Sunday, September 29, 2013

❤ C.I.N.T.A ---> tiba-tiba ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Rajin pulak nak update blog ye sekarang ni. Kihkih. Hari ni perasaan agak terganggu sebab perkara malam tadi. Selama ni dalam banyak-banyak benda yang niesa takut dan kalau boleh nak sangat elakkan dah terjadi dalam hidup niesa. Niesa orang sarawak dan sekarang ni hati dah terpaut dengan ore kelate. HAHAHA. Kita orang memang serius dalam hubungan ni dan kalau boleh memang merancang untuk lebih jauh. Tapi kita merancang Allah menentukan segala-galanya adakah dia jodoh niesa. Cuma sekarang yang merunsingkan niesa ialah penerimaan keluarga dia. Dia cakap malam tadi KEMUNGKINAN BESAR ok. Bukan 50-50. Kemungkinan besar yang family dia mungkin menentang hubungan kita orang. Yela, niesa kan orang sarawak, jauh kot. Tapi niesa dah bagi tau dia siap-siap, yang niesa sedia ikut dia balik kampung dia kalau nanti satu hari dia terpaksa berpindah. Tapi sekarang tak risau pasal tu sebab dia baru je posting kat bintulu ni. Rasa macam tak sabar nak tunggu bulan 11 sebab nak tau apa jawapan family dia. Terima atau tidak. Restu atau tidak. Semua itu menakutkan ok! dalam banyak-banyak perkara benda itu sangat-sangat la merunsingkan. Tapi, niesa berserah pada jodoh. Jodoh itu kan rahsia Allah. Doakan niesa ye korang.

❤ Mood tak menentu sebab angau + rindu + risau + segala-galanya. HAHAHA (rindu sokmo). Pas ni niesa kena belaja kecek kelate. Jadi saing-saing  ore kelate buleh la tunjuk ajar ke ambo ni ye. hihi. jangan marah saya budak baru belajar.

Entry sebelum ni ada cakap pasal Pak Gad. Azimah a.k.a ayi ada tanya kenapa Pak Gad. Jawapan ada kat bawah ni.hihi

sumber : Encik Mimpi
Dia kata nak jadi Pak Gad saya sebab yang tu luar biasa, yang lain-lain tu dah biasa di dengar. heee


Blog sendiri jadi bubuh gambar sendiri. Ni gambar kat waterfront gak. Macam dah jadi port utama melepak plak.hihi.

okbai!(^_^)

Saturday, September 28, 2013

❤ Sepetang di waterfront Bintulu ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Hari sabtu yang indah sebab niesa bekerja..jadi curi masa nak update blog..hihi.. ingat x niesa pernah cakap nak tunjuk pemandangan kat waterfront kan?tak ingat baca SINI. Baru teringat yang last week ada snap gambar masa matahari terbenam.. sempat tangkap 1 gambar je..


sini la tempat yang paling niesa suka kalau nak melepak.. ada 1 lagi tempat cantik, pantai tanjung batu.. tapi susah nak dapat tempat duduk kalau melepak kat situ.. kat sini pun boleh la.. dulu niesa pernah gak wat entry pasal tempat2 menarik kat bintulu ni.. tapi malas lak nak cari mana entry tu..hihi..


Macam biasa pak gad yang menemani..sungguh pantas masa bergerak ketika itu.. >_<

oklah..cukup la tu..nanti kalau ada persoalan niesa sambung next entry..hihi.. selamat berhujung minggu dan selamat beristirehat semua. ouh!lupa hari ni ada karnival permainan tradisional kat kampung niesa.. kalau rajin leh la pg.. boleh wat isi entry.. whahaha.. okbai!

Wednesday, September 25, 2013

❤ Wordless Wednesday ❤

Assalamualaikum dan selamat pagi..


Wahai kaum-kaum wanita diluar sana..betul x ni?hihihi.. (^_^)

Thursday, September 19, 2013

"T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY!"

Assalammualaikum dan selamat petang..tiba-tiba rasa nak join GA ni sebab suka hadiah dia..jom join!mudah je cara dia..


Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

Tuesday, September 17, 2013

❤ cuti yg osemm!!! ❤

Assalammualaikum dan selamat petang!

Agak ketidakpuasan hati sebab cuti 3 hari je..nampak sangat tak bersyukur.. hahaha... Sebelum terlambat niesa nak ucapkan Selamat Hari Malaysia yg ke50! semalam agak tidak percaya sebab setelah beberapa tahun tak menjejak kan kaki ke Taman Tumbina Bintulu dan semalam merupakan hari yang agak osem sebab telah menjejakkan kaki kesana bersama seseorang yang osemmm jugak!hihi...nama tumbina ni di ambil sempena gabungan tumbuhan dan binatang jadi terjadilah tum+bina..nama dah pun Taman Tumbina dan semesti nya dalam tu ada tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang..lebih kurang macam zoo kot...satu2nya tempat yang "bolehlah" korang lawat kalau g bintulu..hihi.. bayaran masuk dalam tu RM2 utk dewasa dan budak2 tak ingat lak brapa..bukan x ingat..xperasan..agak penat jugak la nak pusing satu taman tu dan agak2 bleh tercabut kaki nih..yang penting niesa enjoyyy dan jadi pemandu pelancong la katakan.. hehe..tapi dalam banyak-banyak tempat.. cuma 1 tempat je niesa agak cuak nak lama-lama.. bila ke tempat ular sawa besa.. adoi.. abis lemah longlai segala tulang belulang yang ada..tapi agak tidak puas hati sebab rasa macam taman tumbina tu tak di jaga dan diselenggara dengan baik.. Harap pihak yang bertanggungjawab menjaga dan upgrade sikit tempat ni supaya nanti bila pelancong datang takde lah malu..komen ikhlas utk kebaikkan tempat sendiri.. Jom layan gmb plak...


Ostrich tu bg bontot plak..asyik nak lari-lari je..orang nak ambik gmb sama-sama pun xboleh..tau la pamess.. ~_~


Rimau ni sedap je bersantai.. memang tak berganjak dia dari situ.. tapi agak kurus.. kesian.. mungkin sebab harga ayam dan daging dah naik kot..hihi


nak jugak gambar ngan rimau nih.. ore kelate baru sampai Bintulu jadi tugas saya menjadi pemandu pelancong beliau..  (^_^)


suka caption utk gmb ni dekat IG.. "Mana satu jadi pilihan. The Deer or The Dear?" awww... sweet nye awak.. hahaha


Niesa harus menjelajah dalam taman tumbina ni lg sebab masih tak tau yang kat belakang tu binatang apa..kesian betul!hahaha.. org kat sebelah kita tu cakap nama binatang tu "api-api" oowww... baru tauu...hihi.. sorry kalau salah.. : p


lepas mengeluarkan peluh menjelajah taman tumbina kita orang lepak kat Bintulu waterfront.. tengok laut.. tapi takde gambar permandangan laut plak..hihi..next time niesa bg korang tgk ok?

tapi semalam mmg osemm dan happy dan bahagia dan banyak lagi...rasa macam nak panjang kan lagi masa semalam tu..hihi...btw thanks to him sebab dah menggembirakan hati patik..chewwahh!okbai!

Tuesday, September 10, 2013

❤ Borneo International Kite Festival 2013 ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Hari ni macam biasa tak da kerja..hihi..best x tempat kerja saya?korang lak cam mana hari ni?pagi ni tiba-tiba rasa nak kongsi event yang berlangsung kat Bintulu selama 4 hari minggu lepas..Borneo International Kite Festival ni mmg program tahunan kat Bintulu..kali ni merupakan kali ke-9 program ni di anjurkan.. agak seronok sebab boleh tengok macam-macam bentuk layang-layang.. tapi niesa rasa tahun ni macam kurang meriah.. tak tahu la kenapa.. Program ni pun pernah masuk Malaysian Book of Record sebab menerbangkan berapa ribu layang-layang dalam satu masa..niesa tak ingat lak berapa.. tapi yang pasti memang banyak gila dah macam semut kat langit.. memang seronok tengok sebab masa tu makcik2, pakcik2, atok2 dan nenek2 semua sibuk menaikkan layang-layang dorang.. kalau yang muda-muda tu tak payah cakap ar.. masa tu gak leh tengok tali layang-layang tu terikat dengan layang-layang orang lain.. sangat-sangat seronok ok!tapi sekarang dah lain..tak rasa sangat kemeriahan dan tak nampak pembaharuan dalam majlis tu..dah-dah..jom tengok satu dua gambar..hihi


ni Airport lama bintulu..memang kalau ada apa2 event selalu guna kat sini sebab tapak dia luas.. macam-macam ada kan?


Maskot event tu..orang gelar dia "Sanai Vaie".. Maksud Sanai tu lelaki, Vaie tu plak daripada perkataan Baie iaitu kaum melanau di bintulu..


Ini kami! tengah-tengah panas kot ambik gambar.. niesa dan sepupu.. (^_^)

ok dah habis..xyah ar panjang-panjang..hehe..okbai! ^_^

Saturday, September 07, 2013

❤ Happy Bday Kesayangan! ❤

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Hari ni rasa agak malas nak buat kerja..ingat nak mogok sebab gaji tak kelua lagi..sekarang dah 7hb ok.. bos ingat niesa ni anak orang kaya ke hapee.. adoii.. stresss.. nasib baik hutang dah settle..kalau tak mau kena interest sebab lambat bayar..tapi berhutang dengan mak n ayah plak..hehe..ok keluar topik dah, bukan itu yang niesa nak ceritakan..btw, semalam bday ayah niesa..disebabkan gaji tak keluar lagi jadi niesa belanja family makan kat luar je la..tu pun share ngan adik..disebabkan 3 orang dalam family lahir bulan yang sama jadi kita orang celebrate je la sekali.. 6hb ayah niesa,12hb nanti adik perempuan niesa dan 16hb plak adik lelaki niesa..Happy birthday to them!❤ i wish you great success and happiness for the year ahead. Love u all so much.. xoxo


Semua ada kecuali abang niesa yang sibuk dengan persatuan dia, adik ipar niesa pun lahir bulan 9 tapi tak dapat join sebab baby masok hospital sebab demam..nasib baik suhu dan turun..kesian baby kena cucuk..tak sampai sebulan pun umo dia..kesian.. :'(

apa2 pun happy birthday to all my kesayangan!kamek sayang tak orang.. ❤❤❤

psstt : rasanya Sugar Bun ni ada kat Sabah Sarawak je kot..hehe..dia mcm KFC gak..kalau dtg sarawak or sabah boleh la cari SugarBun ni... okbai! (^_^)

Tuesday, September 03, 2013

❤ Masih dalam mood raya kah? ❤

Assalammualaikum dan selamat petang!

Sebenarnya dah lama x update blog sebab ketandusan idea..byk sgt minum air gas ni tu yg idea hilang..(sila jgn percaya..)hahaha...nasib baik ada kak atie yg tiba-tiba bg idea...kenapa la tak terfikir pasal gambar-gambar yang belambak kt fb tuh..hihi..al-kisah jumaat yang lepas niesa ke brunei sebenarnya ada jemputan kahwin kawan punya saudara..jadi girlfriend ajak la niesa pg skali sebab niesa xpernah pergi lagi dan alang-alang dah ada passport jadi boleh la pg..

Perjalanan dari Bintulu ke Brunei niesa xpasti lak berapa jam..sebab masa pergi gerak dalam pukul 330pm sampai dalam pukul 7pm..lebih kurang 3jam lebih cam tu la..tapi ni bukan betul-betul dekat bandar dia..kalau nak g bandar ambik masa dalam lebih kurang sejam lebih lagi..ni macam bahagian kecil negara brunei la..kuala belait..hari jumaat malam tu mmg x pg mana-mana..jadi memandangkan kenduri tu hari ahad..hari sabtu sempat lagi nak pergi beraya..hihi..dapat la gak kumpul duit raya walaupun tak banyak..


Dapat gak la 25 dollar duit brunei..barang kat sana murah gilaaaa..tapi kalau banding ngan duit kita mmg sama je la kan..memandangkan duit raya niesa dpt duit brunei jadi habiskan je la beli barang-barang kat sana..ahaks..


classmate ayah masa skolah dulu..dorang sebaya..mula-mula mcm tak percaya sebab ayah niesa masih nampak mudaaaa!haha..pakcik ni beria suh tangkap gmb ngan dia sebab nak bagi ayah tgk..anak pakcik ni hemsem!!hikhik...


Balik je dari kenduri sempat lagi beraya rumah sedara mara..mula la episod jejak kasih..sebab kesian kat orang yang pestime datang ni..habis nama atok nenek dorang tanya..baju pink tu anak pakcik tu..ehem2..hahaha..kita org panggil dia hafiz sebab rambut mcm hafiz.. #adaciriciribakalmenantux? hikhik

ok sekian.tahun depan plan nak pergi lagi..eh?hahaha...okbai!kalau sempat nak BW la cam ni... (^_^)