Sunday, September 29, 2013

❤ C.I.N.T.A ---> tiba-tiba ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Rajin pulak nak update blog ye sekarang ni. Kihkih. Hari ni perasaan agak terganggu sebab perkara malam tadi. Selama ni dalam banyak-banyak benda yang niesa takut dan kalau boleh nak sangat elakkan dah terjadi dalam hidup niesa. Niesa orang sarawak dan sekarang ni hati dah terpaut dengan ore kelate. HAHAHA. Kita orang memang serius dalam hubungan ni dan kalau boleh memang merancang untuk lebih jauh. Tapi kita merancang Allah menentukan segala-galanya adakah dia jodoh niesa. Cuma sekarang yang merunsingkan niesa ialah penerimaan keluarga dia. Dia cakap malam tadi KEMUNGKINAN BESAR ok. Bukan 50-50. Kemungkinan besar yang family dia mungkin menentang hubungan kita orang. Yela, niesa kan orang sarawak, jauh kot. Tapi niesa dah bagi tau dia siap-siap, yang niesa sedia ikut dia balik kampung dia kalau nanti satu hari dia terpaksa berpindah. Tapi sekarang tak risau pasal tu sebab dia baru je posting kat bintulu ni. Rasa macam tak sabar nak tunggu bulan 11 sebab nak tau apa jawapan family dia. Terima atau tidak. Restu atau tidak. Semua itu menakutkan ok! dalam banyak-banyak perkara benda itu sangat-sangat la merunsingkan. Tapi, niesa berserah pada jodoh. Jodoh itu kan rahsia Allah. Doakan niesa ye korang.

❤ Mood tak menentu sebab angau + rindu + risau + segala-galanya. HAHAHA (rindu sokmo). Pas ni niesa kena belaja kecek kelate. Jadi saing-saing  ore kelate buleh la tunjuk ajar ke ambo ni ye. hihi. jangan marah saya budak baru belajar.

Entry sebelum ni ada cakap pasal Pak Gad. Azimah a.k.a ayi ada tanya kenapa Pak Gad. Jawapan ada kat bawah ni.hihi

sumber : Encik Mimpi
Dia kata nak jadi Pak Gad saya sebab yang tu luar biasa, yang lain-lain tu dah biasa di dengar. heee


Blog sendiri jadi bubuh gambar sendiri. Ni gambar kat waterfront gak. Macam dah jadi port utama melepak plak.hihi.

okbai!(^_^)

17 comments:

  1. so sweet ..:)..hopefully ktk dua bkekalan.btw cute pic :D

    ReplyDelete
  2. wah..wah..so sweet lah sis... mudah2an tiada halangan..doa jak pd Allah moga semuanya di permudahkan... sama lah kak dulu, mula2 mcm ada halangan..last2 semuanya OK.. jadi lah babah Pa'e org Melaka...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wuaaa..mudah2an juga la kak kan...amin2.. no wonder raya balik sana... :)

      Delete
  3. shark harap korang berdua dipermudahkan segala urusan,
    jauh bukan halangan,
    kalua dh suka dan ready apa salahnya.
    gud luck ok.

    ReplyDelete
  4. Salam,niesa..semoga yang terbaik untukmu..kadang2 kita suka sesuatu perkara tu tapi belum tentu baik utk kita kan? Allah Maha Mengetahui . jangan lupa istikharah,minta Allah tunjukkan yang terbaik untuk niesa dan dia..

    saja nak cerita sikit kat niesa,act abg kite pernah fall in love dengan orang sabah,then mak kite tak bagi lalu dicarikan orang kelate untuk abg kite.huhu.tapi diorang tetap okay dgn keputusan tu sebab bagi diorang restu family tu penting..apa2 pun harap niesa tabah dgn apa2 jua keputusan yang dtg. All the best dear =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, InShaAllah cendol..niesa redha kalau dia bukan jodoh niesa mungkin ada yg lebih baik..thanks utk perkongsian tu..ye, restu family sgt penting lagi pun syurga lelaki di bawah tapak kaki ibu kan?..doakan niesa ye..thank you so much yang.. :') :')

      Delete
  5. honestly hana bgtau, kebanyakan org kelantan mmg fmilynya suruh cari org kelantan gak..

    kalau jodah kuat tak kemana juga..niesa pun dah bersedia nak ke kelantan kan jadi ok lah kalau cmtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..tu la hana..xpe..niesa dh bersiap sedia kalau sememangnya ditakdirkan dia bukan utk niesa.. :')

      Delete
  6. kalau dah jodoh,jarak tak jadi halangan.:)

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum,...niesa,

    Insaallah kalau dah jodoh x kemana kan... janji usaha dan bertawakal lah bebanyak kepada-Nya. Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita akan dikembalikan kan... pasrah kan lah dirimu bulat2 kepada Allah bukan kan rezeki,jodoh,mati dan berpisah semua itu adalah urusan Allah . Berdoa2 lah bebanyak.. disamping berkawan tu jaga batas2 pergaulan k.

    mselim3

    pls: anggap lah ini nasihat seorang abang kepada adiknya...k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..InShaAllah..niesa akan pasrah dan redha dgn setiap ketentuan..terima kasih byk2 utk nasihat tu..niesa sgt2 menghargai..thanks again.. :')

      nota hati : rasa mcm nk nangis lak baca komen ni..terharu.... :(

      Delete
  8. moga jodoh kuat sentiasa..
    insyaallah, kalo kita ikhlas Allah akan bantu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InShaAllah amin..thanks kak anna.. :)

      Delete