Saturday, May 26, 2012

❤ pesanan buat seseorang yang ada dalam kehidupan saya ❤

Assalammualaikum dan selamat petang kawan-kawan..sejak beberapa hari ni asyik banyak berfikir..selepas satu, satu benda jadi dalam kehidupan niesa terdetik perasaan nak buat entry dengan tajuk seperti di atas.. huhuhu.. mungkin keberanian untuk meluahkan perasaan atau dengan kata lain meluahkan apa yang terbuku di hati tu tak kesampaian.. dan niesa tahu ada di antara kawan-kawan niesa yang membaca blog niesa ni..

Dear kawan,
saya tahu awak layan saya dengan baik sekali..ambik berat pasal saya dan sudi layan karenah saya yang kadang-kadang moody tak tentu pasal dan terima kasih banyak-banyak kerana tahan dengan perangai saya..tapi satu yang saya sangat-sangat tidak gemar ialah cara awak layan saya seperti saya "spesel gilpren" awak je..please!please!please..saya bukan "barbie doll" untuk awak mainkan.. saya ada perasaan.. lain la kalau saya tak ada perasaan.. sekayu mana pun hati saya sebatu mana pun hati saya kadang-kadang saya tak mampu untuk mengawal perasaan agar tidak cair seperti coklat cadbury yang sedap dimakan..jangan la cuba buat projek taman bunga dalam hati saya kalau awak tidak mampu menjaga kesuburan bunga-bunga dalam hati saya ni..kalau betul awak anggap saya KAWAN awak..awak ambik la tender taman awam..kan senang.. saya pun tak pening fikir.. sebab saya nak awak tahu terlampau banyak lagi benda yang saya perlu fikirkan..saya tahu la saya ni bukan PM nak fikir banyak benda..tapi saya mesti fikir jugak..lain la saya buat proposal untuk buang otak saya agar tidak berfikir..cantik tak idea saya tu awak?

Bila awak layan saya seperti saya ni "spesel gilpren" awak.. kadang-kadang saya tertanya-tanya la jugak..awak nak apa sebenarnya..nak menikmati kehidupan awak dengan mempermainkan perasaan orang ke?ker awak nak senaraikan saya ni dalam list perempuan awak..kalau awak nak buat saya gembira sekali pun awak silap.. cara awak lagi buat saya sedih tau.. banyak lagi cara yang leh buat saya gembira contohnya awak ajak saya main batu seremban ke, main masak-masak ke..semua tu pun menyeronokkan.. atau pun awak tak dapat membezakan kawan biasa dan kawan istimewa tak pun awak memang layan semua perempuan macam tu? tak pun dalam erti lain saya ni perasan.. kalau awak tak nak saya perasan.. saya nak mintak tolong awak sangat-sangat layan la saya macam kawan-kawan awak yang lain..

Tapi kalau awak betul-betul nak buat taman bunga dalam hati saya siap nak pelihara rama-rama sekali dan sanggup jaga bunga dan rama-rama tu supaya tak mati..awak jangan la buat saya fikir negatif pasal awak.. awak jangan la kecewa kan saya.. kadang-kadang bila saya tak sms tu saya saja je nak uji awak.. dalam hidup saya pun kena buat experiment.. nanti kalau taman bunga tu tiap-tiap hari hujan habis la taman bunga saya tu.. bunga-bunga tu pun memerlukan cahaya matahari jugak kan awak?awak kan ada otak awak sendiri boleh berfikir apa yang betul..kesian kat saya asyik denga lagu-lagu jiwang je setiap malam..saya nak gak denga lagu-lagu rock ke, pop ke,kpop ke..kan?kan?awak baik kan..

surat ni bukan saya buat untuk rosakkan hubungan kita sebagai kawan.. saya cuma nak terangkan dan bagi tahu isi hati saja je.. surat ni jugak bukan nak bagi tahu yang saya ni desperate sangat nak jadi "gilpren" awak.. kalau awak serius bagi la hint supaya saya boleh bagi masa kat awak panjang-panjang, bagi awak ruang yang besa-besa.. tapi kalau awak anggap saya kawan macam kawan-kawan awak yang lain jadi layan la saya seperti biasa.. boleh kan??

sekian sahaja surat saya untuk awak.bye awak!

nota hati : kepada cikgu bahasa malaysia saya..agak-agak cikgu kan berapa markah yang saya dapat untuk karangan surat tidak rasmi ni?hehehe...mintak ampun mintak maap.. ringan la sikit beban kat kepala hotak ni..hahaha..tapi isi dalam surat tu SERIUS tau!bukan main-main..lepas post surat ni nak nyorok bawah katil dulu sebab MALU kot!!hahaha..serius kelakar..

5 comments:

  1. ustaz azhar pesan, ppuan kalau suka, inbox je terus :)

    ReplyDelete
  2. inbox je terus??hahaha..nnti org ckp gelojoh..cam ne..

    ReplyDelete
  3. nice entry.... Btw, who is that guy? :-)

    ReplyDelete
  4. nice entry :-) btw, who is that guy? Da setel lom?

    ReplyDelete
  5. @^^nu[dd]yra^^
    kawan niesa..hehe..xsetel2 lg pn..niesa bia je..xtau nk setel mcm mana...

    ReplyDelete