Monday, December 09, 2013

❤ Japanese Film Festival 2013 ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Ni cerita hujung minggu, baru nak update hari ni. Hihi. Hari sabtu lepas niesa pergi satu festival di UPM kampus bintulu. Niesa berminat nak pergi sebab tengok tentative program macam best je. Niesa tau pasal festival ni pun sebab ada kawan yang ajak pergi.


Tajuk event pun "Japanese Film Festival" kan? Mesti la kebanyakkan aktiviti kat situ dipenuhkan dengan tayangan cerita-cerita pendek dari Jepun. Interesting jugak la. Tapi niesa lebih berminat nak join demo dari dorang.  Tapi sayang niesa sempat join Yukata trial fitting je, yang lain-lain tak sempat sebab orang ramai gila berebut-rebut nak masuk. Hihi. Yang tu pun niesa orang terakhir yang dibenarkan sebab dorang dah nak mula tayang filem. Kesian adik-adik yang berbaris lama kat belakang niesa.Tiba-tiba rasa macam "akak-akak" pulak. Hiks. Sempat la snap beberapa gambar tapi tu pun kawan yang tlg snap guna fon dia. Tak sempat nk keluar kamera sendiri sebab semua orang nak cepat. Sabar je laaa..




Ada bodyguard. Hihi.

Agak seronok jugak la event tu. Minah jepun tu pun cantik, comel je. Niesa ucap thank you automatik ikut gaya dorang jugak tunduk-tunduk. Kelakar pulak. Hahaha. Tak banyak gambar nak kongsi, tu je la setakat ni.heee.. Okbai!xoxo






23 comments:

  1. cantik nye die..haha. jepang2 gitu =)

    ReplyDelete
  2. Wahhhhhhhh japanese girl meh ~ :p
    hihihihihi untunglah cantik ye kak niesa ihihihi
    tapi gambar tu blur sikit T_T

    Tp festival luar negara sgt cantik :D
    Teringat pulak pergi festival mknn thailand pastu ada muaythai sekali hohoho sgt encem :p heheheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..mmg agak blurr sikit sbb guna fon kwn..hihi..akak pn teringin!best bleh tgk budaya luar.

      Delete
  3. seronok dapat try pakai baju tu :)

    ReplyDelete
  4. hai niesa..
    so sweet..alah2 gegel jepun giteww...pakai kimono jalan kena slowly n mulut kena kuncup right kan dear hehe..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg xleh nk jalan laju2 kak roha..ketat kot..terkedek2 jalan..hehe..btl2!

      Delete
  5. salam niesa ..alamak bestnye g festival mcm ni..dapat blajar budaya baru..

    ReplyDelete
  6. whoaaa, best nye.. untung niesa dpt pegi :) kalau dekat, qaqa dah pegi dah. hehe

    ReplyDelete
  7. Wahh..best lah niesa..klu kak pun mo pegi ni..bestnya dpt test baju nya tu..hehe. .comell niesa...

    ReplyDelete
  8. Wahh seronok leh try kimono! :)

    ReplyDelete
  9. niesa pun macam rupa org jepun putih melepak hehe

    ReplyDelete
  10. owh...ade ek, japanese filem festival camni..niesa pun dah nampak macam japanese..hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. wah!!seronoknya dapat pakai kimono..anyway, u look beutiful wearing that sis!macam orang korea!! :)

    ReplyDelete
  12. amboi Niesa, ingatkan minah jepun mana tadi pakai kimono pink tuh..mcm org jepun daaa :P, bestnya ada pulak festival mcm ni kat situ..kat tempat sy bila lah pulak yer ..huhu

    ReplyDelete
  13. hhee. sine ya? kmk keja pun ada budaya tunduk2 ya -.-''

    ReplyDelete
  14. comel pulak kimono kaler pink tu... sesuai ngan tuan yg pakai tu...

    ReplyDelete
  15. Malangnya Nad tak layan sgt Jepun. Tapi teringin jugak nak pakai pakaian diorang hehe :p

    ReplyDelete
  16. Menarik event ni. Saya tertarik dengan tayangan filem Jepun tu sebab memang minat dengan filem-filem international ni. Dah muak la layan filem Hollywood je.

    Anyway, Niesa pakai kimono tu dah macam orang Jepun je pulak gayanya. Hehe.

    ReplyDelete
  17. konichiwaaa ^^ hehe entah betul ke tak apa yang tasneem cakap ni :p

    ReplyDelete