Saturday, December 08, 2012

❤ Makanan orang Sarawak ❤

Assalammualaikum selamat pagi!

Tiba-tiba pagi ni terdetik nak buat entry pasal makanan sarawak plak..dulu post entry pasal buah-buahan..dah baca?tekan SINI. kali ni nak memperkenalkan makanan-makanan yang ada kat sarawak.. mungkin bukan kat sarawak je ada kot.. dan mungkin dekat sabah pun ada cuma nama nya berlainan.. ampun kalau salah!hehe

Gambar yg pertama ni nama dia "Ayam Pansuh"..mesti korang tau kan.. dalam tv kan ada..ayam yang dimasak dalam buluh.. orang dulu-dulu mana ada periuk belanga segala jadi dorang masak la dalam buluh dan rasanya memang lain sedikit la daripada yang di masak dalam periuk tu..

sumber : SINI


yang ini pulak ialah "Linut" atau "ambuyat" kat Sabah pun ada ni tau.. linut ni rasa dia tawar-tawar sikit.. kena  cicah dengan sambal belacan baru la terasa kenikmatannya..linut ni bukan di makan dengan nasi .. agak pelik bila di makan dengan nasi..hahaha.. dimakan dengan lauk pauk macam sayur midin ke or sayur keladi.. yang penting linut ni tak dapat di kunyah.. korang kunyah la brapa jam pun xkan dapat.. kena telah terus.. sedap!



sumber : SINI

Next, sayur midin.. sayur ni memang popular kat sarawak.. kalau niesa lebih suka makan kerabu midin daripada sayur midin goreng belacan.. tak tau la kenapa.. 

sumber : SINI

"Umai" ialah ikan mentah yang di hiris halus-halus lepas tu buh garam sikit, aji skit, bawang merah, cili, air limau dan apa lagi ea?niesa pun xpasti sebab niesa tau makan je.. hihi.. niesa paling suka makan bila ayah niesa sendiri yang buat.. perggh!terliur la pulak.. umai ni di makan dengan sagu atau pun tupik.. dua lagi makanan yang berbeza.. sagu dia agak lembut dan tupik agak keras dan size nya lebih kecik daripada sagu..

sumber : SINI

dalam banyak-banyak makanan yang kat atas niesa punya favourite ialah umai dan kerabu midin.. dan yang paling-paling niesa suka sangat makan..semestinya "Laksa Sarawak" buatan ayah niesa...perggghhhH!!! kalau makan memang tak ingat dunia..sedap giloosss...ayah niesa ni kalau bab masak macam laksa dan umai dia memang terer..

sumber : SINI

eh!lagi satu makanan yang niesa lupa..!!"mee kolok" atau "mee sapi" jugak makanan yang sangat-sangat terkenal di sarawak.. kalau korang datang sarawak rugi tau tak cuba mee kolok ni..


Perut niesa dah "berjamming" bila cerita pasal makanan nih.. mengidam la pulak nak makan otak-otak...ok!out of topik..hehe.. semua gambar yang kat atas bukan kepunyaan niesa.. jadi niesa dah linkkan blog yang punya gambar tu kecuali gambar mee kolok..tu niesa sendiri tangkap..hihihi..jadi kawan-kawan semua.. Jom la datang sarawak! (^_^)


Nota Hati : Niesa dan sorang lagi blogger Cik Keyrah akan buat 1st GA..dan kita orang akan bergabung dan berganding bahu utk melaksanakan Giveaway pertama kami..hehehe..tunnggguuuuuu!!

11 comments:

  1. Nisa .. suka buat entry yang buat air liuh qira meleleh . .semuanye x pernah makan makanan dkt atas tue, huwaaaa nak makan =P

    ReplyDelete
  2. mee kolo tu saya pernah makan..memang sedap sangat..hehehe

    ReplyDelete
  3. Niesa,
    Kakak biasa makan ambuyat dgn umai tu.. boleh lah..tapi tak peberet sgt..hehe...:)

    ReplyDelete
  4. nama pun pelik2.. tapi mcm sedap

    ReplyDelete
  5. salam
    Makanan sarawak ni pelik2 tapi sodap..byak juga yg ta x tau,thanks sharing

    ReplyDelete
  6. pelik2 jgk mknan sarawak ni..
    xprnh try lgi.. btw, nice sharing.. ;)

    ReplyDelete
  7. nanti buatkan untuk anna k... hihhhihihi

    ReplyDelete
  8. memang terliur je nengok makanan nie...semua dah rasa...ermmm..marveles...
    nice blog..:)

    Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK

    ReplyDelete