Thursday, October 25, 2012

❤ Salam AidilAdha buat semua! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Dikesempatan ini niesa nak ucapkan Selamat menunaikan ibadah Qurban bagi semua umat Islam diseluruh dunia.. bagi yang nak balik kampung tu.. berhati-hati di jalan raya.. pandu cermat jiwa selamat dan ingatlah orang yang tersayang..tak sabar nak makan banyak esok!hee~ Salam AidilAdha! (^_^)


Sumber : SINI

Thursday, October 18, 2012

❤ Pagi yang menggeramkan!! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Pagi ni tak terfikir pun nak update blog tapi disebabkan perasaan geram dan marah yang amat-amat niesa rasa nak hamburkan kemarahan ni kat blog. huh! *mood marah*

Korang mesti nak tahu kenapa niesa pagi-pagi nak marah kan?tadi masa otw nak g kerja.. ada satu kereta saga hitam.. dia kat depan niesa kat belakang.. dan niesa naik motosikal.. Semalam satu hari hujan dan semestinya ada lopak-lopak air kan.. dan tadi, mamat-mamat dalam kereta tu boleh pulak dia main pijak-pijak air dengan kereta dia!! memang dasar lelaki bodoh! dah la sepanjang jalan tu dia langgar air-air tu dengan laju!apa dia xnampak ke niesa kat belakang.. dan boleh plak kawan dia kat belakang pandang-pandang niesa dan gelak! memang pagi-pagi nak kena sumpah la! kalau niesa basah memang niesa kejar lelaki-lelaki bodoh tu!memang dasar GGAAAYYYYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! niesa xpernah jumpa lelaki xde otak macam tu.. haisss...*merosakkan mood org je pagi-pagi cam ni *

Wednesday, October 17, 2012

❤ Wordless Wednesday - Happiness ❤



Monday, October 15, 2012

❤ Rindu zaman belajar!! ❤


Assalammualaikum dan selamat pagi!

Masuk hari ni genap la 5 bulan 15 hari niesa meninggalkan Politeknik Kuching Sarawak.. tempat yang telah meninggalkan banyak kenangan manis, kurang manis, masam manis dan pahit dalam kehidupan niesa sebagai seorang pelajar. Tempat yang telah banyak mengajar niesa menjadi seorang wanita yang berjiwa kental.. wah!kental la sangat.. HAHA!


Malam tadi tiba-tiba hati ni tergerak nak mengimbau muka-muka niesa zaman skema.. tangan ni gatal nak tekan folder gambar-gambar niesa dari semester 1 sampai la final sem.. Rindu siot!! Walaupun masa belajar tak sabar-sabar nak habis belajar.. KONONNYA! I knew this moment will happen!sekarang rindu-rinduan la pulak..ape kess??

Biarlah semua tu jadi salah satu kenangan terindah dalam hidup niesa.. Buat semua yang pernah hadir dalam hidup niesa.. terima kasih untuk semua kenangan.. hukhuk… sedih! Teringat sedikit lirik lagu Graduation (Friends forever) by Vitamin C,

“And so we talked all night about the rest of our lives, where we’re gonna be when we turn 25, I keep thinking times will never change, keep on thinking things will always be the same, but when we leave this year we won’t be coming back, no more hanging out cause we’re on a different track..”


Muka mula dari semester 1 sampai la final sem.. blog sendiri kena la letak muka sendiri kan.. hikhik..




Gambar bersama classmate dan juga penasihat akademik Cik Siti Nurfaizah.. PA yang the best in the world..tagline “kita hebat”.. ada kisah pahit disebalik tagline tu..HAHA! KAMI DAT/SEKSYEN 1..


Kalau nak lebih feel, sila rajin layan video di bawah.. hihihi.. bye!(^_^)


Thursday, October 11, 2012

❤ Entry tak bertajuk ❤

Assalammualaikum!selamat petang!

Hai kawan-kawan!lama gila tak hupdate blog.. terbatuk-batuk je blog berhabuk. Rindu!!! lama tak jenguk kawan-kawan blog.. uhuk.. cita-cita nak jadi blogger tegar hilang dah berterbangan di awangan.. lama tak update blog otak pun dah macam otak-otak yang sedap..k merepek. Sebenarnya niesa tak tau nak update apa.. tapi nak kongsi satu quote yang niesa suka.. ada kawan post kt pesbuk.. jadi niesa share la jugak.. kalau boleh nak je niesa tag someone yang dulu beria sangat nk "melamar' KONONNYA... tapi usaha tarak.. tapi memandangkan baru je bulan puasa ri tu mintak maap.. jadi dilupakan sahaja hasrat itu.. kate 0-0.. jap g jadi 1-0 plak..malas la..


Kesimpulannya, jangan omong kosong dong..orang tua dulu-dulu kata "Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian.. bersakit-sakit dahulu bersenang-senang la kemudian.. " tapi tu orang dulu-dulu kate.. orang  sekarang cakap ape eh???