Friday, November 01, 2013

❤ Rindu Laksamana Sunan ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi..

Baru hari ni ada kerajinan sikit nak update entry. Sebelum ni rajin nak blogwalking je. Siapa kat sini peminat RAM?ada tak yang mengikuti perkembangan kisah laksamana sunan kat sini?setelah sekian lama niesa merindui laksamana sunan dan sekarang dah ada novel baru tajuk "Magis" yang menghidupkan balik watak sunan ni. Tapi novel Magis ni bukan sambungan dari kisah-kisah dia sebelum ni.


nak tau sinopsis novel tu bacaI SINI. Niesa tak habis lagi baca novel ni sebab bila mula baca je mula lah menguap dan terus rasa nak lelap. Sejak dah kerja ni jiwa membaca kelauttttt. Hihi.

 

Ni pulak koleksi novel RAM yg niesa ada. Semua pasal Sunan je dan yang bersambung2. Novel pasal Laksamana Sunan ni 'Bagaikan Puteri', 'Cinta Sang Ratu', 'Hijab Sang Pencinta','Cinta Sufi', 'Sutera Bidadari' dan last sekali 'Sunan Musafir'. Kisah perjalan hidup Laksamana Sunan ni sangat-sangat menarik sebab kisah hidup dia dari kurun ke15 dan dia ke alaf21. Selain tu, cerita dalam ni bukan hanya menekankan cinta kepada manusia dan sekalian makhluk,tapi paling penting kepada Pencipta iaitu ALLAH. Memang sangat terbaik la novel thriller ni.

Untuk novel Magis, ada kisah manis disebalik novel tu. Bukan manis sebab jalan cerita dia. Novel Magis tu hadiah "Pak Gad" kpd niesa. hihi. Surprise ok!al-kisah, alang-alang dia dah g jalan-jalan kat mall niesa mintak tolong tengok dah ada tak novel Magis tu kat Popular sebab sebelum tu niesa tanya tak ada. Pastu dia pun cakap tak ada. Agak kecewa sebab memang dah lama tunggu novel tu sampai. Malam tu keluar dating tiba-tiba dia keluar kan novel tu. Rasa macam!eiiii!geram + happy + suka sangat! haha. Dia cakap kalau dia cakap ada mesti niesa terus g beli. Kalau dia beli dan niesa beli nanti membazir pulak ada 2 novel. Hihi. Keluar dari tajuk entry.Jangan maraaa haaa.



Apa-apa pun salam jumaat. Kepada yang tak bekerja esok, selamat berhujung minggu! Bagi yang bekerja macam niesa, sabo je lah. Hihi. Okbai!



26 comments:

  1. akak peminat RAM dan ada semua koleksi cerita laksamana sunan tau..memg best sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..sama la kita!suka sgt baca pasal laksamana sunan ni..

      Delete
  2. Salam Jumaat Nisa...erm! masa sekolah dulu rajin juga baca karya RAM ni...skrg ni dah kurang membaca...uhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. niesa pn dah kurang membaca sekarang kak..tak tau la kenapa makin hari makin malas lak nak baca2 novel ni..

      Delete
  3. Sebenarnya belum pernah baca buku beliau. Ingat bila dah ada duit nanti, baru nak beli semua sekali gus. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa...baca la dr bagaikan puteri..mmg best giler! ;)

      Delete
  4. Salam jumaat niesa.akak pernah baca novel RAM.best juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan..tp niesa minat novel pasal laksamana sunan je la kalau RAM punya novel..hehe

      Delete
  5. x minat la pulak baca novel ni niesa.hehe..Last sekali bca novel tu pun masa time skolah dulu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. niesa dulu x minat..tp masa skolah kwn2 suka baca novel..terus jadi minat..ni la pengaruh rakan sebaya org kate..hehe

      Delete
  6. Assalammualaikum...niesa,

    banyak nyer novel... boleh habis baca ker?...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..novel lama semua dh habis baca dah..novel magis je xhabis2 lg..hehe

      Delete
  7. Novel ram tu =) minat juga bca sinopsis novel ram ni..tp xpnh pn beli novel hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. sll org ckp lelaki xminat baca novel..tp ada sesetgh kwn lelaki niesa suka baca novel ram ni..novel lain dorg mcm x je..hehe

      Delete
  8. Oh RAM ni. Qila ingat sape hheheheehhehe qila tak minat :(((
    umie je hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAM atau ramlee awang murshid..hehe.. :)

      Delete
  9. peminat Ramlee Awang Mursyid jugak ea ... buku ni belom sampai ke library lagi, kalau lmbat lg sampai memang nak beli ... heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat karya dia pasal sunan je..hehe..sbb tu sanggup cari... :)

      Delete
    2. jalan cerita yg menarik, sbb tu ske baca ... heee

      Delete
  10. Novel-novel Ramlee Awang Murshid ni, kalau dijadikan filem, mau jadi filem epic macam LOTR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!cuba la ada penerbit yg sanggup wat filem utk crita ni..mesti best!

      Delete
  11. mesti seronok membaca kalau peminat RAM kan..enjoy your reading :)

    ReplyDelete
  12. Rajinnya baca novel. Bagus2.
    Salam Maal Hijrah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin ckit je..hehe...salam maal hijrah EH!.. :)

      Delete