Saturday, September 01, 2012

❤ Cakap siang pandang-pandang ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi kawan-kawan! Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke55! semalam sambutan hari kemerdekaan disambut dengan meriah nya di semua tempat termasuk la kampung niesa.. tapi entry kali ini sedikit berbaur kemarahan. Nak tahu kenapa?? semasa semua orang sibuk menyambut kemerdekaan tiba-tiba ada seorang pemberita or wartawan or wat so ever la..yang pasti MHI TV3 pagi semalam telah menyinggung perasaan KAMI semua penduduk BINTULU. Kenapa niesa cakap dia menyinggung perasaan kami?? dia telah mengumumkan secara langsung di tv3 bahawa sambutan Hari Malaysia akan diadakan di BINTULU yang DAIF..what??DAIF??JAP. Dia tahu tak apa maksud dhaif/daif disini???

"Berdasarkan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka DAIF = HINA/CACAT/LEMAH" sumber SINI

Niesa nak tahu gak dari segi mana yang dia cuba sampaikan bintulu ni daif?? sayang nya muka cantik sangat-sangat lagi dia dah bertudung sekarang ni.. Cik Kak tak buat research dulu ke sebelum mengeluarkan kata-kata yang sebegitu rupa??niesa sebagai warga bintulu sentap tau.. Kami ni bandar oil and gas.. bukan nak bangga tapi tu adalah kenyataan.. susah-susah bawak je cik kak tu datang bintulu..

Meh niesa nak tunjuk beberapa gambar yang menunjukkan bintulu ni daif..


Malaysia LNG s/b - Penyumbang UTAMA ekonomi negara. SUMBER

Airport Bintulu (Flight KL-BINTULU pun ada) itu ke yang dikatakan DAIF? tak caya sila cek sendiri..hehe..

Parkcity Mall - Ni GUA tempat kita orang shopping

Banyak lagi tempat yang menunjukkan Bintulu ni semakin berkembang maju.. buat apa beli Ipad,tab mahal-mahal kalau guna buat bertuit-tuit dan berfesbuk je.. jadi inikah BINTULU yang dikatakan DAIF itu?sama-sama la kita renung... sebab tu nenek-nenek, atuk-atuk kita dulu pernah cakap "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar". Haa...kan tak pasal-pasal dapat populariti murahan cam gitu.. niesa sebelum ni suka kot tengok muka dia..dah la cantik.. bila dia cakap macam tu je.. sakit hati kot.. Tanah Tumpah Darahku tu.... walaupun ada sesetengah orang akan cakap.. dia cakap daif je bukan kutuk lebih-lebih.. semua orang buat silap..yeahh.. memang..tapi kalau dah buat silap tu pandai-pandai la mintak maaf ye.. anda telah menyinggung banyak perasaan penduduk bintulu..kbai!

7 comments:

  1. agaknya dia tak buat research dulu sebelum bercakap tu. hish. tak patut betul.. sabar tau niesa...

    ReplyDelete
  2. Syabas niesa, beginilah kita mengajar manusia yg bercakap ikut sedap mulut, ada hati nak jadi pengacara MHI,tp live pun tak reti jaga mulut.beginikah pengacara yg harus ditonjolkan oleh TV3?satu saluran media yg disegani tetapi menampilkan pengacara yg bukan sahaja cetek ilmu,tetapi tidak mementingkan sensitiviti masyarakat.harap pihak tv3 dpt memberi perhatian terhadap isu 'cakap tak berlapik' ni.sebagai pengacara di saluran media bernama besar seperti tv3,apatah lagi dlm program yang disiarkan secara lintas langsung,setiap skrip perlu memikirkan sentimen kemasyarakatan sejagat,bukan bercakap seperti berbual kosong ketika sarapan pagi.jgn kerana dek terlalu ingin menonjolkan kepetahan bercakap secara spontan, nilai peradaban dalam tuturkata dianggap remeh.bukannya warga Bintulu terkilan kerana disebut dhaif,

    ReplyDelete
  3. terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.
    sabar ye nisa.dia ter krg budi bahasa tu.haha

    ReplyDelete
  4. Hrmm~ sbg pengacara die patot jage sensitivity penonton kan....

    ReplyDelete
  5. kadang2 pengacara nie main hambur jek, walaupun qira tinggal kat johor rasa tak sedap pulak bila dia ckp pasal daif nie. .

    ReplyDelete
  6. sejak azali lagi sy pikir org sarawak kaya2!=)

    ReplyDelete