Monday, November 26, 2012

❤ Kenapa Perempuan Minat Bola? ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Memandangkan sekarang ni musim Piala Suzuki AFF..jadi topik pun bola la kan?walaupun Malaysia kalah malam tadi.. harap Malaysia akan terus bangkit menentang Laos Rabu ni..

Lelaki dan bola sepak memang dah sebati dari dulu-dulu lagi kan? memang tak de la yang nk dihairankan.. tapi bila disebut Perempuan dan bola sepak mesti ada sesetengah kaum Adam diluar sana akan berfikiran negatif.. maksud niesa bila seseorang perempuan tu minat kepada bola sepak. Macam tu la gak yang terjadi kat diri niesa ni.. yang mengutuk nya bukan orang lain.. kawan-kawan lelaki sendiri gak.. "Alah, ko perempuan.. apa ko tau pasal bola-bola ni.. yang ko tau terpekik terlolong tengok bola.." memang tak di nafikan perempuan ni bila tengok bola mula la tak pandai diam kan.. namanya dah PEREMPUAN.. tapi tak semua kot.. "Perempuan ni bukannya nak tengok bola pun.. saja nak tengok pemain-pemian hensem kat dalam padang tu.." Perempuan tarikannya mesti la lelaki.. Lelaki mesti la tarikannya Perempuan.. tak payah nak kata perempuan je.. Lelaki pun sama.. kebanyakkan kawan-kawan lelaki niesa akan judge niesa macam tu..

Kadang-kadang kita tak tahu kenapa seseorang tu akan minat sesuatu.. tak kan la minat sesuatu tu tanpa ada yang mendorong kan? sejak niesa berumur 7 tahun niesa dah didedahkan oleh ayah niesa dengan dunia bola sepak ni.. jadi sekarang niesa nak salahkan ayah niesa la ye sebab sekarang niesa minat giler ngan bola sepak ni.. cam tu?dalam adik beradik niesa yang ramai tu hanya niesa sorang je yang aktif bersukan.. niesa pun tak tau kenapa.. dulu masa kecik-kecik ayah niesa memang selalu bawak niesa g teman dia main bola.. kalau dia ada game niesa la anak perempuan yang akan pegi teman dia.. jadi pom pom girl la katekan.. hahaa..  masuk je sekolah rendah.. niesa pulak jadi tomboi, pegi padang men bola ngan lelaki sampai kena kejar ngan mak guna rotan.. hahaha..rambut dah pendek.. hitam plak tu.. memang kena la.. bila dah meningkat remaja sikit orang-orang tua selalu bising perempuan tak manis main bola.. jadi niesa beralih arah kesukan-sukan lain macam sofbol, hoki dll..............................

DAN sekarang!niesa dah jadi fanatik gila dengan Pasukan Malaysia a.k.a Harimau Malaya..tapi takde la taksub sangat tengok dorang.. niesa tak sokong sangat pasukan ikut negeri sebab bagi niesa nanti timbul pulak perasaan tak puas hati.. lebih baik sokong Malaysia yang merangkumi semua negeri tak kira Sarawak ke, Sabah ke, Selangor mahupun Kelantan..(walaupun pemain sarawak takde main utk skuad kebangsaan ni..) dan malam tadi agak tak suka tengok komen2 negatif penyokong Malaysia disebabkan kekalahan 0-3 menentang pasukan Singapura.. kalah menang adat bertanding.. (akui game malam tadi agak hambar) tapi tak payah la nak mengutuk macam kita ni HEBAT sangat.. kalau kita hebat kenapa bukan kita yang bermain untuk Malaysia kat padang tu? kenapa bukan kita dan kenapa mereka???jadi kesimpulannya TERUSKAN MENYOKONG SKUAD KEBANGSAAN KITA..GO HARIMAU MALAYA!!

nota hati : entry ini hanyalah luahan hati niesa dan bukan untuk menimbulkan kontrobesi..haha.. peace no war.. aaauuummmm!!(^_^)

10 comments:

  1. Hamboiii kecik2 dah minat bola, .. heheh nasib baik nisa tak tukar warganegara singapore mlm semalam bila malaysia kalah hahahah opppsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiwa Patriotik ni kuat sgt kot..hahaha..sampai niesa plak yg emo2 mlm td org dok kutuk2 Msia kalah..sabo je la...

      Delete
  2. Maybe.. Now is Soccer women.. ada yang minat?? hehehehe

    ReplyDelete
  3. wah... kalau daripada kecil dah didedahkan dengan bola, memang tak mustahillah benda tu akan melekat dalam jiwa awk.hehehe.. apa2pun, sama2lah kita teruskan sokongan kita kepada pasukan Malaysia.. Harimau Malaya selamanya

    ReplyDelete
  4. Kak minat pun sekadar minat..
    minat kt Pasukan Malaysia..tapi bila kalah kecewa lah jg..hehe

    ReplyDelete
  5. Tanggal 1 Desember, Indonesia vs Malaysia. Siapa yang akan menang?
    Saya optimis Indonesia bisa menang melawan Malaysia, karena Indonesia bisa mengalahkan Singapore.
    Saya dukung Indonesia...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gudluck utk kedua-dua pasukan Malaysia dan Indonesia.. =)

      Delete
  6. hehe dulu hana xtau apa satu pun pasal bole. tapi dah duduk serumah dengan peminat bola perempuan. sampai hana terikut2 skli.

    ReplyDelete