Tuesday, July 31, 2012

❤ Tragedi semalam ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!hari ni nak cerita 2 perkara yang jadi semalam..kita mulakan dengan kisah niesa..

Tragedi 1 :
Malam semalam niesa g shopping kasut raya ngan mak..ada satu kedai ni.. kebanyakkannya perempuan tau.. then, niesa panggil sales girl tu nak mintak size selipar yang bekenan di hati.. tapi bila dia dah bagi tak muat plak.. bapak punya besa kaki niesa ni.. niesa baru nak suh dia tuka size.. eh2 minah ni.. dia dah blah dah..amboi.. nak keje ke tak nak keje.. dengan pelanggan lelaki bukan main manis lagi muka..dengan perempuan ya ampun.. mengalahkan buah asam! dan memang la kurang garam betul! pastu mak niesa suh la dia ambik size lain pastu boleh plak dia bebel2.. niesa apa lagi.. bengang la!sambil dia bebel tu niesa cakap kat mak niesa "Juh mak!bagus pegi tempat lain"("Jom mak, baik pg tempat lain".. kita orang pun blah dari situ.. padan muka dia penat2 g naik atas.. ko carik la selipar tu..aku dah taknak beli!

Sumber : SINI

Tragedi 2 :
Lagi dan lagi kes bunuh diri yang melibatkan golongan muslim di tempat niesa.. tengah hari semalam, satu lagi kes bunuh diri terjun mall dan meninggal di tempat kejadian.. budak lelaki tu tinggal dekat2 area rumah niesa dan saudara kpd kawan niesa.. kematian dia sangat2 la tragis dan menakutkan.. niesa pun tak sanggup nak tengok gambar yang orang upload kt facebook..

" Dan janganlah membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Pembelas terhadap kamu" (an-Nisa' : 29)

Sebagai umat Islam kita dilarang membunuh diri. Sabda Rasullulah SAW ;

" Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat" (HR Bukhari & Muslim)

" Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahanam kekal didalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh dirinya, racun itu akan berada dalam genggamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahanam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam genggamannya, dia akan menikam kannya di perut di dalam neraka jahanam dan kekal didalamnya selama-lamanya" (HR Bukhari & Muslim)

Peringatan untuk diri niesa dan semua. Sama-samalah kita renung..

#Hari ke11 Ramadhan. Selamat Berpuasa!

Sumber : SINI

Monday, July 30, 2012

❤ Siapa sayang Isnin kat sini ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi..setiap hari isnin mesti nak mengeluhkan.. di bulan Ramadhan ni tak baik mengeluh2 ni.. tapi niesa sentiasa TERmengeluh..ekeke..ter la pulak..semalam dah asyik terfikir2 je hari Isnin..haaiiss..apa je niesa nak buat kat ofis..update blog semestinya lajulaju.. korang ingat lagi x entry ini ??kalau yg malas nk baca tu niesa bagi tau sikit.. entry tu niesa ada mention yang niesa dgn boss je kat ofis bilik asing-asing kan?dan beberapa hari yang lepas niesa dipindahkan sebilik.. omaigucci!! seram sejuk dan niesa setiap hari berat hati nak pegi keja.. Semoga Allah melindungi niesa daripada syaitan laknatullah.. amin!isy2..berkaitan dengan hari isnin.. apa reaksi korang bila isnin menjelma??

Sumber : SINI

Tapi niesa keja Isnin-Sabtu..so hari ahad baru la leh merehatkan badan..Hehe..berubah la..peringatan untuk diri sendiri..sama-sama kita renung!(^_^)

#Hari ke10 Ramadhan..SELAMAT BERPUASA!!

Friday, July 27, 2012

❤ Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?? ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!!

Klik Banner kalau nak JOIN!

Kenapa aku terjah??
Sebab niesa suka baca entry dorang..entry semua kawan-kawan niesa ni ada yang kelakar. ada yang berunsur nasihat dan macam-macam lagi la..kiranya pelbagai la..hehe..

Kenapa aku follow?
Sebab niesa nak jadi kawan dorang kat alam maya ni dan nak cari kawan dari seluruh pelusuk dunia..tidak kira dimana dorang berada..ecewahh..dan lagi!blog dorang pun best dan paling penting dorang tak sombong, peramah dll..

20 blogger pertama yang join segmen tu akan dapat 4GB PENDRIVE!!tapi ada syarat nya..


Niesa nak tag :





Dan!special tag untuk inchik abg dua orang ni sebab nak gak tau kenapa dorang terjah & follow blogger2 lain..jeng!jeng!jeng..ngahahaha..(gelak jahat)



#Hari ke7 Ramadhan.Selamat berpuasa!

Thursday, July 26, 2012

❤ Mengidam!! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!!sejak beberapa hari yang lepas dalam kepala niesa asyik terbayang-bayang satu jenis kuih ni..kuih selorot tapi ada org cakap celorot..mana-mana la janji bunyi sama..hehe..termengidam la pulak nak makan kuih tu..dah 2 hari cari baru semalam jumpa.. korang penah tgk kuih tu??ni ha...

Sumber : SINI

Akhirnya, merasa jugak anak tekak yang mengidam kuih ni..sedaaapppp!!bila jejalan kat bazaar semalam alamak!lupa!ingat nak join Bro Phreak-id punya projek..tapi fon xbawak..habis bateri la pulak..eksited sangat nak carik kuih sampai terlupa pasal projek tu..baru je nak memprkenalkan makanan-makanan sarawak..tapi takpe..ada banyak masa lagi kan bro? kawan-kawan yang lain jom la join sekali [Projek Blogger] 29 Hari Jelajah Bazaar Ramadhan Seluruh Malaysia. Syarat-syarat pun tak de la susah sangat..kalau korang nak join terjah je blog Bro Phreak-id tu..ok? Selamat berpuasa!!(^_^)

#Hari ke6 Ramadhan

Wednesday, July 25, 2012

❤ Wordless Wednesday ❤

Sumber : SINI

# Update blog laju2 sebab kena pg workshop pasni..kepada kwn2 yang niesa xsempat nk menyinggah lagi ke blog korang..maafff!!kalau niesa balik ofis niesa jenguk okies..sayang korang ketat2...Selamat berpuasa!! ❤ (^_^)

Tuesday, July 24, 2012

❤ Kebuntuan seorang diri ❤

Selamat pagi..masuk ofis tiba-tiba blank..tak tahu nak buat apa..hari-hari makan gaji buta dan hari-hari bercakap dengan robot..ngahaha..nasib baik hari ni puasa..nak mengeluh pun berfikir banyak kali..kalau boss tak ada best sikit leh gak on9 & download movie..kalau boss ada..gila ko nak on9?tak pasal2 gaji kena potong..ehh..tak de la kena potong..hehehe..haii..bila la nak kawen ni..ehh.. salah..bila la nak dapat keje lain..bukan tak bersyukur dapat keja ni..tapi yela kan.. seram duduk berdua je ngan boss kat ofis walaupun bilik asing-asing..pastu kerja tak tentu kadang-kadang jadi kerani, kadang-kadang jadi cashier dan jarang-jarang jadi ofis girl..pastu niesa plak dah macam bola dia orang buat..kadang-kadang dekat ofis, pastu suh pegi workshop pastu showroom..pegi workshop bkn jadi mekanik ye kawan-kawan.. jadi cashier.. hehehe.. ALAMAK!termengeluh la pulak..silap..bukan mengeluh...meluahkan perasaan..ok lah..sekarang tak ada idea..tgh sibuk mendownload Running Man episod 104..Selamat berpuasa!!

Teman bercakap * Talk With SimSimi *
(^_^)

Monday, July 23, 2012

❤ Past 8 years, we met! Now we are 21 yrs, buddy! ❤

Assalammualaikum!tajuk entry bukan main panjang lagi kan??hahaha..1st day puasa merupakan hari paling menyeronokkan bagi niesa..setelah sekian lama lebih kurang hampir 9 thn berlalu dan 21 July 2012 kami berjumpa lagi!!yess.. berjumpa lagi dengan bezfren sekolah rendah dulu..ini adalah pertemuan pertama kami selepas 8 thn ++ membawa haluan masing-masing..tgk la betapa berubah nya masing-masing..muka nerd 2003 ke muka remaja 2012..hahaha..

Masa agak singkat sebab kita orang keluar pkul 9 sampai la 12 lebih dan masa dihabiskan dengan makan+mengimbau kenangan lampau dan mengetawakan diri masing-masing..mula-mula lepak kt medan selera SEDC..lepas habis mkn kat situ kita orang pindah plak g KFC..memang sepanjang perjalanan ketawa terbahak-bahak dan kutuk mengutuk tengok gambar masing-masing..

Gambar di ambil pada 29 oktober 2003..masa tu darjah 6 so umur masa tu mesti la 12 thn kan..gambar kecik kat bahagian bawah tu pulak darjah 5 masa tu niesa join pertandingan karaoke.. agak kelakar bila tgk gaya tersendiri..hahahaha

Gambar ni pulak 21 July 2012..umur semestinya sweet 21..ahaks..my bestiefrens Alina & Phylis..

“You can go through life and make new friends every year - every month practically - but there was never any substitute for those friendships of childhood that survive into adult years. Those are the ones in which we are bound to one another with hoops of steel.” - Alexander McCall Smith

Friday, July 20, 2012

❤ Harapan Ramadhan ❤


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

# Esok dah start puasa..malam ni jangan lupa terawih tau..esok plak jgn lupa sahur..sebab...

"Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan" - Riwayat Bukhari & Muslim

SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN.. (^_^)

Thursday, July 19, 2012

❤ Addict Running Man ❤

Bercakap pasal Running Man..adakah anda gila dengan dorg ni semua?nak cakap niesa ni fanatik korea xde la sangat..cuma kadang-kadang niesa TERlayan la pulak sebab adik-adik peminat no.1 korea..nak tengok tv pun x bg can..asyik dorang je layan korea..haiss..sabo je la..DAN!disebabkan itulah niesa ni dah berjangkit virus-virus korea ni...nasib baik sikit je..

Dulu cerita korea yang 1st skali niesa layan MY GIRL.

Cite ni best!kelakar..niesa suka cerita yang leh wat niesa ketawa terbahak-bahak dan cerita yang berunsurkan komedi romantik..ahaks.. (^_^)

Berbalik kepada Running Man..virus yang adik niesa sebarkan niesa bawak ke poli dan ada la kawan-kawan yang memang fanatik jugak ngan oppa-oppa..so, niesa mntk RM ni dr ep1 sampai la ke Ep91..layan sampai tak keluar bilik sampai pkul 2,3 pagi terbahak sorang-sorang..hahaha


Dan sekarang bila dah habis belaja..tak ada sumber-sumber yang dapat niesa cari untuk menyumbangkan cerita tu..tetapi!thanks to my ofis dengan kelajuan wifi yang membolehkan niesa men-download-kan cerita tu sehingga ke ep103..ngahahaha..sambil menyelam minum air la katekan..tak sabar nak tunggu ep104..(^_^)

kalau korang nak download..klik SINI..

Wednesday, July 18, 2012

❤ Wordless Wednesday ❤


*hukhuk..tidak berjaya*

Tuesday, July 17, 2012

❤ Ahlan Wasahlan ya Ramadhan ❤

Assalammualaikum!Ramadhan datang lagi!!!InsyaAllah kalau dipanjangkan umur berjumpa lagi kita bulan yang penuh keberkatan ini..di kesempatan ini niesa nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat islam di muka bumi..hehe...

Kepada adik kakak persiapan dh buat belum?wahh..awal gila nak buat persiapan..hahaha..puasa pun tak lagi dah nak raya..tak sabar nak merasa kek lapis jiran-jiran nih..tahun ni niesa target nak buat kek hati pari coklat!suku untuk hidang kat tetamu dan selebihnya MAKAN!hahahaha..hadoi...

Semoga bulan yang penuh keberkatan ni nanti niesa dapat la jodoh..whuahuahua...(statement ntah ape-ape..jangan layan..)Semoga niesa boleh perbaiki diri menjadi yang terbaik buat bakal imamku... yang terbaik buat keluarga yang tersayang..dan semoga kita semua mendapat Rahmat drpd ALLAH SWT..AMIN!!!

Sumber : SINI

# Masa untuk buat keje...tp tak tahu nak wat ape..makan gaji rabun la saya ni...nak cakap buta kadang2 je ada keja..okbai.(^_^)

Wednesday, July 11, 2012

❤ Wordless Wednesday ❤

Sumber : SINI

Always miss u til.................

Monday, July 09, 2012

❤ Jika Aku jatuh hati ❤


Hidup ni memang tak akan pernah lari dari pelbagai masalah..kadang-kadang Allah temukan kita dengan pilihan yang salah..tapi pilihan yang salah bukan untuk buat kita terseksa..ada sesuatu yang Allah cuba tunjukkan pada kita..Allah tahu apa yang terbaik buat kita..

Kita minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, DIA beri kita kaktus berduri..
Kita minta kupu-kupu, diberi ulat beluncas...
Kita sedih & kecewa..
Namun kemudian, kaktus itu berbunga..indah sekali dan...
ulat beluncas itu pun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik...
Itulah jalan TUHAN..indah pada masa yang ditetapkanNya..
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan..
Tapi DIA memberi apa yang kita perlukan...
Kadang-kadang kita rasa sedih,kecewa & terluka..
Tapi...
Jauh di atas sana DIA sedang mengatur yang terbaik untuk kita SEMUA...