Tuesday, December 10, 2013

❤ Al kisah petang tadi ❤

Assalammualaikum dan selamat malam,

Tajuk entry pun dah tahu kan niesa nak cerita apa? Kisah petang tadi beberapa jam sebelum balik. Petang tadi ada buat entry mood melayang-layang, dan petang tadi fikiran betul-betul melayang entah kemana. Mula hilang focus. Kisahnya....

1. Sebelum balik kerja, termenung seketika. Ntah apa dimenungkan niesa pun kurang pasti sambil tangan sedap je dok gulong-gulong kertas. Tiba-tiba kertas tu terkena kat muka ni. Adoi! Calar dan luka ok. ~_~

2. Masa balik kerja, dah keluar ofis naik moto before nak start moto lupa, charger tertinggal. Masuk office balik dengan penuh kesopanan dan keayuan. Dah kat dalam office sibuk tengok ada lagi tak barang tertinggal sampai lupa yang niesa tak tarik pun kunci moto tadi. Biar je kat moto kat luar office. Pandai x niesa? Nasib baik la orang-orang tak perasan. ~_~

3. Sampai umah bukak baju kerja sebab nak solat. Nak g toilet bubuh baju dalam bakul. Tiba-tiba mak jerit. "Niieesaaaaa! Kenapa letak baju dalam bakul sampah!" Terus terkejut. Eh, letak baju dalam bakul sampah ke tadi? Haah laaa.. ~_~

4. Dah masuk toilet nak ambik wudhuk, bukak paip. Tutup balik dan keluar sebab tak buang make up lagi. ~_~

Nampak tak hilang focus di situ? Hari ni asyik nak bermenung-menung je keje. Sampai semua benda tak kena. Tapi apa-apa pun niesa bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan-kawan blog yang banyak bagi nasihat dan bagi sokongan. Walaupun cuma kenal di laman sesawang ni dan belum pernah bersua dengan semua orang tapi rasa macam satu family. Niesa pun tak sanggup nak balas komen-komen dari kakak-kakak,adik-adik dan abang-abang semua sebab confirm akan meleleh air mata ni. Semoga ukhuwah yang kita bina di laman ini berkekalan. Sayang semuanya.xoxo.


16 comments:

  1. otak melayang-layang sampai kemana huh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa2 nya sampai ke korea kot..aha!

      Delete
  2. kenapa niesa.. sampai x focus.. ok saya wish utk date esok 11/12/13 something magical will happent!! ha.ha.. kurafat sikit malam2 ni.. ok chill ya semoga esok lebih baik dripada smalam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i hope so!sbb hari ni tarikh sgt cantik kan..hehe..thank you so much sobri..

      Delete
  3. wahh...lari betul focusnya...tadi time training memang facilitator sy kata pompuan memang selalu hilang fokus especially yang bekerja..mungkin ini salah satu contohnya..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh yeke?haha..terus dpt contoh kat sini kan?hee..

      Delete
  4. kena ni niesa.. otak2 melayang x focus..
    semoga esok lbih baik drpda semalam

    ReplyDelete
  5. Sabar Niesa.. bahaya juga tau klu terlalu memikirkan ni...takut..niesa kan bawa motor, berhati2 tau..take care sis.. insyaAllah akan ada jalan penyelesaiannya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah sis..mudahan ada jawapan penyelesaiannya..thank you so much kak atie! <3 u

      Delete
  6. hati-hati niesa..hilang fokus ni bahaya..semoga semuanya baik2 ye..

    ReplyDelete
  7. Ameen! Inshaallah <3
    Hihihihi masukkan baju dlm bakul sampah tu kenapa kak niesaaaaaaaaaaaa hahahaa

    but!!!!
    Take a good care if urself <3

    ReplyDelete
  8. akak pun xprasan mcm mana boleh letak dalam bakul smpah pulak..haha..thanks darl.. u too ok.take a good care.. :)

    ReplyDelete
  9. kesian kak niesa, penat sangat kot sampai hilang fokus.. ape-ape pun, hati-2 ye jngn memudaratkan diri.. hehe.. take care kak niesa.. :)

    ReplyDelete
  10. hilang fokus biasa terjadi bila nk period atau tengah period, CN kadang2 sampai melalut masa mengajar sebab hilang fokus, selamat student tegur, kalau tak ajar ajaran sesat jadinya ! hehe

    ReplyDelete
  11. haha lawakk sangat. nasib baik motor orang tak curi. haishh, kadang kadang tasneem pun pernah jadi macam ni jugak. hilang focus, terutama dalam kelas. ihik asyik tidoq ja. hahaha lecturer pun dah lali dengan tasneem -.-'

    ReplyDelete