salah mohon betulkan, saya budak baru jugak belajar. 
CPUV(Cost per Unit Visit) campaign. Konsepnya sama saja dengan BE(buffered Earning). Iklan ni adalah pendapatan daripada kempen iklan banner mengikut bilangan kunjungan unik pengiklan membeli daripada blog kita. Contohnya macam Digi dia sewa tapak blog kita dan pendapatan dibayar berdasarkan berapa unique visits yg kita ada. Untuk dpt CPUV pula kena la rajin hantar ticket. Cara hantar ticket secara ringkasnya page nuffnang --> contact us --> submit ticket --> blogger enquiries --> type soalan --> priority high pastu submit! Senang kan? Kalau tak faham jugak boleh la tanya ye. Hihi

Haa.. Sebelum terlupa, niesa juga nak ucap terima kasih kat Kak Atie. Dia ada buat entry pasal blog niesa semalam. Nak tau baca sini. Entry tu menyumbang jugak utk blog niesa. 


Banyak jugak tu 9 pageviews dari blog kak atie. Hihi. Thank you so much too kak atie.  Walaupun belum pernah bersua muka. Blog dan juga facebook sebagai laluan untuk kami menjalinkan silaturrahim. InShaAllah ada rezeki bolehlah buat mini gathering ke. Amboi kau "mini gathering" ok. Hehe. Tak lupa juga special thanks kepada semua sahabat2 blog yang sudi dan rajin komen kat blog niesa yang tak seberapa ni. Kalau ada yang nak datang Bintulu, sarawak boleh la contact niesa kot2 boleh la jadi pemandu pelancong.Hihi. Oklah. Selamat berhujung minggu semua dan macam biasa selamat bekerja bagi yang bekerja hari sabtu macam niesa jugak..hehe. Okbai! xoxo

Thursday, November 28, 2013

❤ CPUV pertama untuk November ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Entry pertama niesa tentang CPUV. hihi. Rasanya sebelum ni tak pernah lagi kot buat entry pasal CPUV ni. Buat sekian kali nya, muncul lah CPUV pertama untuk bulan november. Dah lama jugak lah niesa tunggu CPUV ni masuk. Paling banyak masa bulan october, masa tu email niesa kena hacked. Ada hikmah jugak lah ye email kena hack. Masa tu adalah dalam 5 kot CPUV yang masuk. Haa, gila x banyak. Syukur Alhamdulillah jugak walaupun dah xleh bukak email n blog tapi CPUV masuk jugak masa tu. Thanks kepada hacker. Untuk bulan november ni hanya 1 je yg masuk. Tapi tak apa lah sekurang- kurangnya ada la gak kan? CPUV kali ni daripada Taylor college Scholarship.



Untuk tips macam mana nak dapatkan CPUV ni, niesa pun tak tahu sangat sebenarnya. Masih merujuk blog-blog yang baik hati rajin buat entry pasal nuffnang ni. Tapi apa yang niesa tahu salah satu caranya kena lah rajin hantar ticket pg nuffnang. Tanya je lah apa-apa soalan dan InshaAllah mesti ada CPUV yang akan masuk. Niesa dah lama sebenanrnya ada blog ni, tapi tak aktif sgt dgn nuffnang. Sekarang je dah mula aktif dan sibuk nak cari cara nak dapat earning. Alhamdulillah lepas niesa hantar ticket g nuffnang beberapa minggu kot lepas tu terus ada CPUV masuk. Soalan niesa simple je . 
" kenapa blog niesa tak terpilih untuk campaign CPUV?" Lepas tu adalah pihak nuffnang yang akan balas. Kalau korang nak cari blogger yang ada wat entry pasal nuffnang. Cer godek blog blogger kat bawah ni ye.

 Aefa  , Nadratul Syazwana

Setakat ni yang tu je lah niesa ada jumpa. Hihi.(maaf sebab malas plak nak godek-godek blog). Thanks Nuffnang sebab masih sudi pilih blog niesa yang tak seberapa ni.okbai! xoxo!

Wednesday, November 27, 2013

❤ Wordless Wednesday ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,


Monday, November 25, 2013

❤ Rindu tapi Sibuk ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Rindunya nak blogging!eh?tetiba rindu pulak ye. Hihi. Sejak pindah tempat baru ni, masa untuk melayari internet a.k.a curi tulang terpaksa dikurangkan atas sebab-sebab tertentu. Wuaaaa!memang penat, sakit otak, sakit jiwa. Tiba-tiba keluar segala penyakit. Hehe. Niesa nak senaraikan sebab ikut ranking ok?no.1 tu kira paling niesa tension hari-hari nak ngadap. Sebabnya:

1. Manager yang gatal. Makin hari makin naik bulu. eiii!berbulu jiwa niesa tengok perangai dia. Silap-silap bertukar jadi ulat bulu kot. Tak padan dengan umur langsung. Niesa selalu ngadu ngan Pak Gad. Kalau makin hari makin menjadi-jadi memang niesa terpaksa cari kerja lain.Huhu.

2. Sekarang masih kekurangan staff. Back office cuma ada 2 orang je. Niesa dan saudara niesa sebagai front desk. Niesa plak account(assistant je la) cum admin. Manager tu pulak sikit-sikit niesa,niesa dan niesa. Ok fine. Sabar je lah.

3. Hotel ni dah siap, tapi belum 100%. Maybe dalam 90% kot dah siap. Jadi kerja-kerja mengubah suai masih dijalankan. Niesa ni alah dengan debu dan itulah yang menjadi punca sebab sekarang ni macam terdedah dengan debu. Bila dah selalu kena debu mula lah bersin,bersin dan bersin sampai pening.

4. Susah nak focus belajar dan memahami system perhotelan. Bukan sebab apa tak leh focus. Gangguan dari manager gatal tu lah. Cukup lah trainer system dah ajar minggu lepas dan kita orang ada salin note untuk diri sendiri. Tapi si manager ni sibuk nak mengajar banyak-banyak kali benda simple!siap macam mana nak angkat phone pun dia sibuk nak bagi tau. Budak darjah 1 pun pandai angkat phone kot uncle.Jadi bila tengah explore system dia sibuk dok potpetpotpet kat tepi..demm~

5,6,7,8 tak perlu la niesa cerita, nanti tak cukup plak page ni sebab sakit hati.Hihi. Ni pun niesa curi-curi update blog sebab pening kepala dah nak ngadap system ni. Belum lagi Accounting System kat office ni. Pengsan!Hehe. Mula lah ni, mula nak merungut. Bosan tak ada kerja merungut, banyak kerja merungut! Manusia oh manusia! Astaghfirullah al-Azim. Sedarlah wahai niesa.Hehe. Maaf sebab mereng sikit hari ni. Kepada kawan-kawan yang niesa tak sempat nak menjenguk or tak follow lagi rajin-rajin la ye tinggalkan jejak or inform niesa. Takut lak terlepas pandang.oklah. Nak merayau pulak.Okbai! xoxo

 
Candid la kononnya. Hihi

Tgk lah tu. Entah manalah pergi orang yang buat kerja tu. 


Thursday, November 21, 2013

❤ Aktiviti Tergendala ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Entry ni cuma nak bagi tau kepada yang dah follow niesa tu, niesa akan follow balik bila internet dekat pc dah dapat ye. Nak blogwalking guna tablet agak susah. Kepada semua nanti niesa akan balas kunjungan kawan-kawan semua ok? Sekarang dalam proses pindah ofis. Hotel tempat niesa bekerja dah siap sepenuhnya. Tapi internet tak pasang lagi dekat pc. Maaf kalau tak sempat menjenguk. I'll be back. Hihi. Selamat bekerja! 

Wednesday, November 20, 2013

❤ Wordless Wednesday : Happy Children's Day ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi! 
Selamat hari Kanak- Kanak sedunia.. Semoga anda-anda semua menjadi pemuda dan pemudi yang berjaya membimbing negara ke arah yang lebih baik dari sekarang ni. Aminn.. ^_^




Tuesday, November 19, 2013

❤ Kepentingan Woman Log untuk wanita ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Cuaca kat tampat niesa hari ni nampak cerah. Mood hari ni pun nampak sedikit cerah walaupun mood masih sedikit serabut. Bila bulan dah mula mengambang ni, biasalah perasaan itu sukar dikawal. Nak emotional lebihhhh je keje. Kalau ada yang menegur pada masa yang salah terus kena sembur. Hahaha. Lain kali niesa kena letak tag ni siap-siap kot supaya orang tau. 


Haa.. Masa tu memang tak berani la kot orang nak tegur. Hihi. Malam tadi pun berujan lagi. Dah agak akan kena semalam sebab dah set dalam woman log. Tak sia-sia niesa download application tu dekat tablet. Jadi senang la nak tau bila tiba masanya. Bagi pengguna tablet tu boleh la cuba download. Bagi niesa woman log ni baik utk wanita supaya tak la susah-susah nak tengok calendar. Woman log ni dah set sendiri untuk kita sebagai contoh niesa punya,


Untuk bulan november jatuh pada 18hb iaitu semalam. Jadi sebelum 18hb niesa dh remind "Pak Gad" perubahan emosi niesa.hihi. Untuk bulan depan pulak dia dah set sendiri, jadi bila kita period untuk bulan nov click kt tarikh tu dan tekan start. Untuk bulan depan dia akan jadi macam ni, 


Yang bertanda garis-garis merah tu la tarikh period untuk next month. Kat situ dia tulis period start date forecast. Jadi senang bukan? Boleh la buat persediaan mental and remind en.abang anda. Entry ni sekadar sedikit perkongsian. Mungkin ada yang dh tau dan mungkin tidak. ( MAAF BAGI PEMBACA LELAKI, KALAU KURANG SELESA DENGAN ENTRY NIESA KALI NI. ) Hehe. Selamat mencuba. Okbai!




Monday, November 18, 2013

❤ Monday Blues ❤


Assalammualaikum dan selamat pagi,
Macam biasa mood hari isnin. Haha. Hari ni terasa penyakit kemalasan sangat- sangat tebal. Semua benda malas nak buat, nak update entry pun malas nih. Nak wat kerja apa tah lagi. Adoi!apa la nak jadi. Malas la nak cakap panjang- panjang. Jom layan gambar. Hehe.




Semoga cepat la masa berlalu. Tak sabar tunggu 29 December 2013. Kepulanganmu ku nanti wahai "pak gad" hehe. Selamat bekerja semua!okbai!

Saturday, November 16, 2013

❤ Bila perasaan pun bermusim ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hari ni terlebih rajin plak nak update entry. Hari ni goyang kaki sebab tak ada kerja. Hihi. Nanti tunggu la bila hotel dah mula beroperasi, memang stress la kot banyak yang kena buat. Manusia ni kan, tak ada kerja membebel sebab bosan, bila ada kerja merugut banyak kerja. Manusia oh manusia. Sebenarnya bukan nak cakap pasal tu. Kisah semalam, kan pak gad niesa balik kelantan dah tak dapat anta dia g airport sebab niesa balik kerja pukul 5 dan dia bertolak ke airport pun pukul 5.. Jadi tak sempat. Al maklum la orang sensitip macam niesa nih, mudah sungguh mengalirkan air mata bila dengar ayat-ayat sedih. Tak sedih mana pun tapi niesa plak terlebih emo. Hihi. Pak gad macam biasa la, tak payah cakap dia kompom tau apa niesa rasa. Cakap "saya ok"., yela ok la sangat kan?hehe. Bila baca mesej dia ulang kali baru terperasan cakap pasal musim. Musim apa?


Haaa...kan! Musim tengkujuh tu agak menyeramkan niesa. Huahuahua. Agak-agak perasaan korang bermusim jugak ke?hihi. Okbai!

❤ 33 Days Lucky Draw Birthday Giveaway By AtienStory ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hari ni tiba-tiba nak cuba nasib mana la tau ada rezeki kan?Hihi. Sebelum tu niesa nak ucapkan Selamat hari ulang tahun yang ke33 kpd Tuan Blog. Semoga terus success dalam dunia blog dan maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tekan Banner utk join. :)

Friday, November 15, 2013

❤ Halwa telinga di Hari Jumaat ❤

Assalammualaikum dan selamat petang.
Hari terakhir persekolahan mesti budak-budak sekolah happy kan? Niesa je tak happy sebab "pak gad" balik kampung hari ni. Sebulan lebih baru dapat jumpa. Sebulan bagaikan setahunnnn.. Ecewah!hihi. Sebelum terlambat niesa nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang dah lulus dengan cemerlang upsr. Tahniah!tahniah!tahniah!

Hari ni nak kongsi 1 video halaqah, niesa suka dengar sebab suara budak ni sangat- sangat sedap. Mula suka dengar lagu ni bila mak selalu nyanyi untuk tidurkan budak-budak. Ya hanana, Ya hanana..
Jom layan! Salam jumaat semua. Bagi yang cuti esok selamat berhujung minggu dan bagi yang bekerja macam niesa kita sabo jelah. Hihi.okbai!


Wednesday, November 13, 2013

❤ Jom Join WhoHAA.com ! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Pagi-pagi niesa dan blogwalking dan terjumpa satu page ni dia promote pasal website WhoHAA.com. Tiba-tiba tergerak hati nak godek-godek page tu. Nampak sangat menarik sebab kita hanya perlu daftar, jawab simple question untuk dapat points then nak dapat banyak lagi point ajak la kawan-kawan join. Bila point dah banyak korang boleh redeem buy point korang tu dengan apa yang dorang tawarkan. Sangat senang! Sekarang ni niesa dah aim satu barang 4 in 1 RM10 cash voucher KFC, Pizza Hut, Ayamas/Rasamas (2000 points). Bukan tu je tau, ada banyak lagi.

Antara barang yang anda boleh redeem.

So, korang tunggu apa lagi?bagi sesiapa yang belum join tu jom kita join ramai-ramai WhoHaa.com! mudah je. (^_^)

Thursday, November 07, 2013

❤ Sekadar Bekongsi di hari Khamis ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Hari ni tau xtau nak update apa. Jadi niesa nak kongsi beberapa mutiara kata, mutiara kata la kot. Hihi. Niesa dapat dari pada FB Mari Berkongsi Ilmu. Semoga bermanfaat. (^_^)




Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Wednesday, November 06, 2013

❤ Wordless Wednesday : #Kembar ❤

Assalammualaikum dan selamat petang!


Kembar semua sama kecuali selipar. Berangan sekejap ada kembar..hihi

Monday, November 04, 2013

❤ MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 4 ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi..

Walaupun dah ada baju ni yang niesa beli dari T-Shirt Mudah Terengganu ni gak. Niesa tetap nak join sebab kualiti kain dia terbaik. Mana la tau ada rezeki kan?hihi

klik banner kalau nak join

Friday, November 01, 2013

❤ Rindu Laksamana Sunan ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi..

Baru hari ni ada kerajinan sikit nak update entry. Sebelum ni rajin nak blogwalking je. Siapa kat sini peminat RAM?ada tak yang mengikuti perkembangan kisah laksamana sunan kat sini?setelah sekian lama niesa merindui laksamana sunan dan sekarang dah ada novel baru tajuk "Magis" yang menghidupkan balik watak sunan ni. Tapi novel Magis ni bukan sambungan dari kisah-kisah dia sebelum ni.


nak tau sinopsis novel tu bacaI SINI. Niesa tak habis lagi baca novel ni sebab bila mula baca je mula lah menguap dan terus rasa nak lelap. Sejak dah kerja ni jiwa membaca kelauttttt. Hihi.

 

Ni pulak koleksi novel RAM yg niesa ada. Semua pasal Sunan je dan yang bersambung2. Novel pasal Laksamana Sunan ni 'Bagaikan Puteri', 'Cinta Sang Ratu', 'Hijab Sang Pencinta','Cinta Sufi', 'Sutera Bidadari' dan last sekali 'Sunan Musafir'. Kisah perjalan hidup Laksamana Sunan ni sangat-sangat menarik sebab kisah hidup dia dari kurun ke15 dan dia ke alaf21. Selain tu, cerita dalam ni bukan hanya menekankan cinta kepada manusia dan sekalian makhluk,tapi paling penting kepada Pencipta iaitu ALLAH. Memang sangat terbaik la novel thriller ni.

Untuk novel Magis, ada kisah manis disebalik novel tu. Bukan manis sebab jalan cerita dia. Novel Magis tu hadiah "Pak Gad" kpd niesa. hihi. Surprise ok!al-kisah, alang-alang dia dah g jalan-jalan kat mall niesa mintak tolong tengok dah ada tak novel Magis tu kat Popular sebab sebelum tu niesa tanya tak ada. Pastu dia pun cakap tak ada. Agak kecewa sebab memang dah lama tunggu novel tu sampai. Malam tu keluar dating tiba-tiba dia keluar kan novel tu. Rasa macam!eiiii!geram + happy + suka sangat! haha. Dia cakap kalau dia cakap ada mesti niesa terus g beli. Kalau dia beli dan niesa beli nanti membazir pulak ada 2 novel. Hihi. Keluar dari tajuk entry.Jangan maraaa haaa.



Apa-apa pun salam jumaat. Kepada yang tak bekerja esok, selamat berhujung minggu! Bagi yang bekerja macam niesa, sabo je lah. Hihi. Okbai!