Monday, December 30, 2013

❤ Penutup 2013 ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Lama sungguh niesa menyepikan diri bukan?haha. Rindu sangat dengan blog!rindu sangat nak blogging! Penutup 2013 yang penuh dugaan. 29 Dec 2013 Bintulu buat pertama kalinya dalam sejarah dilanda banjir yang mungkin agak teruk. Pertama kali ok. Jadi, kami yang tak pernah mengalami ni semua memang agak gelabah bila tengok air naik dalam masa tak sampai pun 1 jam. MasyaAllah! Memang sangat-sangat menakutkan. Dalam hati mula terfikir, mesti mangsa-mangsa kat pantai timur sebelum ni rasa yang lebih teruk daripada apa yang kita orang rasa. Jom layan gambar!

Depan rumah niesa air dah paras betis. Rumah niesa sedikit tinggi jadi tak la seteruk rumah-rumah jiran.




Kawasan perumahan yang lain.


Pusat bandar

Ramai juga yang terkandas kat sini

Sumber semua gambar dari kawan-kawan niesa dan juga facebook. Alhamdulillah banjir ni tak berpanjangan untuk dekat bahagian Bintulu la. Untuk bahagian-bahagian lain masih ada yang banjir. Semoga ini yang pertama dan terakhir buat penduduk Bintulu. Pray for us. Sebagai penutup entry niesa nak share 1 troll oleh iban's troll juga niesa dapat dari FB. 


Translate :
Menua sarawak sebedau kena bah : bahagian sarawak sebelum kena banjir
Menua sarawak sepengudah kena bah : bahagian sarawak selepas kena banjir
Appo indaiii! Bakani menua sri aman nemu anyut ke kapit kin? : bapakk makkkk! Macam mana bahagian sri aman boleh hanyut ke kapit sana???

Hahahahahaha...korang faham tak? Kesilapan tv3 apabila salah melabelkan salah satu bahagian di sarawak. Kalau korang perhatikan peta kat atas dan bandingkan yang kat bawah. Hahaha. Sekadar gurauan!jangan plak yg makan hati "semua orang buat silap" tapi sebagai media yang menyampaikan maklumat dorang kena lah berhati-hati dan memastikan maklumat yang diberi tu betul. Selalu je ada silap bila melibatkan borneo ni. Hahaha. Sekadar luahan perasaan anak jati sarawak. Peace no war! Okbai!xoxo




24 comments:

  1. kawasan ktk org okey kah? kmk dgr kawan2 mek pdah taman tinggi dgn assyakirin banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok..kmk di assyakirin nang banjir..huhu..nasib umah mek x teruk..kesian umah jiran..

      Delete
    2. yah,mok2 assyakirin banjir oleh parit besar nuju ke medan baru ya nak?

      Delete
  2. hahaha.. bila buka besar2 baru nampak kesilapan peta tu.. jauh sri aman hanyut ya? hehe.. ada jugak kawan kat bintulu update status semalam, x dpt balik rumah sebab banjir. terpaksa stay kat opis.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sory gmb kecik je..mmg blh dikatakan teruk la banjir semlm sbb hampir semua jalan jem sbb ada org cuma lawan arus...

      Delete
  3. Mudah2an diberi ketabahan & semoga tiada apa yg lebih memburukkan berlaku di sana.. aamiin..

    ReplyDelete
  4. Hahahha tv3 memang selalu salah ape dah~
    hehehehehhe.
    Patut lah kak niesa hilang pon huhuhu.
    Semogo Allah permudohke kak deh? Heheheheh.

    ReplyDelete
  5. Semoga bnjir surut dan cepat pulih ya niesa :)

    ReplyDelete
  6. ha..ha. tv 3 always tayangkan berita yg diputar belik.. ha.ha..
    semoga niesa baik dan tabah menghadapi dugaan yg dibri..ya terkejut jgak tgok di berita sarawak di landar banjir teruk ..moga2 smuanya slamat...

    ReplyDelete
  7. terbaikk la yunk, entry pengabisan. hehee. bella td nak cari translate. nsib baik niesa da buat kamus balairaya kat situ.. kelakar tgok peta tuu

    ReplyDelete
  8. Ya Allah.. moga banjir cepat2 lah surut ye niesa.. takut juga kan.. klu 1st time mengalami mmg panik & gelabah kita...
    erm! TV 3 sokmo buat silap.. kaji lah btl2 sblm menyiarkan apa pun...huhu

    ReplyDelete
  9. teruk juak banjir ya kak. salam takziah. harap2 saratok sik kenak. amin. urm, btw, lawak troll ya. dah tersebar dah. hahahahaha

    ReplyDelete
  10. Smoga beransur pulih.x faham .hehee.slmt thn baru niesa.

    ReplyDelete
  11. Teruk juga banjir kat Bintulu ya niesa..pic kawasan perumahan air banjir macam deras..ye..

    ReplyDelete
  12. teruk jgk banjir kat tempat kak Niesa.. semoga inilah yg pertama dan terakhir.ada barang rosak x?? . btw, selamat tahun baru yer kak ^^

    ReplyDelete
  13. melawat niesa..
    harapkan tahun 2014 memberi sinar baru kpada nisa atas musibah yg dihadapi..byakkan bsabar ok...

    klik2 inti.. :P

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum..niesa,

    wahh.. teruk jugak banjir nie... kat bintulu nie.,,

    mselim3

    pls: teruk gak kat taman perumahan niesa tu,..

    ReplyDelete
  15. Alamak, taktau pulak sana banjir T_T Hehe and kesilapan tu memang tak perasan kalau kak Niesa tak explain hehe

    ReplyDelete
  16. teruk juga ni...semoga semuanya membaik, alhamdulillah tempat ika kt melaka ni tak pernah lagi banjir...rumah ika pun atas bukit :)

    ReplyDelete
  17. Mudah2an diberi ketabahan & semoga tiada apa yg lebih memburukkan berlaku di sana.. aamiin..
    Selamat tahun baru niesa..
    semoga 2014 memberi lebih kebahagiaan kepada kita semua..... :D

    ReplyDelete
  18. hai niesa happy new year dear :)
    hehe patutlah n3 blog niesa tergendala..semoga ujian bah yg melanda di tempat niesa membawa seribu rahmat di sebaliknya..

    ReplyDelete
  19. IM pernah rasa juga dulu dan tak masuk rumah macam Niesa. Moga semuanya baik-baik belaka. Selamat tahun baru :D

    ReplyDelete