Sunday, January 15, 2012

❤ Buat Entry lepas mimpi buruk ❤

Assalammualaikum dan selamat petang..selamat berhujung minggu..penat gila tidur..ehehe..tadi niesa tertidur..biasa la kalau hari ahad macam ni..tak bole nak buat apa..mesti tidur..tapi hari ni mimpi buruk la pulak..siang-siang mimpi buruk apa cer..hahaha..menakutkan..tapi tak de la menakutkan sangat pon..meh niesa cerita mimpi apa..

Dalam mimpi niesa tu niesa tengah best lepak dengan kawan-kawan..masa balik tu lupa henpon tertinggal..then cepat-cepat patah balik nak ambik henpon..tapi henpon dah tak ada..tanya semua kawan-kawan yang masih kat situ dorang cakap tak tahu dan cuma salah sorang kawan niesa je yang dah balik, jadi suspect dia la ambik..nak try call dia tapi niesa langsung tak boleh baca nombor fon dia..kabur sangat-sangat pandangan niesa sampai tak nampak nombor fon tu..bila bukak mata je baru tersedar mimpi rupanya..terus cepat-cepat cari henpon.. Alhamdulillah..masih ada..gila takut..haiisss...

Dan sekarang ni tiba-tiba niesa terfikir balik pasal mimpi tu...adakah cuma mainan tidur??atau??hemm..entah la...try google tapi line internet tidak mengizinkan..lain kali je la..tapi sempat gak baca satu website tu lupa tadi apa, dia cakap mimpi bukan sekadar mainan tidur..takut la pulak plus niesa kan duduk hostel...mungkin tanda niesa perlu berjaga-jaga..uiks..tak bleh nak tafsir mimpi sebarangan..nanti lain plak jadi..bye.(~_~)

Friday, January 13, 2012

❤ Cara Mengekspresikan diri ketika bosan! ❤

Assalammualaikum dan selamat malam!malam ni niesa tak tau nak update apa..tapi apa yang pasti esok bermula la kelas muet niesa yang pertama..hahaha..dan esok pun nak pegi beli no pin UPU..sekarang ni masih samar-samar nak keja or belaja..hurm..kalau dapat UPM Bintulu..nak belajar je la..tp kalau dapat tempat lain rasanya fikir banyak kali kot nak belaja ke tak..masih tak pasti..tu pun kalau permohonan diterima..hihi..biar la masa yang tentukan..malam ni niesa bosan sangat dan tiba-tiba nak posing sorang-sorang..ekeke..


Cara mengekspresikan diri yang dilanda kebosanan..hahaha..ntah apa2 punya gamba.. :P

Apa-apa pun selamat berhujung minggu kawan-kawan..!(^_^)

Sunday, January 08, 2012

❤ Hujan Di Gunung Serapi ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!!wuuuaaaaa!!bangun-bangun terus on laptop..hujan lebat giler sampaikan tak sedar dah pukul 9 lebih..nasib baik la bercuti boleh la bangun lewat-lewat ni..kat sini musim hujan..hari-hari hujan..kadang-kadang tu kejap panas kejap hujan..baju niesa plak tak kering-kering..hujan-hujan ni buat niesa rasa malas..asyik nak tido je..masa tido memang best kalau hujan!tapi masa nak pegi kelas..aduhai..walaupun laluan pejalan kaki tu ada bumbung..tapi ada gak part-part yang tak de..jadi payung sangat-sangat diperlukan dan next week kalau hujan lebat niesa dah bersiap sedia nak pakai selipar jepun..whahaha..giler basah kasut baru..rasa macam dudok kat pendalaman je..kesiankan Politeknik Kuching ni..walaupun tergolong dalam antara 5 yang terbaik bagi seluruh politeknik kat malaysia ni..tapi kemudahan dan pengurusan..bukan nak cakap tak bersyukur..tapi sebagai pelajar keselesaan tu penting gak..bukan nak harapkan sangat-sangat selesa..cukup la sekadar boleh buat pelajat cakap I POLIKU.. rasanya bukan sekali dua niesa bercakap pasal poli nih..Politeknik Mukah much better than Politeknik Kuching ni kot..tapi tak semua burok kat Politeknik ni..apa yang mencantikkan poli ni dah semestinya ciptaan Allah S.W.T iaitu Gunung Serapi yang sangat-sangat indah dan bila korang tengok mesti rasa tenang...dan kedudukan poli dikaki gunung tu yang sentiasa buat kami rasa sejuk..best!

view dari bilik niesa..sem ni dapat aras 4..tapi kat belakang..hari tu nak booking bilik depan tapi orang lain dah ambik dulu..sabo je la..tapi bilik ni lagi best dari bilik sem lepas..hikhikhik..sem lepas bilik niesa aras 3 menghadap bilik orang lain..sem ni menghadap gunung dah blok A..ahahaha..baru la udara banyak masuk...(^_^)

Saturday, January 07, 2012

❤ Perlu ke rasa marah?? ❤

Assalammualaikum dan selamat malam. Hari ni tiba-tiba terasa marah dan geram..nak tahu kenapa??marah sebab ada sejenis makhluk yang sentiasa tak boleh tengok orang senang dan sentiasa dengki dengan apa yang niesa ada..tapi kan..perlu ke niesa marah??apa pendapat korang??

Kita pakai henpon baru dia nak pakai baru jugak padahal henpon elok lagi..kita buat style rambut lawa sikit dia pun buat jugak,kita pakai pen kaler-kaler dia pun nak pakai jugak..boleh dikatakan semua benda yang kita ada dia nak lebih daripada kita..haisss...annoying betul la dengan orang mcm tu..niesa mula-mula memang boleh sabar lagi..tapi kan semakin hari semakin macam apa je...perlu ke dia macam tu..lagi selama niesa berkawan dengan orang macam tu..suka sangat burukkan nama niesa padahal tak ganggu pun hidup dia..tak de plak rampas pakwe dia..tapi dia memang tak boleh tengok niesa senang, gembira dan bahagia..busuk hati betul..tau la niesa ni lagi gebu dari dia.. :P kidding..hahaha..tu statement perasan untuk meredakan hati yang tengah marah..tak kan la dia je nak gembira dan bahagia apa semua..niesa boleh letakkan dia dalam kategori gunting dalam lipatan dan jenis yang suka kawan makan kawan..talam bermuka-muka..wahh..banyak la pulak..entah la..

Tak tau nak cakap apa dah..tapi hari ni niesa betul-betul geram..dah la selama ni niesa pekakkan telinga je dia burukkan nama niesa dekat kawan-kawan..butakan mata niesa dengan dia yang sentiasa menunjuk-nunjuk dan nak lebih dari niesa..wuuuuuaaaaaa!!tak sabar rasanya nak blah dari poli ni...WALAUPUN nanti niesa akan merindui saat-saat masa belaja kat sini..tu memang tak dinafikan langsung..

Hari ni tak betul sikit sebab kesunyian, keboringan dan kesakitan..hahaha..apee pun tak bley!(~_~)

Sunday, January 01, 2012

❤ Permulaan 2012 ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!hari ni dah hari kedua untuk tahun 2012 dan niesa dengan rasa..hemm..tak tahu rasa apa..nak cakap sedih tak de la sangat..nak cakap gembira pun tak untuk meninggalkan tahun 2011..yela sebab niesa pernah cakap 2011 adalah tahun kurang baik untuk niesa..tapi kan 2012 ni pun ada tanda-tanda kurang baik..hahaha..think positve niesa..bukan apa malam new year niesa kat bilik sorang-sorang..tengah syok layan cerita tiba-tiba main plug tak bole guna.. semalaman niesa tunggu sampai esok pagi niesa dan kawan-kawan yang plak yang pegi cari main suiz untuk tengok suiz yang jatuh..kalau la tahu..malam-malam dah niesa pegi carik betulkan.. sudahnya malam tu niesa sorang-sorang tak tahu apa nak buat..golek sana..golek sini..last-last tertido..malam new year yang menyedihkan bukan??hahaha...dan semalam pun sama dalam 3 kali kot laptop terpadam sendiri sebab niesa tak pakai bateri..bateri rosak..memang bengang la ntah siapa yang pakai benda rosak or yang masak nasik..haiss...dah la laptop ni macam nak sakit-sakit je..nak tgk cd tak dapat..dia punya tikus begerak-gerak tu macam ada masalah terpaksa guna mouse..ecewah..mouse dgn tikus tak sama ke?hehehe..touch mouse or touch pad ntah la..entam saja la..ada blaja tapi biasa la kadang-kadang pelajar mudah lupa..ehehe...

Jadi kesimpulannya, permulaan hari tahun baru niesa agak menyedihkan dan hari ni tunggu apa plak yang akan jadi sebab tu update blog pagi-pagi..memandangkan tak tahu nk buat apa..tapi kan sekarang niesa dah susah nak menangis bila teringat dia..memang niesa sedih sangat-sangat dan niesa akui yang niesa masih berharap supaya dia berubah..tapi hati niesa macam dah keras menangis untuk dia..bia la dia bahagia dengan orang pilihan dia..doa niesa untuk kebahagiaan dia sentiasa mengiringi..hidup mesti diteruskan..tahun baru kan??jadi azam baru,semangat baru, kisah baru, kenangan baru dan SEMUANYA BARU!!!ghahahaha..(ketawa jahat)...

SELAMAT TAHUN BARU..!

my only one