Thursday, December 05, 2013

❤ Pray for them ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Sebenarnya hati ni agak sedih bila lihat keadaan saudara-saudara di tanah semenanjung ditimpa musibah. Walaupun niesa orang sarawak, tetapi tetap jugak prihatin dengan saudara seagama disana. Bila tengok kawan-kawan update pasal banjir, tengok gambar-gambar keadaan kat sana rasa macam nak menangis. Entah macam mana kalau niesa di tempat mereka. Kemana pergi pemimpin - pemimpin negara? Perhimpunan umno atau nyawa rakyat yang lebih penting? Ya Allah, semoga mereka semua tabah menghadapi musibah yang mendatang. Sama-sama lah kita berdoa semoga mereka sentiasa dilindungi Allah dan semoga semuanya selamat. "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul" :( T.T


Jambatan runtuh di Kemaman

tak pasti kat mana.. :'( :'(

Semoga sentiasa tabah wahai saudara-saudaraku...


Sumber gambar : PanduanIslam.com



#PrayforPahangJohorTerengganu

22 comments:

  1. semoga mereka yang terjejas akibat banjir ini akan tabah menghadapi dugaan yang diberi...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. isk...sedih bah niesa tgk mangsa2 banjir ni..terutama yg dukung anak2...pastu org2 tua..kesian tau..
    mana semua pemimpin???
    moga mereka tabah menghadapi ujian Allah ini..dan moga air cepat2 surut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sis..semoga semuanya beransur pulih..

      Delete
  3. Semoga Allah kuatkan semangat mereka untuk menghadapi ujian ini...

    ReplyDelete
  4. Siannye :( Dengan anak kecik lagi.. Moga tabah, sabar & terus berdoa. In Shaa Allah sentiasa dilindungi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kesian anak2 kecik tu..semoga mereka sentiasa dilindungi..amin..

      Delete
  5. ya allah bantulah sudara2 ku di sana.. permudahkanlah urusan mareka..
    ni kat parlimen gaduh mcm zoo..bkan nak tlong ke apa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal!bnda2 kecemasan cm ni boleh plak dorg pandang remeh.. semoga mereka dilindungi..amin..

      Delete
  6. kesiannya ;(..hope mereka tabah always..

    ReplyDelete
  7. kesian mereka kat sana..hnya doa yg mampu dititipkan dari kami disini. teruk jgk banjir smpai jambatan pun boleh runtuh.. semoga ada hikmah disebalik kejadian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InShaAllah..sama2 la kita berdoa kan? :(

      Delete
  8. :( Sedihnya!!!!
    Hm nik aziz ada ;) Hihihihi
    sabar jelah.

    "sunny days are sure to come" inshaallah amin!!! x

    ReplyDelete
  9. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..doakan semoga semuanya cepat berakhir

    ReplyDelete
  10. hanya mampu mendoakan keselamatan dorang dari jauh ermmm sedihhh :(
    semoga ada hikmah di sebaliknya...amin..

    ReplyDelete
  11. Kesian pada mangsa-mangsa banjir ni. Nak harungi hidup selepas banjir surut pun belum tentu dapat kembali seperti normal.

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum...niesa,

    sekarang nie musim banjir .. byk tempat banjir kan.

    msellim3

    ReplyDelete
  13. kita hanya mampu berdoa. kalau yang ada kudrat dan kelapangan mungkin boleh jadi sukarelawan. yg mampu dari segi kewangan boleh bagi bantuan. InsyaAllah ada cara untuk kita membantu.

    ReplyDelete
  14. mmg kesian tgk mangsa2 banjir tu... moga mereka tabah dengan ujian ini...

    ReplyDelete