Sunday, May 27, 2012

❤ Its all about wedding ❤

Assalammualaikum dan selamat petang!!wahh!minggu ni rajin la pulak update blog..hehe.. aktiviti sampingan la katakan selain jadi suri rumah yang berjaya..sekarang ni kan..banyaknya orang update pasal wedding..ada yang sendiri punya wedding..kawan, sedara, anak sedara, pakcik dan makcik punya wedding..waaahhh..tertanya-tanya gak "saya bila lagi?" soalan lazim ok yang bermain di kotak fikiran ku pada masa kini..hahaha..buka niesa je kot..niesa YAKIN dan PASTI bukan niesa sorang je yang fikir macam tu..ahaks..hari ni niesa punya sedara yang kawen..seronok tengok..tengok je la..hahaha..takpe-takpe..niesa muda lagi..dah pasang angan-angan nak wedding yang......jeng!jeng!jeng..biar lah rahsia dulu..ekekeke....kena cari calon baru la fikir dengan lebih mendalam lagi...whahaha..


SELAMAT PENGATIN BARU kepada semua yang telah dan bakal melangsungkan perkahwinan.. semoga bahagia sehingga ke akhir hayat..sekian.bye!^_^

Saturday, May 26, 2012

❤ pesanan buat seseorang yang ada dalam kehidupan saya ❤

Assalammualaikum dan selamat petang kawan-kawan..sejak beberapa hari ni asyik banyak berfikir..selepas satu, satu benda jadi dalam kehidupan niesa terdetik perasaan nak buat entry dengan tajuk seperti di atas.. huhuhu.. mungkin keberanian untuk meluahkan perasaan atau dengan kata lain meluahkan apa yang terbuku di hati tu tak kesampaian.. dan niesa tahu ada di antara kawan-kawan niesa yang membaca blog niesa ni..

Dear kawan,
saya tahu awak layan saya dengan baik sekali..ambik berat pasal saya dan sudi layan karenah saya yang kadang-kadang moody tak tentu pasal dan terima kasih banyak-banyak kerana tahan dengan perangai saya..tapi satu yang saya sangat-sangat tidak gemar ialah cara awak layan saya seperti saya "spesel gilpren" awak je..please!please!please..saya bukan "barbie doll" untuk awak mainkan.. saya ada perasaan.. lain la kalau saya tak ada perasaan.. sekayu mana pun hati saya sebatu mana pun hati saya kadang-kadang saya tak mampu untuk mengawal perasaan agar tidak cair seperti coklat cadbury yang sedap dimakan..jangan la cuba buat projek taman bunga dalam hati saya kalau awak tidak mampu menjaga kesuburan bunga-bunga dalam hati saya ni..kalau betul awak anggap saya KAWAN awak..awak ambik la tender taman awam..kan senang.. saya pun tak pening fikir.. sebab saya nak awak tahu terlampau banyak lagi benda yang saya perlu fikirkan..saya tahu la saya ni bukan PM nak fikir banyak benda..tapi saya mesti fikir jugak..lain la saya buat proposal untuk buang otak saya agar tidak berfikir..cantik tak idea saya tu awak?

Bila awak layan saya seperti saya ni "spesel gilpren" awak.. kadang-kadang saya tertanya-tanya la jugak..awak nak apa sebenarnya..nak menikmati kehidupan awak dengan mempermainkan perasaan orang ke?ker awak nak senaraikan saya ni dalam list perempuan awak..kalau awak nak buat saya gembira sekali pun awak silap.. cara awak lagi buat saya sedih tau.. banyak lagi cara yang leh buat saya gembira contohnya awak ajak saya main batu seremban ke, main masak-masak ke..semua tu pun menyeronokkan.. atau pun awak tak dapat membezakan kawan biasa dan kawan istimewa tak pun awak memang layan semua perempuan macam tu? tak pun dalam erti lain saya ni perasan.. kalau awak tak nak saya perasan.. saya nak mintak tolong awak sangat-sangat layan la saya macam kawan-kawan awak yang lain..

Tapi kalau awak betul-betul nak buat taman bunga dalam hati saya siap nak pelihara rama-rama sekali dan sanggup jaga bunga dan rama-rama tu supaya tak mati..awak jangan la buat saya fikir negatif pasal awak.. awak jangan la kecewa kan saya.. kadang-kadang bila saya tak sms tu saya saja je nak uji awak.. dalam hidup saya pun kena buat experiment.. nanti kalau taman bunga tu tiap-tiap hari hujan habis la taman bunga saya tu.. bunga-bunga tu pun memerlukan cahaya matahari jugak kan awak?awak kan ada otak awak sendiri boleh berfikir apa yang betul..kesian kat saya asyik denga lagu-lagu jiwang je setiap malam..saya nak gak denga lagu-lagu rock ke, pop ke,kpop ke..kan?kan?awak baik kan..

surat ni bukan saya buat untuk rosakkan hubungan kita sebagai kawan.. saya cuma nak terangkan dan bagi tahu isi hati saja je.. surat ni jugak bukan nak bagi tahu yang saya ni desperate sangat nak jadi "gilpren" awak.. kalau awak serius bagi la hint supaya saya boleh bagi masa kat awak panjang-panjang, bagi awak ruang yang besa-besa.. tapi kalau awak anggap saya kawan macam kawan-kawan awak yang lain jadi layan la saya seperti biasa.. boleh kan??

sekian sahaja surat saya untuk awak.bye awak!

nota hati : kepada cikgu bahasa malaysia saya..agak-agak cikgu kan berapa markah yang saya dapat untuk karangan surat tidak rasmi ni?hehehe...mintak ampun mintak maap.. ringan la sikit beban kat kepala hotak ni..hahaha..tapi isi dalam surat tu SERIUS tau!bukan main-main..lepas post surat ni nak nyorok bawah katil dulu sebab MALU kot!!hahaha..serius kelakar..

Thursday, May 24, 2012

❤ pilihan di tangan saya! ❤

*gambar hiasan*

Assalammualaikum dan selamat pagi!!malam tadi nak update blog tapi punya la lama fikir tajuk entry..hahaha..almaklum la dah jarang berblog sekarang ni..blogwalking pun dah kureng..satu hari nanti..kegiatan berblogging ni akan ditingkatkan lagi..hihihi...(sekarang ni tak tahu ada ke tak org yang baca blog niesa..heee~)rasa macam tak tahu nak update macam mana..

Bila lelaki kata "I LOVE U", "Saya sayang awak" apa yang korang rasa??rasa bahagia?rasa bangga?atau macam-macam rasa??kalau korang tanya niesa..niesa akan jawab tak rasa apa-apa..hahaha..sekarang ni hati dah jadi hati kayu..susah nak percaya lelaki..sorry kalau ada yang jadi mangsa ketidakpercayaan niesa..~_~ (ayat tak bleh blah langsung..ngahahaha..) cuma sekarang ni pilihan di tangan kita sendiri..kalau rasa kita pun rasa "I Love U" dia tu jadi kita sendiri la decide apa next step kita..tapi kadang-kadang orang kata "Ikut hati mati, ikut rasa binasa"..tapi setiap pilihan yang salah tak semestinya akan buat kita kecewa kan??

Sumber : SINI

Semuanya Allah dah tentukan dan DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita..redha dengan ketentuanNya..tak kisah la hati kayu ke, hati batu ke, hati ayam ke..(sedap kalau wat masak kicap..hehe..) Allah dah tentukan jodoh kita InsyaAllah tak kisah macam mana pun kita pasti ada seorang yang tercipta untuk kita yang menerima kita seadanya..tak sabar nak jumpa jodoh niesa!!hehehe...

Wednesday, May 23, 2012

❤ Wordless Wednesday #1 ❤

sumber : SINI

Saturday, May 12, 2012

❤ Ada lagi yg lebih menghargai & Kuching Open!! ❤

Assalammualaikum dan selamat petang!!hahaha..hari yang indah untuk niesa update blog..sebelum tu congratulation to me!!sebab dah berjaya menghabiskan diploma selama 3 tahun..oohh yeeaaahh!!i like...seronok gile..niesa berjaya mengharungi hari-hari semalam dengan tabah dan penuh semangat walaupun kadang-kadang sedikit goyah..hampir-hampir jatuh tersungkur..seperti tajuk entry 2 in 1..huhu..niesa sedar yang niesa tak keseorangan..masih ada insan-insan yang sudi menjadi tongkat untuk niesa berdiri..masih ada insan-insan yang lebih menghargai niesa, menyayangi niesa dan masih ada insan yang boleh buat niesa sentiasa tersenyum..terima kasih ALLAH..bagi peluang niesa untuk bukak mata luas-luas pandang ke depan tanpa toleh kebelakang dah..(pinjam ayat novel kejap..hehe..)

Next story Kuching Open!kan after final niesa ada tournament softball..tournament tu berlangsung selama 3 hari and Kuching Open Softball Championship won by Tsunami Softball Club team dr Miri, 2nd place Mohawks dr Kuching, 3rd Gypsies Softball Club and Spartans IX..team niesa??hehehe...CONFIRM la kalah awal..ada 8 team yang ikut kejohanan tu..dan yang paling bermakna selama 3 hari tu adalah niesa punya teammate yang dah macam family.. sporting habis dan kalau ngan dia orang sentiasa gelak...last day pun tak habis-habis nak mengalirkan air mata sebab rasa berat sangat nak tinggalkan dorang..abang-abang and adik-adik semuanya..tapi ada yang niesa tak sangka lagi muda dari niesa..kelakar..(ke niesa ni perasan muda?wwweeeee~~)

So ucapan untuk niesa punya teammate Spartans Cyber termasuk Spartans IX..khas buat our coach En.Andy & En.Azlan thanks sebab bagi peluang kat senior sem akhir ni merasa main sofbol dan join spartans yg best giler, thanks blanja ikan bakar yg sedap n sugarbun..and thanks for everythingssss!!!buat kawan-kawan yang gila-gila Myra(manusia pertama dan terakhir yang niesa jumpa kat poli), Ricardo(gentleman dlm spartans), Firah(manusia yang penuh angin dlm perut), Fazlee (si ketam manja), nafi (spartans punya capten), tommy (ketam senior), Rentap (adik ku yang nakal dlm diam), kitik(adik yg tidak disangka2), acap (boboy kaki bun), edmund (kaki bebel mengalahkan mak nenek), Hamzah (membuli dgn hanya memandang), Jong(si kaki teh tarik ais), Mirul (bakal jd daddy bln 9)...thanks for everything and a thousands thanks for a sweet moment walaupun saat-saat dah nak abis baruk kita macam orang gila semua nya..kmk rindu tak orang semua lak..sik da dah watergirl angkat aik k tak org...sik da dah ketam-ketam kat padang..hukhuk..gonna miss u all.. ='(

Spartans Cyber *mix team (boys n girls)*

Spartans IX(red) & Ronin(yellow)



SPARRTANNNSSS!!!!AAAaaauuuuuuu~~~xoxo...

Friday, May 04, 2012

❤ Saat-saat terakhir di PKS ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!!!!pagi-pagi dah rajin nak update blog..hari ni adalah hari ke-3 terakhir niesa akan berada di Politeknik Kuching Sarawak..macam-macam perasaan ada..haha..tak sabar nak balik tapi dalam masa yang sama sedih nak tinggalkan family kat PKS ni.. selalunya orang tgk niesa balik..tapi sekarang ni niesa plak tgk orang balik..hahaha..sem akhir baru balik lewat sebab sabtu ni tournament sofbol..(~_~)..NERVOUS!!selalunya kalau balik tak de lah rasa macam berat sangat..sem akhir ni betul-betul rasa lain..yela..pas ni tak de dah datang poli..sedih gila..tapi apa nak buat..setiap pertemuan pasti ada perpisahan..hahaha..sem akhir baru nak join sofbol..haiiss..nyesal pun dah tak ada guna..saat-saat akhir ni dipenuhi dengan event makan-makan..hehehe...lagi banyak makan FREE!!!

tak cukup masa nk keluar dengan semua kawan-kawan..ada yang balik awal..kita orang lak busy training...i will miss all this moment..bersama Cik Siti Nurfaizah Binti Abu kta orang punya Penasihat Akademic yang the best in the world sbb sporting abis..and my beloved classmate and teammate kt poli..LOVE U ALL!!!tak lupa our coach Mr.Andy n Mr.Azlan..hehehe..rasa mcm ucapan hari raya la plak..ok la..PEACE!!sambung update kalau ada masa..^^,