Monday, December 31, 2012

❤ Entry terakhir utk tahun 2012!! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Hari ni merupakan hari Isnin terakhir utk tahun 2012.. wuaaaa!dah nak masuk tahun baru dan umur pun akan meningkat. no more zaman remaja! jadi dengan kesempatan yang ada niesa nak update blog cepat2 memandangkan niesa ponteng hari sabtu lepas jadi kemungkinan kerja yang banyak adalah 97.89%!padan muka sapa suh ponteng kan..hehe

Sejak kebelakangan ni niesa jarang nak menjenguk blog-blog kawan-kawan dan belum ada masa nk membalas kunjungan..busy!busy! dan busy!hahaha..busy la sangat ye..nanti kalau ada masa niesa melepak kat rumah korang tu okey!hari ni entry pendek je sebab taknak melepaskan hari terakhir untuk tahun 2012 ni..hehe..jadi macam biasa la ye..tahun baru, azam baru, kehidupan baru agak-agak nak boypren baru boleh tak?searchingggg...tett!tett!tet!tettttttttt.....hhahahahaha...macam biasa blog sendiri letak gambar sendiri.okbai!


"House of healty Foods" pekena Laksa Sarawak tu yang healty sgt..hahaha

Wednesday, December 19, 2012

❤ Wordless Wednesday : Cara Merehatkan Minda Gaya Saya ❤



* Perisa Kegemaran *


okbai!(^_^)

Tuesday, December 18, 2012

❤ Hadiah Dari Acik! ❤

Assalamualaikum dan selamat petang!

Hari ni barang yang acik kirim dah sampai..cantik sangat!paling niesa suka keychain love kaler PINK.. semestinya gila pink ok..hahaha..nak tahu kenapa niesa dapat hadiah dari acik? Sila baca SINI. Thanks a lot acik yang cantik!much love.. xoxo.. (^^,)

cantik kan hadiah dari acik.. (^_^)

Monday, December 17, 2012

❤ Menjelang Tahun 2013 ❤


Assalamualaikum dan selamat petang!

Memandangkan tinggal 14 hari lagi sebelum menjelangnya tahun 2013 niesa tiba-tiba duk termenung dan berfikir..untuk tahun 2013 ni apa pulak azam niesa.. apa yang niesa cuba capai untuk tahun 2013 atau apa yg niesa cuba ubah untuk tahun 2013..Kalau di ikut rasa hati memang terlampau banyak.. tapi untuk tahun 2013 ni nanti niesa berazam nak beli Samsung Galaxy note 2..eh!tersasar plak azam..tipu ok..mungkin azam tahun depan nak menjadi seorang wanita yang jiwa nya sangat kental..tak de nak sensitip2 dah.. dan yang paling penting azam niesa nak tolong mak ayah niesa!tu paling penting.. yang kedua penting macam yang niesa cakap nak jadi perempuan yang kuat!bukan kuat dari segi fizikal.. tapi dari segi mental dan emosi.. kalau nak listkan satu2 azam memang banyak.. hahaha..

Niesa doakan semua azam untuk tahun 2013 kawan-kawan niesa tercapai.. amin!




notahati : ketidaksabaran menunggu untuk Majlis Konvokesyen Politeknik.. laamaaa gilllerrrrr!niesa habis hujung bulan 4 2012 dan konvo 2013 tidak pasti bulan berapa..haadoiii....saabbaa je la...

Friday, December 14, 2012

❤Layanan buruk dibalas dengan kemenangan! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Tetibe tajuk entry hari ni panjang lak kan..bukan apa ketidaksabaran nak tunggu game malam ni..game penentu sama ada Malaysia layak utk beraksi ke final atau pun tidak. Berbalik kepada tajuk skuad HM mendapat layanan buruk daripada Thailand.. Cuba tengok gambar-gambar yang niesa curik dari page Malaysia Soccer News nih..

Padang ke ni?


nak buat persalinan pun tak ada tempat ok??


cuba korang komen.. apa sebenarnya agenda pihak lawan?nak menjatuhkan semangat HM?


Biar lah dorang layan kita dengan buruk sekali pun.. layanan buruk dibalas dengan kemenangan.. Allah kan Maha Adil..

Biarlah bersusah payah berlatih dekat padang yang penuh ngan lopak dah macam bendang dah tu..bak kata pepatah berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..
Kepada Skuad Kebangsaan selamat berjuang menentang Thailand mlm ni..kepada semua rakyat Malaysia.. Jom kita ramai-ramai bagi semangat tak kira la kat mana kita berada.. "Tanah Tumpah Darahku!" jangan lupa saksikan perlawanan PUKUL 8 Malam ok..hahaha..GO HARIMAU MALAYA!!

Saturday, December 08, 2012

❤ Makanan orang Sarawak ❤

Assalammualaikum selamat pagi!

Tiba-tiba pagi ni terdetik nak buat entry pasal makanan sarawak plak..dulu post entry pasal buah-buahan..dah baca?tekan SINI. kali ni nak memperkenalkan makanan-makanan yang ada kat sarawak.. mungkin bukan kat sarawak je ada kot.. dan mungkin dekat sabah pun ada cuma nama nya berlainan.. ampun kalau salah!hehe

Gambar yg pertama ni nama dia "Ayam Pansuh"..mesti korang tau kan.. dalam tv kan ada..ayam yang dimasak dalam buluh.. orang dulu-dulu mana ada periuk belanga segala jadi dorang masak la dalam buluh dan rasanya memang lain sedikit la daripada yang di masak dalam periuk tu..

sumber : SINI


yang ini pulak ialah "Linut" atau "ambuyat" kat Sabah pun ada ni tau.. linut ni rasa dia tawar-tawar sikit.. kena  cicah dengan sambal belacan baru la terasa kenikmatannya..linut ni bukan di makan dengan nasi .. agak pelik bila di makan dengan nasi..hahaha.. dimakan dengan lauk pauk macam sayur midin ke or sayur keladi.. yang penting linut ni tak dapat di kunyah.. korang kunyah la brapa jam pun xkan dapat.. kena telah terus.. sedap!



sumber : SINI

Next, sayur midin.. sayur ni memang popular kat sarawak.. kalau niesa lebih suka makan kerabu midin daripada sayur midin goreng belacan.. tak tau la kenapa.. 

sumber : SINI

"Umai" ialah ikan mentah yang di hiris halus-halus lepas tu buh garam sikit, aji skit, bawang merah, cili, air limau dan apa lagi ea?niesa pun xpasti sebab niesa tau makan je.. hihi.. niesa paling suka makan bila ayah niesa sendiri yang buat.. perggh!terliur la pulak.. umai ni di makan dengan sagu atau pun tupik.. dua lagi makanan yang berbeza.. sagu dia agak lembut dan tupik agak keras dan size nya lebih kecik daripada sagu..

sumber : SINI

dalam banyak-banyak makanan yang kat atas niesa punya favourite ialah umai dan kerabu midin.. dan yang paling-paling niesa suka sangat makan..semestinya "Laksa Sarawak" buatan ayah niesa...perggghhhH!!! kalau makan memang tak ingat dunia..sedap giloosss...ayah niesa ni kalau bab masak macam laksa dan umai dia memang terer..

sumber : SINI

eh!lagi satu makanan yang niesa lupa..!!"mee kolok" atau "mee sapi" jugak makanan yang sangat-sangat terkenal di sarawak.. kalau korang datang sarawak rugi tau tak cuba mee kolok ni..


Perut niesa dah "berjamming" bila cerita pasal makanan nih.. mengidam la pulak nak makan otak-otak...ok!out of topik..hehe.. semua gambar yang kat atas bukan kepunyaan niesa.. jadi niesa dah linkkan blog yang punya gambar tu kecuali gambar mee kolok..tu niesa sendiri tangkap..hihihi..jadi kawan-kawan semua.. Jom la datang sarawak! (^_^)


Nota Hati : Niesa dan sorang lagi blogger Cik Keyrah akan buat 1st GA..dan kita orang akan bergabung dan berganding bahu utk melaksanakan Giveaway pertama kami..hehehe..tunnggguuuuuu!!

Wednesday, December 05, 2012

❤ Worless Wednesday : Tanda merindui PoliKu ❤



translation :
myrot : Ada perjumpaan asrama kt dewan mlm ni...
Niesa : Ok..awk pg?
Myrot : Pg la..gila x pg..ada spotcek oi..
Niesa : Yeke?ok2..sembunyi tmpt masak(korg panggil apa ea?tmpt yg kita guna utk masak tu..dapur gas ke apa?xtau..hehe) dlu baru pg..pakai baju kamsis kan?
Myrot : itu la kan..dah la sy xmandi lgi nih..asal ada test or quiz mesti ada perjumpaan mlm2 cm ni...awk    bawak buku x?
Niesa : Tu la..nasib baik saya dah mandi awl..sy bawak note je..xnak la bawak buku..

#hehe..dah macam bukan wordless wednesday la pulak..xpaham sila tanya..TQ.. ^_^