Saturday, January 07, 2012

❤ Perlu ke rasa marah?? ❤

Assalammualaikum dan selamat malam. Hari ni tiba-tiba terasa marah dan geram..nak tahu kenapa??marah sebab ada sejenis makhluk yang sentiasa tak boleh tengok orang senang dan sentiasa dengki dengan apa yang niesa ada..tapi kan..perlu ke niesa marah??apa pendapat korang??

Kita pakai henpon baru dia nak pakai baru jugak padahal henpon elok lagi..kita buat style rambut lawa sikit dia pun buat jugak,kita pakai pen kaler-kaler dia pun nak pakai jugak..boleh dikatakan semua benda yang kita ada dia nak lebih daripada kita..haisss...annoying betul la dengan orang mcm tu..niesa mula-mula memang boleh sabar lagi..tapi kan semakin hari semakin macam apa je...perlu ke dia macam tu..lagi selama niesa berkawan dengan orang macam tu..suka sangat burukkan nama niesa padahal tak ganggu pun hidup dia..tak de plak rampas pakwe dia..tapi dia memang tak boleh tengok niesa senang, gembira dan bahagia..busuk hati betul..tau la niesa ni lagi gebu dari dia.. :P kidding..hahaha..tu statement perasan untuk meredakan hati yang tengah marah..tak kan la dia je nak gembira dan bahagia apa semua..niesa boleh letakkan dia dalam kategori gunting dalam lipatan dan jenis yang suka kawan makan kawan..talam bermuka-muka..wahh..banyak la pulak..entah la..

Tak tau nak cakap apa dah..tapi hari ni niesa betul-betul geram..dah la selama ni niesa pekakkan telinga je dia burukkan nama niesa dekat kawan-kawan..butakan mata niesa dengan dia yang sentiasa menunjuk-nunjuk dan nak lebih dari niesa..wuuuuuaaaaaa!!tak sabar rasanya nak blah dari poli ni...WALAUPUN nanti niesa akan merindui saat-saat masa belaja kat sini..tu memang tak dinafikan langsung..

Hari ni tak betul sikit sebab kesunyian, keboringan dan kesakitan..hahaha..apee pun tak bley!(~_~)

4 comments:

  1. alahai...saper la muka bertalam2 tuh....btol...dd x ske btol kl dikelilingi ngan org2 yg annoying....mesti dd akan jauhkan diri dr dier~

    ReplyDelete
  2. @cik rusyie
    niesa dah byk bersabar..hukhuk..kesian niesa..hahaha..thanks rusyie!

    ReplyDelete
  3. @^^nu[dd]yra^^
    tau xpe dd..mcm mne la nk jauhkn dri..buat msa ni xbleh kot sbb dia my R-double O-M-A-T-E..ekeke..sabo je la..tu yg xsaba nk hbiskn poli cpt2...

    ReplyDelete