Friday, November 30, 2012

❤ Jom kongsi nama buah! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!

memandangkan sekarang ni musim buah.. tiba-tiba terfikir adakah semua nama buah kat tempat kita diberi nama yang sama dan adakah semua tempat ada buah yang sama.. jawapan nya mesti tak semestinya kan? entry kali ni niesa nak berkongsi sikit pasal nama-nama buah atau jenis-jenis buah yang ada kat sarawak!sebelum tu dalam bahasa melanau buah = Ong.. hehe

buah yang pertama..buah ni dia tak ikut musim kot..cara nak makan dia kena rendam dulu dengan air panas.. kalau dah lembut sikit isi dia baru leh makan..sebelum makan kena gaul ngan sedikit garam baru la sedap.. boleh di makan macam tu je ataupun makan dengan nasi..inilah buah DABAI!rasanya kat sarawak je kot ada..sori kalah salah!hehe

sumber : SINI

Untuk buah yang kedua, Buah Pakan. Buah ni lebih kurang macam durian.. tapi isi dia warna jingga kemerahan pastu agak keras sikit dari buah durian..buah ni ikut musim macam buah durian gak la..tapi buah durian lagi sedap dari buah ni..hehehe

sumber : SINI

Seterusnya buah terap..haa.. buah ni niesa tak pasti hanya ada kat sarawak atau pun semua orang tau pasal buah ni.. kadang2 ada orang panggil buah ni buah Lumok..buah terap ni salah satu niesa punya paberet.. sangat-sangat sedap bila isi dia putih dan besa..perggh!selain isinya boleh dimakan.. bijinya pun boleh dimakan tapi kena goreng dulu..goreng kering la..kt bawah ni la gerangan buah terap ni..

sumber : SINI

Buah yang satu lagi ni niesa tak pernah makan.. tapi tu paberet ayah niesa..nama buah tu eng-ka-lak.. kena sebut betul-betul tau..hahaha..cara nak makan lebih kurang macam buah dabai tadi.. rasanya niesa tak tau la kan macam mana..kena tanya ayah niesa dulu..hehe..

sumber : SINI

Ada macam-macam lagi kot buah yang niesa sendiri pun tak tau namanya.. makan je tau..hehe..kalau kat tempat korang ada tak buah-buahan yang pelik?jom kongsi!

Monday, November 26, 2012

❤ Kenapa Perempuan Minat Bola? ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Memandangkan sekarang ni musim Piala Suzuki AFF..jadi topik pun bola la kan?walaupun Malaysia kalah malam tadi.. harap Malaysia akan terus bangkit menentang Laos Rabu ni..

Lelaki dan bola sepak memang dah sebati dari dulu-dulu lagi kan? memang tak de la yang nk dihairankan.. tapi bila disebut Perempuan dan bola sepak mesti ada sesetengah kaum Adam diluar sana akan berfikiran negatif.. maksud niesa bila seseorang perempuan tu minat kepada bola sepak. Macam tu la gak yang terjadi kat diri niesa ni.. yang mengutuk nya bukan orang lain.. kawan-kawan lelaki sendiri gak.. "Alah, ko perempuan.. apa ko tau pasal bola-bola ni.. yang ko tau terpekik terlolong tengok bola.." memang tak di nafikan perempuan ni bila tengok bola mula la tak pandai diam kan.. namanya dah PEREMPUAN.. tapi tak semua kot.. "Perempuan ni bukannya nak tengok bola pun.. saja nak tengok pemain-pemian hensem kat dalam padang tu.." Perempuan tarikannya mesti la lelaki.. Lelaki mesti la tarikannya Perempuan.. tak payah nak kata perempuan je.. Lelaki pun sama.. kebanyakkan kawan-kawan lelaki niesa akan judge niesa macam tu..

Kadang-kadang kita tak tahu kenapa seseorang tu akan minat sesuatu.. tak kan la minat sesuatu tu tanpa ada yang mendorong kan? sejak niesa berumur 7 tahun niesa dah didedahkan oleh ayah niesa dengan dunia bola sepak ni.. jadi sekarang niesa nak salahkan ayah niesa la ye sebab sekarang niesa minat giler ngan bola sepak ni.. cam tu?dalam adik beradik niesa yang ramai tu hanya niesa sorang je yang aktif bersukan.. niesa pun tak tau kenapa.. dulu masa kecik-kecik ayah niesa memang selalu bawak niesa g teman dia main bola.. kalau dia ada game niesa la anak perempuan yang akan pegi teman dia.. jadi pom pom girl la katekan.. hahaa..  masuk je sekolah rendah.. niesa pulak jadi tomboi, pegi padang men bola ngan lelaki sampai kena kejar ngan mak guna rotan.. hahaha..rambut dah pendek.. hitam plak tu.. memang kena la.. bila dah meningkat remaja sikit orang-orang tua selalu bising perempuan tak manis main bola.. jadi niesa beralih arah kesukan-sukan lain macam sofbol, hoki dll..............................

DAN sekarang!niesa dah jadi fanatik gila dengan Pasukan Malaysia a.k.a Harimau Malaya..tapi takde la taksub sangat tengok dorang.. niesa tak sokong sangat pasukan ikut negeri sebab bagi niesa nanti timbul pulak perasaan tak puas hati.. lebih baik sokong Malaysia yang merangkumi semua negeri tak kira Sarawak ke, Sabah ke, Selangor mahupun Kelantan..(walaupun pemain sarawak takde main utk skuad kebangsaan ni..) dan malam tadi agak tak suka tengok komen2 negatif penyokong Malaysia disebabkan kekalahan 0-3 menentang pasukan Singapura.. kalah menang adat bertanding.. (akui game malam tadi agak hambar) tapi tak payah la nak mengutuk macam kita ni HEBAT sangat.. kalau kita hebat kenapa bukan kita yang bermain untuk Malaysia kat padang tu? kenapa bukan kita dan kenapa mereka???jadi kesimpulannya TERUSKAN MENYOKONG SKUAD KEBANGSAAN KITA..GO HARIMAU MALAYA!!

nota hati : entry ini hanyalah luahan hati niesa dan bukan untuk menimbulkan kontrobesi..haha.. peace no war.. aaauuummmm!!(^_^)

Tuesday, November 13, 2012

❤ Mission over target! ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Entry kali ni pasal misi niesa untuk menaikkan berat badan..whuahuahua..untuk mendapatkan berat badan yang ideal.. niesa telah melaksanakan satu misi untuk menaikkan beberapa kg berat badan niesa ni.. pelbagai cara telah digunakan dan antaranya

1. Makan dengan banyak
sumber : SINI

2. Makan coklat banyak-banyak

Sumber : SINI

dan kesannya ialah.. 

Sumber : SINI

over target la pulak!!hahaha...sekali naik 5kg daaa!kira ok lagi la kot..masih boleh lagi menikmati kit kat.. kalau x terpaksa la beralih kepada choki choki..hehe..kepada kawan-kawan diluar sana.. jangan tiru aksi ini..peace no war.. (^_^)

Wednesday, November 07, 2012

❤ Wordless Wednesday : Gudluck Harimau! ❤


Sumber : SINI

Saturday, November 03, 2012

❤ Kemalasan ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Malas adalah sesuatu perasaan dimana seseorang akan enggan melakukan sesuatu kerana didalam fikirannya sudah memiliki sesuatu yang negatif atau sudah tidak mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu perkara.



Hambik!tetibe je..semenjak dua menjak dan tiga menjak ni penyakit M dah semakin merebak keseluruh urat saraf otak..setiap pagi asyik rasa berat untuk pergi kerja..adakah disebabkan niesa tak enjoy semasa bekerja dan adakah niesa tidak menyukai pekerjaan niesa sekarang?atau adakah disebabkan kebosanan semasa bekerja sebab asyik-asyik bersembang dengan PC, meja dan kerusi yang sangat memahami jiwa dan raga niesa..?haiiss...tak habis-habis dengan keluhan..inilah kesannya bila kita seorang yang aktif tidak kira aktif dari segi mulut dan segala-galanya tiba-tiba mati kutu keseorangan membuat kerja di opis yang sangat lah menyeramkan ini..

Sekarang ni nak update blog pun tak ada idea sebab otak dah beku..game Angry Bird jugak yg syok layan di kala kebosanan yang melampau bila takda kerja..weeeeee~~ cita-cita untuk menjadi blogger tegar sudah lama terkubur dan semakin hilang dimamah usia..(tiba-tiba rasa macam tengah buat karangan bahasa melayu... apa kah?)

Masa tengah update blog ni, tiba-tiba terdengar satu suara yang agak menyeramkan..rupanya.....


perut niesa jamming rupanya..patut la pelik je..hahaha..dalam otak terus keluar awan-awan dan nampak..


semakin rancak perut-perut ni jamming tengok makanan kedai atok..dem~

cukup la setakat ni..terlebih idea la pulak..ngihihihi...sebelum niesa undur diri untuk entry yang tersangat la bosan ini..izinkan niesa menyampaikan satu ucapan kepada Harimau Malaya..

Semoga berjaya untuk perlawanan malam ni!!tak sabar nak tengok harimau beraksi..Go Malaysia! aaauuummmmmmmm!!SELAMANYA HARIMAU MALAYA..(maaf kalau terlebih eksited..)


Terima kasih sudi baca sampai habis.okbai!