Friday, September 21, 2012

❤ KETINGGALAN! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Pagi-pagi ni datang ofis tiba-tiba rasa nak update blog..sejak dua menjak yang agak sibuk ni susah sikit nak update blog.. bukan susah.. sebab malas kot.. hehe tapi pagi-pagi niesa masuk blog tengok dashboard dah bertukar kepada yang baru..


Niesa sebenarnya tak suka pakai dashboard baru.. lebih suka pakai dashboard lama..hehe.. tak tahu la kenapa.. tu yang agak ketinggalan sikit terkedek-kedek nak godek dashboard baru ni.. 


Merindui dashboard yang lama ni.. hukhuk.. apa-apa pun niesa akan terus maju kehadapan.. hehehe..

NOTA HATI : Semua kawan-kawan sibuk mempersiapkan diri untuk sambung berlajar tinggallah daku terkapar-kapar kesepian.. hahaha.. lepas ni tunggu dia orang cuti je la baru la dapat hang out dengan kawan - kawan lagi.. yang dah berkerjaya pun semua kerja kat miri.. Allah je yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk niesa.. jadi niesa bersabar je la..kan kawan-kawan?? (^_^)

Wednesday, September 12, 2012

❤ Wordless Wednesday - Persiapan Sambutan Hari Malaysia ❤


Wednesday, September 05, 2012

❤ Wordless Wednesday ❤


Saturday, September 01, 2012

❤ Cakap siang pandang-pandang ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi kawan-kawan! Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke55! semalam sambutan hari kemerdekaan disambut dengan meriah nya di semua tempat termasuk la kampung niesa.. tapi entry kali ini sedikit berbaur kemarahan. Nak tahu kenapa?? semasa semua orang sibuk menyambut kemerdekaan tiba-tiba ada seorang pemberita or wartawan or wat so ever la..yang pasti MHI TV3 pagi semalam telah menyinggung perasaan KAMI semua penduduk BINTULU. Kenapa niesa cakap dia menyinggung perasaan kami?? dia telah mengumumkan secara langsung di tv3 bahawa sambutan Hari Malaysia akan diadakan di BINTULU yang DAIF..what??DAIF??JAP. Dia tahu tak apa maksud dhaif/daif disini???

"Berdasarkan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka DAIF = HINA/CACAT/LEMAH" sumber SINI

Niesa nak tahu gak dari segi mana yang dia cuba sampaikan bintulu ni daif?? sayang nya muka cantik sangat-sangat lagi dia dah bertudung sekarang ni.. Cik Kak tak buat research dulu ke sebelum mengeluarkan kata-kata yang sebegitu rupa??niesa sebagai warga bintulu sentap tau.. Kami ni bandar oil and gas.. bukan nak bangga tapi tu adalah kenyataan.. susah-susah bawak je cik kak tu datang bintulu..

Meh niesa nak tunjuk beberapa gambar yang menunjukkan bintulu ni daif..


Malaysia LNG s/b - Penyumbang UTAMA ekonomi negara. SUMBER

Airport Bintulu (Flight KL-BINTULU pun ada) itu ke yang dikatakan DAIF? tak caya sila cek sendiri..hehe..

Parkcity Mall - Ni GUA tempat kita orang shopping

Banyak lagi tempat yang menunjukkan Bintulu ni semakin berkembang maju.. buat apa beli Ipad,tab mahal-mahal kalau guna buat bertuit-tuit dan berfesbuk je.. jadi inikah BINTULU yang dikatakan DAIF itu?sama-sama la kita renung... sebab tu nenek-nenek, atuk-atuk kita dulu pernah cakap "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar". Haa...kan tak pasal-pasal dapat populariti murahan cam gitu.. niesa sebelum ni suka kot tengok muka dia..dah la cantik.. bila dia cakap macam tu je.. sakit hati kot.. Tanah Tumpah Darahku tu.... walaupun ada sesetengah orang akan cakap.. dia cakap daif je bukan kutuk lebih-lebih.. semua orang buat silap..yeahh.. memang..tapi kalau dah buat silap tu pandai-pandai la mintak maaf ye.. anda telah menyinggung banyak perasaan penduduk bintulu..kbai!