Saturday, November 03, 2012

❤ Kemalasan ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Malas adalah sesuatu perasaan dimana seseorang akan enggan melakukan sesuatu kerana didalam fikirannya sudah memiliki sesuatu yang negatif atau sudah tidak mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu perkara.



Hambik!tetibe je..semenjak dua menjak dan tiga menjak ni penyakit M dah semakin merebak keseluruh urat saraf otak..setiap pagi asyik rasa berat untuk pergi kerja..adakah disebabkan niesa tak enjoy semasa bekerja dan adakah niesa tidak menyukai pekerjaan niesa sekarang?atau adakah disebabkan kebosanan semasa bekerja sebab asyik-asyik bersembang dengan PC, meja dan kerusi yang sangat memahami jiwa dan raga niesa..?haiiss...tak habis-habis dengan keluhan..inilah kesannya bila kita seorang yang aktif tidak kira aktif dari segi mulut dan segala-galanya tiba-tiba mati kutu keseorangan membuat kerja di opis yang sangat lah menyeramkan ini..

Sekarang ni nak update blog pun tak ada idea sebab otak dah beku..game Angry Bird jugak yg syok layan di kala kebosanan yang melampau bila takda kerja..weeeeee~~ cita-cita untuk menjadi blogger tegar sudah lama terkubur dan semakin hilang dimamah usia..(tiba-tiba rasa macam tengah buat karangan bahasa melayu... apa kah?)

Masa tengah update blog ni, tiba-tiba terdengar satu suara yang agak menyeramkan..rupanya.....


perut niesa jamming rupanya..patut la pelik je..hahaha..dalam otak terus keluar awan-awan dan nampak..


semakin rancak perut-perut ni jamming tengok makanan kedai atok..dem~

cukup la setakat ni..terlebih idea la pulak..ngihihihi...sebelum niesa undur diri untuk entry yang tersangat la bosan ini..izinkan niesa menyampaikan satu ucapan kepada Harimau Malaya..

Semoga berjaya untuk perlawanan malam ni!!tak sabar nak tengok harimau beraksi..Go Malaysia! aaauuummmmmmmm!!SELAMANYA HARIMAU MALAYA..(maaf kalau terlebih eksited..)


Terima kasih sudi baca sampai habis.okbai!

3 comments:

  1. egt qira jek ade simptom2 M nie . .niesa pun sama yer hahaha . . uwaaaa mmg nga M giler sekrang.

    ReplyDelete
  2. hahahahaha..rupanya suara yang menyeramkan tu adalah suara dari dalam perut..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Hehehe nakal tul Niesa.. suara menyeramkan.. :)

    ReplyDelete